November 16, 2016

0 Menteri Pengangkutan Umum AES Dikurangkan Kepada RM150


Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, mengumumkan denda bagi kesalahan melanggar kelajuan yang dihadkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ditetapkan pada kadar RM150 bagi setiap kesalahan. Ianya berdasarkan keputusan Kabinet yang menetapkan kadar sama tersebut sebanyak dikurangkan separuh berbanding RM300 yang dikuatkuasakan sebelum ini.

DS Liow, yang juga merupakan Presiden MCA, bagaimanapun menafikan khabar angin yang mengatakan Kerajaan akan menghapuskan kira-kira 1.6 juta saman AES yang dikeluarkan sebelum ini sejak sistem itu beroperasi pada 2012. Sistem AES diintegrasikan bersama Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) yang menggabungkan kamera dengan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara).

Pesalah trafik yang gagal membayar saman tersebut akan disenaraihitam dan tidak dibenarkan memperbaharui lesen memandu. Tiada lagi jumlah tetap kamera yang akan dipasang di bawah program Awas. Kerajaan telah memasang 40 kamera AES di seluruh negara pada fasa pertama pelaksanaan pada 2012 dan meletakkan sasaran 90 buah kamera.

Menurut laporan Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), kes pelanggaran lampu merah menurun sebanyak 1.23 peratus setahun dan 2.2 peratus dalam tempoh enam bulan sejak kamera AES dipasang di lampu isyarat terpilih. Buat masa ini, kamera AES dipasang di sekitar Lembah Klang dan Perak.

0 comments:

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates