October 2, 2015

15 A Tale Of 'Payung'

4 Bo Su-Lyn Dan Editor The Malay Mail Harus Didakwa Di Bawah Akta Hasutan @PDRMsia @KBAB51 @Zahid_Hamidi


Sungguh kurang ajar wartawan perempuan berbangsa Cina ini bersama editor akhbar The Mail Mail bertindak mengeluarkan satu artikel bersifat mengahsut supaya Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan dimansuhkan. Perkara 11(4) menghadkan penyebaran agama lain di kalangan umat Islam. Ia menyatakan: "... undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan Agama di kalangan orang yang menganuti Agama Islam."

Lebih kurang ajar apabila beliau mengemukakan pendapat peribadi yang berbunyi, "Get rid of Islamic laws and Islamic government departments. Let Muslims live their lives according to how they personally see fit. (Hapuskan undang-undang Islam dan Jabatan Agama Islam. Biarkan umat Islam menjalani kehidupan mereka mengikut cara mereka sendiri suka."). Nampak gayanya cina-cina DAP semakin lantang bermain isu perkauman dan keagamaan. 

Bila seseorang Melayu Islam mempertahankan hak mereka di bawah Perlembagaan Persekutuan, mereka dianggap rasis. Kenapakah wartawan wanita Cina dibiarkan bebas menghasut? Bukankah ini boleh didakwa di bawah Akta Hasutan kerana mempertikaikan hak orang-orang Islam yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan?

October 1, 2015

2 MP Klang Pergunakan Pemandu-Pemandu Teksi Untuk Publisiti Murahan


Bagaikan sudah dirancang dengan skrip yang baik, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago bersama-sama lebih kurang 100 pemndu-pemandu teksi telah menyerbu pejabat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Kelana Jaya kira-kira jam 10.15 pagi. Agak pelik apabila tiada media-media utama yang hadir. Antara media yang hadir pagi semalam adalah Malay Mail, China Press, The Edge TV, Guan Ming Daily, KiniTV dan The Rakyat Post. Semuanya portal dan media pembangkang! 

The Malay Mail, China Press dan The Edge TV, telah berada di sekitar pejabat SPAD seawal 9.30 pagi. Nampak sangat perancangan tersembunyi MP Klang ini. Drama pagi semalam diteruskan dengan penahanan seorang pemandu Uber di situ. Adalah dipercayai pemandu dan kenderaan Uber tersebut telah diada-adakan oleh pemandu-pemandu teksi yang hadir.

Antara rungutan-rungutan yang diterima oleh pihak SPAD di dalam memorandum yang diserahkan semalam adalah:

1. Kenaikan harga NGV.

2. Kos GST ke atas penyelenggaraan kenderaan, bahagian dan operasi.

3. Teksi-teksi haram menyebabkan mereka kehilangan pendapatan (50% daripada pendapatan).

4. Kebajikan sosial pemandu teksi (insurans untuk kenderaan dan liputan PERKESO).

Sayugia diingatkan bahawa kenaikan harga NGV melibatkan pihak Petronas. SPAD tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengawal kenaikan atau penurunan harga bahan mentah tersebut. Begitu juga dengan isu GST yang merupakan isu negara yang melangkaui bidang kuasa pihak SPAD. Walau bagaimanapun, pihak SPAD dan Kerajaan sentiasa menjaga kebajikan pemandu-pemandu teksi.

Buktinya, tambang teksi dan kereta sewa naik antara 20% hingga 67% berkuat kuasa serta merta sejak Mac 2015 manakala mulai 15 Mei pula tambang bas ekspres akan naik 22.6%. Kenaikan tambang itu yang diumumkan oleh SPAD berikutan kenaikan kos yang ditanggung pengusaha pengangkutan awam termasuk kos penyelenggaraan. Semua kenaikan penyelenggaraan kenderaan, bahagian dan operasi sudahpun diambil kira di dalam semakan kenaikan tambang ini.

Untuk kebajikan sosial pemandu-pemandu teksi yang lain seperti insurans dan PERKESO, penglibatan semua pihak diperlukan dan bukan hanya terhad kepada pihak SPAD sahaja. Penglibatan kesatuan-kesatuan teksi, pihak Kementerian Sumber Manusia, pihak Kementerian Pengangkutan harus duduk semeja untuk menyelesaikan perkara ini.

Berhubung dengan teksi-teksi haram seperti Uber, teksi sapu dan sebagainya, pihak SPAD telah, sedang dan akan memantau serta membuat operasi yang berterusan bagi memastikan kebajikan pemandu-pemandu teksi terbela dan keselamatan orang ramai terjamin dengan tiada teksi haram beroperasi.

Untuk makluman MP Klang, hasil usaha bersepadu pihak SPAD dalam menjalankan operasi membanteras teksi haram mendapati kesalahan di bawah Sekyen 16, APAD 2010 telah membuahkan hasil seperti berikut:

1. Jumlah kes bermula Jun 2011 hingga sekarang adalah sebanyak 470 kes.

2. Jumlah kes bagi tahun 2015 sahaja adalah sebanyak 240 kes.

Jumlah kes bagi yang menggunakan Apps bermula Oktober 2014 hingga sekarang adalah 144 kes. Pecahan kes mengikut Apps seperti berikut, UBER - 43 kes, GrabCar - 97 kes, Blacklane - 1 kes, EasyTaxi - 3 kes.

Manakala status kes melibatkan penggunaan Apps seperti berikut, NFA - 10 kes, denda mahkamah - 13 kes, kompaun - 9 kes, proses mahkamah - 49 kes, proses penyiasatan - 63 kes dan status mohon lucut hak untuk kes melibatkan penggunaan Apps - 110 kenderaan.

Kita tidak mengharapkan YB Klang untuk mengetahui mengenai status operasi yang dijalankan oleh pihak SPAD memandangkan kawasan beliau sendiri tidak terjaga. MP Klang hanya inginkan populariti bagi memastikan dirinya sentiasa diingati. Baiasalah YB-YB pembangkang. Tidak perlu buat kerja. Cukuplah dengan hanya buat kontroversi.


September 29, 2015

17 Tak Habis-Habis Sakit Hati Pembangkang Dengan Rosmah Mansor, Kini Isu Di PBB Pulak


Pembangkang tidak pernah puas untuk merendahkah mertabat isteri Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor dalam apa sahaja yang beliau lakukan sebelum ini. Kali ini mereka mempertikaikan kehadiran DS Rosmah ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), mengiringi Perdana Menteri ke mesyuarat badan dunia itu.

Serangan ke atas isteri Perdana Menteri dilakukan apabila mereka gagal memalukan Perdana Menteri sendiri, DS Mohd Najib Tun Razak apabila dikatakan Perdana Menteri tidak mendapat sambutan ketika memberi ucapan semalam. Gambar di bawah membuktikan sebaliknya. Pembangkang terkedu dengan sambutan yang diberikan kepada Perdana Menteri Malaysia.



Kehadiran isteri Perdana Menteri ke persidangan PBB bukan perkara baru. Idola baru pembangkang, Tun Dr Mahathir Mohamed pernah membawa isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah bersamanya ke sana,. Malah Tun juga turut membawa bersama anak beliau, Datuk Paduka Marina Mahathir. Tidak kedengaran pulak pembangkang pada waktu itu mempertikaikan kehadiran isteri dan anak Perdana Menteri itu.


Portal pembangkang dikatakan tidak berpuas hati apabila DS Rosmah Mansor diletakkan sebaris dengan Menteri. Menteri yang dimaksudkan di dalam poster di atas adalah DS Wahid Omar. Apa yang berlaku sebenarnya DS Rosmah Mansor berada di tempat yang dikhaskan untuk pemerhati. Beliau adalah seorag pemerhati persidangan berkenaan, begitu juga dengan DS Wahid Omar.




Timbul pula isu kononnya DS Rosmah terlebih sudu dari kuah. Ada sahaja yang dibuat beliau tidak kena di mata pembangkang. DS Rosmah dikatakan cuba campur tangan hal-ehwal tugas Perdana Menteri. Ramai yang tidak senang hati bila DS Rosmah diberikan pengiktirafan untuk berucap di pentas antarabangsa terutama apabila beliau berucap pada majlis resepsi anjuran Forum Perkongsian Wanita Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di Plaza PBB Ahad lepas.

Sebagai Rakyat Malaysia, saya berbangga apabila isteri Perdana Menteri diberi penghormatan sedemikian. Apa masalahnya? Bukankah itu forum Wanita? Selain DS Rosmah, beberapa isteri pemimpin besar dunia juga diberikan penghormatan yang serupa beberapa hari sebelum itu dalam forum Global Education First juga di PBB. Kenapa sakit hati sangat dengan DS Rosmah Mansor?

September 28, 2015

4 2007 Guan Eng Marah Babi Dibunuh Kerana JE, 2015 Guan Eng Bunuh Anjing Sebab Rabies

Ini video tahun 2007 di Paya Mengkuang, Melaka. Lim Guan Eng adalah antara pemimpin DAP yang paling lantang dan ke hadapan dalam soal mempertahankan babi-babi dari dibunuh walaupun babi-babi tersebut membawa penyakit Japanese Encephalitis (JE).

video

Tahun 2015, Orang yang sama beria-ria mengarahkan pihak berkuasa tempatan untuk membunuh anjing-anjing di Pulau Pinang kerana dikatakan membawa wabak anjing gila atau 'rabies'. Apa perbezaan di antara kedua-dua binatang tersebut kerana kedua-duanya adalah pembawa penyakit yang merbahaya? Adakah Lim Guan Eng seorang pencinta babi?

video
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates