October 31, 2015

2 Bagaimana #BERSIH4 Dakwa SPR Halang Pendaftaran Pengundi Sedangkan Mereka Bebas Buka Booth?

Ini situasi keadaan di pusat membeli belah AEON Rawang. Petugas-petugas BERSIH 4 sedang sibuk membuka booth untuk mendaftar pengundi-pengundi baru dan menyemak senarai daftar pemilih. Bagaimana selama ini BERSIH 4 boleh mendakwa bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyekat atau menghalang parti politik untul mendaftar pengundi-pengundi baru sedangkan pertubuhan haram seperti Bersih 4 sendiri bebas menjalankan fungsi SPR?

Menurut BERNAMA, SPR telah menerima sebanyak 69,640 permohonan untuk mendaftar sebagai pengundi bagi tempoh penggal ketiga untuk tempoh Julai, Ogos dan September 2015. Menurut Setiausaha SPR, Abdul Ghani Salleh, daripada jumlah berkenaan, 57255 mendaftar sebagai pengundi batu manakala 12,385 memohon untul menukar alamat mengundi.

October 27, 2015

14 Anak Dengan Mak Sama Bangang! Malu Lembah Pantai Ada Wakil Rakyat Sebegini


Bergurau tidak kena cara. Menyindir tidak kena gaya. Semuanya hendak dipolitikkan. Tindakan Perdana Menteri membeli kasut Asics di kedai Al Ehsan, NU Sentral turut mendapat komen daripada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar Ibrahim. Dengan nada biadap, beliau membuat komen "wait. Guna duit derma #1MDB?" Ala Nurul Izzah, kamu menang Lembah Pantai pun disebabkan oleh fitnah dan tohmahan yang kamu buat ke atas calon BN, Raja Nong Chik di dalam PRU13.

Kalau betulpun 1MDB menderma untuk sepasang kasut Asics tersebut, sekurang-kurangnya kami tahu Perdana Menteri tidak main bontot lelaki dan China Doll. Sekurang-kurangnya kami tahu Perdana Menteri tidak lulus peperiksaan ketika di kampus dengan membuat aksi 'ice cream' dengan pensyarah. Sekurang-kurangnya kami tahu Perdana Menteri dapat bezakan Pan Borneo Highway adalah lebuhraya untuk kereta, lori dan motor dan bukannya landasan keretapi.


October 26, 2015

31 Hanya Kerana Sekeping Gambar, DS Rosmah Mansor Difitnah Lagi


Strategi pembangkang sekarang adalah menggunakan blog-blog hantu untuk menyebarkan fitnah. Tidak pasti apakah kekangan daripada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana gagal menapis dan menutup blog-blog fitnah ini. Jikalau diberi tugasan ini kepada CTS, dengan mudah sahaja dapat senaraikan blog-blog hantu berkenaan untuk dipantau.

Terbaru, salah satu blog hantu, media-info-semasa.blogspot.my telah membuat fitnah kononnya isteri Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor enggan bersalam dengan warga emas berbangsa Bidayuh. Bagi yang berfikiran normal dan tidak berhasad dengki sudah pasti kita akan nampak dengan jelas bila mana DS Najib Tun Razak mengangkat tangan warga emas berkenaan yang dipenuhi dengan gelang dan menunjukkan pada DS Rosmah.

Tidak perlulah admin blog  hendak membuat cerita kononnya DS Rosmah tidak mahu bersalam disebabkan perempuan Bidayuh itu adalah warga emas. Hanya kerana satu gambar, maka fitnah dilakukan dan disebarkan. Lihatlah gambar di bawah. Sedangkan DS Rosmah tidak geli dan kekok memegang kaki kudung seorang warga Palestin, apalah sangat masalah beliau untuk bersalam dengan seorang warga emas. Fikir-fikirlah.

October 25, 2015

7 PAN Ganti PAS - PAS Tinggal Sejarah Di Bukit Gantang

Polemik Parti Amanah Nasional (PAN) dan PAS semakin kronik. Di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Gantang, ADUNnya, DS Nizar Jamaluddin telah mula menukarkan 'signboard' di Pusat Khidmat beliau. Lambang PAS diturunkan dan lambang PAN dinaikkan.

Mungkin DS Nizar terlupa bahawa pengundi-pengundinya dahulu telah memangkah bulan sebagai lambang PAS di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas dan bukannya PAN.

Mungkin DS Nizar juga terlupa bahawa beliau telah memegang jawatan sebagai Menteri Besar Perak walaupun dalam masa yang singkat adalah disebabkan perkenan Baginda Sultan Perak kerana DS Nizar mewakili PAS dan bukan PAN.

Masa begitu cepat berlalu. Dulu ada sembahyang hajat dilakukan di sebuah stadium di Kota Bharu mendoakan PAS mengantikan UMNO. Kuasa Allah menentukan segala. Kini 2015, bukan PAS mengantikan UMNO sebaliknya PAN mengantikan PAS.

0 MCA Negeri Sembilan Bersedia Menghadapi Pilihan Raya Umum Akan Datang


MCA Negeri Sembilan umumnya dan Bahagian Teluk Kemang khasnya telah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang. Perkara berkenaan telah dinyatakan oleh Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai sewaktu merasmikan bangunan MCA Telok Kemang di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Umum mengetahui bagaimana pergolakan telah berlaku dua bulan lepas di antara MCA dan kepimpinan Kerajaan Negeri yang kononnya Menteri Besar Negeri Sembilan berkata bahawa Kerajaan Negeri tidak memerlukan parti komponen di dalam menghadapi PRU. Perkara berkenaan telahpun selesai apabila Pengerusi MCA Negeri Sembilan, DS King Lim Chin Fui berpuas hati dengan penjelasan diberikan Menteri Besar, DS Mohamad Hasan berhubung ucapannya itu.

Sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula perselisihan faham antara adik beradik di dalam parti komponen Barisan Nasional. Semasa Sidang Akhbar beliau hari ini, DS Liow berkata MCA akan bekerjasama dengan parti-parti komponen yang lain dan komited akan bekerja bersama-sama Rakyat. MCA Teluk Kemang katanya semakin teguh dan bersatu padu. Persediaan yang lebih rapi akan dibuat untuk menghadapi PRU yang akan datang.

DS Liow juga juga menekankan walaupun suasana ekonomi dunia tidak menentu, Kerajaan mampu membentangkan Bajet 2016 yang komprehansif yang menjaga kebajikan Rakyat perbagai lapisan. DS Liow meminta agar ahli-ahli MCA supaya membantu negara untuk meningkatkan ekonomi negara. Katanya sekiranya ekonomi negara meningkat, Rakyat akan berpeluang meningkatkan purata pendapatan masing-masing. DS Liow percaya di bawah kepimpinan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak, dasar-dasar dan polisi yang baik yang diperkenalkan akan membantu usahawan dan peniaga dan juga memastikan pihak swasta juga dapat membantu membangunkan ekonomi negara.

0 RM360 Juta Diperuntukkan Untuk Penambahbaikan PLKN 2.0 Di Dalam Bajet 2016


Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang akan bermula tahun hadapan akan menggalakkan penyertaan secara sukarela. Perkara berkenaan diumumkan oleh Menteri Pertahanan, DS Hishamuddin Tun Hussein di Sidang Media di lobi Parlimen pertengahan minggu lepas. Turut hadir di dalam Sidang Media berkenaan adalah Timbalan Menteri Pertahanan, Dato Wira Mohd Johari Baharum dan Pengerusi PLKN, Datuk Noor Ehsannudin Mohd Harun Narrashid.

Kerajaan kata beliau bakal memperkenalkan lima modul dan tiga sub-modul dalam  (PLKN) 2.0 bagi transformasi program itu. Langkah itu katanya boleh memastikan PLKN kekal relevan dengan tuntutan semasa, praktikal dan mempunyai nilai tambah yang meyakinkan serta memberi kesan bermakna kepada pembangunan negara terutama setelah 10 tahun penubuhannya.

Penangguhan PLKN telah diumumkan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak pada Januari lalu. Ketika membentangkan Bajet 2015 pada Oktober tahun lepas, DS Najib mengumumkan PLKN yang diperkenalkan pada 16 Februari 2004, akan dikaji semula, selain memperkenalkan konsep baharu menjalinkan keperluan kemahiran dan kenegaraan. 

Untuk 2016, Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2016 mengumumkan bahawa Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM360 juta untuk penambahbaikan program PLKN bagi manafaat 20 ribu pelatih. Ia melibatkan kurikulum baru seperti kemahiran berfikir secara kreatif dan kemahiran teknikal.

Desas desus dari portal pembangkang yang mengatakan bahawa Kerajaan akan membatalkan program PLKN adalah tidak berasas sama sekali. Kerajaan komited untuk menyalurkan kemahiran teknikal dan vokasional dan memberi penekanan kepada aspek-aspek kenegaraan, pembentukan peribadi, semangat volunterism dan patriotisme di kalangan belia-belia negara yang menjadi nadi pemimpin negara pada masa depan.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates