November 21, 2015

9 DS @NajibRazak Sibuk Dengan Pemimpin Dunia, 22 Ketua Cawangan Mahukan Beliau Letak Jawatan

Rakan blogger, Minaq Jinggo telah membuat liputan di Port Dickson Golf and Contry Resort berikutan adanya Ketua-Ketua Cawangan UMNO yang mahukan Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak meletakkan jawatan.

CTS ingatkan beraturlah Ketua-Ketua Cawangan di sepanjang pantai Port Dickson untuk mengesa Presiden UMNO meletakkan jawatan. Sayangnya hanya 34 orang sahaja Ketua-Ketua Cawangan yang hadir kononnya mewakili 100 Ketua Cawangan. Yang hadir hari ini 34 orang dari Negeri Sembilan, Johor, Selangor dan  Melaka. Mereka turut mengesa pemilihan parti dilakukan mengikut jadual asal.

Pertamanya, tidak perlu mengaku 100 orang Ketua Cawangan kalau setakat 34 orang sahaja yang berani dan mampu meluangkan masa datang ke sini. Tak pasti apabila Minaq Jinggo melaporkan 34 orang sedangkan CTS kira dalam gambar hanya ada 22 orang. Kesemuanya nampak seperti orang-orang menopaus sahaja. Juga tidak nampak kehadiran penyokong-penyokong mereka hadir memberikan sokongan.

Kedua, terdapat sebanyak 20,401 cawangan-cawangan UMNO di seluruh Negara. Kalau sekadar terdapat 23 atau 34 atau 100 nyamuk-nyamuk yang bising di telinga meminta perhatian, rasanya itu perkara biasa dalam mana-mana parti politik kan?

Tak perlulah diganggu Perdana Menteri yang sibuk melayan pemimpin-pemimpin dunia di Kuala Lumpur untuk hubungan dua hala dari segi ekonomi, politik dan keselamatan.

November 20, 2015

8 Video MP DAP Bandar Kuching Bercakap Bahasa Inggeris Mengalahkan Apek Jual Sayur


Masih ingatkah lagi dengan Ahli Parlimen DAP DAP, yang mengecam lagu NegaraKu dimainkan di pawagam semasa sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia, dalam akaun Facebooknya mengundang reaksi negatif pengguna laman sosial. Status beliau antara lain, menyebut "Since when has this playing national anthem in cinema started? Is Malaysia heading towards the communist Mao era where everywhere you go you must shout out loud and show that you are a patriot?"

Terbaru MP DAP dari Bandar Kuching, Chong Chieng Jen bertegas mahu berbahas menggunakan Bahasa Inggeris di Parlimen. Pada masa yang sama mereka juga mahu bible dalam Bahasa Melayu. Ingatkan Bahasa Inggeris beliau tersangatlah petah dan lancar serta tatabahasa yang tinggi. Rupanya 'uncle' jual sayur di pasar malam lagi tinggi penggunaan Bahasa Inggeris beliau.

Bahasa Inggeris sendiri tunggang langgang. Ada hati mahu mengutuk Bahasa Malaysia. Malaysia sudah merdeka sejak 58 tahun. Kenapa baru sekarang pihak Cina DAP beria-ria hendak menggunakan bahasa penjajah di dalam Dewan Rakyat? Adakah beliau hendak mencari glamour sempena Pilihan Raya Negeri Sarawak yang bakal tiba tidak lama lagi.

video

2 Wee Ka Siong Mahu Nurul Izzah Jelaskan Pertemuan Dengan Anak Ketua Lanun Tausug


Timbalan Presiden MCA, DS Dr Ir Wee Ka Siong mahu Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menjelaskan mengenai sekeping gambarnya bersama anak perempuan bekas Sultan Sulu yang mengarahkan pencerobohan Lahad Datu, dua tahun lalu. Jacel adalah anak perempuan Jamalul Kiram III yang mengarahkan seramai 200 tentera Sulu menceroboh Sabah pada Februari 2013.

Gambar Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai bersama Jacel H.Kiram Hasan memegang poster yang tertera perkataan "release-Anwar immediately" telah menjadi viral di laman media sosial sejak kelmarin. Menurut Dr Wee, yang juga Ahli Parlimen Air Hitam (BN-Ayer Hitam) dia amat terkejut dan katanya Nurul Izzah bertanggungjawab memberi penjelasan. Beliau meminta Nurul Izzah jelaskan apa yang sebenarnya berlaku dan apa yang mereka berdua bincangkan. Ini katanya, Rakyat Malaysia semua nak tahu apa yang tersirat di sebalik pertemuan berkenaan.

Kenyataan Timbalan Presiden MCA ini amat bertanggungjawab jika dibandingkan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok. Teresa Kok secara biadap dan kurang ajar apabila menyifatkan pertemuan anak Ketua Umum PKR, Nurul Izzah Anwar dengan puteri sulung lanun Tausug, Jamalul Ikram III, Puteri Jacel Kiram sebagai tidak serius dan menyifatkan kejadian pembunuhan anggota dan pegawai PDRM di Tandou, Lahad Datu sebagai cerita lama. Baca di sini.

November 19, 2015

6 Biadap!!! Teresa Kok Kata Kes Pembunuhan Anggota Polis Di Tanduo, Lahad Datu, Cerita Lama!


Biadap, kurang ajar dan menghina. Itu yang dapat dikatakan apabila Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menyifatkan pertemuan anak Ketua Umum PKR, Nurul Izzah Anwar Ibrahim dengan puteri sulung lanun Tausug, Jamalul Ikram III, Puteri Jacel Kiram sebagai tidak serius dan menyifatkan kejadian pembunuhan anggota dan pegawai PDRM di Tandou, Lahad Datu sebagai cerita lama. Baca berita New Straits Times, di sini.

Sungguh mudah golongan cauvinist Cina DAP ini memaafkan lanun-lanun Tausug yang menceroboh dan membunuh perwira-perwira Negara. Jadi tidak hairanlah mereka ini mudah menerima ideologi komunisme kerana mereka ini golongan 'pemaaf' dan menganggap peristiwa hitam yang berlalu sebagai 'cerita lama'


Adakah menjadi satu kebetulan apabila Bernard Then, Rakyat Malaysia yang dipancung ada kena mengena dengan pertemuan Nurul Izzah dan Jacel Tiram? Mungkin ya atau mungkin tidak. Lihat kronologi di bawah:

8/11/2015 - Bernard Then sepatutnya dibebaskan bersama Thien Nyuk Fun.
9/11/2015 - Nurul Izzah ber'selfie' mesra bersama Jacel Kiram. Pada masa yang sama penculik meminta wang tebusan ditambah.
16-17/11/2015 - Bernard Then dipancung!

6 Terkini!!! DS Jamil Khir Baharom Failkan Saman Hari Ini, @akmalnasir NOW Mana Mau Lari?


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, DS Jamil Khir Baharom sebentar tadi telah memfailkan saman fitnah sebanyak RM10 juta ke atas Pengarah National Oversight and Wistleblower (NOW), Akmal Nasir kerana memfitnah beliau menyalah gunakan wang anak-anak yatim. Apa yang menariknya, peguambela terkenal negara TS Muhammad Shafee Abdullah kelihatan turut berada sekali bersama-sama peguam peribadi DS Jamil Khir, sebagai peguam utama.

Hanya masa yang akan menentukan apa yang akan berlaku kepada Pengarah Syarikat RM2 yang cuba berlagak sebagai pegawai SPRM. Sedangkan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim terkincit dibuat oleh TS Shafie, inikan pula sotong yang baru bermain air. Ibarat kata pepatah English, 'you can run but you can't hide Akmal'.




14 Siapa Kata GST Menyusahkan Rakyat? Lihat Gambar-Gambar Pembukaan Ikea Cheras






Hari ini hari Khamis, hari bekerja bagi kebanyakan orang. Ini adalah waktu pertengahan bulan, gaji lambat lagi. Ekonomi teruk? Rakyat menderita? Najib zalim? GST membebankan? Fikir kembali. Ini bukan demonstrasi. Ini adalah gambaran di depan dan di dalam Ikea Cheras. Orang ramai berkumpul sejam jam 1 pagi untuk beratur masuk ke dalam untuk bersama-sama meraikan pembukaan kompleks membeli belah terbaru.

0 MP Kota Tinggi Mohon Naik Taraf Jalan Bandar Penawar - Kota Tinggi, Tidak Perlu Menangis Seperti ADUN Penanti

video

Dalam perbahasan menyokong pembentangan Bajet 2016, Ahli Parlimen (MP) Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid telah memohon agar pembinaan naik taraf jalan FT092 dari dua lorong kepada empat lorong yang menghubungkan Bandar Penawar dan Kota Tinggi dipercepatkan bagi memastikan rakyat sekitar pembangunan Rapid Pengerang khususnya Rakyat di kawasan beliau dapat menikmati limpahan rezeki secara seiring sekata dan merata.

Terimakasih Yang Berhormat kerana menyampai hasrat hati warga Kota Tinggi yang tidak mahu melepaskan peluang mempertingkatkan rezeki kami melalui pembangunan Rapid. Tambahan lagi, jalan yang sedia ada agak sempit dan jalan ini juga menjadi laluan utama kenderaan berat membawa kelapa sawit. Ia akan melambatkan masa perjalanan pengguna jalan lain kerana terpaksa mengekori lori-lori besar. Dengan naik taraf jalan berkenaan, diharapkan statistik kemalangan juga dapat dikurangkan.

Beginilah caranya Wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) bekerja. MP dan ADUN BN hanya perlu mengemukakan permohonan melalui Dewan Rakyat atau Dewan Negeri untuk diambil perhatian. Mereka tidak perlu menangis teresak-esak seperti mana yang berlaku kepada ADUN Penanti yang terpaksa menangis untuk mengemis peruntukan untuk Rakyat di kawasan beliau. Saksikan video di bawah dan bandingkan betapa kejamnya Kerajaan DAP Pulau Pinang dan betapa hinanya ADUN Melayu di sana.

video

11 Lagi Gambar-Gambar Anak Ketum Dan Anak Kiram Tersebar, Kali Ini Makan Bersama Mat Salleh



Kementerian Dalam Negeri (KDN) jangan pandang sebelah mata. Ini bukan gambar-gambar biasa. Ini gambar pertemuan anak sulung Ketua Umum (Ketum) PKR, Nurul Izzah Anwar Ibrahim bersama anak sulung mendiang Jamalul Ikram, Jacel Kiram. Jacel Kiram sekarang sedang dalam proses untuk bertanding sebagai Senator di Filipina dan antara janji pilihanraya beliau adalah beliau akan menuntut Sabah dari Malaysia. 

Jacel Kiram juga adalah jurucakap utama sewaktu tentera Sulu menceroboh Lahad Datu. Kita doakan Malaysia tidak ditimpa sebarang musibah sama ada yang telah dirancang atau sedang dirancang hasil pertemuan ini. Al Fatihah untuk wira-wira Negara yang gugur di Lahad Datu.

November 18, 2015

0 Perhimpunan Aman Pemandu Teksi Gagal Dan Dipergunakan Pembangkang Untuk Meraih Publisiti




Perhimpunan Aman Warga Teksi yang berlangsung di Padang Merbok, gagal mendapat sambutan apabila hanya kira-kira 300 pemandu teksi dan 150 teksi sekitar Lembah Klang terlibat dalam perhimpunan selama tiga jam bermula pukul 12.00 tengah hari. Malah tindakan segelintir pemandu teksi ini boleh dipertikaikan apabila penganjur perhimpunan menyerahkan menyerahkan memorandum kepada wakil pembangkang di Parlimen hari ini.

Memorandum itu berkait rapat dengan objektif utama perhimpunan yang antara lain mendesak rombakan dilakukan terhadap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) serta menggesa Kerajaan mengharamkan aplikasi Uber dan Grabcar yang menjejaskan periuk nasi pemandu teksi. Agak menampakkan kebodohan apabila wakil pemandu-pemandu teksi yang berdemo hari ini telah menyerahkan memorandum mereka kepada Ketua Pembangkang, Dr Wan Azizah Wan Ismail. Sepatutnya memorandum berkenaan diserahkan kepada Menteri yang mengawal selia SPAD, YB Nancy Shukri untuk dipanjangkan kepada Perdana Menteri.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar di dalam mengulas di mana terdapat segelintir pemandu teksi yang membuat demo meminta beliau melepaskan jawatan sebagai Pengerusi SPAD, beliau berkata jika semua kehendak hanya di buat melalui himpunan haram maka negara ini tidak akan mencapai statusnya saperti mana yang kita rasai hari ini. Jika negara ini hanya bergantung kepada keputusan kumpulan mainoriti maka tidak akan adanya sebuah negara yang aman saperti Malaysia.

Beliau menambah jika semua orang dengar kumpulan kecil, nanti semua orang kena letak jawatan. Ini sudah menjadi fesyen baharu di negara kita di mana orang yang diberi mandat oleh rakyat disuruh letak jawatan berikutan isu-isu kecil. Perhimpunan 'kumpulan kecil' yang membuat 'bising' ini hanyalah perhimpunan yang dianjurkan segelintir pemandu teksi yang mempunyai kepentingan dan mungkin mereka ini di bayangi oleh orang-orang tertentu yang tidak senang dengan kedudukan SPAD didalam menangani gelagat pemandu atau pengusaha yang bertindak saperti lintah darat memeras penguna teksi.

Kemungkinan perhimpunan itu didalangi ada benarnya kerana SPAD sejak akhir akhir ini sering mengadakan perbincangan dari hati ke hati dengan segenap pemandu dan pengusaha teksi untuk memahami apa-apa perkara yang melibatkan kehendak dan keperluan pemandu teksi. TS Syed Hamid berkata SPAD telah memulakan perbincangan dalam makmal teksi bermula Isnin lalu bersama dengan semua pemegang kosensi dan beliau percaya cara ini adalah betul untuk menyelesaikan isu bukan dengan cara demonstrasi jalanan.

7 Panas!!! Anak Ketum Dan Anak Kiram Bergambar Mesra Bersama

Masih ingatkah kita dengan tragedi pencerobohan Lahad Datu oleh Kesultanan Sulu? Masih ingatkah kita dengan kumpulan bersenjata yang diketuai oleh 'Raja Muda' Agbimuddin Kiram, adik kepada 'mantan Sultan' Jamalul Kiram III dan 'Sultan' Ismail Kiram II?

Di dalam gambar berkenaan adalah 'Puteri' Jacel Kiram, anak sulung Sultan Jamalul Kiram III. Jacel Kiram bertindak sebagai jurucakap utama sewaktu 'mendiang' Jamalul Kiram menawan Lahad Datu dan membunuh perwira-perwira Negara yang gugur mempertahankan tanahair.

Dengan siapa pula Jacel Kiram bergambar? Tidak lain dan tidak bukan adalah puteri sulung Ketum Anwar Ibrahim, Nurul Izzah. Nampak gayanya kedua-dua mereka mempunyai agenda yang sama iaitu berkempen memperjuangkan pembebasan tahanan liwat Anwar Ibrahim.

Kebetulan? Mungkin ya dan mungkin tidak. Masih ingatkah kita lagi bila mana Anwar Ibrahim menyanyi di pentas, "tanya sama pokok apa sebab Najib goyang" ketika hampir tragedi pencerobohan Lahad Datu? Adakah Anwar Ibrahim berkonspirasi di dalam tragedi berkenaan?

7 Terbaik Doc! Jawapan Dr Asyraf Wajdi Mengenai Fitnah YPEIM Di Parlimen

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) tidak mempunyai sebarang isu penyelewengan sebaliknya agensi itu menjadi perhatian hanya kerana persepsi negatif sesetengah pihak.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata perkara itu dapat dilihat berdasar laporan audit agensi itu yang tidak menunjukkan sebarang unsur penyelewengan.

Dr Asyraf juga membidas anggota Parlimen pembangkang agar tidak terpengaruh dengan pelbagai persepsi negatif yang dilemparkan kepada agensi itu dan menyifatkan mereka sepatutnya menyokong YaPEIM.

Tontonlah kupasan yang penuh bermaklumat dan bernas daripada Dr Asyraf berkenaan isu fitnah YaPEIM di dalam video-video di bawah ketika beliau menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 di peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat, semalam.

video

video

video

video

0 Hero Pemandu Teksi Penyelamat Mangsa Culik Mendapat Pengiktirafan Khas SPAD



Pemandu Teksi, Hanizan Mohamed Radzi, telah menerima Anugerah Khas semperna Anugerah Industri yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di Putra World Trade Centre (PWTC). Program anugerah ini dianjurkan sempena Simposium SPAD 2015 dimana tema simposium tahun ini adalah "Journey Into The Future: Building People Centric Mobility".

Kes Hanizan menjadi viral apabila Hanizan menjumpai kanak-kanak itu di tepi jalan dan mengecamnya selepas kes penculikan itu dilaporkan secara meluas di media sosial. Beliau bagaimanapun ditahan reman selama seminggu bersama tiga yang lain bagi membantu siasatan. Walaubagaimanapun, Hanizan telah dibebaskan dan pihak polis juga telah meminta maaf kepadanya.

Bapa kanak-kanak itu, Lee Kim Wen, mengeluarkan notis di hampir kesemua akhbar harian demi memulihkan imej pemandu teksi berkenaan yang dikatakan tercalar selepas dia turut sama ditahan bersama tiga suspek kes tersebut.


Malam tadi, SPAD telah menghargai jasa pemandu teksi berkenaan dengan menganugerahkan beliau dengan Anugerah Khas. Lebih menarik lagi, tahun ini juga buat pertama kali SPAD juga telah memberi anugerah kepada 10 pemandu teksi terbaik yang telah diberi rating oleh aplikasi "Meter On" untuk menghargai jasa pemandu-pemandu teksi. Turut menerima Anugerah Khas untuk pemandu teksi adalah Tamil Nesan Shanmugam dan Abdul Wahid Tahir kerana bersikap berhemah dan jujur memulangkan barangan penumpang yang tertinggal di dalam teksi.

6 KTMB Punca Banjir Di Shah Alam - Pakar Forensik Banjir DUN Batu Tiga YB @Rodziah_Ismail


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail, kini telah bergelar Pakar Forensik Banjir. Menurut kajian yang dibuat oleh beliau dan telah mendapat liputan berita daripada Free Malaysia Today, di sini, membuat rumusan kegagalan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyelenggara kawasan sekitar stesen komuter Batu Tiga Shah Alam dikatakan menjadi punca berlakunya banjir kilat pada Isnin lepas.

Beliau mendakwa KTMB gagal menyelenggara kawasan longkang dan parit di sekitar stesen komuter itu sehingga menyebabkan air melimpah sekaligus menyebabkan banjir kilat. Sehubungan itu, Rodziah menggesa KTMB meningkatkan penyelenggaraan perparitan agar kejadian banjir kilat dapat diselesaikan segera serta tidak berulang.

Sungguh hebat pemimpin-pemimpin Kerajaan Negeri Selangor meletakkan kesalahan ke atas pihak lain untuk menutup kelemahan pentadbiran mereka. CTS tidak mahu mengulas panjang apatah lagi untuk berdebat dengan Pakar Forensik Banjir seperti YB Rodziah Ismail. Cuma nak tanya, tempat-tempat yang dinaiki banjir seperti Stadium Shah Alam, Seksyen 13, Tol NKVE Shah Alam dan jalan Subang Airport berdekatan dengan Citta Mall (gambar-gambar seperti di bawah) juga disebabkan oleh kesalahan KTMB? Ini kerana tempat tersebut melebihi 5 kilometer dari landasan keretapi yang berdekatan!




November 17, 2015

2 FGVH Menentang Sebarang Bentuk Ekstremisme Atau Radikal Seperti Militan ISIS


Lima lelaki disyaki terbabit dalam kumpulan pengganas ditahan di Johor dan Selangor pada 9 November dan 13 November lepas, kata Ketua Polis Negara, TS Khalid Abu Bakar. Katanya semua suspek berumur lingkungan antara 22 hingga 40 tahun itu ditahan menerusi 2 operasi khas Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, selepas disyaki cuba menyertai kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) di Syria, dan mahu melakukan serangan di beberapa lokasi di Lembah Klang. Khalid berkata 3 daripada suspek disyaki terbabit dengan kumpulan militan Isis manakala 2 lagi dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas 'Imam Mahdi'.

Salah seorang daripada 5 orang suspek berkenaan yang berumur 40 tahun berasal dari Petaling Jaya merupakan bekas pegawai kanan di Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) dan menamatkan perkhidmatan di bawah Skim Pemberhentian Secara Sukarela pada Ogos tahun ini. Suspek berkenaan telah berlepas ke Turki pada 21 Oktober lepas untuk menyusup masuk ke Syria bagi menyertai militan ISIS.

Urusan pemergian suspek berkenaan ke Syria diatur seorang warga Somalia yang dikenali melalui Twitter dan ditahan oleh pihak berkuasa Turki pada 25 Oktober lepas bersama dengan 9 warga asing dari etnik Uighur, Morocco dan Rusia sebelum diusir balik ke Malaysia. Menurut TS Khalid, kesemua mereka yang ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawab bab VIA – Kesalahan Berkaitan dengan Keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Akta 747).

Sementara itu, FGVH berkata syarikat itu akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk membantu siasatan kes. Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, FGVH menegaskan semua pekerja FGV tertakluk di bawah Kod Etika dan Tatalaku Pekerja, yang melarang mereka terbabit dalam aktiviti menyalahi undang-undang yang boleh menjejaskan reputasi syarikat. FGVH juga menegaskan syarikat itu menentang sebarang bentuk ekstremisme atau radikal dan tidak bertolak ansur terhadap perbuatan yang boleh menjejaskan insan yang tidak berdosa.

Pemimpin pembangkang dan NGO FELDA berpaksikan pembangkang, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) seharusnya menghentikan tuduhan kononnya FELDA adalah pusat menyebarkan fahaman ISIS di Malaysia. Pertamanya, suspek yang ditangkap oleh pihak polis bukan lagi kakitangan FELDA. Keduanya, agak mustahil bagi mana-mana organisasi untuk mengawal selia setiap kakitangan mereka dari sebarang aktiviti haram yang menyalahi undang-undang.

56 Inikah Projek Laluan Basikal Yang Bernilai Jutaan Ringgit Di Pulau Pinang?




Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dikatakan membelanjakan sebanyak RM4.6 juta untuk membina laluan basikal sejauh 1.1 kilometer bermula dari Sungai Pinang ke menuju pusat bandar. Ketua Menteri, Lim Guan Eng, dipetik Berita Harian di sini berkata, laluan itu telah hampir dilengkapkan dan ia bakal menghubungkan Queensbay melalui kawasan pantai timur pulau ke pusat beli belah Gama di Jalan Datuk Keramat, di sini termasuk rangkaian sistem perkongsian basikal.

Kalau dilihatkan laluan basikal berkenaan hanya menggunakan cat biasa yang mustahil menelan belanja sehingga jutaan ringgit untuk setiap kilometer. Kalau dibina jalan baru sekalipun, jumlahnya pasti tidak akan menelan belanja sebanyak itu. Mungkin inilah projek Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telus, bersih dan bebas dari rasuah dan penyelewengan bersesuaian dengan prinsip 'Competency, Accountability and Transparency (CAT)' yang diamalkan Kerajaan DAP Pulau Pinang.

17 Fitnah Kursus Kahwin YAPEIM Di Paris, Ini Pula Jawapan Jamil Khir

"Apa salahnya YAPEIM menganjur dan membiayai kursus perkahwinan kepada pelajar-pelajar luar negara? Kursus tersebut adalah gabungan beberapa kursus yang disatukan untuk manfaat pelajar manakala kursus kahwin memudahkan berkahwin di luar atau di tanah air tanpa perlu ikuti kursus perkahwinan semula di Malaysia.
Setiap kali diadakan, ada yang kita terpaksa tolak kerana ramai yang memohon. Pelajar-pelajar tahu manfaat daripada kursus itu yang merangkumi pelbagai perkara berkaitan kekeluargaan dan juga penjelasan berkaitan Islam sebagai agama Persekutuan.
Selesai kursus, mereka diberikan sijil. Mereka boleh bernikah di pejabat kedutaan di luar negara atau sekembali ke tanah air tanpa perlu kursus semula. Bermakna apabila tamat belajar, mereka ada ijazah atau diploma pendidikan dan sijil kursus perkahwinan sebagai nilai tambah. Adakah kursus itu tidak berfaedah sedangkan ia memudahkan pelajar-pelajar yang mengikuti kursus itu berkahwin di luar atau pun di dalam negara?"
Demikian jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DS Jamil Khir Baharom berhubung tuduhan terbaru Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW), Akmal Nasir, hari ini. Beliau berkata, kursus itu  mendapat sambutan menggalakkan daripada pelajar Malaysia di luar negara dan sudah diadakan di Amerika Syarikat, London dan Paris.

DS Jamil Khir  berkata, jumlah peserta kursus pernah mencecah 200 orang apatah lagi jika dianjurkan ketika waktu cuti pengajian. Katanya, selain  Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM), Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) turut terbabit.

Pengerusi National Oversight and Wistleblowers (NOW), Akmal Nasir petang semalam mendedahkan YAPEIM telah membelanjakan lagi wang berjumlah RM290,000 di Paris untuk penganjuran kursus perkahwinan yang dirasmikan oleh DS Jamil Khir sendiri.

Dakwanya, terdapat dua buah program yang dinamakan ‘Simposium Perdana Paris: Isu Perkahwinan, Kekeluargaan, Keusahawanan dan Pengurusan’ telah diadakan secara berturut-turut di Paris pada hujung tahun 2014 dan awal tahun 2015.

4 Fitnah Kursus Kahwin YAPEIM Di Paris, Ini Jawapannya

Pengerusi National Oversight and Wistleblowers (NOW), Akmal Nasir, semalam sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila beliau telah mengemukakan fitnah kedua tentang perbelanjaan YAPEIM berkaitan 'Simposium Perdana Paris: Isu Perkahwinan, Kekeluargaan, Keushawanan dan Pengurusan'.

Beliau yang turut menerima 'Letter of Demand' daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, DS Jamil Khir Baharom semalam gagal untuk menegakkan benang basahnya untuk menyebarkan fitnah. Baca penerangan mengenai program Simposium Perdana Paris 2014 Dari kacamata penganjur / urusetia yang terdiri dari kalangan pihak pelajar seperti di bawah:

1) Tujuan post ini, bukan untuk menyokong atau membantah pendedahan yang dibuat oleh National Oversight & Whistleblowers (NOW). Sebaliknya ia merupakan perspektif peribadi saya sebagai penganjur/urusetia dari pihak pelajar.

2) Sebagai makluman, program 'Simposium Perdana Paris : Isu Perkahwinan, Kekeluargaan, Keusahawanan & Pengurusan' yang akan diulas ini langsung tiada kaitan dengan program ‘Kursus dan Kembara Santun 2014 Kelab Santun Eropah' dan ‘Program Transformasi Warga Santun (TAMRIN) Kelab Santun Eropah’. Simposium Perdana Paris yang telah dilaksanakan merangkumi dua aspek utama ; 'Kursus PraPerkahwinan' dan 'Kursus Keusahawanan dan Pengurusan' yang telah berlangsung pada 26-28 Disember 2014 di Paris.

3) Dalam usaha untuk memperkukuhkan asas-asas keagamaan di kalangan masyarakat Islam dan memberi ruang mendalami cabang ilmu pengetahuan agama, JAKIM mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu program khas di Paris.

4) Menyedari keperluan semasa dan permintaan yang tinggi daripada pelajar Malaysia di luar negara, program ini dirangka bagi membantu memberi kemudahan kepada pelajar menghadiri Kursus PraPerkahwinan sebagai persediaan melangkah ke fasa seterusnya dalam kehidupan, membincangkan isu-isu semasa, memperkasakan diri menghadapi cabaran akidah, syariah dan akhlak serta memupuk silaturahim sesama insan. Dan sijil yang dikeluarkan adalah sah laku seumur hidup.

5) Program kali ini juga menawarkan kursus keusahawanan dan pengurusan yang bertujuan meningkatkan potensi diri dan mengenalpasti bakat untuk menjadi usahawan yang berjaya. Secara tidak langsung, ia dapat membangkitkan dan menanam semangat berdikari serta menyedarkan peserta kepada peluang perniagaan dan memberi pengetahuan asas pengurusan.

6) Program ini dikendalikan oleh Kelab SANTUN-YaPEIM Eropah dengan kerjasama Malaysian Students’ Association in France (MASAF) dan dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di Perancis, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), dan Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU).

7) Bagi melicinkan perjalanan program, pelbagai kemudahan (pengangkutan, penginapan dan makan minum) telah diberikan kepada para peserta (pelajar Malaysia) yang hadir dari negara-negara berdekatan seperti United Kingdom, Poland, Russia, Ireland dan tidak lupa juga pelajar dari Perancis.

8) Menurut JAKIM, YaPEIM tidak menyalahgunakan wang kerana segala pengeluaran perbelanjaan yang digunakan untuk penganjuran program adalah mengikut tatacara dan peraturan yang telah ditetapkan.

9) Alhamdulillah hampir seramai 10 orang peserta yang hadir telah mendirikan rumahtangga mereka beberapa bulan selepas program ini tamat. Mabruk serta selamat pengantin baru kepada kalian.

10) Selaku penganjur/urusetia program (Pihak Pelajar), saya merasakan program ini merupakan suatu program yang bermanfaat kepada semua pelajar dan berjaya memenuhi objektif yang telah ditetapkan. Dan mungkin dari sudut perbelanjaan, ianya perlu diteliti kembali walaupun tatacara pengeluaran perbelanjaan adalah mengikut peraturan.

11) Akhir kata, biarlah pihak berkuasa (yang bertanggung jawab) menyiasat dan menentukannya. Dan marilah sama-sama kita mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku dan berdoa yang terbaik untuk Malaysia.

16 November 2015

Nik Mohammad Izzul Azfar Nik Razali
Timbalan Pengarah Program
SIMPOSIUM PERDANA PARIS 2014

*Rujuk laporan SIMPOSIUM PERDANA PARIS oleh KLN, di sini.




 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates