October 21, 2016

15 Beberapa Kelemahan Bajet Alternatif Pembangkang


Ketua Pembangkang yang juga Presiden PKR, DS Dr Wan Azizah Wan Ismail membentangkan Bajet Pakatan Harapan 2017 di Bilik Taklimat, Bangunan Parlimen dua hari lepas. Turut bersama dalam majlis berkenaan ialah Presiden PAN, Mohamad Sabu dan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang mewakili DAP. Tanpa kelibat mana-mana wakil daripada Parti Cap Bunga Raya, Bajet Alternatif pembangkang ini tidak mengambarkan suara kesemua pembangkang di dalam Pakatan Harapan.

Terdapat beberapa kelemahan yang nyata yang boleh dilihat sekali imbas melalui Belanjwan Alternatif pembangkang ini, di antaranya,

1. Kakitangan Kerajaan Tidak Dihargai Di Dalam Bajet 2017

Para penjawat awam seharusnya menyedari bahawa dalam Bajet Alternatif Pakatan Harapan 2017 tiada sebarang usaha untuk menghargai penjawat awam melalui pemberian intensif khas atau bonus? Malah mungkin ramai juga tidak sedar bahawa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat pada tahun 2016 yang lalu juga menunjukkan pembangkang tidak berminat untuk menghargai jerih perih para penjawat awam.

Selaku Rakyat dan penjawat awam yang waras, seharusnya mampu berfikir sejauhmana keseriusan pihak pembangkang dalam membela nasib kehidupan mereka di negara ini. Pada 01/11/2011, Tony Pua pernah sebut dalam akhbar Sin Chew Daily, mukasurat 9 mengenai cadangannya hendak kurangkan penjawat awam di Malaysia. Pada 31/11/2011, Setiausaha kepada Tony Pua iaitu Kiam Wee juga pernah berkata DAP akan melaksanakan 'Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam' jika mereka menguasai Putrajaya.

Inilah bahaya pembangkang dan DAP, kalau dapat kuasa habis semua akan dibuang mereka. Bukan sahaja bonus tiada dalam belanjawan pembangkang, mereka juga ada niat hendak buang kakitangan awam di Putrajaya.

2. Bajet Alternatif Pembangkang Tidak Realistik Dan Mementingkan Rakyat

Di dalam Bajet Alternatif Pakatan Harapan, kebanyakannya hanya bertumpu kepada memperlekehkan usaha Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional. Manakala inisiatif daripada pembangkang ke arah kesejahteraan rakyat dalam bajet tersebut tidak begitu ketara. Contohnya, di dalam soal perumahan rakyat, di Selangor dan Pulau Pinang pun pembangkang gagal laksanakan rumah mampu milik untuk Rakyat.

3. Bajet Alternatif Pakatan Harapan Tidak Tahu Membezakan JPM Dan PMO

Bajet Alternatif Pakatan Harapan membongkar kebodohan pemimpin kanan PKR, DAP dan PAN. Bajet yang kali kedua disediakan oleh Pakatan Harapan bersama PAN itu, diumumkan dua hari sebelum Perdana Menteri, DS Najib Razak membentangkan Bajet 2017 di Parlimen hari ini. Mereka mencadangkan pemotongan belanjawan Jabatan Perdana Menteri sebanyak RM10 bilion iaitu dari RM20.3 bilion pada 2016 kepada RM10.31 bilion. Tahun lepas mereka hendak potong RM11 billion.

Pembangkang dilihat tidak dapat membezakan diantara Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan Pejabat YAB Perdana Menteri (PMO). Perkara ini memang sungguh memalukan. Bagaimana mereka mahu mentadbir negara jika perkara semudah ini pun gagal untuk mereka fahami. Tahukah mereka bahawa PMO hanya sebahagian kecil dari JPM? JPM terdiri daripada 58 jabatan, 15 Badan Berkanun, 14 syarikat, 5 yayasan dan satu pertubuhan antarabangsa. Anda boleh melayari laman JPM di sini untuk mengetahui maklumat lanjut.

Bayangkan sekiranya pemotongan sebanyak RM10 bilion dilakukan terhadap Agensi, Badan Berkanun dan Yayasan seperti senarai di atas. Mampukah mereka menjalankan peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan untuk kepentingan Rakyat dan negara? Sudah tentu mereka tidak akan dapat berfungsi dengan cekap dan berkesan dengan kekangan kewangan sepertimana yang disarankan oleh pembangkang.

4. Pembangkang Akan Naikkan Levi 10% Setiap Tahun.

Dalam Bajet Alternatif 2017 pembangkang, bahagian paling menarik untuk dibincangkan ialah menyentuh mengenai cadangan menaikkan levi pekerja asing difahamkan sehingga 10 peratus pada setiap tahun sehingga 2020. Langkah itu sudah pasti akan menggemparkan para majikan dan membantutkan banyak sektor ekonomi yang sememangnya banyak bergantung kepada pekerja asing yang berdaftar.

Ia dicadangkan oleh pembangkang untuk dinaikkan di tiga sektor iaitu pembuatan, perkhidmatan dan pembinaan. Ia sudah pasti akan membebankan majikan yang terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk membayar levi jika sekiranya mahu membawa masuk pekerja asing. Selain itu, mereka menciplak program pemutihan pekerja asing yang pernah dilaksanakan kerajaan sebelum ini sebagai salah satu langkah dalam Bajet Alternatif 2017 mereka.

5. Gaji Minimum RM1,500, Adakah Pembangkang Akan Laksanakan Di Negeri Yang Diperintah Oleh Mereka?

Pembangkang telah membentangkan bajet alternatif 2017 semalam dengan antara cadangan yang dikemukakan ialah menaikkan gaji minimum bulanan pekerja kepada RM1,500 sebulan di seluruh negara. Pembangkang bercadang melaksanakannya dengan membahagikan kos berkenaan sama rata antara kerajaan dengan majikan dan dengan itu ia mengambil RM2.5 bilion daripada belanjawan persekutuan.

Apa yang agak menghairankan ialah kenapa gaji minimum RM1,500 ini tidak dilaksanakan di Selangor dan Pulau Pinang terlebih dahulu, iaitu negeri di mana Pakatan Harapan memerintah? Jawapannya mudah, ianya tidak boleh dilaksanakan kerana ramai majikan akan protes dan membantah di Selangor dan Pulau Pinang.

Lim Guan Eng dan Azmin Ali mengetahui bahawa perlaksanaan ini akan melibatkan kos yang tinggi memandangkan Kerajaan Negeri terpaksa memberikan subsidi untuk pelaksanaannya. Harus diingat,  pada 2011 pembangkang buat Buku Jingga dan berkata hendak gaji minimum RM1,500. Apakah perkara itu mereka laksanakan di Selangor dan Pulau Pinang?

Untuk rekod, perintah gaji minimum 2016 iaitu RM1,000 sebulan bagi Semenanjung Malaysia dan RM920 sebulan bagi Sarawak, Sabah dan Labuan telah dikuatkuasakan mulai 1 Julai tahun ini. Mana-mana pihak yang tidak mematuhi perintah tersebut, jika disabitkan boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000 bagi setiap kesalahan dan RM1,000 sehari bagi kesalahan berterusan di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011.

15 comments:

Anonymous said...

Yg pembangkang MENYEMAK nk buat jgak budjet tu buat pe???

Bukan dorg yg memerintah pun.....
Kihkihkih

Xpayah nk KEJAR bayang2..

Anonymous said...

orang bajet dia bajet. bajet celah bedah kot....

Anonymous said...

Suruh jage empangan slangor pon TERKETAR2 ni kan plak nk buat bajet bagaiiii..
Kihkihkih

Kalu LGE jd finace mnistry alamatny TERLUNGKUP mlysia ni..

Rumah ko rumah aku juga...

Anonymous said...

Harga minyak masak naik antara RM0.40-RM1.90

Lagi perkara yang membebankan rakyat akan berlaku. Dalam 11 hari lagi, kos memasak di negara ini akan bertambah apabila harga minyak masak meningkat.
Harga makanan di luar tentu meningkat lagi kerana restoran dan premis makanan cuba ‘mengalihkan’ kos berkenaan kepada pelanggan.

Subsidi untuk semua kecuali dua saiz bungkusan minyak masak akan dimansuhkan pada 1 November depan.

Subsidi kedua-duanya akan kekal sehingga akhir tahun ini, membabitkan botol 5 kilogram (kg) dan pek plastik (polybag) 1kg.

Bermula Tahun Baharu, hanya harga bagi bungkusan 1kg akan diberikan subsidi.

Kesemua saiz lain seperti botol 500 gram, 1kg, 2kg dan 3kg, tidak lagi disubsidikan oleh kerajaan.

“Semua harga runcit bagi minyak masak campuran dalam pelbagai jenis bungkusan juga tidak lagi diberikan subsidi,” menurut Persatuan Pengeluar Minyak Makan Malaya (MEOMA) dipetik mStar.

Menurut persatuan itu, ia selari dengan Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) yang dilaksanakan kerajaan pada Jun 2007 berikutan kenaikan harga minyak sawit ketika itu.

Tambah persatuan itu, COSS distruktur semula, yang merupakan sebahagian daripada pelan rasionalisasi subsidi kerajaan.

Harga runcit siling bagi pek plastik 1kg dan botol 5kg akan disemak semula yang menyaksikan peningkatan harga, dari RM2.50 kepada RM2.90 untuk pek plastik 1kg, dan dari RM13.35 kepada RM15.25 bagi botol 5kg.
Nanti cai tongong suruh tanam kelapa sawit sendiri...dia ingat tanah hak bapak dia yg punye...kalo minyak naik gi gerudi sendiri minyak....

Bajet 2017 paling suram...tak ada siaran besar2ran oleh akhbar umno..tiada ulasan menteghi..tak ada. Thumb up..hebat najib kepala perompak yg dipuja2

Anonymous said...

Terbeliak Mata... Khairul Azwan Kalah Saman Fitnah, Diperintah Bayar Kos RM73K Kepada Rafizi

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam menolak saman fitnah Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun terhadap Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.

S Nantha Balan mengarahkan Khairul Azwan membayar kos sebanyak RM73,000 kepada Rafizi. Ia termasuk bayaran RM23,000 yang Rafizi terpaksa terpaksa tangungg untuk mendapatkan dokumen-dokumen dari Australia.

Khairul sebelum ini telah mengemukakan saman fitnah berkenaan dakwaan Rafizi melibatkan transaksi hartanah MARA bernilai RM63 juta.


Tindakan undang-undang tersebut dibuat selepas ahli Parlimen Pandan itu gagal memohon maaf dan menarik balik kenyataannya.

Rafizi sebelum itu mendakwa lima pemimpin Pemuda Umno terbabit dalam tiga pembelian harta tanah di Australia yang belum didedahkan, iaitu 746 Swanston Street, 333 Exhibition Street dan 51 Queen Street.

Hakim berkata, Rafizi tidak menunjukkan sebarang niat jahat kerana dakwaan itu dibuat berdasarkan kajian sendiri.

"Perkara ini wajar jika disiasat dan diberi perhatian kerana ia melibatkan kepentingan awam," kata hakim.

Anonymous said...

Pemimpin pelapis umno bodoo..repot polis,polis tak layan..saman rafizi hakim perintah azwan bro bayar..memang bodoo nak tunjuk. Pandai

Anonymous said...

Konon bajet umno bn mesra rakyat? Bagi brim... tapi belasah keliling kat rakyat.. zimbabwe pun boleh buat...

Anonymous said...

Yeke bro? Kahkah... konon bila betindak nak saman tu bajet mcm betul la tu kononnye...

So maksudnye betul la kot dakwaan fizi pasal mara tu? Camne cai? Nak jawab apa?

Anonymous said...

Itu hakim...mesti pkr..punya...kalau betul kenapa SPRM senyap jer....

Anonymous said...

berita pembohong..

Anonymous said...

mazlan aliman kene saman fitnah rm500k kepada felda ko tak mau sentuh pulak ke bahalol???

Anonymous said...

Cai TOLOL n BIOL 1213..
mane cerite sawit ko caiii..???
Njib xcrite pon caiii...

Anonymous said...

ted kentut tu kalau cerita fitnah dia paling awal akan copy paste kat sini...

bila dah kantoi, buat bodoh je...

perangai haram jadah dia mana pernah berubah... tunggu masuk kubur pun perangai dia tetap begtu jugak...

Anonymous said...

Belasah keliling tu bapak ko punya hearsay anggok2 bongok

Anonymous said...

Hearsay anggok2 bongok

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates