November 20, 2016

0 Permintaan Penambahan Rangkaian Dan Laluan MyBas Di Perak


Kerajaan Negeri Perak berhasrat untuk menambah rangkaian dan laluan Skim Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST) atau lebih dikenali dengan myBas di negeri ini. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, namun ia tertakluk kepada penilaian yang dilaksanakan oleh pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Beliau berkata demikian menjawab soalan lisan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Mohammad Ziad Mohamed Zainal Abidin dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN). Jelasnya kajian semula rangkaian dan laluan berkenaan akan mengambil kira permintaan serta maklum balas daripada pengguna. Sehingga kini, myBas dilaksanakan dalam dua frasa iaitu fasa pertama pada 1 Jun lalu yang melibatkan enam laluan, manakala fasa kedua pula pada 1 September melibatkan 13 laluan.

Bagi laluan yang baru, pihak Kerajaan Negeri akan merujuk SPAD untuk pertimbangan. Beberapa kriteria telah diambil kira semasa perancangan SBST bagi menjamin keberkesanannya. Kriteria tersebut termasuklah menyediakan rangkaian laluan serta kebolehsampaian perkhidmatan bas berhenti-henti yang merangkumi 75 peratus penduduk di kawasan berkenaan.

Sejak 01/06/2016, pengguna bas di Ipoh kini dapat menikmati perjalanan yang lebih selesa dan mudah dengan pengenalan perkhidmatan bas berhenti-henti myBAS Ipoh. Perkhidmatan yang dikendalikan oleh Perak Transit Berhad ini menawarkan laluan di sekitar bandar raya Ipoh dan kawasan luar daerah tersebut dengan kadar tambang serendah RM1.00.

Kadar tambang yang dikenakan berdasarkan jarak perjalanan dengan harga serendah RM1.00 bagi perjalanan tertentu. Semua kenderaan myBAS Ipoh mempunyai ciri-ciri seperti perkhidmatan bas yang dilengkapi dengan penyaman udara, kerusi yang selesa dan pemantauan menerusi sistem GPS. Dalam pelaksanaan menyeluruh myBAS Ipoh yang akan datang, lebih banyak lagi laluan akan diperkenalkan untuk rakyat Ipoh.

0 comments:

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates