October 10, 2015

0 PLKN 2.0 Perkenal 8 Modul Baru Bantu Pelatih Berkemahiran


Lapan modul baru transformasi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 2.0) akan diperkenalkan tahun depan, membabitkan lima modul utama iaitu Cergas Tangkas, Bicara Tekno, Pembangunan Diri, MalaysiaKu dan Cakna Negara dan tiga sub modul ialah Kerohanian, KerjayaKu dan Khidmat Masyarakat. Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Ehsanuddin Harun Narrashid berkata, PLKN baru ini akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu Program Pembelajaran Bersepadu (ILP) dan Program Sijil Kemahiran Teknikal.

Menurut Datuk Ehsanuddin, beberapa transformasi baru juga turut dilaksanakan pada program tersebut dimana 30 peratus dari pengambilan pelatih adalah terdiri daripada sukarelawan, manakala 70 peratus lagi adalah dari pelajar-pelajar yang dicadangkan oleh pihak sekolah. Pihak MLKN juga kata beliau akan memendekkan tempoh perlaksanaan program, dari 12 minggu kepada lapan minggu dimana ia sekali gus akan mengurangkan kos bagi program ini.

Apa yang menarik PLKN 2.0 juga turut membabitkan program jangkamasa panjang juga turut dibuat sebagai tindakan susulan perlaksanaan program berkenaan. Bekas pelatih PLKN 2.0 berpeluang menjalani latihan kemahiran dan amali di agensi kerajaan dan kementerian. Menurut Datuk Ehsanuddin, 420 agensi awam kerajaan dan 10 kementerian telahpun bersetuju menyediakan tempat untuk bekas pelatih untuk membangunkan karier mereka.

Kita menyambut baik transformasi yang dilakukan dalam PLKN 2.0 memandangkan pelatih yang tidak dapat melanjutkan pelajaran di universiti berpeluang menyertai program ini untuk mempelajari kemahiran yang berguna untuk alam pekerjaan. Penglibatan agensi awam kerajaan dan kementerian diharapkan dapat membantu golongan pelatih ini dengan diberikan segala peluang yang ada kepada mereka agar tidak menjadi golongan terpinggir yang tiada pekerjaan, tiada kemahiran dan tiada masa depan.

0 Portal Pro Pembangkang Kantoi Memfitnah Ahli Parlimen Kota Tinggi




Beberapa portal pembangkang seperti Malaysiakini dan The Rakyat Post kelihatan cuba menyebarkan fitnah dan berita palsu yang kononnya seorang pemimpin UMNO Johor yang mempunyai jawatan dalam FELDA ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana salahguna kuasa didalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC). 

Selepas fitnah ini tersebar, timbul pula ura-ura pemimpin UMNO yang dipanggil adalah Ahli Parlimen (MP) Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah FELDA. Akaun Twitter @AMKJohor tidak segan silu menyebarkan fitnah bahawa MP Kota Tinggi telah ditahan oleh SPRM untuk disiasat.

Menyedari bahawa nama beliau telah dikaitkan dengan isu ini, Datuk Ehsanuddin telah dengan tegas dan pantas mengeluarkan kenyataan iaitu:
"Saya tidak pernah dipanggil sehingga hari ini. Tanyalah orang yang melaporkan dan tanyalah SPRM. Saya tak buat salah apa-apapun, jadi apa nak dibimbangkan. Malah saya sedia berikan kerjasama jika diminta."
Berita fitnah dan tohmahan itu juga turut dinafikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull semalam. DS Mohd Shukri dilaporkan oleh BERNAMA sebagai berkata SPRM tidak ada memanggil Anggota Parlimen yang memegang jawatan di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk memberi keterangan.

October 9, 2015

18 Adakah Maruah Dan Harga Diri Penguatkuasa Wanita Melayu Hanya Bernilai RM200 Di Mata Ketua Menteri Pulau Pinang?




07/10/2015 - Dua lelaki Cina DAP bertindak biadap apabila memaki dan mencampak wang kepada anggota penguatkuasa MBPP berlaku di Lebuh Campbell di Pulau Pinang, ketika anggota terbabit menjalankan tugasnya. Video berdurasi 2 minit 4 saat menjadi viral di laman sosial di mana dua lelaki Cina DAP berkenaan berang selepas tayar kereta mereka dikunci kerana meletak kenderaan di garisan kuning.

08/10/2015 - Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, polis menerima satu laporan berhubung kejadian itu yang dilakukan anggota penguatkuasa terbabit. Bagaimanapun, laporan polis yang dilakukan itu ditarik semula pada hari ini. Baca di sini.

09/10/2015 - Kerajaan negeri Pulau Pinang memberi insentif RM200 seorang kepada tiga penguat kuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang terbabit dalam insiden dimaki dan dicampak wang oleh pesalah trafik di Lebuh Campbell, Rabu lalu kerana mereka menjalankan tugas dengan baik. Baca di sini.

Kesimpulan - Adakah maruah dan harga diri penguatkuasa Melayu wanita berkenaan hanya bernilai RM200? Untuk rekod, kedua-dua orang remaja berbangsa Cina itu disahkan dari DAP Cawangan Tanjung Kampung Kolam.

35 Siapa Kata Kerajaan DAP Pulau Pinang Tidak Bantu Mahasiswa Melayu? Bukankah Fahmi Zainol Buktinya?


Kalau dilihat kepada status mahasiswa Universiti Malaya (UM) ini di media sosial Facebook, kita akan kagum bagaimana anak muda ini mempertikaikan penyokong-penyokong demo baju merah yang kononnya disogok dengan makan percuma, naik bas percuma dan wang tunai RM100 untuk hadir ke himpunan aman itu.

Hasrat untuk mengkgumi anak muda ini berkecai apabila membaca salinan notis mengenai makluman pembayaran Electronic Fund Transfer (EFT) kepada beliau yang kini hangat tersebar di media sosial. Persoalan yang ditimbulkan adalah betulkah Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang telah menyalurkan dana (peruntukkan Khas YAB Ketua Menteri) sebanyak RM11,000 kepada Fahmi Zainol, seorang aktivis pelajar Universiti Malaya yang pernah digantung pengajian kerana menganjurkan demonstrasi menyokong Anwar Ibrahim di dalam kampus suatu masa tidak lama dahulu?

Kerajaan Negeri Pulau Pinang wajib menjawab betulkah pembayaran EFT berkenaan dilakukan ke atas akaun Fahmi Zainol? Kedua, atas dasar apa bantuan kewangan yang begitu banyak disalurkan kepada beliau sedangkan umum mengetahui ramai lagi anak Pulau Pinang yang memerlukan bantuan kewangan seperti itu.



0 Kenyataan Mantan Presiden MCA Bersifat Peribadi, Bukan Kenyataan Rasmi Parti MCA - Dr Wee Ka Siong

Susulan kenyataan Mantan Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik di akhbar Malay Mail bertajuk "MCA’s Liong Sik joins call for Najib’s ouster for allegedly putting people’s money in his own pocket" mendakwa Najib telah menyalahgunakan dana pelaburan kerajaan ke dalam akaun peribadi beliau untuk kepentingan sendiri, mantan Presiden MCA tersebut berkata, beliau bertegas untuk tidak meminta maaf terhadap apa yang dikatakannya.

Tun Dr Ling malah mencabar Perdana Menteri meneruskan tindakan saman terhadap beliau berikutan kenyataan yang dibuatnya. Ini berikutan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak memberi tempoh tujuh hari kepada Dr. Ling untuk memohon maaf kepadanya atau berdepan tindakan undang-undang kerana memfitnah beliau.

Mengulas mengenai situasi berkenaan, Timbalan Presiden MCA, DS Dr Wee Ka Siong berkata, kritikan yang dibuat oleh mantan presiden MCA tersebut bukan mengambarkan kenyataan rasmi yang dibuat oleh parti MCA, sebaliknya adalah satu kenyataan yang bersifat  peribadi. 

Menurut DS Dr Wee lagi, sepertimana yang telah diutarakan oleh beberapa pemimpin MCA, sejak hari pertama apabila Tun Ling membuat kenyataan, MCA sudah mengeluarkan kenyataan bahawa setiap pemimpin atau bekas pemimpin mempunyai haknya untuk bersuara dan ianya bukan satu suara rasmi daripada parti. Berkenaan isu Perdana Menteri mahu menyaman Tun Lin, DS Dr Wee berkata, 
"Saya rasa proses perundangan yang diambil terhadap beliau oleh pihak yang didakwa adalah proses biasa yang kalau mengikut prosedur memang begitu. Orang yang telah mengeluarkan kenyataan juga berhak mempertahankan kenyataannya. Saya rasa eloklah perkara ini mengikut lunas dan tatacara undang-undang. Jadi kita tidka boleh masuk campur."
Tindakan MCA ini melambangkan betapa kukuhnya ikatan setiakawan yang menjadi amalan di dalam Barisan Nasional (BN) di mana komponen parti saling mempertahankan di antara satu dengan yang lain. Tindakan mantan Presiden MCA tidak sedikitpun merenggangkan perhubungan di antara kedua-dua parti UMNO dan MCA di dalam gabungan BN,

October 8, 2015

0 Malaysia Dan Singapura Lancar Kaji Selidik Pasaran Bersama Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR)


Pada 19 Februari 2013, Malaysia dan Singapura secara rasminya bersetuju untuk membina keretapi berkelajuan tinggi antara Kuala Lumpur dan Singapura pada tahun 2020 melalui perbincangan antara kedua-dua Perdana Menteri di Singapura.  Projek keretapi berkelajuan tinggi yang bernilai berbilion ringgit yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura, dengan kelajuan unjuran 300 km/h (186 mph) dijangka dapat mengurangkan masa perjalanan antara kedua-dua bandar-bandar kepada 90 minit, berbanding dengan 5 jam melalui jalan raya, 7 jam melalui perkhidmatan rel konvensional, atau 4 jam melalui udara (termasuk perjalanan ke dan dari lapangan terbang, mendaftar masuk dan prosedur lapangan terbang lain). 

Bagi merealisasikan hasrat pengguna Malaysia dan Singapura, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Land Transport Authority, Singapura (LTA), semalam telah melancarkan satu kaji selidik pasaran bersama (market sensing exercise) melalui kaedah Permintaan Maklumat (Request For Information - RFI) berkaitan projek ini.

Maklum balas RFI ini amat penting bagi mendapatkan respon pasaran dan penglibatan pelbagai sektor swasta pasaran tempatan dan antarabangsa. RFI ini akan membantu kerajaan mengenal pasti minat dan pandangan pasaran tentang pendekatan dan struktur projek yang sesuai. Melalui hasil dapatan RFI ini, kedua-dua negara akan membawa hasil ini untuk dipertimbang secara bersama. Ini membuktikan kerajaan kedua-dua negara amat berhati-hati menetapkan perancangan sebelum ianya boleh dilaksanakan.

Berikut adalah Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh pihak SPAD berkenaan Kaji Selidik Bersama di antara SPAD dan LTA:

October 7, 2015

28 Adakah Veteran UMNO Sanusi Junid Cuba Untuk Bermain Dua Kolam?


Kita tidak terkejut sekiranya veteran UMNO, TS Sanusi Junid berada sepentas bersama Negarawan Tun Dr Mahathir di Hotel De Palma, Ampang, dalam majlis hi-tea  anjuran UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka, untuk menghentam kepimpinan DS Mohd Najib Tun Razak. Kita juga tidak terkejut sekiranya TS Sanusi juga begitu lantang mempertikaikan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dan 1MDB. Ini berikutan TS Sanusi memang dikenali sebagai ahli UMNO yang begitu setia dengan Tun Dr Mahathir. 

Tidak hairan sekiranya beliau turut dikaitkan dengan tujuh ahli UMNO yang sedang diperhatikan oleh pimpinan UMNO Pusat. Ini berikutan Setiausaha Agung UMNO, DS Tengku Adnan Tengku Mansor sebelum ini mendedahkan tujuh pemimpin Umno dipantau kerana dikatakan melanggar disiplin parti. Bagaimanapun, Menteri Wilayah Persekutuan itu tidak menamakan siapa tujuh individu tersebut. TS Sanusi mula mendapat perhatian apabila beliau secara lantang mengatakan bangsa Melayu tidak bangsat sebaliknya pemimpin yang menjadikan UMNO kalah adalah bangsat.

Apa yang agak menghairankan di sini apabila pihak kami telah mendapat maklumat bahawa baru-baru ini, TS Sanusi telah berjumpa dengan DS Najib untuk memberikan cadangan beliau bagaimana untuk menghentikan serangan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir. Kata sumber lagi, syarat dan cadangan daripada TS Sanusi tidak diterima oleh DS Najib menyebabkan beliau berpatah balik untuk bergabung semula dengan team Mantan Perdana Menteri. Persoalannya, apakah TS Sanusi cuba untuk bermain dua kolam dalam situasi sebegini? Apakah selama ini kesetaiaan yang ditujukkan oleh TS Sanusi kepada Tun Dr Mahathir hanyalah lakonan retorik yang penuh kepalsuan?

October 6, 2015

3 Tahniah Ler Jamawi Jaafar Dilantik Pegawai Kanan Khas KKMM


Sesudah pohon yang dinaungi sebelum ini di bawah DS Shafie Afdal tidak berguna lagi, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia (PUM), Jamawi Jaafar bernasib baik dapat berpaut pada pohon yang baru di bawah Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KKMM). Dengar katanya beliau telah dilantik sebagai Pegawai Kanan Khas, KKMM. Puas saya berfikir, adakah jawatan sebegini di dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)? 

Siapalah agaknya yang menjadi penasihat kepada Memanda Menteri melantik Jamawi Jaafar ini? Tidak pernah sebelum ini mendengar penerangan yang mampan dilakukan oleh Saudara Jamawi Jaafar berkenaan isu-isu negara seperti GST, 1MDB dan sebagainya selain dari pertanyaaan yang mengusutkan lagi keadaan. Sehinggakan beliau terkenal di kalangan cytro Pro BN sebagai Ketua Pertanyaan PUM!

Memandangkan Memanda Menteri sudah memberi kepercayaan kepada Jamawi Jaafar, diharap Jamawi Jaafar tidak mengecewakannya di dalam menjalankan tugas. Apa kata dimulai dengan memberi penerangan secara besar-besaran mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang telah diputarbelitkan oleh puak-puak pembangkang dan geng ProTun seperti Saya Sayang Tun Dr Mahathir (SSTDM) dan Kelab Che Det (KCD). Tidak susah pun, Menteri MITI, DS Mustapha Mohammad sudahpun memberi penjelasan terperinci seperti di bawah. 

Penerangan ini perlu diberikan oleh Ketua Penerangan PUM merangkap Pegawai Kanan Khas KKMM memandangkan Rakyat telah keliru dan dahagakan info yang sahih. KKMM dan Penerangan PUM perlu bekerjasama dengan MITI untuk memberi penerangan 'on time'. Jangan jadi seperti kes GST di mana penerangan lambat memberikan info kepada Rakyat. Kalau sudi Pegawai Kanan Khas KKMM dan Penerangan Pemuda perlu 'engage' dengan cytro pro BN dan tidak bergantung kepada 300,000 aset Biro Media Sosial (BMS) seperti yang didakwa oleh Ibdillah Ishak.



October 4, 2015

21 Pembangkang Bodoh! Cuba Spin PM @NajibRazak Bertembung Dengan PM Israel




Setelah pembangkang dan golongan ProTun terkesima dengan ucapan berapi yang diberikan oleh Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Razak di Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), mengecam pendudukan dan kezaliman Israel, pembangkang tidak ada cara lain selain dari membuat fitnah ke atas satu gambar kononnya DS Najib Razak hanya bersandiwara di dalam ucapannya sedangkan beliau mesra dengan Perdana menteri Israel, Benjamin Netanyahu di luar.

Apa yang berlaku sebenarnya adalah DS Najib terserempak Netanhayu di pintu masuk dewan berkenaan. Ini bukan satu pertemuan tetapi terserempak secara kebetulan. Perkara ini juga telah disahkan oleh Menteri Luar dan Wakil Duta Amerika Syarikat. Pandai pulak puak-puak pembangkang baca hanya sekeping gambar? Adakah dalam gambar berkenaan DS Najib Razak berpelukan dengan PM Israel? 

Perdana Menteri juga terserempak dengan Perdana Menteri Turkey di luar dewan berkenaan juga. Lihat gambar di bawah.


Allahyarham Yassir Arafat pernah berjumpa secara berdepan dengan pemimpin Israel. Adakah beliau bertumbuk dengan mereka? 

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates