November 12, 2016

14 Setelah PPS Menjadi Kontroversi, @cmlimguaneng Tubuhkan Pula BPS

Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng bijak memanipulasikan undang-undang. Setelah Pasukan Peronda Sukarela (PPS) diharamkan, beliau kini menubuhkan pula Badan Peronda Sukarela (BPS) pula. Cumanya kali ini Joseph Lim Guan Eng sedikit cerdik apabila beliau meletakkan BPS di bawah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Negeri (JKKN) untuk menjadikan badan berkenaan halal.

Isunya di sini ialah badan sukarela ini sebelum ini bertindak seperti Polis atau Tonto dan menjadi pekerja parti DAP seperti menggantung poster dan menjaga keselamatan bilik gerakan pilihanraya DAP, termasuk jadi balaci kepada YB DAP.  Sepatutnya tugas utama mereka adalah menjaga keselamatan kawasan perumahan dan kampung. penubuhan pasukan BPS juga tidak dibincangkan dan diluluskan di peringakt Dewan Undangan Negeri (DUN).

Untuk maklumat, tidak kira PPS atau BPS, mereka tidak ada kuasa untuk memberhenti, menahan atau periksa anda jika tiada kehadiran anggota polis. Jadi, kalau Polis Palsu ini ingin memeriksa, anda tidak perlu memberi kerjasama untuk mempertahankan hak asasi anda.

14 comments:

Anonymous said...

POLIS bersih5 ni....

Jgan berpenyakit VIRUS BIOL udah lerrr
Kihkihkihkih

ted manoff said...

Bersangka baiiklah ryezall...tujuan utama nk benteras jenayah..menolong mangsa bencana alam seperti banjir dll..beri peluang pada mereka dulu kalau xjalan barulah tibai....☺๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜„๐Ÿ˜…

Anonymous said...

Balaci umno selalu bersangka buruk..kalo umno buat semua betul..merompak pun halal..

Anonymous said...

Persiapan sebelum ke dalam.......jgn siapa2 nak kacau 2 ekor dinosor
dari kepupusan......

ted manoff said...

ABATASA II

NAJIB TAKUT BINI? cakap tu belapik la sikit


Menurut sumber dari LHDN - Malaysia sebenarnya tidak berhadapan dengan masalah untuk mendapat sumber pendapatan negara tetapi sebenarnya negara bermasalah dalam menguruskan perbelanjaan.

Kegagalan pengurusan perbelanjaan oleh kerajaan Barisan Nasional memangsakan rakyat hari ini dirompak oleh cukai barangan dan perkhidmatan (GST) zalim yang dikenakan secara paksa ke atas diri mereka untuk menambah hasil negara.

Seawal penubuhan Malaysia, pelbagai cukai dikenakan kepada golongan berkemampuan untuk menjadi sumber kepada negara sama ada menerusi cukai langsung korporat dan individu dan cukai tak langsung menerusi duti eksais dan cukai jualan dan perkhidmatan bagi sebahagian barangan dan perkhidmatan.

Malaysia juga memperolehi hasil lumayan dan mewah menerusi hasil bumi khususnya minyak sehingga menjangkau antara RM70-RM80 bilion setahun.

Sekiranya kerajaan Barisan Nasional mengamalkan konsep perbelanjaan berhemah, tidak boros dan mengelakkan ketirisan maka pendapatan daripada sumber cukai sedia ada dan hasil bumi sudah cukup untuk menguruskan sebuah negara dengan penduduk seramai 28 juta.

Namun, ternyata kerajaan untuk tempoh yang panjang telah gagal menguruskan perbelanjaan negara menurut panduan Islam dalam berekonomi. Ia dapat dilihat menerusi fakta-fakta berikut:

a. Belanjawan Tahunan
Kerajaan Barisan Nasional membentangkan belanjawan defisit selama 18 tahun berturut-turut sejak 1998. Belanjawan defisit bermaksud perbelanjaan yang dirancang melebihi pendapatan yang dijangka akan diperolehi.

Kerajaan hanya menjangka akan membentangkan belanjawan berimbang iaitu pendapatan seimbang dengan perbelanjaan pada 2020. Ertinya negara bakal menyaksikan belanjawan defisit untuk lagi 4 tahun mendatang.

Secara ringkas boleh dilihat perbezaan rancangan perbelanjaan kerajaan berbanding hasil yang dijangka sebagaimana tahun-tahun berikut:
Perbelanjaan (P) Hasil (H)

2008 (P) 176 bilion (H) 148 bilion
2009 (P) 207 bilion (H) 161 bilion
2010 (P) 191 bilion (H)148 bilion
2011 (P) 212 bilion (H) 165 bilion
2012 (P) 232 bilion (H) 186 bilion
2013 (P) 251 bilion (H) 208 bilion
2014 (P) 264 bilion (H) 224 bilion
2015 (P) 273 bilion (H) 235 bilion

b. Hutang Negara
Belanjawan defisit menyumbang untuk negara meningkatkan hutang negara daripada setahun ke setahun.

Pada 2006 hutang negara hanyalah 247 bilion. Tetapi pada 2013 hutang negara telah meningkat kepada 546 bilion dengan peningkatan 299 bilion. Laporan terakhir 2015 hutang negara telah menjangkau 847 bilion.

Perhatikan jadual Hutang Negara sebagaimana berikut mengikut tahun:

1997 RM90 bilion
1998 RM103 bilion
1999 RM112 bilion
2000 RM125 bilion
2001 RM145 bilion
2002 RM164 bilion
2003 RM188 bilion
2004 RM216 bilion
2005 RM232 bilion
2006 RM247 bilion
2007 RM274 bilion
2008 RM317 bilion
2009 RM376 bilion
2010 RM405 bilion 2011 RM465 bilion
2012 RM501 bilion
2013 RM546 bilion
(Sumber International Monetary Fund)
2014 RM677 bilion
2015 RM847 bilion
2016 RM847.9 bilion.
(Sumber The Economist)

Bersambung....

ted manoff said...

c. Ketirisan Perbelanjaan
Kajian yang dibuat oleh Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme terhadap laporan tahunan Ketua Audit Negara menunjukkan berlaku ketirisan dan salah urus perbelanjaan antara RM23 bilion hingga RM40 bilion. Sedangkan GST hanya dijangka menyumbang sebanyak RM23 bilion pada tahun 2015. dan RM36bilion pada 2016. Jika ketirisan ditangani maka GST tidak diperlukan.

Pada tahun 2008 perbelanjaan unLHDN
mengurus negara hanyalah RM128 bilion tetapi untuk 2015 kerajaan merancang perbelanjaan mengurus sebanyak RM223 bilion.

Tidakkah ia merupakan peningkatan yang melampau untuk tempoh yang pendek iaitu 7 tahun dengan peningkatan hampir RM100 bilion?

Hasil daripada kegagalan menguruskan perbelanjaan inilah maka kerajaan mula berfikir untuk meluaskan lagi sumber kewangan negara sedangkan sebenarnya kerajaan tidak berhadapan dengan masalah sumber tetapi pada masalah berbelanja.

Penyelesaian mudah kerajaan ialah memperkenalkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST) kerana GST adalah cara paling mudah untuk mengutip sumber daripada rakyat termasuk golongan miskin dan Asnaf.

GST dikenakan pada semua barangan dan perkhidmatan melainkan yang dikecualikan. Ertinya kerajaan mendapat ruang yang sangat besar dan luas untuk mendapat hasil menerusi cukai.

Menteri Kewangan Kabinet Najib pernah berkata bahawa negara lain juga mengenakan GST kenapa Malaysia tidak boleh? Dengan memberi contoh Indonesia mengenakan GST sejumlah 10% kepada rakyatnya namun Menteri kabinet kayu Najib terlupa bagitau rakyat Malaysia bahawa Indonesia hanya mengenakan GST terhadap barang yang diimpot sahaja dan barangan tempatan tidak dikenakan GST.

GST kena kepada semua rakyat tanpa mengira kaya atau miskin yang berbelanja dan mendapat perkhidmatan. Ertinya GST mempunyai cakupan cukai sangat luas. Cara mudah kerajaan Najib mencari sumber kewangan tanpa perlu penasihat ekonomi yang profesional yang juga menghabiskan boras. Tetapi tidak bagi Najib penasihat kewangan bertaraf dan bergaji menteri lebihkurang 7 orang.

Jika sebelumnya hanya sekitar 1.7 juta terpaksa membayar cukai maka dengan GST berjuta-juta rakyat terpaksa membayar cukai setiap hari termasuk orang miskin. Suka atau tidak rakyat perlu lakukan jika tidak keluar dari Malaysia kata Ahli Parlimen Umno.

Apabila cukai dikenakan kepada si kaya dan si miskin maka di sinilah ketidakadilan sosial dan kezaliman berlaku. Kerana itulah cukai GST adalah zalim dan haram menurut kaedah percukaian Islam kerana cukai sepatutnya hanya kena kepada orang yang berkemampuan sahaja.

Data 2012 menunjukkan 31.7% isi rumah Malaysia berpendapatan kurang daripada rm2500 dan 23.8% lagi berpendapatan antara RM2,500 - RM4,000. Ertinya lebih separuh rakyat Malaysia mempunyai pendapatan di bawah RM4,000 iaitu di bawah paras kemiskinan.

MUNGKIN ANDA MASIH KABUR, DARI MANA DATANG NYA DANA UNTUK MEMBAYAR HUTANG SEBANYAK RM 847 BILION DAN FAEDAH NYA, TENTUNYA DARI RAKYAT YAKNI CUKAI.

CUBA KITA KIRA - 847 BILION/30 JUTA RAKYAT MALAYSIA: 847000,000,000/30= RM28233.3 JUTA, JADI SETIAP RAKYAT MALAYSIA MEMPUNYAI HUTANG SEBANYAK RM 28.23 BILION.

JADI JIKA PENGURUSAN KEEWANGAN NEGARA TIDAK DIUBAH MALAYSIA AKAN MENGHADAPI SITUASI CUKUPSUKAR/BENGKRAP, ITU SEBAB MENGAPA PENGURUSAN NAJIB SENTIASA MAHU MENAIKKAN SEMUA CUKAI BARANGAN DAN PERHIDMATAN, SUDAH BEGITU PUN NAJIB MASIH MENGEKALKAN HIDUP BERMEWAH2......

UNTUK MENGELAK DARIPADA RAKYAT
/ORANG KAMPUNG MEMARAHI NAJIB/UMNO DENGAN KENAIKAN KOS SARA HIDUP MAKA NAJIB MEMBUAT KEPUTUSAN MENAIKKAN NILAI BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA( BR1M)

SEBENARNYA PEMBERIAN BR1M HANYALAH UMPAN SUPAYA MULUT RAKYAT MARHEIN DITUTUP DAN DENGAN KENAIKAN BRIM MAKA MAK BEDAH DAN SUKU SAKATNYA DIKAMPUNG AKAN TERUS MENGUNDI UMNO/BN UNTUK MEMBERI NAJIB/ROSMAH BERKUASA 5 TAHUN LAGI

PEGAWAI PRIHATIN
LHDN
tmg at 8:54 PM

Anonymous said...

1 U.S. Dollar USD 4.2800

Anonymous said...

Ceritalah..mcm mana pun labu..klau kau tu pegawai lhdn kenapa kau..tak terang kan pwrkara tu kepada pegawi atasan kau...kenapa cerita dlm blog dah tu..nama pemuh pun tak ada...namosk sangat nipunya...kalau kau betul tulis nama kau dgn jelas...boleh senang...kami saman kau klau kau ckp mer as pu mcm rafizi

Anonymous said...

Ohh ted.kentut yang copy paste...so...tersalah pandang tadi...oh...pegawai lhdn yang di copy. Paste..pun...tak berani nak tulis nama...nampak sangat fitnahnya..berani kerana benar...kalau pegawai tu benar jujur baik amanah letak nama...kan...ni cerita pung pang mcm betul tapi nama betul pun takut nak letak..kat ditu dah nampak biolnya...biarlah..kata Brim tu gula gula ke..tp bagi rakyat yang hidup susah Brim tu umpama satu rahmat...orang klau tak prnah hidup susah boleh lah ckap itu ini...tp orang pernah tgok atau pernah alami kehidupan yang serba kekurangan...memang bersyukur sangat oemberian Brim tu

Anonymous said...

prrroootttt

Anonymous said...

Prrrroootttt

Anonymous said...

Prrrroooottttt

PEGAWAI PRIHATIN
TEMBERANG TED (PPTT)

Anonymous said...

Siapa yang bayar kami ted ??

Anonymous said...

Siapa yang bayar kami ted ??

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates