November 13, 2016

0 Semangat Konsensus Barisan Nasional Bakal Mendapat Kepercayaan Rakyat




Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Abdul Razak menyifatkan semangat konsensus dalam Barisan Nasional (BN) adalah kerjasama yang utuh dan wajar menerima kepercayaan dari rakyat. Beliau berkata perhubungan ini lahir daripada kerjasama yang sudah terjalin selama berdekad lamanya. Malah kerjasama dengan MCA sudah menjangkau 64 tahun dan pelbagai keputusan berkaitan dasar negara yang dibuat adalah daripada kerjasama yang rapat ini.

Perdana Menteri mempertikaikan hubungan antara Pakatan Pembangkang. Beliau menyifatkan Pakatan Pembangkang sebagai politik hipokrit. Kata beliau tidak mungkin pembangkang mempunyai kerjasama sekukuh konsensus BN. DS Najib Tun Razak berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Perhimpunan Agung MCA ke-63 di Wisma MCA di ibu negara, hari ini.

Perdana Menteri turut memuji MCA kerana dilihat semakin kukuh berbanding sebelum ini. MCA menurut beliau mempunyai satu pasukan sahaja. Pasukan MCA. Tiada lagi Pasukan A atau Pasukan B. Dengan semangat satu pasukan ini, adalah mudah untuk berurusan dengan MCA. MCA adalah satu parti yang menjaga kebajikan kaum Cina di Malaysia, tetapi MCA bukan satu parti ultra rasis seperti DAP yang membelakangkan rakan-rakan parti di dalam pembangkang.

Komponen BN dan Rakyat Malaysia khususnya, harus memahami pendirian MCA. Sebagai sebuah parti yang matang, MCA pernah menolak sebarang jawatan kabinet sekiranya mereka tidak dapat merealisasikan kerusi Parlimen kepada komponen BN. Konsep kesederhanaan dan muafakat di dalam gabungan komponen BN sebeginilah telah mula berjaya membawa masyarakat Cina mengundi BN pada dua Pilihan Raya Kecil yang lalu iaitu di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Jadi tidak hairanlah apabila Perdana Menteri juga memaklumkan beliau bersedia melakukan segala yang termampu untuk komuniti Cina. Cumanya, beliau berharap untuk meraih sokongan tanpa berbelah bahagi daripada kaum tersebut. Mesej yang mendalam Perdana Menteri berikan kepada Masyarakat Cina,
"Saya boleh tolong tetapi komuniti Cina kena respon secara positif. Tidak bolehlah minta dari Kerajaan Barisan Nasional tetapi undi DAP. Saya beri jaminan kepada semua yang hadir di Perhimpunan Agung MCA bahawa kita akan pastikan kepentingan masyarakat Cina sentiasa terpelihara. Misalnya saya faham ada permintaan untuk tambah SJKC, Insya-Allah akan kita perincikan bersama. Tetapi saya perlukan juga sokongan masyarakat Cina agar kerajaan Barisan Nasional dapat teruskan perjuangan jaga kepentingan semua pihak. Negara ini milik kita bersama, bangunkan sama-sama."

0 comments:

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates