November 9, 2016

13 Pembangkang Bising Syarikat RM2 MOF Tetapi Tutup Mulut Syarikat RM2 DIEG Selangor

Satu Kenyataan Media yang dibuat oleh Rafizi Ramli, Dr Hatta Ramli, Wong Chen dan Ong Ka Ming, baca di sini, telah mempertikaikan tindakan Kerajaan menubuhkan syarikat urus Keretapi Pantai Timur (ECRL) dengan modal berbayar (paid-up capital) RM 2.

Pertama, adalah menjadi syarat untuk membuka Syarikat Sdn Bhd adalah melantik dua orang Pengarah Syarikat dengan saham sebanyak RM1 merangkap pemegang saham, dan syarikat baru berkenaan didaftarkan dengan modal berbayar (paid up capital) RM2.00.

Kedua, apabila Kerajaan menubuhkan Syarikat Sdn Bhd, Kerajaan akan memberi kuasa kepada dua orang pegawai kanan kerajaan menjadi Pengarah Syarikat. Ini kerana dua orang pengarah adalah minimum keperluan dalam sebuah Syarikat Sendirian Berhad ditubuhkan di negara ini.

Ketiga, bagi syarikat kerajaan yang baru ditubuhkan pemilik sahamnya ialah Ministry of Finance (MOF) Inc. Bagi syarikat Malaysia Rail Link Sdn Bhd, milik MOF Inc, saham RM2 dipegang oleh Ahmad Suhaimi Endut dan Dr Yusof Ismail. Kedua-dua adalah Setiusaha Bahagian dan Timbalan Setiusaha Bahagian di Kementerian Kewangan. Kedua-dua mereka hanyalah penama atau nominee sahaja. Boleh dirujuk kepada Memorandum of Association.

Keempat, kebiasaannya, Syarikat Sdn Bhd yang dimiliki orang kebanyakan, mereka akan meningkatkan modal berbayar ke RM100 ribu atau lebih untuk menaikkan kredebiliti, keperluan tender atau pinjaman bank. Namun, bagi syarikat milik kerajaan seperti Malaysia Rail Link Sdn Bhd yang menandatangani MOU dengan syarikat dari China untuk kerjasama pembinaan landasan kereta api koridor timur, syarikat berkenaan tidak perlu meningkatkan apa-apa modal berbayar sebelum tanda tangan perjanjian kerana tidak dikehendaki oleh pihak dari negara China.

Kelima, Malaysian Rail Link Sdn Bhd ditubuhkan pada 26/09/2016. Tahukah Rafizi Ramli & Co., untuk meningkatkan modal berbayar sahaja perlukan sekurang-kurangnya 3 bulan untuk diproses?

Untuk penjelasan cepumas, Syarikat Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang menguruskan kesemua aset-aset di Selangor, telah ditubuhkan bertahun. Aset yang berjumlah berbillion dipindahkan ke syarikat ini. Modal berbayar masih lagi RM2. Paling mengemparkan, Lembaga Pengarah syarikat DEIG bukan dari  kakitangan kanan kerajaan negeri Selangor. Kenapa Rafizi Ramli & Co. tidak bising?

Untuk penjelasan cepumas kedua, Kerajaan Pulau Pinang menandatangani 5 perjanjian berasingan untuk projek jalan-jalan utama dan terowong bawah dasar laut bernilai RM6.3 billion. Satu perjanjian adalah di antara Kerajaan Negeri dan Kosortium Zenith-BUCG yang bermodalkan hanya RM2 semasa perjanjian ditandatangani. Kenapa Rafizi Ramli & Co. tidak bising?

13 comments:

ted manoff said...

Juboq hang ryezall..mohd najib nk lantik bekas pegawainya sebagaii timbalan pengerusi spr..apa motifnya tuu..⌛⏳🏌⛳⛳

Ted Manoff said...

Tajuk lari lah Kentut ooi penyamun identiti

Anonymous said...

kena perlu tambah modal..cukup le RM2 tu..itu pun dah boleh pinjam berpuluh2 juta..minta tolong najib..1MDB modal 1juta pun boleh pinjam berbillion2..

ex umno

Anonymous said...

10:08 am - pertama sekali terimakasih kami ahli2 UMNO krn seekor anak ular telah menyusur keluar dari parti UMNO dgn sendirinya, dan tidaklah merosakkan parti dari dalam dgn gigitan2 kalo dia mampu menggigitlah, tapi rasa2nya tidak, ini anak ular air aje ni ..

anak ular ni pun aku percaya takde pengetahuan langsung berkaitan hal2 penubuhan sykt, apatah lagi kalo disentuh dgn 'accounting standards' yg diamalkan dinegara ini. jadi tak payahlah dipanjangkan isu dgn mrk yg dah dijangkiti VIRUS BIOL 'kuttydap' yg sedang melanda negara.

Anonymous said...

yg bertahun xtambah modal pemegang saham sorang singgit ntah sape2..boleh pulak..wah sejak dapat servis percuma ketum bukan main lancaq awai2 bagi komen dasar anak ulaq lidi...

Anonymous said...

pembangang dengan perangai HIPOKRIT mana boleh dipisahkan... dia buat boleh, halal... orang lain buat tak boleh, haram...

Anonymous said...

wooii ted kentut, suruh tokong bagitau rakyat berapa modal berbayar syarikat
Konsortium Zenith Bucg Sdn Bhd yang buat terowong bawah tanah kat penang tu???

Hantar kertas kosong pun dapat rm300++ juta la... baik punye rompak duit rakyat. Last-last projek ke mana, syarikat ke mana....

Anonymous said...

lantik pakai syarikat rm2 ke??

ted manoff said...

Haha..bongok punya macaii..MDB tu bkn duit rakyat kerr...baru nii nk kenal rakyat projek pun ntahapatah..sekarang nii berjuta rakyat kena tanggung hutang mdb..πŸ’°πŸ’°πŸ”«πŸ”ͺπŸ—ΏπŸšΎπŸ’πŸπŸπŸπŸπŸ

Anonymous said...

Aku nak kata Ted Manoff bahalol nanti marah lak. tak tau citer sebenar tak yah lah nak provoke atau spin sampai kata rakyat tanggung hutang.
Sila rujuk sumber2 dari link lain untuk dapat gambaran jelas 1MDB.

Tapi kalau dah tahap benak dan bahalol, berpuloh2 penjelasan pun dia akan spin...biasalah pembangang/pembangkang

Anonymous said...

Rupa2nya ted kentot prottt nak bagitau duit yg Soros bagi kat pembangkang suruh berdemo haram dan jatuhkan kerajaan tu rupanya duit rakyat. Duit rakyat yg jadi pemberontak dan pengkhianat negara.

Patutlah dorang ambik senyap2 takut rakyat tau dan mintak bagian masing2. Paria Chin pun kemut tak nak bagitau bila dipanggil polis beri keterangan.

Anonymous said...

Ted bongok...cer komen sket pasal
Konsortium Zenith Bucg Sdn Bhd tuu..yg buat kajian trowong konon..hehehe
300jota dah lesap tu...melalak ler skit sekali sejala jing pun blh gigit tokong..ape salah nye..hehehe

Anonymous said...

haha, ted kentut mana pandai nak jawab soalan orang lain bagi... kepandaian utama dia hanyalah ubah topik persoalan....

kah kah kah kah kah...

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates