November 6, 2015

0 Pelan Tindakan Strategik Pengangkutan Kuala Lumpur (KLTSP 2016-2025) Sasar Tiga Perkara Utama


Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkutan ASEAN Ke-21 yang bermula semalam mensasarkan untuk merealisasikan Pelan Tindakan Strategik Pengangkutan Kuala Lumpur (KLTSP 2016-2025). Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai, berkata mesyuarat dua hari itu membincangkan tiga perkara utama iaitu pasaran penerbangan tunggal ASEAN, pasaran perkapalan tunggal ASEAN dan pengurangan pelepasan gas rumah hijau. 

Dasar langit terbuka ASEAN menjadi antara satu isu penting yang dibincangkan pada Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkutan ASEAN ke-21 yang berlangsung selama dua hari bermula semalam dan merupakan komponen utama yang bakal dimuktamadkan dalam KLTSP 2016-2025 pada akhir persidangan hari ini. Menurut DS Liow, pelan 10 tahun itu dilihat mampu memperkasa sektor pengangkutan dan perhubungan negara anggota ASEAN.

Sektor pengangkutan pula menyumbang 22.9 peratus daripada pelepasan gas di Malaysia, manakala pengeluaran tenaga terus menjadi penyumbang terbesar pelepasan gas iaitu kira-kira 54.9 peratus. DS Liow menambah Malaysia komited untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau hingga 40 peratus, sejajar dengan ikrarnya pada Sidang Kemuncak Iklim, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 2009 di Copenhagen. Oleh itu, Malaysia dan negara anggota ASEAN akan berganding bahu bagi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau untuk tempoh 10 tahun akan datang.


0 MP Kota Tinggi Jawab Fitnah Peruntukan Pembangunan JPM Di Parlimen

Ahli Parlimen DAP Kluang Liew Chin Tong, ketika membuat soalan terhadap perbahasan Bajet 2016 oleh MP Kota Tinggi Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, seperti di dalam hansard Parlimen,
"Tentang peruntukan untuk JPM. Sebenarnya RM8.5 bilion dalam peruntukan pembangunan itu bukan untuk agensi tetapi untuk Perdana Menteri dan untuk beliau berikan kontrak ataupun projek secara budi bicara ataupun ikut suka hati. Minta komen."
Datuk Ehsan sebelum itu menyentuh mengenai bajet Jabatan Perdana Menteri (JPM) di mana ia merupakan salah satu daripada peruntukan yang agak besar di mana hampir RM45 bilion untuk pengurusan dan hampir RM20 bilion untuk pembangunan.

Menjawab persoalan MP Kluang yang berbentuk provokasi dan berbau fitnah tersebut, Datuk Ehsan menjawab, di antara peruntukan pembangunan Bajet 2016 untuk agensi adalah RM5.6 bilion itu untuk Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) yang bertujuan untuk menggalakkan penglibatan swasta bagi merancakkan pelaburan domestik tanpa terlalu bergantung kepada pelaburan asing. 

Datuk Ehsan memberi contoh ketika membuat jalan raya yang bernilai RM1.1 bilion dari Johor Bharu ke Nusajaya yang telah dibiayai melalui UKAS. Akhirnya dengan wujudnya 'trunk road' yang lebar ini, pembangunan di Iskandar menjadi sangat rancak. Apabila Kerajaan berjaya merancakkan ekonomi, maka apakah Bajet 2016 tidak memberi sumbangan kepada rakyat? 

Datuk Ehsan juga menjelaskan pendekatan baru yang kerajaan perkenalkan sebagai 'facilitation fund' telah mendapat tambahan sebanyak RM3 bilion. Contoh yang diberi apabila ketika kerajaan membuat MRTdan LRT, kedudukan tanah kebanyakannya adalah di Selangor yang nilainya tersangat tinggi. 

Maka segala pembelian tanah juga tinggi dan memerlukan peruntukan yang dibiayai kerajaan dengan harga yang sangat tinggi. Daripada tambahan tersebut, RM2.6 bilion adalah untuk pembanguan koridor seperti Iskandar, ECER dan SKOR yang mampu merancakkan ekonomi.

Dalam pada itu, Datuk Ehsan turut menegaskan bahawa di bawah JPM, terdapat 93 agensi lain yang bernaung di bawahnya seperti PR1MA, APMM, UKAS, Bencana, UPEM, ESSCOM dan sebagainya yang mana pengurusan agensi-agensi ini adalah di bawah peruntukan pengurusan daripada JPM.

Jelas sekali MP Kluang ingin menuduh Perdana Menteri sengaja wujudkan peruntukan pembangunan ini tanpa melihat pecahan peruntukan pembangunan. Namun Kerajaan bernasib baik kerana mempunyai Ahli-Ahli Parlimen yang berkredibiliti dan berpengetahuan luas seperti Datuk Ehsan untuk menjawab tohmahan dan fitnah liar di Parlimen.

November 5, 2015

6 Adakah Ceramah Perdana PAS Sudah Tidak Relevan Di Kelantan?

Ini gambar-gambar yang diambil oleh seorang sahabat di Kelantan. Gambar-gambar diambil di sekitar ceramah PAS di Pasir Tumbuh, Kok Lanas dan Lati yang diadakan serentak malam ini.

Jarang-jarang berlaku ceramah Perdana dengan kehadiran tak sampai 40 orang terutama di negeri bergelar Serambi Mekah walaupun diadakan di sebuah Masjid di Lati dan kubu kuat PAS di Pasir Tumbuh.

Apakah ceramah sudah tidak relevan buat pengikut-pengikut PAS atau Parti Amanah Negara pimpinan Mat Sabu benar-benar memecah belahkan parti bulan ini.

Pasir Tumboh


Kok Lanas



Lati


Sementara itu, pada malam ini juga Parti Amanah Negara turut mengadakan ceramah mereka di Pasar Kedai Mulung. Kehadiran adalah di luar jangkaan.

2 Video @AnwarIbrahim Ceria Dan Bergurau - Di Mana Kata Beliau Menderita Sakit?


Tiga hari lepas, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengesa agar ayahnya, Anwar Ibrahim yang juga bekas Ketua Pembangkang dibebaskan serta merta. Ini berikutan kononnya Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah bersetuju dengan pembebaskan Anwar Ibrahim atas alasan kesihatan dan hak asasi manusia.

Alhamdulillah, setelah rawatan demi rawatan sakit belakang yang disediakan oleh pihak Jabatan Penjara terhadap Anwar Ibrahim beliau kini nampaknya sihat walafiat. Lihat sahaja video di bawah bagaimana beliau berjenaka dan riang gembira. Video ini diambil pagi tadi di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur untuk kes saman terhadap Utusan dan TV3. Oleh itu, tidak timbul lagi isu beliau perlu ke luar negara atau dibebaskan kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

video

0 Pengerusi MLKN Tinjau Perkembangan Projek Perintis PLKN Di Kem PLKN Princess Haliza


Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Noor Ehsanuddin Arrashid telah dan sedang memantau perkembangan Projek Perintis Transformasi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2.0 dari masa ke semasa. Sehubungan dengan itu, dua hari lepas Datuk Ehsanuddin telah melawat Kem PLKN Princess Haliza, Sepang Selangor untuk bertemu dengan pelatih untuk mendapatkan maklum balas daripada para peserta.

Projek Perintis PLKN 2.0 ini telah diadakan pada 17 Oktober hingga 16 Disember 2015, di Kem PLKN Princess Haliza, Sepang, Selangor. Pemilihan 1,600 calon pelatih yang telah ditawarkan mengikuti Projek Perintis Transformasi PLKN adalah terdiri daripada calon-calon pelatih PLKN Kumpulan 2 dan 3 Siri 12/2015 yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran mereka setelah disemak melalui data dari Kementerian Pendidikan Malaysia. 

Calon-calon pelatih ini dipilih secara rawak seluruh Malaysia mengikut nisbah kelahiran setiap negeri. Bagi memenuhi syarat kemasukan secara sukarela, calon-calon pelatih ini ditawarkan `untuk menjalani Projek Perintis Transformasi PLKN 2.0.

Hasil daripada tinjauan tersebut, pelatih di sini amat memerlukan aktiviti luar atau 'outdoor'. Memandangkan akhir bulan Oktober hingga awal November lalu Malaysia telah dilanda jerebu, aktiviti PLKN lebih tertumpu kepada kegiatan dalaman atau 'indoor'. Datuk Ehsan menasihatkan pelatih bahawa kesihatan dan keselamatan pelatih sentiasa menjadi keutamaan.


November 4, 2015

9 Hebat Juga Citarasa Nurul Izzah, Bertaraf Antarabangsa


Gambar Ahli Parlimen Lembah Pantai dan juga anak Ketua Pembangkang, Nurul Izzah Anwar Ibrahim, bersama-sama pemuda misteri 'viral' di media sosial. Bagi CTS, tidak ada apa yang menghairankan. Nurul Izzah juga manusia biasa yang perlukan sokongan dan belaian daripada seorang lelaki. Tidak ada bezanya dengan kebanyakan perempuan yang ada yang meninggalkan lelaki Malaysia untuk bersama lelaki berbangsa asing. Semoga Nurul Izzah berbahgia dan Ahli Parlimen Batu tidak 'frust' menonggeng.

November 3, 2015

0 Menteri Pengangkutan Jawab Persoalan Teresa Kok Yang Mahu Menjuarai Isu MH370 & MH71

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, sekali lagi kelihatan cuba untuk menjuarai isu kehilangan pesawat MAS MH370 dan tragedi yang menimpa pesawat MAS MH71. Teresa dalam soalan beliau di Parlimen semalam meminta jumlah perbelanjaan yang telah diperuntukkan untuk carian MH370 dan pengendalian tragedi MH17.

Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai dalam jawapan bertulis kepada MP Pembangkang DAP itu berkata Malaysia telah membelanjakan lebih daripada RM230 juta (S$74,900,000) dalam pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sehingga Oktober, 19 bulan selepas pesawat itu hilang.

DS Liow yang juga merupakan Presiden MCA menambah, Kerajaan juga telah membelanjakan sebanyak RM12.9 juta untuk menguruskan penerbangan MH17, yang ditembak dengan peluru berpandu dan terhempas di Ukraine pada Julai tahun lepas, yang telah membunuh kesemua 298 anak kapal dan penumpang. Pampasan telah dibayar kepada waris kedua-dua tragedi berdasarkan Konvensyen Montreal 1999, tertakluk kepada bukti kerugian ditanggung oleh setiap penumpang.

MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang dari radar semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac tahun lepas. Pesawat itu dipercayai telah berakhir di Lautan Hindi. DS Liow melalui Kementerian Pengangkutan berkata 236 dan 74 keluarga terdekat untuk MH17 dan MH370 mangsa telah menerima pampasan berjumlah AS$16.6mil (RM70 juta).

Penerbangan MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine oleh anti-pesawat peluru berpandu buatan Rusia dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam pada 17 Julai tahun lepas, membunuh semua 298 orang di atas kapal.

Persoalan yang perlu ditanya adalah apakah motif soalan mengenai perbelanjaan pengurusan pesawat MAS MH370 dan MH17 dikeluarkan oleh MP Pembangkang DAP ini? Adakah beliau ingin menyalahkan Kerajaan kerana membazir dan sia-sia atau adakah beliau ingin menuduh Kerajaan tidak membela nasib mangsa dan keluarga nahas penerbangan MAS berkenaan?

November 1, 2015

18 DAP Selangor Tolak Melayu - Melayu Kalah Teruk Dalam Pemilihan Parti





Bangsa Melayu terhegeh-hegeh mahu diiktiraf di dalam parti cauvinist DAP, sedangkan umum mengetahui bahawa bangsa Melayu hanyalah alat dan tidak lebih daripada sampah di dalam parti DAP. Buktinya di dalam Konvensyen DAP Selangor petang tadi, tidak ada seorangpun Melayu terpilih di antara 15 calon Jawatankuasa parti berkenaan di Selangor. Tempat tertinggi yang mampu diduduki oleh orang Melayu adalah pada nombor 22 oleh Edry Faisal Eddy Yusof. Beliau merupakan kordinator portal Roketkini versi Bahasa Malaysia.

Tony Pua juga sebagai pemegang Mantan Pengerusi DAP Selangor hanya mampu mendapat nombor 8. Tidak dapat dipastikan kegagalan beliau ini disebabkan oleh tindakan pengecut beliau untuk tidak menyahut cabaran debat CEO1MDB, Arul Kandasamy.

Tiga orang Melayu dilantik ke Jawatankuasa DAP Negeri Selangor setelah semua calon Melayu yang bertanding kalah. Mereka adalah Abdul Aziz Bari, Syefura Othman @ Rara dan Edry Faizal Eddy Yusof. Bangsa Melayu hanya boleh bertapak di dalam parti DAP dengan ehsan Cina-Cina DAP sahaja. Tidak perlulah bangsa Melayu bercita-cita tinggi untuk menjadi pemimpi di dalam parti DAP kerana anda semua sekadar barua semata-mata.

Nota kaki - DAP juga hari ini telah melancarkan 'Unit Tindak' atau 'Action Unit' (lihat gambar di atas) yang bertindak seperti Unit Amal di dalam PAS.

8 Amat Menyedihkan Ceramah @RafiziRamli Di Kepala Batas Dihadiri 50 Orang!

Amat menyedihkan apabila Setiausaha Agong PKR, Rafizi Ramli datang berceramah di Kepala Batas, Pulau Pinang, petang tadi hanya dihadiri oleh 50 orang ahli PKR. Begitu rendah tahap seorang Setiausaha Agong. 

Menurut rakan Facebook Azman Haj, seperti biasa Rafizi  telah menjual pembohongannya di dalam ceramahnya itu. Antara isi pembohongan adalah:

1. Tahun depan semua subsidi akan dihapuskan termasuk subsidi tepung dan minyak masak.
2. Biasiswa MARA telah dihapuskan.
3. Kenaikkan harga barang disebabkan oleh GST. 
4. Peruntukkan Bajet untuk pendidikan dipotong.
5. Bejet untuk kegunaan Perdana Menteri bertambah kpd RM20billion.
6. Gaji tak naik.
7. Bulan Julai 2016, ekonomi negara akan meleset dan boleh bangkrapsi.
8. Rakyat diminta untuk tidak berbelanja, sebaliknya simpan wang tunai banyak-banyak.

Apa nak hairan. Inilah mentalititi Setiausaha Agong PKR.

2 Sebab @TonyPua Takut Sangat Berdebat Dengan Arul Kanda

29/10/2015 - Dengan penuh kelakian Tony Pua telah mencabar Arul Kanda untuk berdebat. Dua hari saja selepas itu Arul Kanda menyahut cabaran Tony Pua untuk bersedia berdebat tanpa syarat. 

31/10/2015 - Tony Pua seperti kehilangan kelakian beliau apabila beliau mencipta pelbagai alasan. Cabaran berdebat Tony Pua diberikan alasan ianya sepatutnya sesi soal jawab dan bukannya berdebat.

Tony Pua kata hanya beliau saja yang boleh bertanyakan soalan. Arul Kanda tidak boleh bertanyakan soalan balas. Peraturan pengecut manakah Tony Pua pakai ini? Telor Tony Pua sudah hilangkah?

Tahu tak kenapa Tony Pua beri syarat hanya beliau sahaja boleh bertanya. Tony Pua bagi syarat Arul Kanda tak boleh bertanya. Nak tahu inilah sebabnya. Rafizi Ramli sendiri pun tak mampu nak berdebat dengan Arul Kanda. Baca pengakuan Rafizi Ramli dalam blog beliau tahun 2010 seperti di'screenshot' di bawah.

Kehebatan Arul Kanda berdebat diakui sendiri oleh Rafizi Ramli yang berkongsi keterujaan dengan kelebihan yang dimiliki orang penting syarikat pelaburan kerajaan itu. Katanya, Arul pernah mengetuai pasukan debat yang berkali-kali memenangi Piala Perdana Menteri (PPM) pada 1990-an.

Ahli Parlimen Pandan menyatakan perkara ini dalam posting blog beliau bertarikh 1 September 2010, di mana dia telah memberi penghormatan kepada Allahyarham rakannya Adlan Benar Omar, atau Ben.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates