October 25, 2016

38 Persoalan Husni Hanadzlah Di Parlimen Semalam Telah Dijawab Oleh Beliau Sendiri Sejak 2015

Ahli Parlimen Tambun, DS Ahmad Husni Hanadzlah mungkin pening-pening lalat ketika bertanyakan tentang persoalan 1MDB di Parlimen semalam sedangkan beliau telah menjawab soalan mengenai 1MDB sewaktu berjawatan Menteri Kewangan II. Berkenaan pertanyaaan beliau di Parlimen semalam:

1. Ketika ini bahas adalah di peringkat jawatankuasa, Menteri akan menjawab semasa sessi penggulungan.
2. DS Ahmad Husni Hanadzlah tidak beretika bertanyakan soalan pada Kerajaan di mana beliau merupakan anggotanya. Tambahan pula, beliau bertanyakan soalan berkaitan portfolio beliau sendiri di mana beliau adalah Mantan Menteri. Sepatutnya semasa beliau di dalam portfolio berkenaan, beliau sudah tahu jawapannya.

DS Ahmad Husni Hanadzlah telah menjawab persoalan yang ditanya oleh beliau sendiri di Parlimen semalam pada 20/05/2015. Petikan temubual beliau dipetik oleh portal FMT News, di sini.


DS Ahmad Husni Hanadzlah juga pernah menjawab secara langsung persoalan 1MDB di kaca TV. Tonton video di bawah. Mengapa baru sekarang beliau ingin bertanyakan soalan-soalan di mana beliau sendiri tahu jawapannya? Apa motif beliau?

38 comments:

Anonymous said...

Pening lalat nak tukar tempat dalam parlimen tu... Nak duduk sebelah si sembab gamaknya

Anonymous said...

Ramai yang tanya saya bagaimana nak menjawab soalan 'maut' Husni Hanadzlah dan kenyataan Ezam Mohd Noor. Jawapan saya:-

1. Husni bertanya semasa sesi pembentangan usul di Dewan Rakyat. Memandangkan soalan ini ditanya oleh Husni semasa sidang Dewan Rakyat, maka lebih molek dan sesuai jika ia juga dijawab oleh Menteri di Dewan Rakyat semasa penggulungan nanti. Tidak sesuai pula jika mendahului menteri.

2. Bagaimanapun, suka dinyatakan bahawa Husni sendiri pernah menjawab soalan mengenai penubuhan 1MDB. Dalam kenyataan pada 20 Februari 2015, Husni menyebut, "1MDB ditubuhkan dengan matlamat jelas iaitu melabur dan membangun projek dalam bentuk jangka panjang yang mempunyai kepentingan strategik kepada ekonomi, dengan sasaran menjana kewangan dan kejayaan pada masa depan. Selepas berjaya menggabungkan sektor tenaga dan menjadi pengeluar tenaga bebas kedua terbesar di Malaysia serta meletakkan asas untuk pembangunan Tun Razak Exchange dan Bandar Malaysia, dua projek yang akan mengubah rakyat dan ekonomi negara, syarikat ini adalah seiring dengan objektifnya."


3. Ezam pula pada pandangan saya hanya makhluk yang sedang cuba menangguk di air keruh. Ezam secara jelas menyatakan dia tidak mempunyai akses terhadap fail berkaitan. Jika begitu kesnya, anggap sajalah, Ezam ini tidak mempunyai maklumat mengenai soal ini.

Anonymous said...

4. Dakwaan Ezam ini sejak dulu lagi ada bermacam-macam, termasuk cerita 6 kotak berisi dokumen rahsia. Bagaimanapun sampai sekarang, tiada sebarang bukti dikeluarkan dan tiada sesiapa pula yang didakwa berkaitan kotak tersebut termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad.

5. Sebenarnya bukan semua orang boleh mendapat akses kepada fail-fail tertentu, lebih-lebih lagi Ezam yang mempunyai sejarah mengkhianati kerajaan dan pernah membuat ugutan untuk membocorkan rahsia kerajaan. Jika saya yang mengendalikan fail tersebut, saya sendiri tidak akan menyerahkannya kepada Ezam. Bukan fail 1MDB saja, malah fail-fail lain pun tidak mungkin saya serahkan kepada seseorang yang berisiko tinggi.

6. Oleh kerana Ezam tidak mempunyai sebarang akses kepada fail berkaitan, maka tidak perlulah Ezam membuat sebarang dakwaan berdasarkan andaiannya semata-mata. Dalam soal SRC, SPRM telah membuat siasatan dan berhubung dua kertas siasatan berkaitan kes SRC International dan berdasarkan laporan media, Peguam Negara pada 26 Januari 2016 menjelaskan bahawa tiada terzahir apa-apa kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 dan Kanun Keseksaan. Tiada sebarang keterangan yang menunjukkan Perdana Menteri menyalah gunakan kedudukannya. Manakala proses kelulusan pinjaman Lembaga KWAP dan proses kelulusan jaminan pinjaman oleh mesyuarat Jemaah Menteri pula dibuat secara teratur. Tiada sebarang keterangan yang menunjukkan Perdana Menteri meminta atau dijanjikan sebarang suapan daripada sebarang pihak sebelum, semasa, atau selepas keputusan Jemaah Menteri dibuat. Pihak SPRM sendiri mengakui bahawa berdasarkan hasil siasatan mereka, tiada keterangan daripada saksi-saksi yang boleh menunjukkan bahawa perdana menteri melakukan sebarang perbuatan rasuah. Panel Penilaian Operasi SPRM juga pada 26 Februari 2016 telah meminta SPRM melengkapkan siasatan mereka.

7. Berkenaan Laporan Audit Negara berkaitan 1MDB yang diklasifikasikan sebagai Rahsia Rasmi, Ketua Audit Negara telah menjelaskan bahawa beliau sendiri yang mengklasifikasikannya sebagai Rahsia selepas berlaku kebocoran laporan interimnya. Laporan Audit ini telah diteliti oleh PAC yang terdiri daripada Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang. Dapatan daripada Laporan Audit JAN ini juga ada disebut dan dimasukkan di dalam Laporan PAC setebal 106 muka surat.

8. Husni sepatutnya lebih beretika dan berintegriti dalam hal ini. Membuat pertanyaan berkaitan Kerajaan yang pernah dianggotainya dalam penggal ini, lebih-lebih lagi yang berkaitan portfolionya sendiri sebenarnya agak janggal, tidak beretika dan berintegriti. Lebih-lebih lagi jika ada di antara pertanyaan tersebut pernah dijawab oleh Husni sendiri sebelum ini. Sebagai mantan Menteri Kewangan II dan bekas jurucakap kerajaan dalam hal 1MDB, sepatutnya dia sudah tahu serba serbi berkenaan 1MDB, lebih-lebih lagi pertanyaan yang pernah dijawabnya sebelum ini.

9. Ezam pula bagaimana? Abaikan sahaja makhluk yang sudah tiada kredibiliti kerana fantasi 6 kotak dokumen rahsia yang dijajanya selama ini...

http://tunfaisal.blogspot.my/2016/10/menjawab-pertanyaan-dan-perilaku-aneh.html?m=1

Anonymous said...

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tuntutan samannya terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, sebaliknya mengarahkan bekas ketua pembangkang itu membayar kos RM100,000.

Panel hakim diketuai Datuk Umi Kalthum Abdul Majid berkata kes Anwar tidak mempunyai merit.

Panel turut disertai Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Hasnah Mohammed Hashim.

Sebelum ini, saman Anwar menuntut RM100 juta daripada Anifah ditolak Mahkamah Tinggi pada tahun lalu, dengan menganugerahkan kos RM20,000 kepada ahli politik Sabah itu.

Ia memutuskan mahkamah tempatan tidak ada kuasa membicarakan perkara yang berlaku di luar Malaysia.

Saman fitnah Anwar berkisar sidang media Anifah di Washington pada 2009.

Anwar menuduh menteri berkenaan cuba menggambarkan beliau seorang yang tidak layak memegang apa-apa jawatan dan ancaman kepada masyarakat Malaysia.

Dalam sidang media itu, Anifah dilaporkan mendakwa pernah ditawarkan jawatan timbalan perdana menteri sekiranya mendapatkan sokongan wakil rakyat Sabah bagi menjatuhkan kerajaan BN.

Pada 2008, Anwar mengumumkan berjaya meyakinkan majoriti ahli Parlimen termasuk di Sabah dan Sarawak supaya tidak menyokong kerajaan pimpinan perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Usaha itu bagaimanapun gagal.

Anwar diwakili peguam Razlan Hadri Zulkifli dan J. Leela, manakala Tan Sri Shafee Abdullah mewakili Anifah.

Razlan berkata Mahkamah Tinggi silap keputusan memihak Anifah dengan berdasarkan kenyataan penafian pada sidang media itu.

Anifah dilaporkan berkata sidang media itu yang ucapannya adalah hanya untuk pengetahuan mereka yang hadir.

Menurut Razlan, sebagai seorang menteri, Anifah tidak patut membuat ucapan sedemikian sekiranya sedar ia akan diterbitkan

Anonymous said...

Giler kau duit gst berpuluh belion masih nak buang sabsidi minyak masak plak? Apa dah jadi ni macai jib jolok?

Anonymous said...

Subsidi minyak masak tidak dimansuh

KHAMIS, 20 OKTOBER 2016 @ 7:05 PM
KUALA LUMPUR: Kerajaan menafikan akan memansuhkan subsidi untuk minyak masak bermula bulan depan seperti yang didakwa beberapa media, baru-baru ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani, berkata tiada sebarang keputusan untuk memansuhkan subsidi minyak masak dan ketika ini, harganya masih kekal seperti biasa.

Katanya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang berusaha memastikan subsidi minyak masak tidak disalah guna oleh pihak tertentu.

"Subsidi dan harga minyak masak kekal seperti biasa, sebaliknya KPDNKK mahu pastikan subsidi yang diberikan kepada pengguna itu tidak disalah guna untuk tujuan eksport. Itu yang mahu dan sedang dikawal.

"Ketika ini, penggunaan minyak masak adalah sekitar 45,000 metrik tan sebulan, manakala kerajaan keluarkan subsidi hampir 85,000 metrik tan sebulan.

"Kerana itu, kerajaan mahu pastikan tiada ketirisan berlaku," katanya ketika ditemui di Parlimen, di sini, hari ini.

Anonymous said...

Dolu cakap masa mabuk ketum...la ni cakap pakai
pala lutut...cita2 xkesampaian...terpaksa jdi
kuda tungangan musoh....
Masa2 terakhir pengkhianat.

Anonymous said...

WEI..SETAN GONDOL....

AIR DAH TAK KELUAR LAGI NIH....

KALAU NAK CATU...CATU AIR RUMAH MB TU....

NAK BASUH BERAK SUSAH NI....

Anonymous said...

kalau menurut anjing pembangkang, ni mesti hakim kena beli

Anonymous said...

Masa dlm kjaan, dia terpaksa ikut rentak boss dia..jawapan yg dia berikan masa dulu pun entah apa2 dan dia sendiri pun tak faham. Kini baru sedar...

Anonymous said...

Begitu banyak air di negeri Selangor sehinggakan pembesar di sana boleh mandi 7 kali sehari. Air free untuk pembesar tapi rakyat lain terpaksa bayar. Keadilan yang diperjuangkan di negeri Selangor.

https://m.youtube.com/watch?v=XPgz5y-kM-k

Anonymous said...

Sekarang ni dia bukan dalam kerajaan lagi ke, ha bahalol??

Anonymous said...

Biorkan aje, org tengah meroyan pase tidok dilantik jadi Menteri Kewangan, target dia .. sbb tu merajok tak nak terima apa2 jawatan dlm kabinet.

Skrg ni mungkin tengoh praktis melompat sbrp tinggi boleh .. manalah tau nak ikut Ezam 'lompat tinggi'.

Anonymous said...

Biarlah..dia sendiri nak memalukan dirinya sendiri...rakyat yang ada otak dah faham..menteri ni jenis pandai ke..atau sekadar harap...pegawai kananya yang bertungkus lumus dia cuma baca skrip...bila soal depan depan mana tak mengelabahnya...ini vontoh nenek kipas wan jijah..eloklah dah resign.

Anonymous said...

husni ni dah sama mental IQ nya dgn Muyidin sembab...tak tahu apa apa pasal 1MDB...pada hal MoF kedua dlm cabinet...Muyidin sembab pulak TPM...mcm mana kecacatan akal tahap profound muyidin sembab ni boleh menjangkiti Husni???
ada la yg dia nak tu, tapi najib tak bagi...hu..hu..hu..

Anonymous said...

Malu teman wei orang kampong perangei mcm zombie kampong pisang....sapa2 tau mane nak beli kipas mcm
nek jah ...nak bagi kat atok....tengah meroyan tuh....

Anonymous said...

1MDB ditubuhkan untuk memudahkan najib songlap duit pelaboran 1mdb diluar negara..dan telah pun berlaku duit dlm akaunnye yg disiasat FBI dipindahkan dari syarikat pelaboran 1mdb diluar negara....sampai sekarang najib tidak berani cabar siasatan FBI..

Anonymous said...

Dah masuk 42 juta dlm akaun dari SRC dan najib dah belanjakan duit tu loyar buruk Apandir kata tak ada ape2 kesalahan...loyar buruk negara jadi hakim

Anonymous said...

Selepas pembentangan PAC laporan odit tu kena buanglah klasifikasi sulit..ngook

Anonymous said...

Ada teloq anwar .berani saman...najib dan cai2 lembu ada teloq?...pempuan mat salleh SR kata dia dah cabut...ha3

Anonymous said...

Dia bukan menteghi lagi..tak ada kuasa daa..ngook..najib tak boleh buat ape2 daa...tongong..

Anonymous said...

Bertambah orang najib menentang perbuatan mungkar najib kepala perompak..

Anonymous said...

SOALAN2 YANG TERLEWAT DARI HUSNI BERKENAAN 1MDB
Ramai orang nampaknya amat teruja dengan soalan-soalan yang ditanyakan oleh bekas Menteri Kewangan Kedua, Husni Hanadzlah berkaitan 1MDB ketika membahaskan Bajet 2017 di Parlimen semalam,
Misalnya, soalan  mengapa 1MDB ditubuhkan, pakcik saya yang hanya seorang guru pencen sudah menanyakan soalan itu kepada saya kira-kira lebih setahun yang lalu kerana menurutnya, bukankah kerajaan sudah ada badan pelaburannya sendiri iaitu Khazanah Nasional untuk menjalankan aktiviti pelaburan?

Sebab itu, bila baru sekarang Husni bertanyakan soalan itu, kita juga mahu bertanya kepadanya, kenapa sejak dulu ketika sama-sama berada dalam kabinet, beliau tidak menyoal sendiri kepada Najib?

Dalam pada itu, barangkali sebahagian soalan-soalan itu Husni sendiri tahu jawapannya, manakala sebahagian yang lain mungkin tujuannya kerana mahu Najib Razak sendiri menjawabnya di Parlimen. Hanya Tuhan yang tahu tujuan dan nawaitu Husni itu.

Tidak perlu juga rasanya didetailkan apa soalan-soalan yang dibangkitkan oleh Husni itu kerana video ucapan beliau dan transkrip mengenainya sudah bersepah-sepah di media sosial dan whatsapp grup .

Bagi mereka yang sudah mengikuti isu 1MDB ini sejak dulu, masalah dan kepincangan mengenai syarikat pelaburan yang ditubuhkan Najib itu sebagaimana yang dibangkitkan oleh Husni memang sudah lama dalam perhatian ramai.

Hal-hal berkaitan wang pencen RM4 bilion yang kononnya dipinjam untuk perlombongan, terbitan bon, Aabar PJS Ltd, IPIC, Bandar Malaysia, mengapa tiada tindakan terhadap pengurusan 1MDB, kes di mahkamah timbangtara sehinggalah kepada tindakan-tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa Singapura, Switzerland dan Amerika, semuanya adalah kebimbangan yang ada di hati rakyat mengenai tingkahlaku Najib yang membahayakan masa depan negara serta diperbualkan di mana-mana.

Tidak ada sesiapa yang bersetuju dengan segala kemelut 1MDB, lebih-lebih lagi apabila kemudiannya dalam akuan Najib ada wang RM2,600 juta, Riza Aziz, anak tirnya tiba-tiba jadi tauke filem di Hollywood sambil mampu membeli banyak harta mewah di luar negara, percutian di kapal mewah bersama Jho Low dan pelbagai kecurigaan yang lain yang berlaku silih berganti.

Tetapi ketika segala kemelut itu berlaku, Husni adalah Menteri Kewangan Kedua dan beliau pernah ditugaskan oleh kabinet untuk menjadi jurucakap mengenai sebarang isu berkaitan 1MDB.

Soalnya, adakah waktu itu beliau pernah bertanya apa-apa soalan yang tidak difahaminya sekarang, sama ada kepada Najib sendiri mahupun kepada pengurusan 1MDB?

Jika dulu tidak pernah bertanyakan sebarang soalan, kenapa hanya baru sekarang mahu bertanya?

Kenapa juga waktu itu beliau tidak berusaha mencari jawapan sebagai menteri dan jika maklumat didapati disembunyikan atau jawapan yang diperolehi tidak memuaskan hatinya atau jelas ada "kong kali kong" dalam 1MDB, atas dasar apa beliau sanggup kekal bersekongkol duduk dalam kabinet bertahun-tahun lamanya?

Perlu diingat bahawa Husni meletakkan jawatan bukan disebabkan tidak setuju dengan 1MDB atau enggan bersama dengan ketidakjujuran Najib berkaitan syarikat pelaburan itu, tetapi hanya kerana tidak mahu dipindahkan ke kementerian lain yang dianggapnya bertentangan dengan hasrat hatinya mahu kekal di Kementerian Kewangan .

Husni tidaklah seperti Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal atau Mukhriz Mahathir yang berani bersuara mengenai 1MDB ketika masih berjawatan dan akhirnya sanggup hilang kedudukan serta jawatan kerananya.

Beliau berundur hanya kerana tidak setuju dipindahkan dari Kementerian Kewangan. Husni jauh sekali sedia meletakkan jawatan kerana isu 1MDB, sebaliknya hanya pertukaran kedudukan dan jawatan yang membuatkannya berundur, satu tindakan yang terlalu kecil dari segi harga perjuangan.
Bayangkan, apa jadi jika dalam rombakan tempohari, Najib tiada perancangan untuk menukarkan Husni atau bersetuju untuk terus  mengekalkannya lagi sebagai  Menteri Kewangan Kedua? 

Anonymous said...

Jawapan Husni pada tahun 2015 sebelum DOJ umumkan siasatan FBI menjumpai bukti dari money trail wang pelaboran 1mdb diluar negara masuk dalam akaun najib kepala perompak ....najib takut cabar siasatan FBI sampai sekarang....tahun 2015 najib kata derma raja arab yg disahkan oleh zahid komedi dan loyar buruk negara Apandir...tapi 2 orang ni jugak tak berani bantu najib cabar dOJ/FBI..

Anonymous said...

Jawapan Husni pada tahun 2015 sebelum DOJ umumkan siasatan FBI menjumpai bukti dari money trail wang pelaboran 1mdb diluar negara masuk dalam akaun najib kepala perompak ....najib takut cabar siasatan FBI sampai sekarang....tahun 2015 najib kata derma raja arab yg disahkan oleh zahid komedi dan loyar buruk negara Apandir...tapi 2 orang ni jugak tak berani bantu najib cabar dOJ/FBI..

Anonymous said...

Apabila Husni bercakap dalam parlimen seluruh MP barisan nasional meninggalkan dewan.

Rakyat memerhati perbuatan tidak bertanggungjawab perbuatan parti najib dan BN ini.

Adakah mereka tidak boleh ditegur?

Apakah tujuan rakyat mengundi mereka tempohari?

Perbuatan mereka ini akan kami terjemahkan pada PRU akan datang dengan mengundi parti pembangkang.

Ternyata umno parti najib hanya berkhidmat untuk diri mereka dan hanya mementingkan kekayaan untuk diri mereka saha

Anonymous said...

Sampai sekarang perniagaan 1mdb tak pernah untung 1sen pun...tiada odit yg berani sahkan penyata kewangan 1mdb...Aset negara pulak yg habis dijual untuk bayar utang 1mdb...belum untung dah dirompak..tabong haji turut jadi mangsa bantu beli tanah dengan harga yg mahal..

Anonymous said...

Abistu dia masih kerajaan ke atau pembangkang.?? Dua tu je yang ada... Jangan tambah lagi ko punye bahalol tu jadi ganda dua pulak....!!!!!

Anonymous said...

macam la dia tau...macam la dia yang buat audit.
sembang pengikut mad dey ni seronok didengar. apa la kena ngan diorang ni? dah tersampok penyakit mudah lupa mad dey agaknya.
mad dey nak settle semua cerita najib ni...najib kena angkat boboi jadi menteri kewangan. mimpi kut....

Anonymous said...

Dia ni pun...kena sindrom penyakit muudah lupa. Atau dah buat tobat nasrulhaq.

Anonymous said...

ADALAH YANG DIA MINTAK. TAK DAPAT....PUSING 360°. DIN BOTOX SAMA GAK....

Anonymous said...

Lah...untung 1 mdb boleh kita cari kat jabatan hasil negara..klau tak ada kerja pergilah cari....

Anonymous said...

Yernye...beri kat husni ni kipas.bior dia ngipas jer mcm nenek jijah...dulu ingat tak...nenak jijah ckp mana ada rel keretapi kena tol...blur kan bila kita cakap pasal Pan Borneo...ni gamaknya dah berjangkit dengan husni...atok..ni...dulu cakp pasal 1 mdb...rupanya tak tahu apa butir pun dia cakap...dulu..aduh menteri kwangan blur rupanya...macm si sembab..apa ntah diingatkan.. Kalau si sembab tu mungkin teringat ingat ah soo nika gee.tapi atok si husni ni ingat kat sapa..yer

Anonymous said...

Bekas umno tu... tapi kalau pasal kebenaran... why not...

Anonymous said...

Mana rakyat ko? Yg tencongok tengok tvsukugiler ka? Takdenye rakyat pala bana ko tu... ko tipu mocik pocik boleh la...

Anonymous said...

bekas umno???

kah kah kah kah... ketinggalan keretapi ke atau ketinggalan zaman...

Anonymous said...

dulu ada pembangang kata kat aku, kalau berasa dipihak benar saman la. Tapi kalau kalah saman macam atok peliwat ni dipihak benar ke atau dipihak memang kuat menipu??? Saje je tanya anjing ted kentut atas aku ni...

Anonymous said...

Pembangkang boleh ambil cerita luar negara dari Mat dan Minah saleh bodoh sebab depa ni pun sama bangang.

Asal dari luar negara semuanya bagus sebab itulah lubang juboq ada taik pun mereka balun sama saja. Aduh!!! batang kayu ada taik. Mana pi Al Juburi ni lama tak nampak muka kat Tivoli.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates