October 20, 2016

0 Presiden MCA Bidas Bajet Alternatif Pembangkang Tidak Realistik


Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai berkata janji pembangkang dalam Belanjawan Alternatif untuk membangunkan negeri Sabah dan Sarawak adalah hanya semata-mata untuk meraih undi di kedua-dua negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang. Beliau berkata pembangkang  tiada sebarang kaedah untuk menunjukkan cara pengurusan kerajaan yang berkesan.

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata Belanjawan Alternatif 2017 oleh Pakatan Harapan tidak mempunyai asas yang kukuh dan hanya bermotifkan politik. DS Liow berkata cadangan pembangkang termasuk penambahbaikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 'berkadar sifar' tidak menunjukkan sebarang cadangan kukuh untuk menambah sumber pendapatan negara.

Beliau menambah bajet Kerajaan Barisan Nasional memfokuskan kepada ekonomi berasaskan Rakyat dan lebih realistik. DS liow berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan tren empat gerabak terbaharu, Express Rail Link Sdn Bhd (ERL), di Salak Tinggi, Negeri Sembilan.

CTS sependapat dengan Presiden MCA mengenai Bajet Alternatif pembangkang yang tidak realistik. Bajet alternatif yang dikemukakan pembangkang adalah satu helah untuk mengelirukan Rakyat kerana dari segi kewangan ia tidak boleh dilaksanakan. Cadangan Bajet Alternatif untuk menaikkan gaji minimum kepada RM1,500, adakah pembangkang akan melakukan apa yang dikata di negeri-negeri yang ditadbir oleh mereka seperti Pulau Pinang dan Selangor?

Di dalam Bajet Alternatif juga, pembangkang tidak tahu perbezaan di antara Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM), kerana PMO adalah sebahagian daripada jabatan itu, yang merupakan entiti lebih besar yang menempatkan pelbagai unit dan agensi penting.

0 comments:

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates