December 25, 2015

13 Video Anwar Ibrahim Melawat Nurul Nuha Di ICU - Sihat Walafiat Saja Orang Tua Ni?



Anak Ketua Pembangkang, Nurul Nuha Anwar, dua hari lepas telah terjatuh di rumahnya dan terhantuk kepala. Kecederaan Nurul Nuha agak serius dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tropicana. Berkemungkinan keadaan Nurul Nuha yang agak serius, bapanya Anwar Ibrahim telah dibawa daripada Penjara Sungai Buloh untuk melawat. 

CTS tidak mempertikaikan tindakan Jabatan Penjara membenarkan seorang banduan liwat untuk melawat anaknya yang berkemungkinan tenat, walaupun banduan-banduan lain mungkin tidak mendapat keistimewaan seperti Anwar Ibrahim. Tidak bergari dan berbaju pink lagi.

Apa yang CTS cuba sampaikan di sini, di dalam video berkenaan, Anwar Ibrahim kelihatan sihat walafiat. Badannya juga agak berisi dan gempal. Mungkin beliau menerima layanan dan makanan yang berkhasiat di dalam penjara. Berlainan dari apa yang sering didakwa oleh anak sulung beliau, Nurul Izzah bahawa Anwar Ibrahim sedang mengalami kesakitan yang serius dan perlu dibawa ke luar negara untuk berubat.

1 Tiada Sumbangan Jariah Orang Ramai Digunakan Dalam Pembelian Simulator Golf Oleh YaPEIM

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menafikan dakwaan pihak tertentu mengenai Yayasan itu membeli simulator golf menggunakan sumbangan jariah orang ramai. Ketua Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YaPEIM, Datuk Abibullah Samsudin berkata sebaliknya simulator itu dibeli hasil daripada pendapatan perniagaan Yayasan itu.
"Kita tak guna sumber amal jariah (untuk pembelian simulator golf) kerana kita jalankan perniagaan dan ada sumber-sumber kewangan sendiri yang kita gunakan untuk kembangkan perniagaan lain." 
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Klang selepas menyerahkan sumbangan kewangan pendidikan kepada waris 5 sekeluarga yang mati lemas di Air Terjun Belukar Bukit, Hulu Terengganu, Sabtu lepas.

Datuk Abibullah berkata simulator golf yang kini ditempatkan di bangunan 9 tingkat milik YaPEIM di Petaling Jaya juga akan dijadikan pusat kecergasan dalaman apabila bangunan itu dinaik taraf kepada hotel bertaraf 4 bintang kelak. Katanya, YaPEIM mengambil pendekatan membentuk masyarakat untuk bersukan termasuk golf dan menerusi pembelian simulator itu, permainan tersebut boleh dimain tanpa mengira cuaca kerana ia ditempatkan dalam bangunan.

Pada 17/12/2015, Pusat Pemantau dan Pendedahan Maklumat Nasional (NOW) dilapor mempersoal pembelian simulator golf berkenaan dan meminta YaPEIM menjelaskan keperluan memiliki permainan itu yang dilabel sebagai peralatan mewah. Penjelasan terperinci turut diberikan oleh blog ini di sini.

12 The Malaysian Insiders Cuba Siarkan Berita Sedih 'Si Miskin' Sewaktu Perayaan Krismas Dan Maulidul Rasul


Dalam Rakyat Malaysia sedang bergembira menyambut cuti panjang semperna Maulidul Rasul dan perayaan Hari Natal, The Malaysian Insiders (TMI) seperti biasa cuba membuat cerita provokasi mengenai sebuah 16 sekeluarga yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat, DBKL di Sentul. Tindakan TMI ini boleh difahami kerana mereka mahu mewujudkan persepsi untuk menyalahkan Kerajaan dengan penderitaan kononnya si miskin ini. Persoalannya betulkah keluarga ini miskin dan tidak mendapat bantuan Kerajaan?

Menurut cerita TMI di sini, Abdol Wahab Musa telah mendapat bantuan Baitulmal sebanyak RM700 sebulan. Beliau juga berpendapatan kasar sebanyak lebih kurang RM9,000 ke RM12,000 sebulan.



Dengan pendapatan RM9,000 - RM12,000 ditambah dengan bantuan Baitulmal sebanyak RM700, beliau tidak mampu untuk menyewa rumah yang lebih selesa untuk keluarganya? Beliau juga tidak membayar sewa rumah Projek Perumahan Rakyat sebanyak RM120 sebulan untuk dua tahun? Kerajaan jugakah yang ingin dipersalahkan sedangkan beliau diberi kemudahan tinggal di rumah flat murah berharga RM120 sebulan di mana beliau tidak membayarnya selama 2 tahun? 

Salah Kerajaankah juga apabila bantuan Baitulmal diberikan kepada beliau sebanyak RM700 sebulan walaupun pendapatannya RM9,000 ke 12,000 sebulan? Saya juga merasakan bahawa Abdol Wahab Musa juga turut menerima BR1M walaupun rencana TMI tidak menyatakan demikian.

Salah Kerajaankah juga apabila anak lelakinya yang telah bekerja dan anak perempuannya yang berusia 30 tahun yang berkelulusan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) tidak membantu keluarga? Kita kena akui masih ada golongan miskin di Malaysia, namun Abdol Wahab Musa bukan salah seorang daripadanya.

December 23, 2015

7 Fitnah Touch & Go Kenakan GST - Jangan Cepat Melompat

Sejak dari pagi media sosial dibanjiri dengan gambar kononnya isian semula atau 'top up' Touch & Go dikenakan 'Good & Services Tax' (GST) sebanyak 6%.

Tahniah syarikat Touch & Go kerana cepat mematikan fitnah berkenaan dengan mengeluarkan kenyataan di laman sosial Facebook mereka seperti di bawah.

Isian semula Touch n Go boleh dilakukan secara percuma melalui plaza tol, beberapa pasaraya dan banyak lagi tak dikenakan caj perkhidmatan sebanyak RM0.50. 

GST hanya dikenakan ke atas caj perkhidmatan sebanyak RM0.50. Dalam erti kata lain GST hanya dikenakan ke atas RM0.50 iaitu pertambahan RM0.03 setiap kali isian semula.

Banyak tempat yang tidak mengenakan caj tambahan, janganlah pula kita pergi ke tempat yang kenakan caj. Hidup ini ada pilihan. Jadilah pengguna yang celik dan bijak.

0 Kenapa Rakyat Malaysia Perlu Boikot McDonald's Sedangkan Duta Palestin Sendiri Menegahnya?

Kadang kala susah untuk difahami tindakan boikot yang dilakukan oleh Rakyat Malaysia ke atas beberapa organisasi perniagaan di Malaysia seperti McDonald's yang kononnya dilakukan atas dasar simpati ke atas kekejaman yang dilakukan oleh rejim Israel ke atas Rakyat Palestin. Namun, apakah motif boikot berkenaan ada kebenarannya? 

Tidakkah kita tertanya-tanya apakah yang kita perjuangkan untuk Rakyat Palestin dengan memboikot McDonald's ada asasnya? Kalau ya, cuba kita renung kembali, kenapakah Rakyat dan pemimpin Palestin sendiri menegah dan melarang kita untuk memboikot McDonald's?

Teliti kembali setahun yang lepas di mana Duta Palestin ke Malaysia, Dr Anwar Al Agha melahirkan harapan agar Rakyat Malaysia tidak menyasarkan pekerja Rakyat Malaysia yang bekerja di perniagaan seperti McDonald’s dan Starbucks dalam usaha memboikot syarikat berkaitan Israel.

Dalam wawancara dengan The Star bertarikh 13/08/2014, Dr Anwar berkata pekerja terbabit hanya berusaha untuk mencari nafkah hidup. Justeru tidak adil menjadikan pekerja terbabit sebagai sasaran kecaman dan serangan dari rakyat Malaysia yang lain. Memetik wawancara tersebut yang disiarkan oleh The Star, di sini, Dr Anwar berkata,
"It would be better if the people go and protest at the US administration and pressure them to stop funding the Israelis with sophisticated weapons. Both McDonald’s and Starbucks Malaysia have released official statements saying that they do not support nor do they channel funds to support Israel’s aggression in Gaza."
Sungguhpun mengakui boikot merupakan satu saluran bagi memberi tekanan agar Israel menghentikan tindakan agresif terhadap Gaza, beliau khuatir kempen di media sosial menuduh syarikat terbabit dengan Israel didak dapat dipastikan secara tepat (cannot always be verified).

Menurut Dr Anwar, adalah lebih tepat jika orang ramai menyalurkan kemarahan dan kekecewaan kepada Kerajaan Amerika Syarikat yang baru-baru ini meluluskan bantuan tambahan sebanyak RM 718.8 juta kepada Sistem Pertahanan Peluru Berpandu Iron Dome Israel.

Jadi fikir-fikirkanlah adakah tindakan memboikot McDonald's satu tindakan yang tepat atau Rakyat Malaysia telah menganiaya pekerja-pekerja tempatan dan majikan-majikan mereka yang terdiri daripada franchisi-franchisi yang telah melaburkan jutaan ringgit untuk mewujudkan restoren makanan segera yang terkenal itu.

December 22, 2015

0 Beli Tiket Secara 'Online' Untuk Elak Kesesakan Di Musim Perayaan - SPAD

Dalam dunia terkini di mana maklumat berada di hujung jari, kita tidak perlu lagi berada di sesuatu tempat untuk mendapatkan sesuatu. Contoh yang paling terkini adalah pembelian tiket kapal terbang mahupun waima tiket teksi. Segala kemudahan terletak di hujung jari di mana sahaja kita berada. Dengan kemudahan telefon pintar dan wifi dan internet yang mudah diperolehi, pembelian tiket pada masa sekarang tidak memerlukan kita untuk beratur di kaunter tiket seperti dahulu.

Sehubungan itu, pengguna perkhidmatan bas ekspres ke sektor Pantai Timur, Utara dan Selatan sempena cuti Maulidur Rasul dan perayaan Krismas yang ingin menaiki bas dari Terminal Bersepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS), dinasihatkan mendapatkan tiket melalui sistem atas talian dan mesin penjualan tiket (Ticket Vending Machine atau TVM). Ini memandangkan  pengguna boleh melayari laman sesawang di sini bagi melihat senarai portal dan laman sesawang syarikat-syarikat bas ekspres yang menawarkan pembelian tiket secara atas talian.

Untuk pengguna yang menuju ke Pantai Timur dari Hentian Jalan Pekeliling, mereka masih boleh membeli tiket secara atas talian daripada syarikat-syarikat bas yang beroperasi di hentian tersebut. Langkah pembelian tiket secara awal, menggunakan TVM di TBS-BTS dan secara atas talian dapat mengurangkan kepayahan di saat akhir yang dialami pengguna yang terpaksa beratur panjang. Ini adalah antara initiatif yang dilakukan oleh pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk memastikan pengguna dapat membeli tiket secara mudah, selesa dan bebas daripada diganggu oleh 'ulat tiket'.

Bagi melicinkan proses pembelian tiket, pihak pengurusan TBS-BTS telah menyediakan 7 TVM yang menawarkan tiket daripada 68 syarikat bas ekspres. Sebanyak 41 kaunter sistem tiket berpusat juga telah dibuka bagi penjualan tiket cetakan komputer kepada pengguna. TVM secara langsung dapat mengurangkan masa menunggu di kaunter serta mengurangkan kerenah birokrasi dan tawar menawar.

TBS-BTS mempunyai kemudahan terkini dan saling hubung yang baik ke pusat bandar dengan tertumpunya pelbagai mod pengangkutan di dalam satu lokasi seperti LRT, KTM Komuter, KLIA Transit dan perkhidmatan teksi. Oleh itu, bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas, pengguna dinasihatkan menggunakan pengangkutan awam untuk ke TBS-BTS. Langkah ini pastinya dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di Ibu Kota.

Kenyataan Akhbar SPAD mengenai perkara di atas boleh dibaca di bawah:

8 Miss Malaysia 2008 Soo Wincci Perlu Buang Sikap Talam Dua Muka, Sila Sertai DAP


Miss Malaysia 2008, Soo Wincci, perlu membuang sikap talam dua muka beliau kononnya beliau mengkritik Kerajaan sebagai seorang Rakyat Marhaen. Sebaliknya beliau perlu menunjukkan belangnya yang sebenar bahawa suara beliau adalah suara DAP. Seperti mana lakonan mantap beliau berbaju kurung dan bertudung, dan pada masa yang lain separuh bogel di atas pentas, beliau haruslah jujur jalan mana yang perlu beliau pilih.


Soo Wincci sekali lagi tergedik-gedik inginkan perhatian apabila beliau mendesak Perdana Menteri untuk berundur. Seperti biasa, apabila suara-suara nyamuk mengkrtik Kerajaan, pastilah The Malaysian Insiders menjadi batu apinya. Ini bukanlah kali pertama Soo Wincci meminta Perdana Menteri meletakkan jawatan. Beliau pernah mengeluarkan video menuntut Najib meletakkan jawatan ketika perhimpunan Bersih 4 pada akhir Ogos lalu.

video

Bukanlah menjadi satu rahsia apabila Soo Wincci mendapat sokongan besar daripada pemimpin-pemimpin DAP terutama ketika promosi album nyanyiannya. Nasihat kepada Soo Wincci, berhentilah bercakap seolah-olah seperti suara Rakyat Marhaen. Masuklah DAP dan berjuanglah di dalam politik. Anda akan lebih dihormati.

Soo Wincci bersama DAP Teresa Kok (MP Seputeh), Teo Kok Seong (MP Rasah) dan Jimmy Wong (MP Kota Kinabalu)
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates