August 22, 2015

5 Wartawan The Star Penyebar Dakyah BERSIH? Orang Sebegini Merosakkan Nama MCA

Apabila seorang wartawan akhbar milik syarikat milik parti Kerajaan menyebarkan dakyah pembangkang di laman sosial Facebook, ada sesuatu yang tidak kena. Kita boleh berbeza pendapat tentang politik, tetapi perbezaan pendapat tersebut harus mengambil kira tempat majikan kita mencari makan.

Adalah sesuai wartawan yang menyebarkan fahaman dan dakyah BERSIH ini adalah wartawan Roketkini atau Suara Keadilan. Amat tidak berprinsip sekiranya wartawan berkenaan datang dari akhbar The Star, milik MCA. Ini bukannya soal kebebasan bersuara. BERSIH adalah pertubuhan haram tidak berdaftar dan perhimpunan yang akan diadakan oleh BERSIH pada hujung bulan ini adalah perhimpunan haram yang tidak mengikut undang-undang.

Sama ada akaun Facebook diklasifikasi sebagai akaun peribadi atau tidak, wartawan berkenaan membawa nama The Star sebagai majikannya. Bayangkan wartawan berfikiran pembangkang ini bertugas di dalam akhbar ini selama ini. Lihat posting-posting provokasi beliau di bawah. Salah satunya memujuk orang ramai menerima BERSIH. Awal-awal lagi beliau telah memberi idea bagaimana akan ada orang yang akan sabotaj. Ini dilakukan dengan tujuan sekiranya peserta BERSIH merusuh, senang mereka hendak menunding jari.

2 Tiada Guna Marahkan @AKaprawi Isu DAP Terima Dana Yahudi, Marina Chin 'BERSIH' Sendiri Mengesahkannya

Merujuk dakwaan Datuk Ab Aziz Kaprawi yang mendakwa DAP dibiayai oleh Yahudi untuk PRU 13 adalah berasas. Penganjur BERSIH 4.0, Maria Chin pernah membuat pengakuan berkenaan dana tersebut yang ianya dari sumbangan NDI & OSI. Beliau berucap sewaktu Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading yang dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri pagi tadi.

Oleh itu tidak ada sebab macai-macai pembangkang menyerang Timbalan Menteri Pengangkutan tersebut di laman sosial Facebook dan Twitter beliau. Terimalah hakikat DAP dan Yahudi berpisah tiada.

0 Tindakan Kerajaan DAP Penang Guna 'Bersih' Sebagai Tema Hari Kebangsaan Dikecam MCA


Kerajaan DAP Pulau Pinang dilihat angkuh apabila menetapkan 'Bersih, Cekap dan Amanah' sebagai tema Hari Kebangsaan 2015. Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P Ramasamy sebelum ini dilaporkan berkata tema sambutan Hari Kebangsaan 2015 peringkat negeri ditentukan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang. Beliau berkata, tidak menjadi satu kesalahan menggunakan tema itu memandangkan ia telah digunakan sebelum ini oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perkara tersebut mendapat kecaman daripada Bendahari Pemuda Kebangsaaan MCA, Micheal Lee, yang menggesa kerajaan Pulau Pinang untuk berhenti dari mempolitikkan Hari Kemerdekaan dengan serta-merta dan tidak mengggunakan 'Bersih' sebagai tema bagi sambutan Hari Kemerdekaan ke-58 peringkat negeri yang akan datang.

Kesungguhan Kerajaan Negeri dalam menggunakan perkataan 'Bersih' kata beliau merupakan satu percubaan terdesak Kerajaan DAP menggunakan setiap kesempatan yang ada sewenang-wenangnya untuk menyerlahkan permusuhan kerajaan negeri dengan Kerajaan Pusat. Ia adalah tindakan yang bodoh dan memperkecilkan Rakyat secara keseluruhan dan tidak membantu ke arah perpaduan nasional.

Beliau juga memuji tindakan Kementerian Pendidikan telah mengarahkan pelajar sekolah menengah dan rendah untuk tidak menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan yang dikendalikan oleh Kerajaan Negeri untuk menghalang pelajar-pelajar  daripada jatuh ke dalam perangkap politik dan pada masa yang sama melindungi sekolah dari dicemari oleh politik kotor. Beliau juga mengesa Kerajaan Negeri untuk meletakkan hak rakyat sebagai keutamaan dan tidak menjadi batu penghalang kepada hasrat dan cita-cita Rakyat untuk perpaduan negara dan keseragaman.

August 21, 2015

0 Diskaun 30% Untuk 3 Laluan Bas Ke Kuala Lumpur


Selaras dengan usaha Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam bagi tujuan kemudahan dan keselesaan Rakyat, mulai 1 September 2015, diskaun 30% akan diberikan kepada pengguna bas yang menetap di Seremban, Klang dan Rawang tetapi bekerja di Kuala Lumpur. Ini merupakan satu inisiatif Kerajaan untuk meringankan beban Rakyat bagi mengurangkan perbelanjaan kos sara hidup mereka. Selain daripada itu,  ianya juga secara langsung akan menggalakkan Rakyat untuk menggunakan pengangkutan awam dan membantu ia menjadi mod pilihan mereka.

Diskaun ini disediakan untuk 3 laluan utama iaitu Seremban – Kuala Lumpur, Klang – Kuala Lumpur dan Rawang – Kuala Lumpur termasuk laluan Bus Expressway Transit 5 dan 6 (BET). Kemudahan ini menawarkan tambang bulanan dengan kadar diskaun tersebut melalui pembelian pas bulanan di kaunter-kaunter pengendali bas yang terlibat. Sepanjang tempoh perlaksanaan inisiatif ini, penumpang harian yang membeli pas bulanan akan diberikan kadar diskaun berdasarkan jadual berikut:


Diskaun ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat, di mana ia terbuka kepada semua individu yang menetap di Seremban, Klang dan Rawang dan perlu berulang-alik untuk bekerja di Kuala Lumpur dengan menggunakan perkhidmatan bas di laluan terlibat. Penumpang hendaklah mengisi borang permohonan untuk menikmati diskaun tersebut semasa pembelian pas bulanan. Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web SPAD atau boleh didapati dari kaunter-kaunter tiket pengendali bas yang terlibat seperti di bawah. Untuk keterangan lanjut, Sila layari  www.spad.gov.my.

4 Adakah Isu Dana RM2.6 Billion Tanggungjawab SPR?


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merupakan agensi yang bertanggungjawab menjalankan pilihanraya, membuat pendaftaran pemilih dan membuat kajian semula persempadan kawasan pilihan raya seperti termaktub di dalam perlembagaan Malaysia. Tugas menyiasat dana yang dimiliki oleh pihak parti bukanlah merupakan tugas SPR. Isu dana RM 2.6 billion yang didakwa digunakan bagi tujuan pilihan raya umum lalu bukanlah tugas SPR untuk menyiasatnya. Tugas menyiasat dana tersebut dijalankan oleh agensi-agensi berkaitan yang mempunyai bidang kuasa mereka sekirannya melibatkan rasuah dan sebagainya, seperti Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan sebagainya.

Apa-apapun kesalahan yang berlaku semasa pilihan raya ianya perlu dirujuk kepada agensi penyiasat yang berkaitan seperti PDRM atau SPRM. SPR hanya menyiasat kewangan perbelanjaan semasa kempen pilihan raya yang dikemukakan selepas keputusan pilihan raya. Sekirannya terbukti perbelanjaan semasa kempen pilihan raya melebihi had dibenarkan maka pendakwaan berlakunya pelanggaran undang-undang  pilihan raya dan pihak terbabit akan didakwa di mahkamah.

Mahkamah yang akan menentukan hukuman tersebut sama ada membatalkan keputusan pilihan raya atau mengenakan hukuman yang boleh menghilangkan kelayakan seseorang calon yang menang sebagai Ahli Parlimen (MP) atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Pilihan raya semula akan dijalankan bergantung kepada keputusan mahkamah. SPR tidak boleh untuk membatalkan keputusan sesuatu pilihan raya kerana ia tidak mempunyai kuasa untuk bertindak di peringkat itu.

Setiap kali selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) atau Pilihan Raya Umum (PRU) setiap calon diwajibkan menghantar penyata perbelanjaan pilihanraya yang mengandungi pernyataan terperinci kepada SPR. Peraturan pilihanraya menetapkan setiap calon Parlimen tidak boleh berbelanja melebihi had maksimum RM200 ribu, manakala calon bagi DUN pula dihadkan kepada RM100 ribu semasa dalam tempoh kempen pilihan raya.

SPR hanya akan mengambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada di bawah Akta Pilihanraya 1954 sekiranya calon-calon parti atau calon bebas didapati menyalahi undang-undang dengan berbelanja melebihi had ditetapkan semasa kempen pilihan raya. Sekirannya pihak parti berbelanja seberapa banyak wang sekalipun sebelum atau selepas proses pilihan raya maka ia bukanlah tertakluk kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Menjawab gesaan dan tohmahan pembangkang yang sesuka hati meminta SPR menyiasat itu dan ini dan membatalkan sesuatu keputusan pilihan raya yang lepas, adalah digalakkan pemimpin-pemimpin pembangkang ini agar banyak membaca terutamanya Akta Pilihan Raya 1954 dan Perlembagaan Persekutuan agar mereka tahu skop dan ruang litup tugas SPR. Jangan main hentam keromo sahaja.

0 Dana Sokongan Sementara Bas Berhenti-Henti Kepada Pengusaha Bas Dapat Tingkatkan Kualiti Pengangkutan Awam


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menyampaikan bayaran Dana Sokongan Sementara Bas Berhenti-Henti (ISBSF) kepada 172 pengendali bas berhenti-henti dari seluruh Malaysia bagi meneruskan operasi mereka, hari ini. Sebanyak RM10.3 juta dana telah diperuntukkan dan Pengerusi SPAD, TS Dr Syed Hamid Albar dan Ketua Pegawai Eksekutif, En Mohd Nur Ismal Mohamad Kamal telah menyampaikan cek replika kepada 11 wakil-wakil daripada syarikat bas berhenti-henti.

Bermula pada 2012, Kerajaan telah memperuntukkan dana ini untuk membantu pengendali bas berhenti-henti yang bersedia untuk meneruskan perkhidmatan mereka di laluan yang kurang menguntungkan terutama di luar bandar. Dengan iniatif Kerajaan ini, Rakyat dapat menikmati peningkatan tahap kualiti perkhidmatan bas berhenti-henti.

Dana ISBSF merupakan langkah sementara bagi mengatasi isu sektor perkhidmatan bas berhenti-henti yang terjejas ekoran daripada peningkatan kos operasi. Ianya akan digantikan dengan Skim Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti (SBST) yang menggunakan bas berjenama myBAS sebagai penyelesaian jangka panjang untuk meningkatkan tahap perkhidmatan bas berhenti-henti di seluruh negara. 

Pengerusi SPAD, TS dr Syed Hamid berkata operasi myBAS telah bermula di Perlis sejak 1 Ogos dan akan dilancarkan secara rasmi pada 25 Ogos nanti. Pelancaran myBAS yang seterusnya katanya akan dilakukan di Seremban, Ipoh, Kuala Terengganu dan Kuching. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, En Mohd Nur Ismal berkata, ISBSF telah memberi manfaat kepada 332,232 penumpang sebari yang merentasi 656 laluan di seluruh Malaysia. Ianya melibatkan perjalanan terkumpul sejauh 38.65 juta kilometer yang dikendalikan oleh 1,704 buah bas sebulan.


6 Teruk MB Selangor @AzminAli Kena 'Troll' Di Media Sosial

Semenjak beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Selangor, jarang-jarang sekali Menteri Besar Selangor menjadi bahan gurauan atau bahasa anak muda kena 'troll' di media-media sosial. Semenjak beliau mengeluarkan kenyataan kurang bijak iaitu tidak tidur dua bulan kerana memikirkan masalah negara dan kegagalannya menjawab isu skandal Darul Ehsan Investment Group (DEIG) di Sidang Dewan Undangan Negeri yang berakhir semalam, poster-poster 'troll' untuk beliau ada di mana-mana.

August 20, 2015

12 Lagi Gerai Melayu Diroboh Di Seberang Prai

Terkini gerai Melayu diroboh lagi oleh pegawai-pegawai Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP). Kali ini di kawasan Jalan Tenggiri, Seberang Jaya, Pulau Pinang. Ironinya, gerai-gerao Melayu saban hari dirobohkan. Tindakan yang sama tidak dilakukan ke atas penjaja-penjaja gerai Cina DAP di kawasan pulau seperti di area Chowrasta yang menganggu lalu lintas.

August 19, 2015

9 Kenapa 2 Individu Memiliki Syarikat RM2 Menguasai 74 GLC Selangor Dan Aset Selangor Berjumlah RM6.3 Billion?




Di dalam laman web Darul Ehsan Investment Group (DEIG) Sdn Bhd di sini, meletakkan DEIG sebagai syarikat milik penuh Menteri Besar Incorporated (MBI). Pemegang-pemegang sahamnya terdiri daripada Dato Menteri Besar, Ketua Setiauasah Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan dua nama sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi, Raja Shahreen Raja Othman dan Soffian Affendi Aminuddin.

Semakan yang dilakukan ke atas Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati syarikat berharga RM2 itu hanya dimiliki oleh Raja Shahreen Raja Othman dan Soffian Affendi Aminuddin. Bagaimana dua invividu boleh memiliki syarikat yang menguasai 74 'Government Link Company (GLC) di bawah Kerajaan Selangor yang memiliki aset berjumlah RM6.3 billion? Urus tadbir apakah yang diamalkan oleh Azmin Ali? Inikah yang dikatan ketelusan dan akauntabiliti?

3 @AzminAli Panas Dengan Skandal DEIG, Syarikat Sendirian Berhad Yang Uruskan RM6.3 Billion Aset Selangor


Menteri Besar Selangor, Mohamad Azmin Ali menjadi panas apabila kononnya syarikat milik penuh Menteri Besar Incorporated (MBI), Darul Ehsan Investment Group (DEIG) Sdn Bhd menjadi kritikan kawan dan lawan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. Aset negeri Selangor yang berjumlah RM6.3 bilion, kini berada di bawah sebuah firma pelaburan negeri, DEIG, sebuah syarikat yang hanya merupakan Syarikat Sendirian Berhad.

Amat membimbangkan apabila DEIG tidak tertakluk kepada mana-mana enakmen dan tidak dikehendaki membentangkan laporan kewangannya kepada DUN Selangor. DEIG mempunyai kebebasan untuk menguruskan RM6.3 bilion aset di negeri ini tanpa akauntabiliti dan adalah merupakan ilham Azmin Ali yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR. Azmin Ali telah menubuhkan DEIG tanpa mendapat perundingan atau kelulusan daripada DUN Selangor. 

Apabila DEIG ditubuhkan di bawah Akta Syarikat, ia tidak perlu diaudit oleh kerajaan negeri dan syarikat berkenaan tidak mempunyai tanggungjawab untuk melaporkan kepada DUN, yang mana ini berbeza perlaksanaannya berbanding MBI. Lebih membimbangkan ialah apabila DEIG ditubuhkan di bawah akta ini, boleh membuat pinjaman yang jika tidak diurus dengan baik, boleh memberi kesan kepada aset pelaburan kerajaan negeri. Tambahan lagi, sekiranya DEIG tidak dipantau oleh mana-mana pihak berkuasa, adakah DEIG boleh melakukan apa sahaja salah laku dan penyelewengan termasuk menggunakan aset negeri dengan sewenang-wenangnya?

DEIG hanya bertanggungjawab kepada Ahli Lembaga Pengarah DEIG sahaja untuk menguruskan aset Selangor berjumlah RM6.3 billion. Beberapa ADUN Selangor mengritik keras tindakan Menteri Besar Selangor itu, antaranya ADUN DAP Damansara Utara Yeo Bee Yin, ADUN DAP Kinrara Ng Sze Han, ADUN BN Sungai Panjang Budiman Zohdi dan mantan Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim yang juga ADUN Port Klang. Selain isu DEIG, Azmin Ali juga harus menjawab isu di bawah. Patutlah 2 bulan Azmin Ali tidak tidur.

0 Ahli Majlis MBSA Bongkak Parking Kereta Sesuka Hati




Seorang Ahli Majlis Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menunjukkan contoh teladan yang buruk apabila meletakkan kenderaannya sesuka hati di tempat yang tidak dibenarkan. Kejadian berlaku sebentar tadi di hadapan Kompleks PKNS, Shah Alam. Kawasan ini sememangnya laluan tupuan orang ramai yang hendak berurusan di Shah Alam Sentral, Kompleks PKNS, SACC Mall dan taman tasik Shah Alam di hadapannya.

Lazimnya, kawasan ini menjadi tumpuan petugas-petugas MBSA untuk menyaman dan menunda kenderaan yang diletakkan secara haram. Mungkin boleh dimaafka sekiranya ada orang menunggu di dalam kereta berkenaan. Ini tidak, dengan angkuhnya Ahli Majlis berkenaan meninggalkan kereta tersebut begitu saja. Mungkin beliau beranggapan tiada orang yang akan menyaman atau menunda kereta buruknya itu.

August 18, 2015

16 Bolehkah SPR Istiharkan PRU13 Tidak Sah Atau Batal Atas Isu Dana 1MDB?


Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak boleh mengambil ap-apa tindakan peristiharan untuk membatalkan keputusan PRU13 hanya berdasarkan dakwaan khabar angin atau dakwaan yang tidak dibuktikan. Hanya pihak mahkamah sahaja yang boleh mengambil tindakan pengistiharan tersebut setelah dibuktikan dengan sah. SPR hanyalah sebuah instutusi yang dpertanggungjawabkan untuk menjalankan pilihanraya sekiranya terdapat kekosongan samada oleh kematian atau tindakan mahkamah.

Pembatalan sesuatu keputusan pilihanraya adalah di dalam bidang kuasa mutlak pihak mahkamah setelah mahkamah berpuashati dengan bukti dan keterangan yang dikemukakan oleh pihak terbabit. Sekirannya mahkamah mengistiharkannya barulah SPR perlu menjalankan semula proses pilihan raya baru. Tiada peruntukan undang-undang yang membolehkan SPR membatalkan pilihanraya hanya berdasarkan khabar angin.

Gesaan sesetengah pihak seperti PKR untuk membatalkan keputusan PRU13 adalah tidak wajar dan jelas tidak memahami undang-undang. Nampaknya PKR terlalu ghairah untuk merampas tampuk pemerintahan kerajaan daripada BN. Gesaan mereka supaya SPR mengistiharkan pembatalan keputusan PRU13 yang dimenangi oleh BN adalah terlalu awal dan gelojoh.

Sepatutnya sekirannya mereka mempunyai bukti yang kukuh dan mengemukakan saman berkaitan kes ini maka biarlah pihak berkuasa menjalankan siasatan mereka bagi membuktikan sama ada berlaku kesalahan undang-undang pilihan raya seperti rasuah atau perbelanjaan melebihi had maksimum sepatutnya.

Sekirannya ada bukti pendakwaan akan dibuat. Sekiranya dibuktikan bersalah terbabit rasuah atau kesalahan pilihanraya lainnya maka mahkamah akan mengenakan hukuman atau membuat keputusan sama ada keputusan PRU13 adalah sah ataupun batal.

Jika diistiharkan batal maka berlaku kekosongan kerusi Dewan Rakyat. Selepas itu barulah SPR akan menjalankan peranannya untuk mengadakan pilihan raya semula. Ini bermakna untuk mengadakan pilihan raya semula adalah peringkat terakhir selepas kes disiasat, dibuktikan, didakwa, dijatuhkan keputusan atau diistiharkan oleh mahkamah.

Ini bermakna gesaan untuk SPR membatalkan keputusan PRU13 dan mengadakan pilihan raya semula adalah terlalu awal dan melangkau proses sepatutnya. Rakyat harus memahami isu ini dan menilainya dengan teliti agar tidak mudah dipengaruhi oleh pandangan yang cuba menghasut menjatuhkan sesuatu kerajaan dengan cara yang tidak mengikut Perlembagaan.

0 Laporan Maybank Investment Bank Mengenai Kenaikan Gaji Pekerja Ladang FGV Tidak Benar


Dalam satu laporan media bertajuk, Maybank IB Kekalkan Saranan 'Neutral' Ke Atas Sektor Perladangan pada 12 Ogos, 2015, menyatakan, "Peneraju perladangan yang besar termasuk Felda Global Ventures Holdings Bhd dan Kuala Lumpur Kepong Bhd, antara lain, bersetuju untuk menaikkan gaji pekerja ladang mereka (termasuk pekerja kilang minyak sawit dan pekerja am yang lain) sebanyak 8-10 peratus mulai 1 April, 2015".

Berikutan itu, Felda Global Ventures Bhd (FGV) semalam menjelaskan bahawa syarikat berkenaan tidak menaikkan gaji pekerja ladangnya. Dalam kenyataan media yang dikeluarkan, syarikat mengulangi bahawa dasar buruhnya berpandukan kepada Persatuan Pengeluar-pengeluar Pertanian Tanah Melayu (MAPA), yang menyediakan standard industri mengenai gaji minimum, dan dikawal selia oleh Kementerian Sumber Manusia.

FGV tidak menaikkan gaji pekerja ladang mereka, termasuk pekerja kilang minyak sawit, dan pekerja am yang lain, sebanyak 8-10 peratus berkuat kuasa 1 April, 2015, seperti dicadangkan dalam laporan berkenaan. Bagaimanapun, kajian pelarasan gaji masih dilaksanakan dalam FGV dan sebagai entiti senaraian awam, sebarang perubahan dalam dasar buruh FGV memerlukan kelulusan daripada lembaga pengarah FGV.

August 17, 2015

1 Terkini - Bangkok Dibom Lagi, Sekurang-Kurangnya 12 Terbunuh (10 Gambar)

Terkini! Bangkok, Thailand dibom lagi. Kali ini melbatkan sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh manakala sekurang-kurangnya 20 lagi cedera. Persengketaan di Thailand tidak menampakkan jalan penyelesaian walaupun pemerintah silih berganti. 

Serangan berlaku di Erawan Shrine di daerah Chidlom dan berdekatan dengan hotel 5 bintang. Letupan berlaku kira-kira jam 7.00 malam waktu Malaysia dan dikatakan disebabkan oleh bom yang diletakkan di motorsikal.

Adakah ini yang dimahukan oleh Rakyat Malaysia. Sebuah negara yang huru hara dan kacau bilau. Tidak bersyukurkah Rakyat Malaysia tinggal di negara ini. Aman dan damai dan jauh dari persengketaan?



31 'Bulan Jatuh Ke Riba' - Mantan Menteri Pelajaran Tidak Tahu Penggunaan Peribahasa Melayu?

Mantan Menteri Pelajaran, TS Muhyiddin Yassin ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Pontian, Johor menegaskan sekali lagi beliau akan tetap berucap dan bercakap mengenai isu 1MDB sehingga ianya diselesaikan dan penjelasan diberikan. Katanya,

video
"Siasat serta tengok laporan kalau ada prima facie ambil tindakan dan sekiranya tidak ada, tutup. Rakyat sedang menunggu dan Perdana Menteri minta tunggu siasatan. Nak tunggu? Tunggu berapa lama lagi? Nak kena tunggu sampai bulan jatuh ke riba? Apabila sudah melewati kemunasabahan maka keyakinan akan runtuh dan rakyat tidak akan percaya. Ini yang saya takut."
TS Muhyiddin seorang Mantan Menteri Pendidikan. Takkanlah beliau tidak tahu penggunaan peribahasa Melayu. Mcama tidak kena peribahasa yang beliau gunakan dalam ayat di atas. Pakar-pakar bahasa dari media-media sosial, adakah betul penggunaan peribahasa tersebut di dalam ayat di atas? Peribahasa 'bulan jatuh ke riba' bermaksud "mendapat untung atau rezeki besar atau ungkapan terdekat mendapat durian runtuh". Atau dalam makna lain "menunggu untung atau laba tanpa berusaha setimpal".

Apa kena mengena dengan konteks ucapan beliau untuk tunggu kes siasatan 1MDB? Sepatutnya peribahasa yang sesuai dalam konteks ayat tersebut adalah 'seperti menunggu kucing bertanduk' atau 'seperti menunggu cempedak menjadi nangka'. Patutlah huru hara Kementerian Pelajaran berada di bawahnya suatu masa dulu. Peribahasa pun tunggang langgang!

August 16, 2015

2 Pemimpin PKR Tiada Harga Diri, Penarikan Saman TS @Khalid_Ibrahim Diputarbelitkan

Dua hari lepas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) memohon maaf kepada  Menteri Besar Selangor, TS Abdul Khalid Ibrahim kerana mengeluarkan dokumen yang memfitnah beliau. Permohonan maaf itu dipersetujui kedua-dua pihak bagi penyelesaian saman yang difailkan Khalid terhadap Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan PKR kerana mengeluarkan dokumen itu. Persetujuan itu dicapai di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, M Gunalan di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Saifuddin, bekas Setiausaha Agung PKR membacakan permohonan maaf itu bagi pihak PKR dan dirinya.
"Dokumen tersebut telah menyatakan dan memberi gambaran bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah seorang yang korup, zalim, tidak boleh dipercayai, tidak bersikap telus, tidak jujur, tidak beretika, tidak beramanah, tidak berintegriti, telah terlibat dengan perlakuan rasuah dan salah laku dan tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor.
Bagi pihak PKR dan secara peribadi, kami melahirkan rasa amat kesal dan dengan ikhlas dan suci hati serta tanpa syarat memohon maaf kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Bagi pihak PKR dan secara peribadi, kami juga memberi akujanji kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Mahkamah Mulia ini bahawa kenyataan-kenyataan tersebut tidak seharusnya dikatakan dan kami akan memberhentikan daripada menyatakan dan tidak akan mengulangi kandungan dan tuduhan-tuduhan dalam dokumen tersebut dan apa-apa kandungan yang berkaitan dengan dokumen tersebut."
Ini kenyataan dan akujanji pemimpin-pemimpin PKR dan parti di mahkamah. Apabila mereka meletakkan status kes di media-media sosial, lain pulak bunyinya. Seolah-olah kedua-dua pihak saling memohon maaf dan bukannya TS Khalid Ibrahim menarik balik saman beliau disebabkan permohonan maaf dari Saifuddin dan parti PKR. Ini semua dilakukan untuk menutup malu fitnah yang mereka lakukan untuk membuang TS Khalid Ibrahim dari jawatan Menteri Besar dalam projek 'Langkah Kajang'. PKR dan pemimpinnya langsung tidak tahu malu dan tiada harga diri.





 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates