October 25, 2016

2 Timbalan Presiden MCA Ucap Takziah Ke Atas Tragedi Kebakaran Hospital Sultanah Aminah


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden MCA, DS Dr Wee Ka Siong sebentar tadi melahirkan rasa terkejut mengenai berita kebakaran Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru yang turut mencederakan dan mengorbankan nyawa yang tidak berdosa. Beliau berharap pihak berkuasa dapat mengenal pasti punca kebakaran secepat mungkin, terutamanya bagi hospital lain dapat bersedia untuk mengelakkan kejadian yang sama daripada berulang.

Dr Wee walaupun ketika ini berada di Geneva untuk menghadiri mesyuarat Perhimpunan Kesatuan Parlimen Antarabangsa, telah mengarahkan MCA Johor dan Crisis Relief Squad MCA (CRSM) Johor untuk segera ke tempat kejadian untuk memberi sokongan. Pada masa yang sama, beliau telah meminta Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Meng Fun untuk segera ke Johor Bharu untuk memberi pertolongan seupaya mungkin.

Dr Wee percaya kedudukan Datin Paduka Chew sebagai Timbalan Menteri, Wanita, Keluarga Dan Pembangunan Masyarakat selain daripada pengalaman beliau ketika membantu keluarga kemalangan pesawat MH370, dapat membantu mereka yang terjejas dengan berkesan. Dr Wee merakamkan ucapan takziah kepada mangsa-mangsa kebakaran yang terkorban di dalam kebakaran berkenaan. Dr Wee menambah walaupun beliau sekarang berada di luar negara tetapi hati beliau sentiasa mendoakan keselamatan semua pihak yang terlibat dalam kemalangan hari ini.


2 comments:

Anonymous said...

Innalilaahi wainna ilaihi rojiun...

Anonymous said...

ucapan takziah dari tokong takde ke???

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates