December 19, 2015

2 McDonald's Lancar Kempen Penerangan Sangkal Fitnah


Luangkan masa anda seketika untuk melihat dan mendengar penjelasan yang dibuat oleh McDonald's Malaysia. Video berdurasi selama 6 minit ini dengan jelas menerangkan mengenai dakwaan-dakwaan salah dan fitnah yang dibuat oleh segelintir pihak.

video

Tontonlah video ini dengan hati yang terbuka. Hentikanlah boikot perniagaan ini yang tidak membawa sebarang makna dan tujuan. Perlu diingat perniagaan McDonald's Malaysia adalah perniagaan francais tempatan. Buat masa ini terdapat lebih daripada 70 buah restoren McDonald's di Malaysia yang dimiliki dan diusahakan oleh sekitar 30 orang francaisi yang kesemuanya terdiri daripada warga tempatan. Mereka ini bukan kakitangan syarikat Golden Arches Restaurants Sdn Bhd. 

Mereka ini melaburkan amaun yang besar bagi memegang francis McDonald's, di mana setiap pelaburan bagi sebuah restoren mencecah jutaan ringgit. Mereka merupakan majikan kepada pekerja-pekerja restoren yang difranciskan kepada mereka. Mereka juga turut menanggung risiko perniagaan sendiri sebagai usahawan. Kenapakah kita mahu menutup periuk nasi usahawan tempatan tanpa ada bukti dan asas yang kukuh?

December 18, 2015

19 Gambar Datuk @weekasiong Menolak Kerusi Roda Makcik Melayu Viral Di Media Sosial

Gambar Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong menolak kerusi roda seorang wanita Melayu berpangkat Makcik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu menjadi viral di media sosial.

Menurut cerita orang yang memuatnaik gambar tersebut, Makcik tersebut dalam perjalanan untuk berlepas ke Kuala Lumpur. Makcik tersebut ditinggalkan di kaunter menaiki pesawat manakala ahli keluarganya yang turut bersama-sama beliau ke Kuala Lumpur telah menaiki pesawat terlebih dahulu. 

Makcik tersebut sedang menunggu bantuan daripada petugas Lapangan Terbang untuk membawa dia ke pesawat. Mungkin disebabkan kesibukan atau kealpaan petugas di kaunter menyebabkan makcik berkenaan terbiar di satu sudut yang jaraknya 20 kaki dari kaunter.

Melihatkan keadaan Makcik berkenaan yang gelisah dan panik, Datuk Dr Wee mengambil initiatif untuk menolak sendiri Makcik berkenaan masuk ke balai berlepas sebelum diserahkan kepada kakitangan Lapangan Terbang di sana.

Tindakan Datuk Dr Wee nampak seperti biasa, namun tindakan spontan Menteri berkenaan mungkin dapat melegakan perasaan Makcik berkenaan daripada diburu rasa ditinggalkan kapal terbang lebih-lebih lagi dalam keadaan beliau yang berada di atas kerusi roda. Kudos Datuk Dr Wee.

1 FGV Sahkan Berita Senaraihitam GL Swasta Adalah Palsu!


Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) tidak pernah terlepas daripada difitnah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Fitnah terbaru kononnya FGV adalah antara syarikat yang disenaraihitamkan (blacklist) daripada jaminan MediExpress. Surat jaminan itu juga kononnya dikeluarkan oleh FPISB, FGVPM dan FASSB bagi pekerja asing adalah tanpa jaminan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bahagian Sumber Manusia FGV telah mengesahkan bahawa penyebaran berita bertarikh 15/12/2015 adalah palsu. Menurut kenyataan, FGV berasa amat kesal dengan berita palsu berkenaan. Dalam masa sama FGV menggesa semua pihak supaya tidak mengekploitasikan isu tersebut tetapi sebaliknya mendapatkan pengesahan secara tepat melalui Bahagian Komunikasi Korporat FGV menerusi email groupcorporatecomms@feldaglobal.com.

Fitnah terbaru ini menampakkan usaha pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memporak-perandakan organisasi-organisasi di bawah Felda dengan mewujudkan suasana tidak puas hati di kalangan pekerja-pekerja FGV. Ini memandangkan Felda merupakan organisasi yang cukup prihatin di dalam membela nasib Rakyat terutama sekali buat kakitangan dan pekerja Felda dan anak syarikat mereka sendiri.

December 17, 2015

1 Dr Wee Ka Siong Bidas Lim Guan Eng Isu Kerjasama UMNO-PAS

MCA membidas tindakan DAP untuk bekerjasama dengan PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor walaupun parti Islam itu tidak lagi berada di dalam pakatan pembangkang. DAP dan PAS digambarkan oleh Timbalan Presiden MCA, DS Dr Wee Ka Siong sebagai mempunyai hubungan yang pelik pada masa ini.

Dr Wee juga menyarankan agar DAP menghentikan mereka-reka cerita mengenai kerjasama UMNO-PAS. Beliau berkata kerjasama di antara UMNO dan PAS adalah mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan ajaran Islam. Menurut Dr Wee, ini adalah satu perbincangan antara mereka sendiri dan tidak ada keperluan untuk UMNO melaporkan semua aktiviti-aktiviti mereka kepada Barisan Nasional,

Dr Wee berkata demikian ketika menjawab dakwaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng adakah beliau sedar mengenai perkongsian pakatan di antara UMNO-PAS. Dr Wee sebaliknya menemplak DAP dengan berkata adakah DAP tidak sedar bahawa PAS mempunyai agenda hudud sedangkan DAP dan PAS mempunyai hubungan dan matlamat yang dikongsi bersama seperti adik-beradik sejak pilihan raya umum lepas.

Secara logiknya, Dr Wee telah membandingan ketika Menteri Kebudayaan dan Perlancongan, DS Nazri Aziz memberikan kerjasama semasa acara mempromosikan pelancongan di Pulau Pinang. Malah, umum juga mengetahui bahawa terdapat gambar-gambar kedua-dua DS Nazri Aziz dan Lim Guan Eng kelihatan berpelukan mesra ketika majlis berkenaan. Pertanyaan Dr Wee, "Adakah ini bermakna DAP dan Umno juga sedang berusaha bersama-sama?"


Umum juga mengetahui bahawa selepas banjir buruk di Kelantan pada tahun lepas, kedua-dua ahli UMNO dan PAS telah bekerjasama rapat untuk memulihkan keadaan itu. Dengan itu, Dr Wee menggesa agar semua pihak tidak terkejut. Malah, beliau berkata MCA tidak akan iri hati dengan sesiapa sahaja DAP ingin bekerjasama dan MCA tidak akan menggunakan fakta-fakta ini  untuk memutarbelitkan kebenaran.

13 Fitnah Terbaru NOW Terhadap YaPEIM Berkenaan Pusat Sukan Golf Simulator - Ini Jawapannya



NGO National Oversight & Whistleblowers (NOW) yang diterajui oleh dua pemimpin PKR, Rafizi Ramli dan Akmal Nasir tidak berputus asa untuk menjatuhkan kredibiliti Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM). Dalam fitnah terbaru mereka, NOW mempertikaikan kewujudan Pusat Sukan Input Golf Simulator yang dimiliki oleh YaPEIM. 

Cumanya, kali ini bahasa fitnah mereka dilakukan dengan penuh berhati-hati dengan menimbulkan persoalan. Ini berkemungkinan besar untuk mengelakkan NOW sekali lagi disaman. Namun, tujuan NOW mudah dihidu iaitu untuk mengaibkan YaPEIM kononnya membazir menjalankan program sukan golf menggunakan wang penderma.

Persoalan dan fitnah NOW amat mudah untuk dirungkai. Program Golf Amal YaPEIM adalah satu kaedah mengumpulkan  sumbangan dari sektor korporat di negara ini, telah berjaya mengumpulkan RM18 juta sejak program ini diperkenalkan pada tahum 1997. Program ini diperkenalkan bukan sahaja memberi faedah kepada YaPEIM dari segi menerima sumbangan, bahkan juga dapat meningkatkan lagi jaringan perniagaan YaPEIM dengan pemimpin korporat dalam negara.

Program Golf Amal YaPEIM merupakan sebahagian daripada Skim Korporat Penyayang yang diwujudkan untuk mengumpul dana untuk disumbangkan pula kepada program amal jariah untuk ummah. Dalam penganjuran golf amal yang dianjurkan pada 29/09/2013 telah dapat mengumpulkan sumbangan sebanyak RM247,000.

TS Muhyiddin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri (waktu itu) dan DS Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menyertai Kejohanan Golf Amal anjuran bersama Al Rajhi Bank – YaPEIM. Dalam program berkenaan, antara syarikat korporat yang sudi menyumbang kepada Skim Korporat Penyayang YaPEIM ialah Al Rajhi Bank, Kuwait Finance House, Bank Muamalat (M) Berhad, Bank Islam (M) Berhad, UEM Group Berhad, South (M) Industries Sdn. Bhd, Island & Peninsular, Fujixerox, Ericool Engineering, Khairul A & Co, Seri Meraga Properties, DBKL, MPH, TH Plantation, Jahowaki dan lain-lain.

Skim Korporat Penyayang merupakan salah satu skim yang diperkenalkan YaPEIM bertujuan menyediakan wadah kepada masyarakat khususnya pemimpin dan Badan Korporat menunaikan tanggungjawab sosial koporat atau 'Corporate Sosial Responsibility' (CSR) dengan cara membiayai / menaja mana-mana program / skim yang dilaksanakan oleh YaPEIM. Menariknya, semua sumbangan atau tajaan akan mendapat pengecualian cukai di bawah Seksyen 44(6), Akta Cukai.
  
Skim ini telah dilancarkan semula pada 01/12/2000 oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi Perdana Menteri (ketika itu) di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam (JAKIM) Kuala Lumpur. Pelancaran itu dibuat bersempena dengan pelancaran “Kempen Sebulan Beramal Jariah Peringkat Nasional” dan pelancaran “Skim Amal Jariah YaPEIM”. Oleh itu, apa-apa sahaja yg dibeli utk tujuan berkenaan hanyalah wasilah. Termasuklah simulator dan sebagainya.






26 Lim Guan Eng Pasti Panas Bontot Melihat Gambar-Gambar Ini


Sejuk mata memandang bila kedua pemimpin Melayu Islam ini hadir di pentas yang sama kerana perpaduan dan kesatuan ummah. Pakaian juga sedondon gitu. Setiausaha Agong DAP pastinya panas bontot dan tidak senang duduk melihat gambar-gambar ini.

Alhamdulillah. Jika dulu kita saling bercakaran, kini kita sudah boleh duduk sepentas. Jika dulu saling kafir mengkafir, kini sinar perpaduan kian bersinar. Semoga Allah permudahkan segalanya. Aamiiin.



0 Masalah 'Bus Network Revamp' (BNR) - SPAD Tidak Lepas Tangan

Seperti yang telah sedia maklum, pada ketika ini, pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang mempergiatkan usaha penambahbaikan perkhidmatan bas di bawah Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-Henti atau 'Bus Network Revamp' (BNR). Pastinya setiap perkara yang baru akan ada 'hiccup' atau permasalahan yang akan dihadapi. 

SPAD memberi jaminan bahawa langkah proaktif sedang giat dilaksanakan bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan operasi sebaik mungkin dan pada kadar segera. Di samping itu, SPAD juga sedang memantau operasi para pengendali melalui Sistem Hab Pemantauan Prestasi (PMHS) bagi tujuan menstabilkan perkhidmatan menjelang 31/12/2015. Mana-mana pengendali yang gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan (terutama sekali berkaitan kekerapan perkhidmatan dan kapasiti bas) akan dikenakan tindakan tegas.

Semenjak BNR diperkenalkan awal bulan ini, SPAD tidak pernah lepas tangan di dalam menyelesaikan permasalahan yang dialami. Terbaru, 50 bas tambahan telah dikerahkan secara berperingkat ke kawasan permintaan tinggi bagi mengatasi masalah kekurangan bas akibat BNR.


Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar dan pihak pengurusan SPAD pula sentiasa menjalankan 'spot check' untuk memastikan kelancaran dan keselesaan pengguna.





Manakala petugas-petugas SPAD tidak pernah berhenti daripada mengedarkan risalah BNR dan menyampaikan maklumat kepada pengguna bas di sekitar kawasan yang terlibat di dalam penyusunan semula bas berhenti-henti itu.




December 16, 2015

4 FGV Teroka Plastik Mesra Alam Daripada Sisa Biojisim Minyak Sawit

Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV)  pada masa terdekat akan meneroka teknologi kos efektif yang pertama di dunia bagi menghasilkan plastik mesra alam dengan memproses 100 peratus sisa bio daripada kilang minyak sawit FGV. Ini berikutan FGV semalam telah memeterai perjanjian persefahaman (MOU) dengan Newlight Technologies LLC dan Innogas Technologies Sdn Bhd bagi menghasilkan plastik mesra alam daripada sisa biojisim minyak sawit di Malaysia.

Dengan termeterainya perjanjian ini, FGV telah bertindak secara  inovatif untuk menguruskan sisa kelapa sawit dengan berkesan, mengurangkan pelepasan karbon. Projek biojisim ini bertujuan untuk mempelbagaikan dan seterusnya membangunkan aliran pendapatan syarikat yang baharu, sejajar dengan teras dalam strategi transformasi syarikat selama lima tahun bagi peningkatan hasil pendapatan.

Projek itu dijangka bermula pada suku kedua 2016 dengan pembinaan kilang pertamanya dibuat pada suku keempat tahun depan dan dijangka siap selepas 14 bulan. Kemudian ia akan diperluaskan kepada 10 kilang minyak sawit syarikat dalam lima tahun akan datang.

Newlight Technologies merupakan syarikat yang berpangkalan di California, dan mahir dalam menghasilkan bahan-bahan termoplastik yang diperbuat daripada gas rumah hijau serta udara. Manakala Innogas Technologies yang berpangkalan di Malaysia, terlibat dalam perniagaan perundingan, kejuruteraan loji memproses dan teknologi untuk bahan kimia serta tenaga yang boleh diperbaharui.

December 15, 2015

0 Kenapakah Negara-Negara Islam Tidak Memboikot McDonald's Seperti Mana Dilakukan Oleh Rakyat Malaysia?

Kejadian memboikot beberapa perniagaan di Malaysia yang kononnya berpaksikan alasan bahawa tindakan ini adalah untuk menyatakan solidariti dan membantu Rakyat Palestin daripada kekejaman rejim Israel, telah berlangsung sejak beberapa tahun di Malaysia. Salah sebuah organisasi perniagaan yang turut terpalit dengan situasi ini adalah perniagaan makanan segera McDonald's Malaysia. Apakah tindakan yang dilakukan oleh segelintir Rakyat Malaysia ini ada kebenaranya atau adakah ianya adalah satu mitos dan pembohongan yang dilakukan oleh beberapa pihak tertentu dengan maksud dan tujuan yang tidak baik?

Ironinya, masalah aktiviti-aktiviti boikot yang dilakukan di Malaysia sejak kebelakangan ini tidak pernah wujud dan berlaku di mana-mana negara lain di dunia buat masa ini. Untuk makluman, McDonald's telah beroperasi di banyak negara Islam seperti di Timur Tengah (termasuk di Mekah, Arab Saudi), Brunei, Indonesia dan lain-lain namun setakat ini tiada aktiviti pemboikotan restoren makan segera ini dilakukan di sana. Statistik menunjukkan untuk negara-negara Timur Tengah sahaja terdapat lebih 60 buah restoren di Arab Saudi, 37 buah restoren di Kuwait, 8 buah di Bahrain dan 50 buah di Mesir.

Persoalannya mengapa kita terlalu mudah menerima sesuatu dakyah hanya berlabelkan Agama dan kita menerima bulat-bulat tanpa membuat sebarang penyelidikan terlebih dahulu, Kita lebih mudah memberi simpati kepada sesuatu berita yang kita baca dan dengar, dari kita memikirkan apakah sesuatu berita itu benar atau sebaliknya. Begitulah yang di alami oleh syarikat pengendali sajian makanan segera McDonald's di Malaysia yang menjadi mangsa boikot kononnya McDonald's menyalurkan bantuan kepada negara Israel.


Jika di Timur Tengah, Rakyatnya berbaris untuk mendapatkan sajian mereka di restoren makanan segera McDonald's, adakah ini bermaksud mereka ini tidak bersimpati kepada rakan sebangsa mereka di Palestin? Mengapa mereka ini tidak memboikot McDonald di tempat mereka? Apakah Rakyat Malaysia lebih bijak pandai dan merupakan satu-satunya negara yang melakukan pemboikotan ke atas McDonald's? 

Sedangkan kita tahu kebanyakkan restoran McDonald's Malaysia ini adalah milikan orang Islam yang diperolehi melalui sistem francis, di mana pekerjanya dari pengurusan sehingga kepada 'krew' di restoran hampir 85% terdiri dari bangsa Melayu Islam. Sebenarnya mereka yang melancarkan kempen 'Boikot McDonald's' ini telah menjalankan dakyah dan propaganda Yahudi tanpa mereka sedari dan seterusnya menyumbangkan kepada keruntuhan ekonomi anak bangsanya sendiri dengan mengunakan nama Islam.

13 Jangan Jadikan SPAD 'Punching Bag' Untuk Meraih Publisiti Murahan


Sejak kebelakangan ini kedengaran beberapa pemimpin sedang mencari publisiti murahan dengan menyalahkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkaitan kenaikan tambang ERL, LRT, MRT dan juga komuter. Termasuk dalam golongan yang sentiasa benar ini adalah Menteri-Menteri Kabinet.

'Perang' yang tercetus di antara Pengerusi SPAD, TS Dr Syed Hamid Albar berikutan tindakan beliau menegur pelapis Menteri yang masih muda seakan tidak berkesudahan. Mungkin ramai yang terlupa sejarah penubuhan SPAD. SPAD ditubuhkan dengan matlamat untuk memastikan orang ramai memperolehi kemudahan pengangkutan awam darat yang bersepadu dan selamat. 

Penubuhan SPAD adalah berikutan penguatkuasaan Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010. Akta berkenaan memberi kuasa kepada SPAD memastikan pengangkutan awam darat yang selamat, terancang, bersepadu dan berpatutan kosnya.

Mengenai perlantikan Pengerusinya, ramai yang terlupa jawatan Pengerusi SPAD adalah prerogatif Perdana Menteri, seperti mana juga jawatan Menteri-Menteri Kabinet waima Timbalan Perdana Menteri sendiri. Memetik kata-kata TS Dr Syed Hamid,
"Saya seronok berinteraksi dengan orang awam. Ia bukan kerana wang, tetapi bagaimana kita dapat berkhidmat kepada masyarakat. Sebagai Pengerusi SPAD, ia tugas payah kerana pengangkutan awam adalah sesuatu yang diperlukan Rakyat. Tapi ia juga menarik perhatian rakyat secara dekat dan juga boleh membangkitkan kemarahan."
Sejak pulang membawa Ijazah Undang-Undang dari Inns of Court, London pada 1970, pelbagai bidang telah diceburi oleh TS Dr Syed Hamid. Selepas pulang dari London, beliau dilantik sebagai majistret, sebelum beralih angin ke bidang perbankan. Beliau kembali kepada bidang guaman sebelum terjun ke kancah politik. Beliau juga pernah berkhidmat dengan tiga orang Perdana Menteri! Kini diberi kepercayaan oleh Perdana Menteri sebagai Pengerusi SPAD.

Perlantikannya sebagai Pengerusi SPAD pada 03/06/2010, meletakkannya di atas kerusi panas. Umpama mudik menyongsong arus, hilir menyongsong pasang, beliau terus menghadapi rintangan demi rintangan untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Perdana Menteri kepadanya.

Isu yang timbul sejak beberapa hari lepas adalah apabila semua pihak mahu menyalahkan SPAD dalam isu kenaikan tambang pengangkutan awam, waima Menteri-Menteri Kabinet itu sendiri. Apa yang Menteri-Menteri Kabinet buat ketika mereka bermesyuarat untuk menetukan tarif tambang pengangkutan awam? Perlu diingat, SPAD di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Yang mengawal selia SPAD adalah Hajjah Nancy Shukri. SPAD mendengar arahan kabinet dan bukan sebaliknya.



Kita juga sedar Kerajaan juga terpaksa menaikkan kadar tambang pengangkutan awam disebabkan masalah legasi. Contohnya, kenaikan tambang ERL Express daripada RM35 kepada RM55 disebabkan Kerajaan tidak mahu membayar pampasan sebanyak RM2.6 billion akibat perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1997. Walau bagai manapun, pengguna masih mempunyai alternatif lain seperti menggunakan ERL biasa, bas dan juga teksi. Namun tindakan beberapa Menteri Kabinet menjadikan SPAD sebagai 'punching bag' atau 'kambing hitam' adalah amat tidak beretika.

6 Menteri Pengangkutan DS @liowtionglai Buat Lawatan Mengejut Di @JPJ_Malaysia Cawangan Wangsa Maju


Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai membuat lawatan mengejut ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Wangsa Maju petang semalam untuk melihat sendiri situasi sesak seperti yang didakwa. Beliau terkejut apabila mendapati salah satu masalah yang dihadapi cawangan itu adalah pelanggan terpaksa beratur panjang menunggu giliran. Lawatan mengejut berkenaan dilakukan setelah beliau mendapat banyak aduan mengenai kesesakan yang berlaku di cawangan berkenaan.

DS Liow mendapati bahawa purata masa menunggu untuk urusan memperbaharui lesen melebihi satu jam, dua kali lebih lama dari sasaran yang ditetapkan. Perbualan beliau dengan pegawai-pegawai di setiap kaunter mendedahkan bahawa cawangan itu tidak dapat menampung sepenuhnya kehadiran kira-kira 800 orang pelanggan pada setiap hari.

DS Liow telah mengarahkan pegawai-pegawai di cawangan berkenaan untuk membuka kaunter tambahan atau menjadikan sistem lebih cekap. Beliau juga telah menetapkan Petunjuk Prestasi Utama untuk masa menunggu bagi pelanggan yang tidak boleh melebihi setengah jam. Selain barisan panjang, DS Liow juga mendapati tiga kiosk automatik di situ mempunyai kapasiti terhad dan tidak boleh digunakan selepas waktu bekerja.

DS Liow berkata kementerian akan mengkaji kemungkinan melanjutkan tempoh perkhidmatan kiosk dan juga untuk meluaskan parkir di cawangan itu. Dalam jangka masa panjang pula, DS Liow berkata, beberapa perkhidmatan JPJ akan dipindahkan ke dalam talian. DS Liow menegaskan bahawa pengurangan masa menunggu di cawangan-cawangan adalah sebahagian daripada Program Transformasi Kerajaan untuk meningkatkan kecekapan dan menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Langkah Menteri Pengangkutan untuk mengadakan lawatan mengejut ke cawangan berkenaan harus dipuji. Ini akan memastikan setiap kakitangan awam sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik buat Rakyat. Walaupun perkhidmatan di cawangan JPJ sudah jauh lebih baik daripada sebelum ini, masih terdapat ruang untuk penambahbaikan. 

Kita mengharapkan DS Liow akan terus menjalankan pemeriksaan mengejut di cawangan-cawangan JPJ yang lain di seluruh Malaysia. Dengan ini Menteri berkenaan dapat mendengar rungutan dan degup nadi Rakyat dan membantu beliau untuk memahami apa masalah yang berlaku di kalangan masyarakat.





63 Perkahwinan Anak Azmin Ali - Kenapa Macai Tak Bising Bunga Banyak?

Gegak gempita macai-macai pembangkang apabila perkahwinan anak Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak, Nooryana Najwa dengan jejaka pilihan hatinya Daniyar Kessikbayev diserikan dengan hiasan bunga-bungaan. Mereka menuduh Perdana Menteri membazir dan menggunkan duit Rakyat kononnya.

Semalam berlangsung perkahwinan anak Menteri Besar Selangor, DS Azmin Ali, Farah bersama pasangannya Syaqib. Jika dilihat dari hiasan bunganya, mengalahkan bunga-bunga di taman Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Adakah macai-macai pembangkang tidak bising?

Adakah mereka tidak membuat tuduhan yang sama Menteri Besar Selangor membazir dan menggunakan wang Rakyat? Artis jemputan pula bukan calang-calang orang iaitu Dato Siti Norhaliza. Bukan sedikit bayaran untul membawa artis berkenaan menyerikan majlis semalam.

December 14, 2015

28 Pensyarah UiTM Maki DS @NajibRazak - Pensyarah Kencing Berdiri ...

Agak mengecewakan apabila salah seorang Pensyarah di Akedami Pengajian Bahasa, UITM Sabah, Professor Madya Roslan Mokhtar menggunakan bahasa kesat untuk memaki hamun Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak.

Beliau menggunakan sumber fitnah daripada blog hantu atau blog sampah untuk mencerca Perdana Menteri. Untuk makluman Persyarah terlampau cerdik ini, harianmetroonline.blogspot.my ini adalah laman web palsu dan bukan laman rasmi Harian Metro.

Ianya merupakan satu lagi blog hantu yang dibuat pembangkang untuk menabur fitnah. Website berita harian metro yang sebenar adalah http://www.hmetro.com.my/?m=1.

Nampaknya tahap pemikiran pensyarah sekarang ni lebih kepada memaki hamun. Pensyarah bertaraf Profesor Madya gagal membezakan laman web asli dan palsu. Berbeza pandangan adalah perkara biasa tapi tahap sebagai Professor Madya dengan gaya bahasanya sebegitu mencerminkan apa?

Katalah betul kenyataan tersebut. Nilai RM41.60 tinggi bagi orang miskin dan orang susah. Sebenarnya kalau sesiapa yang biasa membeli keperluan dapur akan tahu akan tahu nilai RM41.60 boleh membeli barangan di bawah yang cukup untuk menyambung kehidupan bagi orang susah:

- 10kg beras
- 15kg minyak masak
- 1kg gula
- 2 bungkus garam
- 10 biji telor

Kalau diikut gaya hidup mewah seorang Profesor Madya, pendapatan RM10,000 sebulanpun tidak cukup!


December 13, 2015

2 Kempen 'Teguh Bersama' Langkah MCA Bertemu Rakyat Sebagai Persedian Menghadapi PRU14


MCA hari ini mengambil langkah initiatif untuk membuat persiapan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14. Berbekalkan kempen 'Stronger Together' atau 'Teguh Bersama', MCA di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat hari ini, telah memutuskan untuk menganjurkan satu siri aktiviti untuk sentiasa bertemu dengan Rakyat. Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai berharap semua ahli MCA akan kekal 'Teguh Bersama' di dalam menghadapi PRU14 yang akan datang. MCA juga melahirkan iltizam untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk Rakyat.

Berkuatkuasa hari ini, DS Liow Tiong Lai telah melantik DS Ong Ka Chuan, Setiausaha Agung MCA, sebagai pengerusi baru Jawatankuasa Perhubungan MCA Pulau Pinang bagi menggantikan Datin Paduka Chew Mei Fun. DS Liow juga telah melantik Timbalan Presiden MCA, DS Dr Wee Ka Siong sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Pilihanraya bagi menghadapi PRU14.

Menurut DS Liow, jentera parti akan memberi komitmen dan perkhidmatan terbaik kepada pengundi menerusi kempen ini kelak. MCA hendak mendekati semua anggotanya dan juga kawasan pengundi mereka untuk memberikan semangat kepada ahli-ahli MCA untuk memberikan perkhidmatan terbaik untuk Rakyat.

Kempen 'Teguh Bersama' yang dilakukan oleh MCA adalah kesinambungan kempen yang dilakukan sejak April 2014, sebagai satu langkah transformasi oleh parti berkenaan. Kita mengharapkan dengan kesatuan yang utuh di kalangan ahli-ahli MCA melalui kempen berkenaan, MCA akan terus menjadi utuh dan kuat sebagai satu suara Masyarakat Cina di Malaysia dan dapat membantu Barisan Nasional (BN) mendapatkan mandat sebagai Kerajaan yang kuat di dalam PRU14 yang akan datang.

39 Fitnah Terbaru Sarawak Report Terhadap DS Rosmah Mansor

Sarawak Report sudah menjadi lidah fitnah parti pembangkang. Terbaru, portal yang menjadi jaguh fitnah 1MDB ini telah membuat fitnah bahawa isteri Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor telah mempengerusikan mesyuarat JASA.

Gambar yang dikeluarkan oleh Sarawak Report telah dimuatnaikkan oleh salah seorang Ahli Pemikir JASA, Lokman Adam. Gambar tersebut menyatakan 'caption' "Datin Sri beramah mesra dengan perwakilan Kelab UMNO Luar Negara (KULN)". Itu adalah apa yang sebenarnya berlaku.

Kehadiran DS Shabery Cheek adalah kerana beliau adalah Pengerusi KULN, Datuk Puad Zarkashi pula merupakan Bekas Presiden Kelab UMNO UK & Eire dan Lokman Adam juga merupakan AJK KULN.

Sarawak Report tidak mempunyai kredibiliti dengan menyiarkan gambar tersebut dengan fakta yang salah. Portal berkenaan juga gagal mendapatkan pengesahan daripada tuan punya gambar itu sendiri. Macam manakah orang boleh terperdaya dengan fitnah portal ini berhubung 1MDB dan RM2.6 Billion.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates