September 17, 2015

23 Siapa Kata #HimpunanBersatu Anti Cina - Kami Hanya Anti DAP

Ini kawan baik CTS berbangsa Cina. Nama beliau Chong Choon Hau. Beliau hadir ke Himpunan Bersatu di Padang Merbok semalam. Apabila ditanya kenapa beliau datang ke perhimpunan ini, beliau berkata beliau ingin buktikan Melayu di Malaysia bukan anti kaum Cina. Melayu yang berhimpun di sini hanya bencikan Cina DAP.

Oleh itu hentikanlah proganda murahan pasca Himpunan Bersatu yang mengatakan Melayu anti Cina dan sebagainya. Ramai kaum Cina yang baik. Jiran CTS bernama Ah Keong adalah salah satu daripadanya. Kebaikan taukeh peniaga kedai elektrik ini mengalahkan orang Melayu sendiri.

7 Logo Parti Amanah Negara Menyamai Lambang Syarikat Bangladesh Dan India!


Selepas pelancaran Parti Amanah Negara (Amanah) secara gilang gemilang semalam di Shah Alam, kini parti berkenaan berdepan dengan masalah baru apabila logonya didakwa menyamai logo sebuah syarikat elektrik di Bangladesh iaitu Al Sarwar Electric Department, Dhaka. Baca website syarikat berkenaan di sini. Logo Amanah mempunyai reka bentuk yang sama dengan syarikat dari Bangladesh ini cuma ditukarkan warnanya sahaja.


Logo ini juga mirip kepada logo Imayam TV di India. Lihat website mereka di sini. Yang pasti sama logo Al Sarwar maupun Imayam TV, kedua-dua syarikat ini pastinya tidak meniru dan menciplak logo Amanah. Kalau sebaliknya itu merupakan satu kemungkinan besar.


Pemimpin-pemimpin Amanah sepatutnya malu dengan pekerja-pekerja Bangladesh dan India yang datang ke Malaysia kerana tidak kreatif dan meniru lambang syarikat di negara mereka. Bagaimanakah parti ini hendak AMANAH sedangkan logo parti sendiri diciplak? Untuk rekod, nama parti, logo dan bendera parti itu kini sedang dikaji oleh Perdaftar Pertubuhan (ROS) selepas Amanah menyerahkan kepada mereka.

September 16, 2015

45 #HimpunanBersatu Baju Merah Gagal - Tiada Orang

Lebih kurang 100 ke 200 orang sahaja kalau ikut laporan Malaysiakini dan The Malaysian Insiders jumlah peserta-peserta Himpunan Bersatu yang sedang berarak ke Padang Merbuk. Himpunan di Padang Merbok akan bermula jam 3.00 petang hingga 6.00 petang.

6 Peserta-Peserta #HimpunanBersatu #916 'Warming Up'

Walapun acara himpunan akan berlangsung pada pukul 3.00 petang ini, peserta-peserta baju merah dan hitam Himpunan Bersatu telah bersedia sejak awal pagi. Siapa kata himpunan Rakyat yang menyokong Kerajaan tidak memberi kesan kepada keadaan sosio politik negara?

Sekurang-kurangnya, tutuplah juga kesemua kedai-kedai barangan ciplak dan cetak rimpak Cina DAP di Petaling Street pada hari cuti umum. Berapa banyak peniaga DAP rugi hari ini.

September 15, 2015

0 Demi Kemuafakatan, Toleransi Dan Kemajuan - Mesej Hari Malaysia oleh DS Liow Tiong Lai


Dalam ucapan beliau semperna Hari Malaysia, Menteri Pengangkutan yang juga Presiden MCA meminta Rakyat Malaysia mengimbau masa silam untuk mendalami perjalanan negara kita dan kemajuan yang telah dicapai. Sejak penubuhan Malaysia beberapa dekad yang lalu, negara telah menempa kejayaan dan kemajuan di peringkat antarabangsa, baik bagi sektor perdagangan, sukan, diplomatik dan kebudayaan.

Selepas kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, sebuah persekutuan baru diwujudkan di bawah nama Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara (nama asal kepada Sabah) dan Sarawak pada 16 September 1963 sebelum Singapura keluar daripada gabungan Malaysia. Sebagai sebuah negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum, Agama, keturunan dan susur budaya, DS Liow mengajak Rakyat Malaysia mengetepikan unsur-unsur yang boleh memecahbelahkan Rakyat. Warga Malaysia dari segenap lapisan masyarakat harus mengatasi segala cabaran ini untuk terus maju ke hadapan sebagai rakyat Malaysia yang harmoni dan bersatu.

Beliau juga menyeru agar warga Malaysia tanpa mengira lapisan umur, bangsa dan agama telah sama-sama bekerja keras dan banyak berkorban untuk mengecapi segala kejayaan ini, bukan sahaja sebagai individu malahan sebagai sebuah negara. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai golongan masyarakat hidup dalam keadaan yang begitu harmoni. Kepelbagaian warisan budaya kita merupakan aset yang ternyata bernilai, lebih-lebih lagi semasa keutuhan budaya kita kini diuji.

Tidak dapat dinafikan ketika negara berusaha untuk mencapai status negara maju dan seiring dalam membina masa depan yang lebih cerah untuk generasi muda, terdapat beberapa pihak yang sedang berusaha untuk memecahbelahkan perpaduan kaum. Di saat negara berada di persimpangan, Rakyat Malaysia seharusnya lebih tegas dalam menetapkan pendirian menentang ketidaktoleransi dan ekstrimisme dan juga sebarang perselisihan serta sikap tidak hormat. 

Formulanya mudah, sikap saling bertolak ansur dan hormat-menghormati antara satu sama lain, berbuat kebaikan dan bertimbang-rasa terhadap semua kepercayaan dan budaya dan saling bekerjasama tanpa mengambil kira apa jua perbezaan antara kita. Justeru itu, DS menyeru demi kebaikan bersama rakyat dan negara, kita harus mengetepikan unsur-unsur yang boleh memecahbelahkan rakyat. Warga Malaysia dari segenap lapisan masyarakat harus mengatasi segala cabaran ini untuk terus maju ke hadapan sebagai rakyat Malaysia yang harmoni dan bersatu.


0 Kerjasama Sekolah Memandu Dan JPJ Membolehkan Lesen Motor B2 Diperolehi Dengan Yuran Sebanyak RM299 Sahaja


Hasil kerjasama dengan Pusat Latihan Memandu Surfine Hitech Sdn Bhd di Hulu Langat, Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memperkenalkan program myLESEN, iaitu program latihan dan ujian lesen memandu kelas motorsikal B2 (motorsikal yang tidak melebihi 250 cc.) kepada penunggang-penunggang motorsikal di sekitar Hulu Langat yang masih tidak mempunyai lesen memandu.

Program seumpama ini wajar diperluaskan oleh Kementerian Pengangkutan melalui JPJ ke semua tempat di seluruh negara memandangkan ianya dapat membantu Rakyat di luar bandar dan bandar khususnya golongan belia untuk mendapatka  lesen motorsikal B2 dengan kadar yang murah dan berpatutan. Langkah ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap bahaya menunggang motorsikal tanpa lesen yang sah dan secara langsung dapat memberikan pendidikan tentang keselamatan dan peraturan jalanraya dalam melahirkan generasi baru penunggang motorsikal yang selamat dan mematuhi peraturan.

Program myLESEN telah dirasmikan semalam oleh Menteri Pengangkutan yang juga merupakan Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai, menggunakan 'tagline' 1Rakyat 1Lesen. Pendaftaran calon akan bermula pada 15 September hingga 15 Oktober dengan kadar yuran sebanyak RM299 sahaja. Selepas daripada tempoh tersebut, semua calon akan mula mengikuti kursus pemanduan di pusat latihan institut memandu berkenaan.



57 Apabila Kepala Gangster Payung Geng Otai Reformasi, Patutlah Beria Nak Kawal Petaling Street

Ini muka-muka  Melayu paling haprak dalam sejarah moden. Apabila BERSIH 1.0, 2.0, 3.0 dan 4.0 buat perhimpunan haram di Dataran Merdeka, tidak ada pulak barua-barua ini turun untuk mengawal peniaga-peniaga Melayu yang berniaga di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Berapa kali Sogo terpaksa menutup perniagaannya.

Apabila bapak gangster Ronnie Liu memayung beberapa Melayu bangsat, maka mereka ini sanggup bermati-matian mempertahankan kedai peniaga-peniaga Cina DAP di Petaling Street. Mangkuk-mangkuk ini tidak tahukah ini merupakan 'Himpunan Rakyat Bersatu' merupakan perhimpunan aman yang sah dan mendapat permit dari pihak Polis? 

Tidak ada sesiapa yang hendak merosakkan harta benda awam seperti yang dilakukan oleh pendemo-pendemo BERSIH. Kalau tujuan Melayu-Melayu bangsat ini untuk mencetuskan provokasi esok, mereka akan berjumpalah. Tak sabar hendak melihat keberanian mereka menjadi pengawal peribadi ketua gangster esok.

September 13, 2015

15 Kenapa @HannahYeoh Ingin Mengambil Kredit Klinik Wakaf An Nur?


Ini adalah posting Ahli Parlimen Subang Jaya, Hannah Yeoh mengenai Klinik Wakaf An Nur di Masjid Al Falah, USJ 9, Subang Jaya. Sekali membacanya kita pasti terpegun seolah-olah Klinik Wakaf An Nur ini diwujudkan dan diuruskan oleh beliau ataupun Kerajaan PKR/DAP Selangor. Mungkin benar beliau telah menderma RM10,000. Tapi tahukah anda semua:

1. Klinik Wakaf An Nur kini telah mempunyai 19 cawangan di seluruh negara. Ianya diselenggarakan oleh KPJ Healtcare Berhad sejak 1998.

2. KPJ Healthcare Berhad adalah sebuah anak syarikat Johor Corporation yang menjadi milik penuh Kerajaan Negeri Johor.

3. Setakat ini Klinik Wakaf An Nur telah merawat lebih satu juta pesakit di seleuruh negara tanpa mengira bangsa, kepercayaan agama dan pegangan politik. Setiap pesakit hanya pelu membayar kos rawatan sebanyak RM5 untuk mendapatkan rawatan doktor pakar di klinik ini.

4. Setiap tahun KPJ Heathcare membelanjakan kira-kira RM3.5 juta untuk tujuan di atas. Oleh itu, apalah sangat sumbangan Hannah Yeoh sebanyak RM10,000! Celah gigi sahaja.

Adakah dengan membuat posting sebegini, Hannah Yeoh ingin mencuri kredit dengan mendakwa bahawa beliaulah yang menguruskan Klinik Wakaf An Nur? Pandai jugak Yang Berhormat putar belit kan?

12 DS @Zahid_Hamidi Mohon Turunkan Cukai Motor Besar Dalam Bajet 2016 - Yang Kaya Bertambah Senang


Timbalan Perdana Menteri, DS Ahmad Zahid Hamidi dipetik oleh The Malaysian Insiders berkata, 
"Status motor, walaupun kita raja ataupun pemimpin, bila duduk atas motor kita sama. Letak tepi status sosial kita bila menyertai (arena) motosikal berkuasa tinggi ini. Kita adalah sama, semangat ini yang kita hendak ada dalam setiap penunggang motosikal berkuasa tinggi. Kerana itu dalam belanjawan kita mohon pada Perdana Menteri untuk turunkan cukai import dan jualan."
Bukankah motorsikal besar dan berkuasa tinggi adalah merupakan barangan mewah? Pemilik motorsikal besar rata-ratanya mempunyai pendapatan yang berlebihan dan mewah untuk berbelanja. Apa faedahnya untuk golongan Rakyat miskin dan sederhana sekiranya cukai motor besar diturunkan? Hanya segelintir yang berkemampuan memiliki motor berkuasa besar. Berjuta Rakyat Malaysia tidak mampu memilikinya, yang termampu hanya motor berkuasa rendah yang juga dikenali sebagai motor kapchai. 

Motor kapcai inilah yang digunakan 20 jam setiap hari oleh Rakyat Marhaen untuk mencari rezeki. Sedangkan motor berkuasa tinggi digunakan 3 hingga 4 jam seminggu sekali untuk bersantai dan menunjukkan status kemewahan. Motor kapcai digunakan untuk cari makan. Motor berkuasa besar digunakan untuk jalan-jalan cari makan. 

Beruntunglah golongan berpendapatan rendah dan sederhana apabila TPM mengambil berat mengenai cukai import dan jualan motor besar. Bolehlah Rakyat Marhaen buat kenduri kesyukuran kerana keprihatinan TPM. Agak dangkal juga apabila TPM menyifatkan penunggang motosikal besar terdiri daripada mereka yang mengetahui jerih payah rakyat. Bagaimana agaknya? Tambahan pula apabila TPM menyifatkan penunggang motosikal kuasa tinggi bukan hendak menunjuk atau berlagak. Pernahkah TPM bertembung dengan golongan penunggang motor besar di lebuhraya? 

Berapaka orangkah yang benar-benar mengikut undang-undang kelajuan jalan raya iaitu 110 km/j. Amat mustahil atau hampir tiada langsung bukan? Sekali sekala cuba pegawai-pegawai Jabatan Pengankutan Jalan buat sekatan jalan raya, periksa penunggang-penunggang motor berkuasa besar, dan periksa berapa ramai yang betul-betul memiliki lesen B untuk menunggang motor berkuasa besar. Pasti ada yang terkejut dengan hakikat yang akan mereka perolehi.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates