October 10, 2016

0 Pameran #LPT2016 - Datanglah Beramai-Ramai


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sekali lagi akan menganjurkan Simposium Pengangkutan Awam Darat tahun 2016. Pada tahun ini, simposium ini bertemakan "Pengangkutan Awam - Mentransformasikan Negara" (Public Transport - Transforming the Nation) yang akan berlangsung pada 17 Oktober 2016 (Isnin) bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre. 

Lebih manis lagi, Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Razak dijangka akan merasmikan dan menyampaikan ucaptama mengenai 'Perjalanan 5 tahun Transformasi Pengangkutan Awam Darat'. Simposium ini merupakan kali kelima ianya dianjurkan bersempena sambutan 5 tahun Transformasi Pengangkutan Awam Darat sejak 2012.


Simposium dan pameran pada tahun ini akan membawa pelbagai perbincangan dan bahan pameran menarik mengenai peranan Pengangkutan Awam Darat dalam memangkin pertumbuhan sosioekonomi serta memandu mobiliti untuk meningkatkan kualiti kehidupan orang ramai. Apa yang paling penting adalah mauk adalah percuma.

Pelbagai aktiviti menarik menanti para pengunjung pada 17 Oktober ini bertempat di Aras 3, Kuala Lumpur Convention Centre. Antaranya ialah pameran kerjaya yang menjanjikan peluang pekerjaan kepada para pengunjung.

Selain itu, program berkenaan turut diserikan lagi dengan penampilan artis jemputan iaitu Ajak dan Hazir dari Hot FM dan Hafiz dari Fly FM. Hadiah lumayan turut menanti para pengunjung berjumlah sehingga RM 100,000 seperti tiket bas, pas LRT serta produk Touch n Go berupa kad dan jam tangan Time Traveller.






0 comments:

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates