October 13, 2016

0 MCA Akan Cuba Selesaikan Masalah Kekurangan PATI Di Cameron Highland


MCA akan cuba menyelesaikan masalah kekurangan Pekerja Asing Tanpa Izin (PATI) yang dialami dalam sektor perladangan di Cameron Highlands yang dilihat semakin kritikal sejak kebelakangan ini. Timbalan Presiden MCA, DS Dr Wee Ka Siong berkata, beliau dan Presidennya, DS Liow Tiong Lai akan mengemukakan masalah tersebut kepada Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak dan Timbalannya, DS Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam masa terdekat.

Menurut Dr Wee, ramai pekebun sayur, buah-buahan, bunga dan penternak di sekitar kawasan Cameron Highlands, Kedah, Perak dan Johor merungut mereka sukar melakukan kerja-kerja penanaman akibat kekurangan tenaga kerja daripada PATI.

Menurut Dr Wee, walaupun sebelum ini pihak kerajaan telah mengumumkan untuk membenarkan sektor perladangan mengupah pekerja asing, namun ia hanya ditujukan kepada sektor perladangan di ladang kepala sawit sahaja. Ini menyebabkan sektor-sektor yang membabitkan penanaman sayur, buah-buahan, bunga dan penternakan menghadapi kekurangan tenaga pekerja asing yang serius.

Dr Wee yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut berkata, pengusaha industri merupakan salah satu kepada penyumbang ekonomi negara dan masalah yang timbul perlu diatasi bagi mengelakkan produktiviti kerja terjejas. Dr Wee menambah, Kerajaan tidak boleh mengabaikan sumbangan yang diberikan golongan pekebun terutama sekali di Cameron Highlands memandangkan ia adalah pengeluar bunga kekwa yang ketiga terbesar di dunia dengan jumlah eksport mencecah RM200 juta setahun.

0 comments:

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates