September 12, 2015

16 Kenapa PAN Guna Nama Seperti PAS Dan Logo Lambang Bulan?

Ini adalah pemandangan di sekitar Shah Alam hari ini. Apakah tujuan Gerakan Harapan Baru (GHB) cuba menggunakan nama Parti Amanah Negara (PAN) yang mirip singkatannya dengan PAS? Bukan satu kebetulan kalau GHB atau PAN (belum diluluskan oleh Pertubuhan Syarikat) cuba menggunakan lambang bulan pada logo mereka. Bezanya, latarbelakang logo bulan PAS adalah hijau manakala latar belakang logo PAN adalah oren, seperti warna Hindraf.

Apakah PAN cuba mengelirukan pengikut-pengikut PAS atau mereka tiada identiti kerana merupakan parti serpihan PAS yang didokong DAP? Bayangkan kalau semasa pilihanraya. Adakah ada beza logo PAS dan PAN sedangkan kertas undi adalah hitam putih?

September 11, 2015

0 Kejayaan Ahli Parlimen Kota Tinggi Mempengerusikan Mesyuarat Ke-12 AIFOCOM Mengenai Dadah Harus Dipuji


Bertempat di Hotel Shangri-La, kini sedang berlangsung Persidangan Agung ASEAN Inter Parlimentary Organisation (AIPA) bermula daripada 06 sehingga 11 September 2015. AIPA dianggotai oleh negara-negara ASEAN seperti Malaysia, Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam. 

Singapura tidak menghantar wakil pada kali ini kerana memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum negara berkenaan. Persidangan tahunan kali ke-36 ini membawa tema 'Komuniti ASEAN Berpaksikan Rakyat, Berorientasi Rakyat Ke Arah Keterangkuman' yang telah dirasmikan oleh Perdana Menteri DS Najib Tun Razak.

Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid telah mempergerusikan mesyuarat ke-12 'AIPA Fact-Findings Committee (AIFOCOM)' dimana Laporan Mesyuarat AIFOCOM ke-12  mengenai 'Memerangi Anasir Dadah' telah dibentangkan. Penglibatan Datuk Ehsanuddin di dalam AIFOCOM adalah menunjukkan kepercayaan anggota Ahli Parlimen ASEAN terhadap Intergriti serta kebolehan Ahli Parlimen Malaysia.

Sebagai pengerusi yang dilantik dan diberikan kepercayaan oleh anggota Parlimen negara ASEAN, Datuk Ehsanuddin memainkan peranan yang penting dalam memastikan setiap  resolusi dan cadangan diberikan pendekatan yang sewajarnya dalam isu pembenterasan gejala dadah terus diambil perhatian utama diperingkat serantau.

Datuk Ehsanuddin menyentuh mengenai peri pentingnya menjalinkan kerjasama dalam usaha pengawalan dan pencegahan dadah dalam kalangan negara-negara di peringkat serantau dan antarabangsa. Beliau turut mengulas perlunya memperkasakan usaha-usaha Malaysia dalam berkongsi maklumat terkini serta langkah terbaik berkaitan kaedah rawatan, pencegahan dan penguatkuasaan dadah di peringkat antarabangsa. 

Beliau mengulas Malaysia perlu terlibat secara langsung dalam mengenalpasti, membina, dan memelihara 'international networking' dengan negara-negara dan agensi-agensi luar termasuk Sekrerariat berkaitan seperti ACCORD, UNODC, CND, CPDAP, EU dan lain-lain. Antara langkah yang dikenalpasti adalam memperluaskan networking dengan negara / agensi luar dengan menyertai mesyuarat, seminar, konvensyen, program latihan dan lain-lain. 

Datuk Ehsanuddin dalam kenyataannya menyeru agar memastikan penglibatan aktif dalam perbincangan masalah dadah dengan negara-negara lain semasa menghadiri persidangan, seminar, program pertukaran pegawai serta mengadakan siri lawatan sama ada di dalam dan luar negara. Bagi memastikan saranan ini diterjemahkan adalah perlu dilaksanakan, memantau dan menilai pelaksanaan program-program yang melibatkan di peringkat antarabangsa yang telah diluluskan dan juga yang akan dilaksanakan di dalam negara.

1 MCA Hormati Hak Berhimpun Dengan Syarat Hormati Undang-Undang Dan Perpaduan Kaum - Wee Ka Siong


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden MCA berkata, MCA menghormati hak untuk berhimpun bagi sesiapa sahaja di negara ini dengan syarat paerhimpunan itu mesti mematuhi undang-undang dan tidak mencetuskan ketegangan kaum. Beliau berkata MCA  bersetuju sepenuhnya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa sebarang perhimpunan harus mematuhi undang-undang dan tidak menimbulkan ketegangan kaum.

Dr Wee walau bagaimanapun bimbang bahawa perhimpunan yang dirancang diadakan di Kuala Lumpur pada 16 Sept boleh menimbulkan ketegangan kaum dan menggugat keharmonian rakyat jika keperluan itu tidak dipenuhi. MCA menurutnya telah menjadi ejen perpaduan sejak merdeka. MCA mahu melihat keamanan, keharmonian kaum dan Rakyat Malaysia mesti mengekalkannya. Dr Wee berharap tiada kejadian tidak diingini berlaku.

Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Razak sebelum itu berkata UMNO tidak akan berkompromi mengenai soal keamanan dan ketenteraman, juga perhimpunan 16 Sept itu tidak harus digunakan sebagai platform untuk mencetuskan ketegangan kaum. Dalam pada itu, Dr Wee memberikan cadangan beliau dengan membatalkan perhimpunan dan menggantikannya dengan program yang boleh memupuk perpaduan dalam kalangan Rakyat Malaysia.

Cadangan Dr Wee mempunyai kewajaran tersendiri. Ini memandngkan walaupun Himpunan BERSIH 4.0 didominasikan oleh kaum Cina, ini tidak bermakna keseluruhan kaum Cina tidak menyokong Kerajaan. Mungkin perhimpunan Melayu Bersatu boleh diperluaskan kepada Himpunan Rakyat Malaysia. Kaum Cina dan kaum India serta kaum-kaum lain yang bencikan Himpunan BERSIH 4.0 dapat turut sama turun berjalan seiringan dengan aman, patuh dengan undaang-undang tanpa menyentuh mana-mana sensitiviti kaum.

3 Adakah Dato Menteri Besar @AzminAli Menipu Tuanku Sultan Selangor Isu Zakat DIEG?



Dalam satu majlis penyerahan Zakat Selangor, replika cek atau 'mock cheque' yang diserahkan oleh Menteri Besar kepada Tuanku Sultan Selangor tertera nama DEIG kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS). Cek berkenaan yang bertarikh 06/07/2015 itu berjumlah RM2.5 juta. Walau bagaimanapun, LZS menafikan menerima sebarang zakat DEIG seperti mana laporan akhbar bertarikh 06/09/2015. 

Menurut semakan LZS, bukan setakat DEIG tidak pernah membuat sebarang pembayaran zakat kepada lembaga berkenaan malah hasil semakan juga mendapati tiada rekod berkenaan syarikat berkenaan dengan LZS. Persoalannya, adakah Azmin Ali cuba menipu Sultan Selangor? 

Sehubungan dengan itu, Menteri Besar Selangor juga jangan lari dari menjawab pembongkaran yang dibuat oleh ADUN Sungai Panjang, YB Budiman Mohd Zohdi, dalam satu sidang media dua hari lepas iaitu bagaimana DEIG sebagai sebuah syarikat yang didakwa oleh Azmin Ali "belum beroperasi" sudah dikatakan membayar zakat kepada cabang-cabang PKR di Negeri Sembilan?

September 10, 2015

0 Dengan Adanya MyBAS, Melancong Di Negeri Perlis Sangat Mudah Dan Selesa


Kini, anda tidak perlu lagi risau untuk melancong ke negeri Perlis. Dibawah program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (SBST) yang diilhamkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), myBAS menyediakan perkhidmatan bas henti-henti yang lebih cekap dan boleh dipercayai orang ramai. Justeru itu, adalah mudah untuk melancong ke negeri Perlis tanpa memerlukan kenderaan sendiri memandangkan perkhidmatan myBAS meliputi sehingga ke stesen KTM.

Perkhidmatan myBAS ini menawarkan liputan yang lebih luas di Kangar dengan jumlah jarak laluan sebanyak 337 km, yang merupakan peningkatan daripada 124 km sebelum ini. Ianya menyediakan akses yang lebih baik kepada masyarakat bandar dan luar bandar dengan pelaksanaan di 5 laluan utama dan 10 laluan perantara. Bagi sesetengah laluan, kekerapannya ditingkatkan ke dua kali ganda, manakala waktu operasi laluan utama telah dilanjutkan sehingga jam 9.00 malam. Ini termasuklah perkhidmatan di laluan utama dari Kangar ke Arau yang akan beroperasi pada frekuensi setiap 30 minit.

Majlis Perasmian myBAS telah disempurnakan oleh DS Azlan Man, Menteri Besar Perlis bersama Pengerusi SPAD, TS Dr Syed Hamid Syed Jaafar Albar pada 26 Ogos lalu. Jalan-jalan utama lain termasuk Kangar-Padang Besar, Kangar-Beseri-Arau, Kangar-Ayer Itam dan Kangar-Kuala Perlis-Kg. Wai. Laluan pengantara termasuk: Kangar-Kg. PanggauKangar, Arau-Pauh Putra-Felda Chuping, Arau-Guar Nangka-Felda Chuping, Beseri-Kg. Jejawi-Beseri, Beseri-UiTM Arau-Arau, Arau-Kilang Gula, Arau-Kuala Sg. Baru dan Kaki BukitWang Kelian. Dua perkhidmatan pengantara tambahan dari bandar Kangar juga disediakan (menuju ke utara dan selatan).

Perkhidmatan khas pada hujung minggu juga disediakan bagi destinasi ke Wang Kelian dan Hutan Lipur Bukit Ayer. Rangkaian myBAS ini, bersama-sama dengan perkhidmatan ETS baru oleh KTMB untuk ke Arau dan Padang Besar akan memberikan integrasi pengangkutan awam yang lebih baik secara keseluruhan di Perlis. Ini secara langsung dapat meningkatkan sektor perlancongan di negeri Perlis.

September 9, 2015

21 Ramainya Batu Ronson Anti DS @NajibRazak Hingga Terpaksa Guna Pintu Belakang Untuk Ke Mesyuarat MT UMNO

Ramainya batu ronson yang hadir ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kononnya untuk memberi sokongan kepada sesetengah Ahli Majlis Tertinggi (MT) petag tadi. Mengikut laporan yang disebarkan di media-media sosial, sehinggakan Presiden UMNO terpaksa mengikut pintu belakang kerana takutnya dengan bilangan batu ronson yang hadir di Mesyuarat MT UMNO pukul 3.00 petang tadi. Batu ronson yang hadir di PWTC dan juga yang melaporkan di media-media sosial tidak ada kerja lainkah selain dari untuk melaga-lagakan sesama pemimpin UMNO?


Siapalah agaknya dalang yang membawa budak-budak di bawah ini untuk memegang sepanduk?



3 Adakah Parti Buih Menjadi Halal Dan Daya Tarikan Pelancongan Di Malaysia? cc. @PDRMsia @NajibRazak




Dengan serendah RM70 untuk lelaki dan RM50 untuk perempuan, anda boleh menyertai pesta parti buih di Malaysia. Adakah ini merupakan satu daya tarikan terbaru untuk industri perlancongan Malaysia? Diskaun juga diberikan kepada pelajar-pelajar MMU dan Lim Kok Wing di mana setiap penyertaan 10 orang pelajar akan diberikan percuma 1 orang. Lokasi parti berkenaan belum didedahkan dan dipercayai diadakan di Lembah Klang. 

Mengikut penganjur The Edge Foam Party, yang memuatnaik iklan mereka di laman sosial Facebook, di sini, parti buih berkenaan akan diadakan pada 31 Oktober 2015 pada Hari Sabtu. Kita mengharapkan pihak-pihak yang berkenaan dapat menghentikan aktiviti sumbang dan haram yang hanya akan merosakkan muda mudi dan tidak sesuai diadakan di Malaysia ini.

4 Hanya 8 Daripada 28 Syarikat GLC Di Selangor Mencatatkan Keuntungan Bagi Tahun 2014, Hebat @AzminAli


Agak memeranjatkan apabila hanya 8 daripada 28 buah syarikat 'Government Link Agency (GLC)' di Selangor mencatatkan keuntungan selepas cukai bagi tahun kewangan 2014. Daripada syarikat-syarikat GLC yang mengalami kerugian berkenaan, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), yang merupakan syarikat induk utama di bawah 'Menteri Besar Incorporated (MBI)', mengalami kerugian selepas cukai sebanyak RM144.4 juta bagi tahun kewangan 2014.

Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) mengalami kerugian besar sebanyak RM235 juta selepas cukai walapun memperolehi hasil pendapatan sebanyak RM31.5 juta. Lima daripada tujuh anak syarikat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) adalah syarikat yang tidak aktif (dormant) yang tidak mendaftar satu sen pun pendapatan dalam tahun kewangan 2014 telah mencatatkan kerugian selepas cukai daripada RM4,000 bagi PNSB Construction hinggalah kepada RM16.8 juta untuk PNSB Development.

Manakala kesemua aset 'leisure and hospitality' milik MBI mengalami kerugian selepas cukai di antara RM294,000 bagi Bukit Beruntung Golf & Country Resort hinggalah kepada RM1.95 juta bagi Brisdale International Hotels dan kepada RM7.01 juta bagi Perangsang Hotel and Properties. 

Hebat betul pengurusan GLC di bawah Kerajaan PKR dan DAP Selangor. Itupun Dato Menteri Besar Selangor ada hati lagi untuk membiarkan syarikat GLC di bawah MBI ditadbir urus di bawah syarikat RM2 yang dikendalikan oleh 2 orang pemegang saham yang dikenali sebagai Darul Ehsan Investment Group (DEIG)!

September 8, 2015

9 Wisma Harapan Baru Di Alor Setar Sudah Siap? Cepatnya? Siapa Bagi Dana?

Wisma Harapan Baru untuk Parti Amanah Negara (PAN) di Stargate, Alor Setar akan dilancarkan secara rasmi Khamis ini. Bangunan 3 tingkat telahpun dicat dengan warna parti. Boleh tahan jugak bagi parti yang belum diluluskan namanya oleh Pendaftar Pertubuhan.

Agak sukar bagi sebuah oarti baru untuk naik fengan cepat melainkan dengan bantuan sesuatu pihak dari segi kewangan dan moral. Mungkinkah DAP?

September 7, 2015

14 Kenapa Si Khairuddin Takut LHDN Siasat Punca Pendapatannya Sehingga Buat Laporan @PDRMsia?


Menurut laporan Free Malaysia Today, di sini, bekas Timbalan Pengerusi UMNO Bahagian Batu Kawan, semalam telah membuat laporan polis terhadap Ketua Pengarah dan pegawai-pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana dikatakan menyiasat pendapatan beliau dan isterinya, pelakon Umie Aida. Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai berat sebelah, tidak profesional dan cenderung menyokong Kerajaan untuk menindas orang ramai.

Dei Macha! Kamu telah diisytiharkan muflis pada bulan April 2014 dan kondominium mewah kamu telah dilelong oleh pihak Bank kerana kegagalan menjelaskan hutang. Hanya selepas kamu membuat laporan polis terhadap 1MDB, barulah segala hutang piutang anda dijelaskan dan tiba-tiba kamu dibebaskan daripada muflis. Bukankankah itu satu petanda besar bagi LHDN untuk membuka kertas siasatan ke atas kamu dan meneliti kembali segala pendapatan kamu dan isteri kamu perolehi? 

Manalah tahu kamu dan isteri kamu mungkin lari dari membayar cukai pendapatan sedangakan pada masa yang sama kamu boleh pergi melawat benua Eropah untuk membuat laporan polis, baca di sini. Jika LHDN tidak menyiasat kes anda, sewajarnya LHDN boleh tutup kedai. Mengapa kamu takut disiasat oleh LHDN sedangkan mereka sebenarnya menjalankan tugas mereka? 

10 Hebat Wanita Bernama Rosmah Mansor Berkuasa Menukarkan Timbalan Pengarah Cawangan Khas


Pegawai Khas kepada isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor menyangkal keras tuduhan bahawa DS Rosmah Mansor hadir sama dalam mesyuarat yang diadakan untuk menukar Timbalan Pengarah Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Abdul Hamid Bador. Kata beliau yang dipetik Free Malaysia Today, di sini, apa yang didakwa itu adalah pembohongan.

Dalam kenyataannya sebelum ini, Abdul Hamid mendakwa Rosmah antara salah seorang yang hadir dalam 'mesyuarat tergempar' yang dipengerusikan Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Razak. Abdul Hamid mendakwa ia berlangsung untuk membincangkan pemecatan beberapa pegawai kerajaan termasuk bekas Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail.

Pendedahan berkenaan dibuat beliau dalam menuntut penjelasan daripada Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang juga Menteri Dalam Negeri, DS Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung alasan pertukarannya daripada PDRM ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Sementara itu, TPM, DS Dr Zahid pula dalam maklumbalas ringkas pula mengatakan bahawa, "kepala dia dah masuk air" ketika merujuk kepada kenyataan Abdul Hamid. Baca di sini.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates