October 23, 2016

14 UMNO Bahagian Semporna Lumpuh, Tiada Perwakilan Datang Mesyuarat

Ramai yang memerhatikan Mesyuarat UMNO Bahagian Semporna semalam. Ini berikutan orang kuat bahagian berkenaan iaitu DS Shafie Afdal yang keluar parti dan menubuhkan parti baru.

Alhamdulillah, bahagian berkenaan masih lagi utuh dan mendapat sokongan padu daripada ahli dan perwakilan di bawah pimpinan Ketua Bahagiannya, YB DS Nasir Tun Dr Sakaran.

Lebih manis apabila ikon UMNO Sabah, Tun Dr Sakaran Dandai turut hadir di majlis penutup Mesyuarat Bahagian berkenaan yang dihadiri oleh Naib Presiden UMNO, DS Hishammuddin Tun Hussein.

Turut hadir termasuklah Ketua UMNO Silam yang juga adik DS Shafie, Datuk Mohd Yusuf Afdal. Nampak gayanya susah jugak DS Shafie Afdal hendak melawan kekuatan bapak saudara beliau di bahagian berkenaan.

14 comments:

Anonymous said...

Ekonomi: Perangkaan vs realiti
KALAU kita percaya bahawa Indeks Harga Pengguna (CPI) dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia adalah kayu ukur yang tepat bagi inflasi, kita sepatutnya tidak mengalami sebarang masalah.
Sebaliknya kita akan mendapati harga barang dan perkhidmatan harian stabil. Malah dalam hal-hal tertentu lebih murah.
Malangnya, apa yang kita dengar adalah keluh-kesah serta rungutan mengatakan harga barang dan perkhidmatan melambung sehingga di luar kemampuan.
Kita juga dengar pengguna semakin tawar hati untuk berbelanja kerana kurang keyakinan. Indeks sentimen pengguna yang mengukur tahap keyakinan pengguna untuk berbelanja hasilan Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER) merudum.
Tiga tahun lalu, ia berada di paras 102 mata. Satu tahap yang tinggi. Tetapi pada Januari tahun ini ia jatuh kepada 63.8 sebelum naik balik kepada 78.5 mata Julai lepas.
Kalau kita kerap ke pusat-pusat beli-belah, kita akan dapati sudah ada kedai yang ditutup dan ramai pengunjung sekadar berlegar menjamu mata dan menikmati hawa dingin.  
Tetapi Jabatan Perangkaan Malaysia mengatakan kadar inflasi rendah. Laporan terbaru bertarikh 21 Oktober menunjukkan kadar CPI bulan ke bulan naik 0.4 peratus dan tahun ke tahun 1.5 peratus.
Dari sudut teknikal memanglah rendah. Jadi sebab apa pengguna mengeluh? Jawapannya terletak kepada barang dan perkhidmatan mana yang naik dan turun serta kewajaran (weightage) yang diberikan kepadanya.
Harga semua barang dan perkhidmatan yang penting atau yang tinggi kewajarannya seperti makanan, sewa, air, elektrik dan gas, perubatan, pendidikan, minuman keras dan tembakau semuanya naik.
Yang turun hanyalah pengangkutan, telekomunikasi dan pakaian. Itu pun kita kerap dengar ibu bapa mengeluh tambang bas sekolah naik dan harga pakaian serta peralatan sekolah mahal.
Dalam kalangan bahan makanan pula kita dapati daging, termasuk ayam, naik 6.9 peratus tahun ke tahun, makanan laut naik 5.26 peratus dan sayur-sayuran naik 3.1 peratus walaupun kita pernah ditegur kerana tidak memuji kerajaan apabila harga kangkung turun.
Keadaan menjadi lebih rumit dan merunsingkan apabila kita mengambil kira keadaan ekonomi pengguna. Wujud beberapa masalah pokok yang menyumbang ke arah memburukkan lagi keadaan bagi pengguna.
Semakin ramai berada dalam keadaan tersepit di segi kewangan sehinggakan kenaikan kecil pun terasa besar dan tidak tertanggung lagi.
Kesempitan hidup dan, boleh jadi juga, tahap kemiskinan sudah menjadi begitu buruk sehingga kenaikan harga yang seberhana pun sudah terlalu membebankan.
Hal ini boleh kita fahami dengan lebih mudah jika kita sedari bahawa purata gaji dan upahan naik hanya 0.9 peratus - tidak sampai satu peratus - antara 2012 dan 2015. Di beberapa negeri langsung tidak ada kenaikan.
Maksudnya kenaikan gaji jauh lebih rendah daripada kenaikan harga. Pendapatan isi rumah mencatatkan sedikit penambahan kerana pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Bilangan penerima BR1M dan bantuan kewangan lain seperti bayaran khas kepada peneroka Felda dan bonus khas kakitangan awam yang semakin ramai membayangkan peningkatan kadar kemiskinan.
Kadar pertumbuhan ekonomi yang lembap sekitar empat dan 4.5 peratus setahun tidak berupaya menjana pendapatan lebih tinggi sebaliknya memburukkan lagi pengangguran.
Tidak banyak peluang pekerjaan baharu dijana manakala pekerjaan yang sedia ada berkurangan akibat pembuangan pekerja apabila kilang, pejabat dan perniagaan ditutup atau mengurangkan kakitangan.
Walaupun kadar guna tenaga dilaporkan Jabatan Perangkaan sebagai stabil - meningkat daripada 3.1 peratus Oktober tahun lalu kepada 3.5 peratus Julai tahun ini – namun bilangan penganggur semakin ramai. April lalu bilangan penganggur dianggarkan 516,200.
Kesimpulannya, apa yang diuar-uarkan sebagai baik dalam bentuk perangkaan tidak semestinya baik juga apabila diterjemahkan kepada keadaan sebenar.

Anonymous said...

Perangkaan makro memberi gambaran kasar mengenai keadaan ekonomi sesebuah negara. Keadaan sebenar akan hanya dirasai apabila rakyat jelata dan pengguna memanfaatkannya di peringkat mikro iaitu apabila mereka cuba menjana pendapatan, berbelanja dan berurusan dengan kerajaan.
Pada waktu itulah mereka ada mendapati susah atau senang untuk mencari makan, murah atau mahal berbelanja dan sama ada kerajaan mampu atau tidak mampu menyekolahkan anak-anak mereka serta merawat mereka ketika sakit.
Dalam keadaan ekonomi yang menekan inilah rakyat jelata memerlukan kerajaan yang meringankan beban mereka dan bukan yang memaksa mereka menjerut perut yang sudah pun kempis. Wallahuaklam.

Anonymous said...

penoh jer kat kfc, mcd, western food dan kedai tomyan. kedai tudung, kedai kain jackle dan ikea penuh ngan manusia. kat mana manusia perut kempis. dimana2 didunia tidak dinafikan ada kaya ada miskin. kat amerika sekalipun. kat malaysia ni belum lagi dengar orang mati kebulor. yang terlampau2 malas mungkin. yang jenis kata ulat dalam batu bolih hidup.
politik ni macam2. kutuk orang tu. cari salah orang tu. walhal nak menang undi ajer. dah menang...jadilah macam yang ada2.
pakatan ni dulu bukan main kutuk bn. tuhan nak uji...bagi 2-3 negeri. apa hasil? sembang jer lebih. apa2 pun tembolok sendiri didulukan. ada ke yang zuhud macam kalipah iguana eng tu?

Anonymous said...

Tak di nafikan memang ada yg sudah mengempis perutnya.Mereka ada para kroni Mahathir yg sudah ketiadaan projek mega utk di kaut.Walau pun harta lama masih bertimbun ,tapi adat orang tamak ,bila tak ada yg baru ,di kira kena mengempis perut lah ut.Kroni Mahahtir yg menjadi kaya raya sebagai vendor Proton pun terpaksa mengempis perut sekarang keran mereka bukan lagi prioriti sebagai vendor.Padan muka kamu.

Anonymous said...

Shafie Afdal pun akan jadi saperti pemimpin2 parti pembangkang yang lain iaitu he will be " at his best when he condemns".

buana belantara said...

Yg hadir pun import..berbayar tu pun tak pasti dpt ke tak bayaran tu

Anonymous said...

Pembangkang hidup dalam khayalan ketum konon nya
rakyat masih tertipu dengan sendiwara mereka.....
drama di parlimen buat rakyat meluat...pertunjuk
menunjukan pembangkang akan tersungkur pada PRU akan
datang.....Bershit tak dapat sambutan...pilihanraya
kampus 20 - 0....konon beribu ahli UMNO masuk Bersatu

Anonymous said...

Dlm skop besar (negara) ya saya setuju. Tapi kegagalan pentadbir peringkat negeri daerah juga harus diberi perhatian. Peruntukan berbillion tp hasil ntah ke mana. Kuala lumpur sdg pesat membangun. Ada ramai warga asing bekerja kerana kekurangan trnaga kerja. Majikan terpaksa mengaji warga asing dgn kos yg sgt tinggi termasuk permit, hostel dan sbgnya kerana tiada warga tmptn yg berminat. Jd ada 2 cerita berbeza antara negeri dan pusat. Tp dlm bajet 2017 komitmen kjaan pusat jelas mahu majukan semua koridor ekonomi bwh pusat. Ini berita yg bagus..segalanya lebih meyakinkan berbanding kerajaan negeri yg slow, tak transparent, bnyk leaking. Bg beratus juta ekonomi tak naik setakuk pun.

R

Anonymous said...

Maaf reply saya berkaitan tenaga kerja.

R

Anonymous said...

Itulah dah cakap generasi y tak heran dan tak kisah sapa tu anwar...kit siang....sikit hormat pada Mahadey..sbb klcc...yang generasi y...nak...beri bukti dengan tepat...iaitu...who...when...how....

Anonymous said...

Keluar tajuk sikit...Air..kat Selangor timbul balik....rasa2 nya ni petunjuk dari Allah pembangkang akan kalah teruk kat Selangor sbb.penduduk kt Selangor dah...tersiksa sangat pasal isu air ni....dah ckp..kita yang terjejas air ni tak payah..melalak...atau meraung kat azmin atau kerajaan negeri.. Cukup sekadar kita menadah tangan dan meemohon pada Allah. Jatuhkanlah pemimpin seperti Azmin dan seangkatan mereka kerana aniaya kami rakyat biasa ni kerana asyik sibuk berpolitik dan membesarkan tembolok mereka sahaja.. Mereka lupa tentang kebajikan rakyat terutama isu air...sebenarnya Kerajaan pusat dah beri peringatan pada pembangkang ketika mula2 mereka mengambil alih kerajan namun....pembangkang sial ni kata Kerajn pusat nak takut2 kan rakyat...sekarng sapa yang undi pembangkang... Rasalah...inilah akibat kalau mengundi ikut perasaan bukan ikut akal fikiran...

Anonymous said...

Aaminn..moga2 PEMBANGKANG yg BANGANG akn jatuh seteruk2ny..

Korg rase2 rumah zmin MB ad air x???

Anonymous said...

Bila nak mula gegaq VAGANZA ni,tak sabaq NAK joget!!


nek tempoyak

Anonymous said...

Aku SOKONG 1000% yg kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap sykt2 yg menyokong dan mempromosi kumpulan Beersih 5.0 yg berkomplot utk menumbangkan kerajaan dan berlindung dibawah kebebasan bersuara kononnya, dgn menamatkan semua kontrak yg telah diterima dari kerajaan pusat dan menyenarai-hitamkan mrk utk mendapat kontrak kerajaan dimasa akan datang.

SYABAS. Beginilah tindakan yg sepatutnya diambil sejak dari Beersih 4.0 lagi, demo Beersih yg paling kotor, paling biadap, dan paling kurang ajar, dan mencerminkan busuk hati satu kaum pendatang yg lupa asal usul mrk.

Sedangkan TAYLOR'S COLLEGE Subang (tempat membiak puak evangalist DAPigs) pun boleh mengambil tindakan membatalkan kontrak sykt bas bumiputera yg mengangkut penuntut2 mrk semata-mata dgn alasan krn mengambil upah mengangkut peserta2 himpunan merah dulu, inikan pula sykt2 penyokong tegar DAPigs yg mensabotaj ekonomi dan cuba menjatuhkan kerajaan dgn cara tidak demokrasi. Mengapa harus dibiarkan mrk bermaharajalela?

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates