November 28, 2015

72 Kenyataan Tun M Tidak Konsisten - Kejap Kata Kerajaan Lemah, Kejap Kata Pembangkang Perlu Imbang Kuasa

Tun Dr Mahathir Mohamed semalam sekali lagi mengkritik Kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan DS Najib Tun Razak. Beliau berkata tidak ada Kerajaan yang kekal selama-lamanya. Beliau menambah pembangkang yang ada sekarang perlu menjadi kuat untuk mengimbang kuasa Kerajaan daripada menyalahgunakan kuasa. Dalam erti kata lain, beliau mengakui Kerajaan BN di bawah DS Najib Razak adalah kuat.

Ini bertentangan dengan kenyataan yang dibuat oleh Mantan Perdana Menteri ini pada 2 April 2015 apabila beliau berkata Kerajaan BN akan tumbang di dalam Pilihanraya Umum (PRU) Ke 14 sekiranya DS Najib Tun Razak masih menjadi Perdana Menteri. Apakah Tun Dr Mahathir mengakui Kerajaan BN sejak April lalu menjadi bertambah kuat sehinggakan pembangkang terpaksa mengimbangi kuasa?

Tun Dr Mahathir kena mencontohi seorang lagi Mantan Perdana Menteri yang tidak campur tangan dalam urusan pentadbiran negara selepas beliau bersara. Lebih baik Tun Dr Mahathir bermain-main dengan cucu seperti mana yang dilakukan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi.

November 27, 2015

10 Fitnah Ke Atas Daniyar Kesikbayev, MP DAP Raub Mula Kecut Telor Salahkan Malaysia-Chronicle!


Tersentak dengan surat dari Tetuan Noorhajran Mohd Noor yang meminta Ahli Parlimen DAP Raub, Ariff Sabri memohon maaf kerana memfitnah menantu Perdana Menteri DS Najib Tun Razak, Daniyar Kesikbayev, Ariff Sabri hari ini telah mula kecut telor. Baca fitnah dan surat tetuan Noorharjan, di sini.

Di dalam posting blog terbarunya, beliau cuba menafikan membuat fitnah berkenaan dan menyalahkan sebuah portal yang kami percayai sebagai Malaysia-Chronicle yang telah mengubah tajuk posting blog beliau dan membuat berita yang di luar konteks daripada apa yang cuba hendak disampaikannya.

Beliau juga turut menulis akan turut bekerjasama dengan tetuan peguam Daniyar untuk membuang mana-mana para posting blog berkenaan yang dianggap memfitnah dan beliau sedia untuk meminta maaf di atas keterlanjuran beliau. Beliau menulis,
"I have told my lawyer that if my OWN original article is referred, I am prepared to look at the offending words and passages and if necessary will remove the offending passages and tender the required apologies."
Inilah perangai pemimpin-pemimpin DAP. Mereka mengadakan fitnah dan menyebarkan tanpa rasa bersalah. Apabila telah disaman, mulalah kecut telor dan mula mengadakan pelbagai alasan untuk mengelakkan diri disaman. 

4 RM100 Untuk Daftar Ahli Baru? Ini Bukan Rasuah Ka PKR?



Beberapa pemidang kain telah dipasang sekitar Ampang. PKR sedang mengiatkan usaha untuk pendaftaran ahli baru. Saguhati diberikan iaitu sebanyak RM100 untuk seorang ahli baru. Adakah RM100 yang diberikan adalah berbentuk derma, bayaran penghargaan atau sumbangan tulus ikhlas dari parti? Cuba perkara yang sama diamalkan oleh parti Kerajaan Pusat seperti UMNO. Habis macai-macai Pakatan Harapan terutamanya PKR sumpah seranah dengan perkataan rasuah.

Adakah pemimpin-pemimpin PKR akan turut menyalahkan UMNO dalam soal kain pemidang ini? Seperti mana kalimah yang dikeluarkan oleh Ketua Angkatan Muda PKR, Nik Nazmi, "semua masalah negara salah UMNO". Mungkin bini dia mengandungpun salah UMNO. Terlanjur bercakap pasal Nik Nazmi ini, CTS ada menerima kiriman Whatsapp dari ahli parti PKR mengenai usul undi tidak percaya kepada beliau. Betulkah?

November 25, 2015

28 Isu Subsidi Elektrik Tiada Dalam Bajet 2016 - Ahli Parlimen Sepang Nyata Berbohong


Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin melalui 'posting' laman Facebook Dr. Mujahid Yusof Rawa mendakwa bahawa subsidi elektrik tahun 2015 sebanyak RM150juta akan dipotong kesemuanya dalam bajet 2016 dan ini bermakna dalam tahun 2016 rakyat tidak lagi menikmati subsidi elektrik lantas tarif elektrik akan naik.

Jawapan:

Ini adalah antara tuduhan-tuduhan rambang yang sering dilakukan oleh Ahli Parlimen pembangkang. Ia menunjukkan kebanyakkan dari mereka tidak meneliti initipati Bajet yang dibentangkan oleh dengan sempurna.

Sebenarnya dalam Bajet 2016, Kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM124 juta bagi tujuan subsidi bil elektrik. Cuma dalam Bajet 2016, peruntukkan subsidi bil elektrik ini dirangkumkan dibawah peruntukkan MOF B11 020500 iaitu dibawah tajuk 'Subsidi dan Bantuan Tunai' yang keseluruhannya berjumlah RM10.63billion. Ini adalah antara satu langkah kawalan dan inisiatif rasionalisasi subsidi yang dilaksanakan oleh Kerajaan dalam 2016.

Kesimpulannya disini, Kerajaan akan kekal memberi subsidi elektrik dibawah peruntukkan 'Subsidi dan Bantuan Tunai' dalam Bajet 2016. Oleh yang demikian, dakwaan tentang tiada subsidi elektrik dalam tahun 2016 yang mengakibatkan tarif elektrik naik adalah satu tuduhan pembangkang yang berniat untuk mencemar nama baik parti yang memerintah.

21 Gambar-Gambar Himpunan Aman Di DUN Sabah Mengutuk @n_izzah Dan @tianchua

Perhimpunan aman membantah dan mengutuk tindakan Nurul Izzah dan Tian Chua didakan di hadapan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah. Para peserta perhimpunan aman mengharapkan Kerajaan Negeri mengharamkan kedatangan mereka ke bumi Sabah.









7 Fitnah MP DAP Raub Ariff Sabri Dan Serangan 'Gutter Politic' Terhadap Menantu DS @NajibRazak Amat Melampau



Menantu Perdana Menteri DS Najib Tun Razak, Daniyar Kesikbayev telah menuntut permohonan maaf daripada Ahli Parlimen DAP Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri berkaitan dengan artikel yang diterbitkan di blog beliau semalam. Daniyar juga menuntut bahawa artikel itu diturunkan serta-merta. 

Di dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh peguam Daniyar, Tetuan Noorhajran Mohd Noor, menyatakan bahawa artikel yang bertajuk "Son-in-law Daniyar to be Najib’s new ‘Jho Low'" dianggap sebagai mempunyai dakwaan terdiri yang tidak benar, berniat jahat dan tidak berasas. 

Daniyar menuntut permohonan maaf daripada Ariff Sabri dalam masa 48 jam. Daniyar juga mempunyai semua hak-hak sivil dan jenayah bagi memulakan prosiding undang-undang terhadap MP DAP Raub berkenaan. MP DAP Raub berkenaan di bawah nama samaran blog Sakmongkol AK47, membuat dakwaan fitnah bahawa kontrak untuk mengubahsuai bangunan yang menempatkan Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York telah diarahkan untuk diberikan kepada Daniyar.

Ahli Parlimen DAP Raub juga membuat dakwaan fitnah bahawa tidak ada tender, sama ada secara terbuka atau sebaliknya dilakukan. Beliau mendakwa bahawa perjanjian itu telah ditandatangani pada September lalu semasa Perdana Menteri berada di New York. Fitnah seterusnya daripada MP DAP Raub ini adalah apabila kompleks ini dibangunkan semula, misi utama Malaysia ialah mendapatkan beberapa tingkat manakala selebihnya akan dimiliki oleh pemaju, Daniyar Nazarbayev.

Ariff Sabri berkemungkinan besar mempunyai dendam lama dengan Perdana Menteri tetapi fitnah terhadap menantu Perdana Menteri adalah keterlaluan. Fitnah-fitnah berkenaan adalah satu pembohongan yang bertujuan untuk merosakkan reputasi Daniyar dan nama baik keluarganya. Sekiranya Ariff Sabri begitu pasti dan komited dengan dakwaan-dakwaan yang dilakukan olehnya, beliau sepatutnya tidak bersifat pengecut dan bacul untuk mengubah sebahagian daripada posting blog beliau dan menukar terus tajuk posting kontroversi berkenaan seperti 'screen shot' di bawah. Kenapa? Takut disaman?

November 24, 2015

22 Penjualan Edra Global Energy Oleh 1MDB Kepada CGN Group - Apa Yang Perlu Anda Tahu


1. Edra Global Energy Berhad (Edra), anak syarikat milik 1MDB bukanlah dijual dengan harga RM9.83 billion sahaja kepada China General Nuclear Power Corp (CGN Group) RM9.83 billion hanyalah melibatkan transaksi tunai. CGN Group dalam membeli semua aset Edra perlu mengambilalih kesemua hutang syarikat berkenaan sebanyak RM8 billion. Transaksi sebenarnya adalah RM9.83 billion tunai campur RM8 billion tunai berjumlah RM18 billion.

2. Tidak timbul soal penjajahan China melalui penguasaan Edra, atau kemungkinan China akan kenakan tarif jualan tenaga yang lebih tinggi atau China akan mengugut Malaysia jika mahukan sesuatu atau China hentikan pengeluaran tenaga dan Malaysia akan mengalami masalah.

Ini kerana Tenaga Nasional Berhad (TNB) masih pengeluar terbesar dengan kadar 55% pengeluar tenaga di Malaysia diikiti Malakof dengan 22% manakala Edra hanya mewakili 14% kapasiti pengeluar tenaga. Kedua, pembelian juga merangkumi Perjanjian Pembelian Aset tang telah ditandatangani. Mana boleh CGN Group suka-suka tidak menyediakan keperluan tenaga. Juga mana boleh CGN Group untuk mengenakan tarif yang tinggi kerana syarikat lain juga akan turut membidanya.

3. Penjualan Edra kepada CGN Group adalah disebabkan oleh tekanan pihak Pro-Tun dan pembangkang yang menuduh TNB untuk 'bailout' sekiranya TNB berjaya membida Edra. Sebaliknya TNB mempunyai komitmen untuk membina 3 lagi Indepedent Power Provider (IPP) berjumlah RM21 billion.

Sebelum ini pengkritik dari Pro-Tun dan pembangkang menyatakan bahawa 1MDB bodoh kerana membeli 'besi buruk' memandangkan kesemua IPP sudah hampir tamat tempoh (expired). Bilamana sebuah syarikat China ingin membeli Edra dengan harga tunai RM9.83 billion dan sanggup menanggung kesemua hutang-hutang syarikat sebanyak RM8 billion, pengkritik yang sama juga bising kenapa tidak menjual Edra kepada TNB. Mangkuk-mangkuk ni nak apa sebenarnya?

4. Pelaburan dari China ini pastinya akan meningkatkan Foreign Direct Investment (FDI).

5. Penjualan Edra berjumlah RM18 billion ini bukan merupakan perkara baru. Ini adalah Pelan Rasionalisasi 1MDB yang telah dikemukakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB iaitu penjualan Edra Global Energy sebanyak RM18 billion, penjualan 60% ekuiti Bandar Malaysia berjumlah RM11 billion dan penukaran aset-ekuiti dengan IPIC berjumlah RM16 billion untuk mengurangkan hutang syarikat sebanyak RM42 billion. Transaksi itu, yang dijangka selesai pada Februari 2016 juga satu kejayaan besar dalam pelan rasionalisasi 1MDB, sebagaimana dibentangkan kepada kabinet pada 29 Mei 2015.

Jangan ragu dan jangan bimbang, walaupun dengan penjualan kesemua aset di atas untuk mengurangkan hutang, 1MDB masih memiliki 100% Tun Razak Exchange (TRX), hartanah di Pulau Pinang dan tanah di Pulau Indah yang kesemuanya masih bernilai di antara RM10 ke RM12 billion!

November 22, 2015

4 @AzminAli Belanja RM9.7 Juta Perbaiki Pintu Gerbang Selangor, Cuba Lihat Apa Mangsa Banjir Dapat


Dato Menteri Besar Selangor sanggup membelanjakan sebanyak RM9.7 juta duit Rakyat (kalau ikut definasi juak-juak pembangkang) untuk membaik pulih pintu gerbang Selangor. Bagi yang berulang alik di Lebuhraya Persekutuan pasti tahu bagaimana bentul dan saiz pintu gerbang berkenaan. Bukan untuk diruntuhkan atau dibina baru malah sekadar dibaikpulih. 

Menurut Exco Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian & Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, tander kerja-kerja itu diberikan kepada syarikat bernama Islah. Menurut Zaidy lagi, kerja-kerja naiktaraf itu melibatkan mengecat semula, pembersihan, penyelenggaraan lampu dan tidak melibatkan jalan di kawasan pintu gerbang itu.

Wajarkah amaun sebanyak RM9.7 juta dihabiskan? Apakah pintu gerbang Selangor yang batu agar disalut dengan emas dan ditatahkan dengan intan berlian? Bayangkan kalau Kerajaan Barisan Nasional yang membuat projek berkenaan. Pasti timbul isu pembaziran, kroni, ketirisan, rasuah dan sebagainya.

Cuba bandingkan pula apa yang mangsa banjir di Selangor dapat untuk bantuan dari Kerajaan Negeri. Menteri Besar Selangor semakin mengarut. Bantuan banjir yang diberikan seolah-olah melepaskan betuk di tangga. Atau apakah disebabkan mangsa-mangsa banjir terdiri daripada orang-orang Melayu maka bantuannya boleh sekadar ala kadar? Bukankah lebih baik jika wang RM9.7 juta tersebut tidak dibazirkan kesemuanya dan digunakan untuk maslahat umum?

5 Pemilihan DAPSY Pusat - Risalah Keluar Jangan Undi Calon Melayu Dan India


Siapa kata DAP tidak rasis? Siapa kata DAP tidak parti perkauman? Siapa kata DAP bukan parti Cina yang berasaskan 'cauvinist' Cina? Pemilihan Pemuda Sosialis DAP sedang berlangsung di Serdang hari ini. Keputusan sedang dinantikan. Apa yang mengecewakan tetapi tidak mengejutkan apabila keluar risalah-risalah di tempat pemilihan berlansung yang meminta perwakilan agar tidak mengundi calon-calon Melayu dan India! 

Nama-nama seperti Edry Faizal, Dyana Sofya, Rajiv dan V Krishna secara diam-diam telah ditikam dari belakang. Calon-calon Melayu dan India ini hanya dipergunakan sebagai kuda tunggangan untuk mendapatkan pengaruh dari bangsa mereka tetapi mereka langsung tidak diiktiraf di dalam DAP sendiri. Sampai bilakan bangsa Melayu dan India akan sedar bahawa Cina-Cina DAP tidak memerlukan mereka di dalam parti berkenaan?

Dalam pada itu, salah seorang calon DAPSY, Ng Wei Aik di dalam laman sosial Facebook beliau telah mengutuk tindakan ahli-ahli DAP yang menggunakan tektik kotor untuk memenangi pemilihan pada hari ini. Bukankah DAP merupakan parti yang BERSIH? Mana Ambiga S? Mana Marina Chin dan mana Marina Mahathir?

0 Malaysia Hargai Sokongan Berterusan China Dalam Isu #MH370 - DS @LiowTiongLai



Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai menyifatkan lawatan Perdana Menteri China, Li Keqiang ke Malaysia untuk Sidang Kemuncak Asean Ke 27 bakal membawa hubungan perdagangan antara kedua-dua negara ke tahap lebih tinggi. DS Liow berkata demikian dalam satu kenyataan selepas menyambut Li di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, semalam.

Tambah beliau, sebagai Menteri Pengangkutan, beliau berharap dapat meminjam kepakaran teknologi dan pengalaman China dalam membaik pulih kelengkapan kemudahan pelabuhan dan mewujudkan pasaran berasaskan laut yang luas melalui perjanjian 'New Silk Road'. Menurutnya lagi, beliau juga telah memberikan sokongan untuk inisiatif Presiden China, Xi Jinping, yang dikenali sebagai 'One Belt One Road' melalui lima bidang kerjasama.

Dalam perkembangan lain, dalam satu Kenyataan Media yang dikeluarkan hari ini, DS Liow telah merakamkan jutaan penghargaan kepada Li Keqiang khasnya dan Rakyat Republik China di atas sumbangan negara berkenaan sebanyak AUD20 juta (RM62 juta) untuk pencarian berterusan pesawat MAS yang masih belum ditemui, MH370.

Kegembiraan ini turut dikongsi oleh Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya dari Australia Malcolm Turnbull dalam kenyataan bersama mereka di acara Sidang Kemuncak Asean ke-27 hari ini. Umum mengetahui, sejak tragedi kehilangan pesawat berkenaan pada bulan Mac tahun lepas, negara China dan Australia adalah dua negara yang kuat menyumbang dari segi tenaga, kepakaran dan wang ringgit. 

Berikut adalah Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh DS Liow hari ini:
PRESS STATEMENT
BY YB DATO' SRI LIOW TIONG LAI
MINISTER OF TRANSPORT, MALAYSIA
 Liow: Malaysia Grateful for China’s On-Going Support
Malaysia would like to express our deepest appreciation to His Excellency Premier Li Keqiang and the People’s Republic of China for their contribution of AUD20 million to the on-going search efforts for MH370. This contribution will undoubtedly assist Malaysia and Australia in the on-going search for MH370.
 I would also like to take this opportunity to express my sincere gratitude to my fellow ASEAN members who have contributed to the search for MH370. In Malaysia's time of need, your unwavering support has been invaluable, and a testament to the close ties between our nations. 
Since that fateful day in March of last year, no effort has been spared in the search for MH370. The search strategy working group team, led by the Joint Agency Coordination Centre and the Australian Transport Safety Bureau, comprising experts from various international organisations, have collaborated to independently review and refine all available data pertaining to this search.
As announced in April 2015, Malaysia together with China and Australia are fully committed to completing the underwater search within the extended search zone of 120,000 square kilometres.
As this is a remote location with adverse sea and weather conditions, it continues to pose a challenge for the search and recovery team. Nevertheless, we will certainly persevere with this search.
The unprecedented level of support, collaboration and cooperation given by the Governments of Australia and China has been instrumental during what has been a trying time for our nation. We are committed to the search for MH370.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates