October 18, 2016

3 Pengerusi Parti Cap Bunga Raya Secara Terbuka Menyokong BERSIH 5



Pengerusi Parti Cap Bunga Raya, Tun Dr Mahathir Mohamed secara terang-terangan di Majlis Ceramah Mega Pembangkang di Seksyen 20, Shah Alam, dua hari lepas telah memberikan sokongan terbuka kepada perhimpunan haram yang diajurkan oleh BERSIH 5. Secara langsung Tun Dr Mahathir telah menjilat ludahnya kembali yang selama ini menentang perhimpunan haram jalanan. Tun juga melupakan kata-kata beliau kepada anak perempuannya, Marina,
"BERSIH telah dirampas oleh pemimpin pembangkang, saya tidak suka beliau meletakkan dirinya dekat dengan gerakan itu. Beliau tidak pernah katakan ini, tapi BERSIH dan beberapa gerakan lain didakwa ada kaitan dengan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT)." - Sumber Sinar Harian Online.
Tahniah Tun kerana sekarang mendokong LGBT! Di majlis berkenaan juga kelihatan kelibat Presiden PAN, Sahibul Samahah Mat Sabu yang kecewa apabila perhimpunan BERSIH 5 yang dibuatnya sehari sebelumnya di Pulau Pinang gagal mengamit kehadiran penonton. Tidak sampai 30 orang hadir di majlis ceramah beliau. Lihatlah video di bawah:

video

3 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah...

Tinggal nak jemput pas je nih... sebb sama cam umno... pas pun ada pengundi totok jugak... nak buat camno ye tak...

Anonymous said...

janganlah marah kat mad dey ni....dia dah hilang ingatan. bukan setakat MUDAH LUPA. semua dia cakap dulu....sekarang ni dah terbalik. nak buat camne. nampak benor sangapnya. selamat malaysia atau selamat tembolok sendiri dan kroni....

Anonymous said...

Aiikk...dulu kata demonstrasi jalanan bukan budaya kita. Skrng dah tukar ke?
Fening...fening..la...afa macam ini orang da.....

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates