November 15, 2016

8 Bajet 2017 Pulau Pinang - Pejabat Ketua Menteri Mendapat Tambahan Peruntukan Lebih RM500 Juta!!!


Penduduk Pulau Pinang mendapat limpahan nikmat daripada Bajet 2017 yang dibentangkan hari ini. Pejabat Ketua Menteri & Pejabat Setiausaha Kerajaan mendapat peruntukan tertinggi di antara jabatan-jabatan Kerajaan di Pulau Pinang. Tambahan sebanyak RM546.02 juta berbanding peruntukan hanya RM161.59 juta pada tahun 2016.

Tiada kenaikan ketara untuk bajet bagi Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS). Dalam erti kata lain, banjir yang kerap berlaku di Pulau Pinang tidaklah merupakan agenda penting bagi Ketua Menteri, Joseph Lim Guan Eng. Banjir bukanlah menjadi satu masalah di Pulau Pinang.

Dalam ucapan pembentangan Bajet 2017, Joseph Lim Guan Eng berkata Kerajaan DAP Pulau Pinang akan memperuntukkan sebanyak RM150 juta kepada JPS Pulau Pinang pada tahun 2017 untuk melaksanakan projek-projek tebatan banjir (tidak termasuk Projek Tebatan Banjir Lembangan Sungai Pinang) bagi seluruh negeri Pulau Pinang.

Namun begitu dalam paparan infografik yang disediakan semasa ucapan pembentangan bajet tersebut peruntukan yang diberikan kepada JPS Pulau Pinang hanyalah RM14.46 juta sahaja. Sedikit penambahan berbanding peruntukan yang disediakan bagi tahun 2016. Adakah paparan infografik yang salah atau Ketua Menteri Pulau Pinang berbohong?

Untuk rekod, Joseph Lim Guan Eng sekali lagi bentang bajet defisit untuk negeri Pulau Pinang. Kali ini defisit berjumlah RM667.10 juta, pertambahan defisit sebanyak 128.36%. Hebat betul Joseph Lim Guan Eng menguruskan Pulau Pinang.

8 comments:

Anonymous said...

Aduh...banjir dan tanah runtuh lagilah nampaknya Penang..lepas ni nak naikkan cukai apa pulak..sbb defisit..hbis nak byar pekerja kerajaan negeri datang mana....kesian orang Penang ni..mcm dah jatuh tertimpa tangga...ubah lahblagi percaya sangat ckp Cina Dap lgi...

ted manoff said...

Piiiiraaaaaahhhh...org dh tk percaya bn lagi..janji2 nk bantu rakyat hanya retorik saja..cukai sana sini..dpt rasa denyut nadi rakyat kononnya..hanya ada beberapa bln saja sebelum PRU14..rakyat mahukn perubahan..rakyat dh muak dgn tipudaya bn..rakyat ditakut2kan dgn dap itu..ini..percayalh walaupun tanpa bn malaysia tetap boleh maju...ayuh ryezall sertaii BERSATU..⌚⚡⚡❄☀💫🌟⭐

Anonymous said...

Negeri maju tiada ketirisan banyaklah duit..kalo duit pinjam pun dikebas macamana nak maju negara..lihat saje singapura negara yg tak ada hasil bumi maju meninggalkan malaysia..orang singapura kebas duit dari malaysia..itupun kerajaan singapura hukum..pemimpin malaysia kebas duit ahli2 umno sibuk pertahankan..fitnah,fitnah..,...mamposlah malaysia ini macam..

Anonymous said...

Sebenaqnya org Dah tak percaya haram jadah DAP Dah.. LA no kalau jumpa babi Dan ulaq paria, org ludah ja... Terutama mcm paria ted manoff tu...
Tuihhhhhhh.....

Anonymous said...

Ko dan konco2 ko jer tak percaya...orang mana yg ludah ulaq?orang kepala tak betol mcm ko..he3

Mahkamah Singapura diberitahu - Jho Low 'penasihat' 1MDB
Mahkamah Singapura hari ini diberitahu bahawa ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang, Jho Low adalah ‘gatekeeper’ dan juga penasihat kepada 1MDB.
Bekas pegawai bank BSI, Yeo Jiawei memberi keterangan bahawa Jho Low membawa ‘urusan besar’ kepada BSI Bank (Singapore) Ltd dan urusan itu berkaitan dengan 1MDB.
Antara urusan itu membabitkan AS$100 juta daripada SRC International pada tahun 2011 manakala satu lagi melibatkan AS$2 bilion daripada Brazen Sky Ltd pada tahun 2012.
Kedua-dua firma berkenaan adalah anak syarikat 1MDB ketika masa kejadian. Sejak tahun 2012, Kementerian Kewangan diperbadanankan mengambil alih SRC International.
Yeo dibicarakan atas dakwaan mengganggu saksi dalam siasatan Singapura ke atas urus niaga berkaitan 1MDB. Antara lain, beliau dijadual dibicarakan pada April atas tuduhan pengubahan wang haram.
Urus niaga berkenaan diaturkan oleh Yak Chee Yew, seorang pengurus kanan di BSI Bank, yang kemudiannya memberi arahan kepada Yeo.


Minggu lalu, Yak mengaku bersalah atas tuduhan pemalsuan dan kegagalan melaporkan urus niaga mencurigakan. Yak dihukum penjara 18 minggu dan denda S$ 24,000 (RM72,850).
Sebahagian besar daripada jutaan wang yang diperolehi oleh Yak daripada transaksi berkaitan 1MDB juga dirampas.
sumber

Penguatkuasa negara ni masih buat bodo atau dah memang sedia bodo.???
Apapun rakyat terbanyak tak bodo beb..!

Anonymous said...

Kerajaan DAP tambah peruntukan lagi pada Sekolah Agama Rakyat


PENANTI - Buat kali kelapan, Kerajaan Negeri Pakatan Harapan pada petang tadi menyampaikan sumbangan RM1.75 juta peruntukan tambahan kepada 178 sekolah agama rakyat (SAR) pelbagai kategori di Pulau Pinang.

Mengulas lanjut, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berharap, sumbangan itu adalah sebagai menghargai 1,427 ustaz-ustazah, guru-guru Al-Quran, cikgu-cikgu sekolah agama serta barisan tuan guru pondok pengajian agama yang membantu Kerajaan Negeri dalam memartabatkan Islam di Pulau Pinang.

"Ia (RM1.75 juta) adalah tambahan pada apa yang telah pun diperuntukkan (RM1.75 juta).

"Tentulah saya berasa kesal dengan sesetengah pihak yang mengatakan kita hanya memberikan sebanyak RM1.75 juta sahaja dalam setahun.

"Sebenarnya, sejak 2009, Kerajaan Negeri melalui Jabatan (Hal Ehwal) Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) telah memberikan sebanyak RM45 juta, dan, ini tidak termasuk tanah yang diberikan secara percuma untuk pembangunan sekolah agama rakyat.

"Bantuan tambahan (RM1.75 juta) ini tidak pernah dilakukan oleh Kerajaan Negeri (era Umno Barisan Nasional, BN) sebelum ini, sama juga bantu (RM1.75 juta) dan 'bonus (raya)' untuk guru-guru sekolah agama rakyat yang kita (Kerajaan Negeri) bagi kebelakangan jni.

"Sebagai Kerajaan Negeri yang terbuka, kami rela diperbetulkan, sama seperti ajaran Islam yang menuntut taubat jika salah," ucapnya dalam Majlis Perasmian Bangunan Baru SAR Maahad At-Tarbiah Guar Jering petang tadi di sini. 

Turut berucap, Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Abdul Malik Abul Kassim serta Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri I, Dato' Mohd. Rashid Hasnon; Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti, Lim Hock Seng; Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr. Norlela Ariffin; ADUN Permatang Pasir, Dato' Mohd. Salleh Man yang juga Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP); Ahli Parlimen Nibong Tebal, Dato' Mansor Othman dan Pengarah JHEAIPP, Dato' Sazali Hussein.

Dalam perkembangan berkaitan, Guan Eng mensyorkan penerapan Sains, Teknologi Kejuruteraan, Bahasa Inggeris dan Matematik (ESTEEM) di semua jenis institusi pengajian agama Islam di negeri ini.

"Selain buat kuliah agama, buat juga kuliah sains dan teknologi kerana kalau kita lihat zaman keemasan Islam, ilmuan Islam banyak menyumbang pada dunia sains dan teknologi.

"Tanpa ilmu nombor dan al-Jibra yang disumbangkan oleh ilmuan Islam (Al-Khawarizmi), ilmu matematik, sains dan komputer yang menggunakan al-jibra tidak wujud.

"Bagi kami, sesiapa yang mendalami pendidikan Islam, ia adalah penegak pada keamanan," ujarnya sambil menolak dakyah Islamophobia oleh pihak tertentu di peringkat global.

Sebelum itu, Abdul Malik memberitahu, majlis pecah tanah projek pembinaan bangunan SAR Maahad At-Tarbiah Guar Jering bernilai RM1.3 daripada peruntukan tambahan Kerajaan Negeri tersebut disempurnakan bekas Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia merangkap bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 31 Ogos 2014.

Tambah beliau, kerja-kerja pemajuan adalah selama 12 bulan, mulai pada 2 Februari 2015 hingga 1 Februari lalu.

"Ini sebahagian usaha Kerajaan Negeri dalam mengutamakan pendidikan anak-anak kita, di bawah maksud Al-Islam Rahmatun Lil 'Alamin," jelas Abdul Malik.

Manakala Dr. Wan Azizah pula dalam ucapannya menzahirkan penghargaan Anwar atas komitmen pentadbiran Guan Eng dalam memartabatkan perkara pendidikan Islam di negeri ini.

"Bangunan baharu ini adalah suatu benih ilmu untuk anak-anak kita. Anwar begitu gembira dengan komitmen yang ditunjukkan oleh Kerajaan Negeri," ujar belia

Anonymous said...

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kini dilihat semakin takut dengan kekuatan pembangkang, jelas Naib Pengerusi Amanah Negeri, Che Ibrahim Mohamed.

Menurutnya, tindakan Najib mengeluarkan kenyataan bahawa masa depan negara tidak boleh bergantung pada pakatan politik yang hipokrit memperlihatkan kebimbangan pemimpin nombor satu negara itu kepada kekuatan sebenar yang ada dalam pembangkang kini.

“Apa yang paling ditakuti oleh BN ialah apabila parti-parti pembangkang berjaya mengetepikan perselisihan di kalangan mereka untuk membentuk satu pakatan pembangkang yang jitu melawan BN dalam PRU 14 nanti,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pertembungan yang didakwa wujud antara Tun Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang adalah ketika kedua-dua tokoh tersebut dalam aliran politik yang berbeza di mana Tun Mahathir adalah Ketua Kerajaan, manakala Kit Siang pula adalah Ketua Pembangkang.

Namun kini mereka berada dalam satu barisan pembangkang yang semakin mantap dan mempunyai cita-cita politik yang sama untuk menentang BN.

“Itulah yang digeruni dan cuba dielak oleh Najib, beliau tidak mahu dan tidak selesa jika pembangkang berada dalam satu persepakatan yang kukuh, lebih-lebih lagi jika barisan pembangkang bertanding dalam PRU14 nanti menggunakan satu simbol dan satu manifesto.

“Pakatan BN sebenarnya bukanlah satu pakatan yang kukuh, kekuatan mereka semata mata kerana sebagai parti yang memerintah, jika ditakdirkan BN kalah, saya yakin pakatan BN akan pecah dan akan ada komponennya yang akan bersama Pakatan Harapan,”katanya

Anonymous said...

nak bayar gaji ted kentut yang 24 jam bertenggek kat sini mestilah la mahal. Terpaksa la tuan tokong dia tambah peruntukan besar kat pejabat ketua menteri, bagi motivasi anjing ted kentut kerja lebih kuat lagi...

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates