November 6, 2016

10 Pemurahnya @AzminAli Bayar SPLASH Tambahan RM2.45 Billion Duit Rakyat Selangor cc. @Khalid_Ibrahim


Semalam, Mantan Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim telah mengeluarkan Kenyataan Media menuduh Menteri Besar DS Mohamed Azmin Ali mengkhianati Rakyat Selangor kerana bersetuju untuk membayar 10 kali lebih iaitu sebanyak RM2.7 bilion untuk membeli syarikat SPLASH dan bukannya RM250 juta seperti yang ditawarkan oleh beliau sebelum ini.

TS Halid juga bertanyakan soalan yang sama di medai sosial Twitter. Bukan sahaja tidak menjawab, sebaliknya DS Azmin Ali membalas Twitter berkenaan dengan isu kitar semula dakwaan pinjaman Bank Islam yang diperolehi oleh TS Khalid Ibrahim.

Pertama, isu pinjaman Bank Islam adalah isu peribadi TS Khalid Ibrahim dan isu membayar SPLASH sebanyak RM2.7 billion adalah isu Rakyat Selangor kerana menggunakan duit Rakyat Selangor. 

Kedua, malangnya bagi Azmin, tuduhan-tuduhan isu Bank Islam adalah terdapat di dalam 91 dokumen halaman fitnah yang dibuat oleh PKR terhadap TS Khalid Ibrahim dan TS Khalid Ibrahim telahpun menyaman PKR kerana fitnah. Lebih malang, PKR kemudian memohon maaf tanpa syarat di mahkamah untuk TS Khalid dan berkata semua ini adalah tidak berasas dan berjanji tidak akan mengulangi semula.


Nampaknya DS Azmin Ali bukan sahaja mengkitar semula pembohongan tetapi kali ini mungkin menghina mahkamah (contempt of court) kerana mengulangi tuduhan-tuduhan ini, hanya kerana DS Azmin Ali mahu mengalihkan isu menjawab pembayaran 10 kali ganda kepada syarikat SPLASH. 

Sayugia diingatkan bahawa pembayaran lebihan sebanyak RM2.45 bilion boleh membeli lebih banyak Nasi Lemak Anak Dara dan selepas ini Menteri Besar Selangor boleh digelar "Mr 10 Times Richer".





10 comments:

JHO JIB said...

HIDUP NAJIB,MATI UMNO

Anonymous said...

Apalah macai Mamak Kutty tu tau mcmana nak perintah Selangor. Beretorik dan dakwa bukan sampai jadi fitnah bolehlah.

Isu air pon tak selesai2 sampai skrg. Timbul pulak bayar lebih pada Splash. Org2 politik mesti tau apa maknanya tu.

Samalah mcm Madey jual MV Agusta 1 euro pada pembeli, kemudian pembeli jual beratus juta USD. hanya transaksi MV Agusta ni elok tersembunyi sikit lah, taklah nampak sangat (rasanya) dgn transaksi dgn Splash ni ...

Apa pun dua2 tu dari satu kem, guru dgn MV Agusta, murid dgn Splash nya.

Bukan nak buat fitnah, tapi inilah analisa yg tepat apa yg berlaku.

Anonymous said...

1140 - tlg tiupkan roh kpd UMNO supaya ia boleh mati .. mati krn fitnah pembangkang/pembangan ..

Anonymous said...

bersangka baik la....bayar lebih. dah ada kira2....masyukkkkkk.....

Anonymous said...

ITU SEBAB SEPAK KHALID IBRAHIM. DIORANG DAH NAMPAK BILION2 PUNYA PROJEK. TELUS TAIK KUCHING. SAMA JER....NAMPAK DUIT GELAP MATA. NGATA ORANG....AWAK APA KURANGNYA....

Ted Manoff said...

Betui tu..tiup chepat2 sikit ye. Kami nak tengok ni

Anonymous said...

Wah mentol buat 22 dia buat 2 ada potensi nih.....potensi masuk kedalam...

Anonymous said...

Betul, betul ...

We love UMNO ... not Najib.

Anonymous said...

Kalau beri splash 10b pon AIR kt slangor cam AIR KENCING PENYAKIT KENCING MANIS nk buat pe????

Anonymous said...

Azmin...dah report polis ke Pasal isu sabotaj air...diam jer...tu fitnah terbesar...tu..Bn sabotaj hingga rakyat Selamgor susah tak ada air angkut air kejar lori air..sekarang pasal Splash...kali ni Azmin kelentong...10 kali ganda nak jual..dari harga asal...penipu besar dan perompak rupanya MB SELANGOR ni....Sultan Selangor...Selangor...tolonglah..MB...ni tak amanah..kaki songlap.rupanya...ni betul2. Ada bukti SPRM tolong siasat

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates