November 18, 2016

0 GoKL City Bus - Perkhidmatan Percuma Terbaik Di Ibu Kota



GoKL City Bus adalah perkhidmatan bas percuma di atas initiatif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang diperkenalkan untuk menawarkan alternatif yang berdaya maju bagi penumpang untuk perjalanan dalam Daerah Pusat Perdagangan (CBD) Kuala Lumpur. GO KL memberikan perkhidmatan percuma kepada semua warga kota di Kuala Lumpur. Selain daripada mesra alam, bas ini turut menyediakan perkhidmatan WiFi yang boleh digunakan oleh semua penumpang. 

Menurut kajian dalaman yang dijalankan oleh SPAD, perkhidmatan GoKL dimanfaatkan oleh penumpang tempatan dan juga pelancong, dengan jumlah penumpang Malaysia dan pelancong luar negara masing-masing pada 63% dan 7%. Selain itu, perkhidmatan tersebut digunakan secara konsisten oleh 60% penumpang yang menaikinya setiap hari dan setiap minggu, dengan 33% untuk berulang-alik ke tempat kerja dan 23% untuk membeli-belah. Penumpang lain termasuklah pelajar kolej dan warga yang bergerak di sekitar ibu kota, manakala 20% pula terdiri daripada penumpang yang sedang bercuti dan menaiki GoKL untuk bersiar-siar.

Rungutan yang selalu diterima daripada penumpang warga tempatan adalah terlalu ramai pendatang asing yang bekerja di Malaysia menggunakan perkhidmatan percuma GoKL City Bus terutama daripada warga Bangladesh yang bekerja di Malaysia. Ini menjadikan suasana di dalam bas tidak kondusif dan menyamankan. 

Adalah disarankan agar pihak SPAD dapat mempertimbangkan agar kemudahan ini diberikan kepada Warganegara Malaysia sahaja dan bukan untuk semua, terutama pada waktu puncak dan hari bekerja. Pihak GoKL City Bus dapat mewujudkan sistem pengesana Mykad atau 'thumb scanner' seperti yang diamalkan oleh pihak perbankan untuk memastikan penumpang bas terdiri daripada Rakyat Malaysia.

0 comments:

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates