November 14, 2015

0 4 Resolusi Pemandu Teksi Diikrarkan Dalam Pertemuan Dengan Pihak SPAD

Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pagi ini telah mengadakan "Majlis Intreaksi Industri Pemandu Teksi Bersama SPAD" bertempat di Perkarangan Platinum Sentral. Lebih 1,000 pemandu-pemandu teksi hadir dari pengusaha syarikat-syarikat teksi seperti PETEKMA, Persatuan Kebajikan Pemandu Teksi Selangor dan Wilayah, Persatuan Teksi Berjaya, Persatuan Pemandu TERS1M Lembah Klang, Persatuan Teksi Kepong, Marlis Corporation, Destination Transport, Sunlight, Public Cab dan juga teksi perseorangan.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk merapatkan silaturahim di antara pihak SPAD dengan pengusaha, persatuan dan pemandu teksi,bertukar pendapat berkenaan industri dengan menambah baik perkhidmatan teksi dan mengelakkan aktiviti negatif yang mencemarkan imej negara dan memburukkan lagi industri pemandu teksi.

Dalam pada itu, pemandu-pemandu teksi yang hadir hari ini telah melafazkan ikrar mereka untuk mengamalkan teras-teras perkhidmatan yang berkualiti semsa menjalankan tugas. Empat ikrar yang dilafazkan adalah:

1. Berganding bahu dengan SPAD dalam memajukan industri teksi di negara ini.
2. Mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.
3. Bekerja dengan penuh rasa tanggungjawab, bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna.
4. Berazam untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan teksi.

November 11, 2015

2 Kenderaan PG1 Dikesan Parking Sesuka Hati Sekali Lagi Di Garisan Kuning


Kenderaan bernombor pendaftaran PG1 dipercayai dimiliki oleh Ketua Menteri Pulau Pinang sekali lagi didapati meletakkan kenderaan di tempat larangan parking iaitu di garisan kuning. Kenderaan berkenaan diletakkan di persimpangan Pengkalen Kota (weld Quay) dan Gat Lebuh Gereja (Church Street Ghaut) pada pukul 2.00 petang hari ini 11/11/2-15.

Tiada sitaan dikenakan ke atas kenderaan berkenaan, tiada kunci tayar (clamping) dikenakan atau tiada surat saman yang dikenakan ke atas Tokong Penang ini. Ini bukan kali pertama Tokong Penang meletakkan kenderaan sesuka hati. Kereta yang sama pernah diletakkan menghalang pili bomba, baca di sini.

Kenderaan yang sama juga telah meletakkan parking di tempat yang dikhaskan "No Parking, Drop Off Only" di Kompleks Penang Times Square, baca di sini. Persoalannya, siapa yang berani tegur Tokong Penang? Habis sangat Tokong Penang akan membuat Sidang Media menyalahkan pemandunya. Itu sahaja!

November 10, 2015

13 Malaysia Akan Bangkrap - Rakyat Malaysia Beratur Di IKANO Beli Patung Kayu Robot!!!


Memang benarlah dakwaan pemimpin-pemimpin pembangkang. Malaysia sekarang sedang menuju ke arah sebuah negara yang akan bangkrap atau muflis. Jika sebelum ini Rakyatnya beratur semalaman untuk membeli jenama telefon bimbit terbaru jenama Apple, diikuti dengan Rakyat Malaysia yang bermalam untuk membeli pakaian berjenama, hari ini sekali lagi Rakyat Malaysia beratur panjang di IKANO Shopping Centre bersebelahan dengan IKEA.

Bukan hendak mendapatkan makanan harian atau keperluan rumah, di waktu tengah bulan sebegini, Rakyat Malaysia beratur panjang di Ikea untuk membeli patung robot kayu!!! Harga sebuah patung kayu mainan ini bukannya murah, sehingga purata harga mencecah RM80.00. Zalim sungguh Perdana Menteri mengenakan GST untuk Rakyat Malaysia sehingga tiada duit untuk membeli makanan.


Nota kaki: Bagi yang terlepas cerita, ini adalah gambar situasi bagaimana Rakyat Malaysia beratur  panjang dan berebut untuk membeli pakaian Koleksi Balmain!

November 9, 2015

0 SPAD Akan Terus Berusaha Meningkatkan Taraf Perkhidmatan Teksi

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengusulkan kepada kerajaan cadangan untuk meminda Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 untuk meningkatkan taraf perkhidmatan dan kebajikan pemandu teksi di negara ini. SPAD dalam satu kenyataan hari ini berkata ia melibatkan semakan terhadap aspek-aspek kawal selia secara menyeluruh dan mengenal pasti model perniagaan terbaik bagi industri teksi tanah air.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2011, industri teksi merupakan salah satu bahagian penting dalam pengangkutan awam di negara dan pelbagai usaha telah dijalankan di dalam program transformasi teksi negara. Kerajaan melalui SPAD telah mewujudkan program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) pada 2012 dan program Teksi 1Malaysia (TEKS1M) pada 2013 untuk mengatasi masalah industri teksi negara.

Selain daripada itu, pelbagai kemudahan juga telah diberikan kepada pemandu-pemandu teksi untuk meningkatkan pendapatan mereka seperti seramai 76,000 pemandu teksi telah menerima baucar tayar baru, mendapat kemudahan Personal Accident Insurance (PA), pengecualian cukai jalan, subsidi tol sebanyak 50% dan pengecualian cukai eksais dan jualan bagi pemegang lesen individu. Teknologi mesra pengguna, MeterOn juga telah diwujudkan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan teksi selaras dengan peredaran zaman.

Berkuatkuasa 19/03/2015, kenaikan harga tambang teksi telah dinaikkan sehingga 40 peratus. Kenaikkan tambang dilakukan kerana kebanyakkan kos penyelengaraan dan operasi meningkat, iaitu 36 peratus untuk teksi. Ini secara langsung dapat mengurangkan bebanan pemandu-pemandu teksi.

SPAD tidak pernah berhenti daripada mengadakan pertemuan dengan pemandu-pemandu teksi. Kali terakhir adalah pada Khamis minggu lepas di mana Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif SPAD telah mengadakan pertemuan tidak formal bersama-sama pemandu-pemandu teksi untuk mendengar rintihan dan permasalahan mereka.



Berikut adalah Kenyataan Media penuh dari pihak SPAD:


November 8, 2015

17 Kempen Bodoh Dan Terdesak @drwanazizah Untuk @anwaribrahim

Pembangkang akan melakukan apa sahaja retorik intuk menjadikan mereka relevan dan terus diingati sehingga Pilihanraya Umum ke 14.

Terbaru, Ketua Pembangkang, DS Dr Wan Azizah Wan Ismail telah membuat pelancaran kempen #BebasAnwar yang diadakan  di kediaman beliau di Segambut.

Penjara yang juga kelihatan seperti kandang telah siap dibina di halaman rumah beliau. Dengan harapan suaminya yang dipenjarakan kerana kesalahan meliwat dapat dibebaskan dari Penjara Sungai Buloh dan dipindahkan ke kediaman mereka.

Macam-macam gila ada di Malaysia ini. Walaupun Anwar Ibrahim dikenali sebagai  peliwat, tidak perlulah beliau diletakkan di dalam penjara sebegitu yang tidak ubah seperti kandang. Anwar Ibrahim bukan kambing!


 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates