August 15, 2015

21 Datanglah Beramai-Ramai Meriahkan #DoaUntukMalaysia Malam Ini Bersama DS @NajibRazak Dan DS @Zahid_Hamidi


Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak dan Timbalan beliau, DS Zahid Hamidi dijangkakan akan hadir bersama-sama Rakyat di Dataran Merdeka malam ini untuk program 'Doa Untuk Malaysia'. Berikut adalah tentitif aturcara pada malam ini.


Sama-sama kita meriahkan program berselawat malam ini.  RapidKL‬ lanjutkan perkhidmatan bas dan tren sehingga 12 tengah malam sempena majlis 'Doa Untuk Malaysia' malam ini. Marilah sertai beramai-ramai program Doa Untuk Malaysia yang akan menampilkan Habib Syech Abdul Qadir Assegaf yang akan memimpin Qasidah dan Selawat ke atas junjungan Rasulullah SAW yang kita cintai pada malam ini bermula jam 7.15 malam. Marilah sama-sama kita meraikan sambutan kemerdekaan yang ke-58 dengan Doa Untuk Malaysia.

4 Kesian @AzminAli Sudah 2 Bulan Tidak Tidur ...



Apabila Menteri-Menteri Barisan Nasional (BN) mengeluarkan kenyataan yang tersalah tafsir, cepat sahaja macai-macai pembangkang membuat 'troll' dan menghina sehingga kepada keluarga. Bagaimana dengan kenyataan Menteri Besar Selangor ini? Apakah logik seorang manusia biasa tidak tidur selama 2 bulan? 

CTS jangan kata 2 bulan, 2 hari tak tidur pun muka sudah seperti 'zombie'. Alahai Menteri Besar Selangor ni, tidak habis dengan retorik. Ini lagi satu buat kenyataan murahan mintak simpati dari orang ramai. Selesaikan dulu masalah di Selangor. Ini mesti kes sudah berangan hendak menjadi Perdana Menteri.

Mungkinkah Azmin bimbang dengan kemenangan TS Khalid Ibrahim dalam samannya ke atas PKR semalam menyebabkan Azmin terpaksa mengosongkan kerusi Menteri Besar? Kita cadangkan Azmin Ali menikmati 'ice cream' kerana tidak ada yang lebih dapat menghilangkan kebimbangan selain dari kenikmatan 'ice cream'.

August 14, 2015

0 Tempoh Pengecualian Visa Kepada Rakyat Taiwan Dinaikkan Kepada 30 Hari - Dr Wee Ka Siong


Berikutan peningkatan bilangan pelancong Taiwan ke negara ini, kerajaan Malaysia telah memutuskan tempoh pengecualian visa kepada rakyat dinaikkan kepada 30 hari. Langkah ini seiring dengan keputusan Kerajaan Taiwan yang telah memberi tempoh pengecualian visa yang sama kepada Malaysia sejak 2003. Pengumuman ini telah dibuat oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Wee Ka Siong di dalam majlis perasmian 'Taiwan Higher Education Fair'.

Usaha ini harus disambut baik memandangkan industri pelancongan merupakan satu industri yang memberi sumbangan yang besar kepada negara. Dengan memberikan pengecualian visa selama 30 hari, secara tidak lansung pelancung dari Taiwan dapat tinggal lebih lama di Malaysia seterusnya berbelanja dengan lebih. Ini memandangkan ketibaan bilangan pelancong Taiwan yang ramai ke Malaysia, contohnya pada tahun 2014, seramai 274,000 orang dengan tukaran asing lebih kurang RM700 juta, ini dapat menambahkan pendapatan negara dari sektor industri perlancongan. 



August 13, 2015

7 Rakyat Post Pula Putar Belit Kenyataan MT UMNO Datuk @AKaprawi


Terbaru, portal The Rakyat Post pula didapati telah menyalah tafsir kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO merangkap Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi. The Rakyat Post didapati tidak sensitif dengan kenyataan Datuk Ab Aziz yang disiarkan dalam portal berkenaan seperti berikut:
"Kalau nak ubah ianya melalui pemilihan, sebab itu kita putuskan untuk tangguhkan pemilihan. Bagi mengelakkan perkara begini (menjatuhkan Najib) terjadi,"  katanya yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan itu.
Umum mengetahui bahawa objektif utama pemilihan UMNO ditangguh adalah untuk memberi fokus kepada Pilihan Raya Umum yang akan datang serta memberi lebih perhatian kepada ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Dalam pada itu, Datuk Ab Aziz ketika memberi maklum balas mengenai putar belit tersebut di dalam laman sosial Twitter beliau, berkata,
"Saya tak pernah nyatakan penangguhan Pemilihan UMNO untuk elakkan Presiden UMNO digugurkan. Kenyataan saya telah diputar-belitkan."
Sikap tidak bertanggungjawab The Rakyat Post dan wartawan mereka membuktikan The Rakyat Post tidak ada bezanya dengan portal-portal Malaysiakini dan The Malaysian Insider. Portal-portal pembangkang memang sudah diketahui umum hanya tahu membuat fitnah terhadap pemimpin negara dan membuat provokasi secara berlebihan untuk tujuan mengadu domba dan mewujudkan pepecahan. Kita tidak perlu mengikut rentak mereka.

August 12, 2015

6 Anak Dengan Mak Sama Saja, Nurul Izzah Dan Wan Azizah Sama-Sama Hipokrit!


Di sebelah pagi si ibu, Wan Azizah buat lawak bodoh dengan berlakon zuhud dengan makan nasi lemak bungkus di dalam komuter yang dilarang makan dan minum. Gambar di dalam laman sosial Facebook beliau yang pada mulanya konon dapat menzahirkan watak zuhud beliau, menjadi lawak jenaka satu Malaysia.


Tengah hari pula si anak, Nurul Izzah buat lawak bodoh dengan memfailkan saman terhadap Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak di atas dakwaan melakukan kesalahan pilihan raya susulan kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya. Naib Presiden PKR itu juga berkata berkata saman itu difailkan di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, hari ini, melalui peguam Tommy Thomas, turut difailkan juga terhadap Setiausaha Agung UMNO, Tengku Tengku Adnan Tengku Mansor, 1MDB dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ramai sedia maklum bahawa Nurul Izzah bukanlah seorang yg baik dan telah terbukti beliau adalah penipu apabila telah meminta maaf kerana memfitnah calon Barisan Nasional (BN) Lembah Pantai, Raja Nong Chik pada Pilihanraya Umum ke 13.Apabila mereka gagal dalam percubaan untuk mengaitkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Peguam Negara (AG) dengan fitnah mereka, kini mereka cuba untuk menjadikan SPR sebagai mangsa terbaru mereka. 

Nampak tak mainan mereka untuk memburukkan semua agensi Kerajaan? Inilah komplot sebenar pihak pembangkang. Mereka cuba memburukan persepsi terhadap Perdana Menteri, UMNO dan SPR secara total. Barangkali mereka mahu SPR mengikut telunjuk dan memberi sokongan kepada pembangkang seperti mana yang dilakukan oleh SPRM baru-baru ini barulah mereka akan berdiam diri. Apa pula kaitan SPR dgn 1MDB? Jelas mereka sudah ketandusan idea untuk menjatuhkan Kerajaan BN.

SPR sebuah badan bebas sering dikambing hitamkan dan dikaitkan dengan BN dan UMNO semata-mata untuk mengaburi kelemahan pembangkang yang tidak berupaya menjatuhkan BN dengan cara persaingan sihat. Cara mudah untuk mempengaruhi Rakyat adalah membuat fitnah terhadap semua yang berkaitan urusan pilihanraya termasuk PDRM, AG, SPRM, SPR dan sebagainya.

Begitulah yang terjadi di dalam kes persempadanan semula Sarawak kini. Mereka menerima keputusan yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Sarawak, apabila keputusan itu meyebelahi mereka. Namun sebaliknya mereka menganggap Mahkamah Rayuan tidak membuat kputusan wajar apabila keputusan memihak kepada SPR. Lihatlah bagaimana hipokritnya mereka dengan bersikap 'double standard'!

1 #DoaUntukMalaysia - Mohon Kesejahteraan Negara, Jauhkan Dari Bencana


4 hari sahaja lagi kita akan beramai-ramai berselawat di Dataran Merdeka. Marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan pemimpin serta rakyat Malaysia. Ayuh semarakkan semangat anda untuk datang beramai-ramai ke Dataran Merdeka, Sabtu ini, 15/08/2015 untuk bersama-sama mendoakan kesejahteraan Malaysia. Penampilan istimewa daripada Habib Syeikh Abdul Qodir As Saggaf. Turut hadir menyerikan majlis adalah artis-artis seperti Hattan dan Ramli Sarip.

Program Doa Untuk Malaysia di Dataran Merdeka diharapkan dapat menyatukan semua rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman poltik untuk mendoa kesejahteraan negara agar terhindar segala fitnah yang boleh mengganggu gugat kemakmuran rakyat serta dijauhkan dari mala petaka. Dataran Merdeka bakal menjadi titik tumpu program 'Doa Untuk Malaysia' bersempena sambutan Hari Kemerdekaan yang turut menjadi tanda solidariti rakyat Malaysia ketika negara dijengah musibah.

11 Hebat Lakon Layar @drwanazizah Makan Nasi Lemak Bungkus Dalam Komuter


Tidak dapat dinafikan Ketua Pembangkang dan juga Presiden PKR, Dr Wan Azizah adalah merupakan pelakon yang hebat. Walaupun masih belum menyamai pelakon terbaik Malaysia, Anwar Ibrahim, lakonan Dr Wan Azizah sememangnya cukup mantap. Berbekalkan nasi lemak bungkus, Dr Wan Azizah tidak sabar-sabar untuk makan tengah hari di dalam tren. Dengan harta berjuta ringgit yang ditinggalkan kepada beliau dan keluarganya, Dr Wan Azizah berpura-pura terkesan dengan GST. Tulis beliau di dalam laman sosial Facebook,
Alhamdulillah... ada rezeki makan nasi lemak bungkus untuk tengahari ini dalam tren...nak order makanan lain nanti kena GST pulak ...
Makanpun terpaksa di tempat duduk penumpang. Dr Wan Azizah tidak tahukah ada peraturan melarang makan dan minum di sebarangan tempat di dalam tren? Bukankah terdapat papan tanda larangan makan, minum dan merokok yang banyak di dalam tren berkenaan? Kenapa mesti propa makan di tempat duduk penumpang? Makan nasi lemak dalam tren yang berhawa dingin akan menyebabkan bau busuk dan mengganggu keselesaan penumpang lain. Dr Wan Azizah tidak boleh bertimbang rasa kah atau sememangnya seorang yang suka melanggar peraturan dan undang-undang? Beginikah kepimpin melalui teladan? Pecat sajalah Penasihat Media Presiden PKR ini.

Kemaskini 4.45 PM:

Perjalanan Dr Wan Azizah adalah daripada KL Sentral ke Ipoh menaiki ETS. Memandangkan ETS KTM rosak, ianya telah diganti dengan Komuter SCS ke Ipoh. Komuter SCS ini adalah bahasa orang KTMB untuk tren komuter buatan CSR Zhuzao dari China. Siapa yang bekalkan nasi lemak berkenaan kena tanya pegawai-pegawai KTMB di bawah:

August 11, 2015

16 Bukan DS Rosmah Mansor Saja Isteri Pemimpin Negara Yang Hadir Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Singapura


Sejak semalam pemuja-pemuja 'bullshit' memainkan gambar Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak dan isteri hadir ke Majlis Sambutan 50 Tahun Kemerdekaan Singapura. Katanya hanya DS Najib sahaja yang membawa isteri. Pemimpin negara-negara lain tidak bawa. Lidah mereka ini sama sahaja seperti lidah orang-orang PKR, PAS dan DAP yang suka menyebarkan fitnah. Kemudian mereka gelarkan merekalah pejuang UMNO sejati. Mereka kata Perdana Menteri takutkan isteri dan terpaksa bawa bersama. Mereka sangka mereka pejuang parti sedangkan hakikatnya merekalah barua-barua yang menjahanamkan parti.

Gambar-gambar di atas menjawab segala pembohongan mereka. Selain DS Najib, beberapa PM lain turut membawa isteri masing-masing. Antaranya PM New Zealand, John Key. PM Vietnam Nguyen Tan Dung dan Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla yang turut membawa isteri bersama. Kehadiran mereka pasangan suami isteri adalah atas jemputan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Singapura. Jika dilihat gambar-gambar di atas, barisan bawah paling hujung berbaju kuning adalah PM New Zealand dan isteri, di sebalahnya isteri dan PM Vietnam dan disebelah kanan suaminya dan di belakang DS Najib adalah Naib Presiden Indonesia dan isterinya.

August 10, 2015

9 DS @NajibRazak Dan DS Rosmah Mansor Mangsa Fitnah Lagi Di Singapura

Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak difitnah lagi. Kali ini dilakukan oleh pengguna laman sosial yang tidak bertanggungjawab bertujuan untuk melaga-lagakan beliau dengan Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Melalui laman sosial Facebook, pengguna berkenaan telah memuatnaik status mendakwa kapal terbang yang dinaiki Perdana Menteri tidak dibenarkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai atas titah Sultan Johor. Posting berkenaan menulis,
Dalam sejarah Malaysia kehadiran PM Malaysia ke Johor terpaksa melalui Singapore Airport dan naik kereta Singapore kerana tidak dibenarkan landing di Senai aiport dan tiada kemudahan dan majlis sambutan disediakan oleh kerajaan negeri atas titah Sultan Johor.

Pegawai Khas kepada isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor menafikan dakwaan di media sosial itu dan menegaskan dakwaan itu merupakan fitnah untuk mencemarkan imej Perdana Menteri. Menurut beliau Perdana Menteri sememangnya telah dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur terus ke Lapangan Terbang Changi, Singapura. 

Beliau ke Singapura atas undangan kerajaan negara itu menyertai sambutan Hari Kebangsaan dan kereta yang digunakan Perdana Menteri juga disediakan kerajaan Singapura untuk masuk semula ke Johor bagi merasmikan Persidangan Mesyuarat UMNO Bahagian Pasir Gudang. Beliau kembali ke Singapura untuk acara rasmi di sana. Datuk Rizal turut menjelaskan hubungan mesra DS Najib dan Sultan Johor dibuktikan melalui satu gambar yang dimuatnaik dalam akaun Facebook Perdana Menteri itu.


Isu DS Rosmah Mansor berjalan di hadapan ketika masuk ke tempat duduk VIP semasa majlis sambutan itu juga turut mendapat umpatan daripada pengguna media sosial. Apa yang sebenarnya berlaku adalah tempat duduk DS Rosmah adalah di sebelah kanan Perdana Menteri. Oleh itu, adalah wajar DS Rosmah masuk terlebih dahulu mendahului Perdana Menteri memandangkan ruang jalan ke tempat duduk yang agak sempit. Tahniah kepada pengguna-pengguna laman sosial yang saban hari tidak jemu-jemu menghadiahkan pahala dengan membuat fitnah kepada Perdana Menteri suami isteri.


8 Dana Pilihanraya DAP Langgar Perlembagaan Parti - Patutlah Mereka Senyap Isu Ini



Patutlah DAP diam seribu bahasa apabila isu dana pilihanraya menjadi panas sejak kebelakangan ini. Selain dari cubaan untuk menyembunyikan siapakah penyumbang-penyumbang dana pilihanraya mereka, DAP juga secara terang-terangan telah melanggar Perlembagaan Parti mereka sendiri dalam mengutip dana-dana pilihanraya sejak Pilihan Raya Umum ke 13. 

Salah satu perlanggaran Perlembagaan Parti apabila Parlimen 196 Stampin, dana-dana pilihanraya di masukkan ke dalam akaun peribadi Julian Tan Kok Pin. Julian Tan merupakan Ahli Parlimen Stampin, Sarawak. Baca sumber di sini. Berlainan dengan pati UMNO yang membenarkan akaun nominee dan akaun trustee diwujudkan dan termaktub di dalam Perlembagaan Parti berkenaan, Perlembagaan Parti DAP adalah sebaliknya. 

Perlembagaan Parti DAP mensyaratkan bahawa dana Cawangan hendaklah disimpan atas nama Cawangan dalam sebuah Bank dan bukan individu. Pastinya ianya bersalahan dengan peraturan dan syarat Pendaftar Pertubuhan (ROS). Tapi apa sangat yang kita boleh harapkan dengan ROS. Isu ahli hantu dan kiraan 'excell' yang salah di dalam pilihanraya parti dulupun masih tidak selesai lagi dan ROS tidak ada telur untuk mengambil tindakan.

11 Hebat! GHB Main Potong Kek Dengan Ketua Menteri Penang Tu

Jarang sangat orang Melayu Islam potong kek di dalam majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Mungkin inilah Islam cara baru yang ingin dipraktikkan oleh Gerakan Haru Biru (GHB) di majlis Sambutan Aidil Fitri Bersama Ketua Menteri Pulau Pinang. Al maklumlah kenalah ikut cara yang sponsor kan, tak gitu?

Majlis yang diadakan malam tadi di Seberang Jaya dihadiri oleh oleh tokoh-tokoh GHB seperti Khalid Samad dan Mat Sabu sendiri. Eloklah tu. Seperti kata pepatah English, 'birds of a feather fly together'.

August 9, 2015

3 Charlie Hebdo Menghina Juruterbang Dan Pramugari #MH370 - Di Mana Suara Pembangkang?


Majalah satira Perancis, Charlie Hebdo dalam keluaran terbarunya telah menghina juruterbnag dan pramugari pesawat MAS yang dilapurkan hilang di Lautan Hindi MH370. Dalam satira kartun muka depannya, Charlie Hebro telah melukis kartun yang diterjemahkan seperti berikut:
"Kami jumpa sebahagian daripada juruterbang dan pramugari"
Penafsiran pembaca mungkin diarahkan seperti berikut. Dua tangan pilot memegang buah dada pramugari? Amat kurang ajar dan tidak sensitif sewaktu Kerajaan Malaysia baru beberapa hari mengumumkan bahawa serpihan sayap pesawat yang ditemui di Pulau Reunion milik MH370. Baca di sini.

Di mana suara pemimpin-pemimpin pembangkang untuk membela maruah mangsa dan keluarga MH370? Adakah disebabkan oleh tiada keuntungan politik seperti mana mereka membuat 'u-turn' dengan membela SPRM dua tiga hari lepas, menyebabkan mereka lebih suka berdiam diri? 

Setidak-tidaknya MCA, parti komponen Barisan Nasional (BN) ada telor dan ke hadapan di dalam mengutuk Charlie Hebdo di dalam isu ini. Baca di sini. Mana Rafizi Ramli, mana Tony Pua, mana Wan Azizah dan mana Lim Kit Siang?

15 Gambar-Gambar PM @NajibRazak Diboikot Bangsa Johor Di Mesyuarat UMNO Bahagian Pasir Gudang

Mereka menaikkan poster-poster provokotif di sekitar pasir Gudang kononnya Perdana Menteri, DS Najib Razak akan diboikot oleh Bangsa Johor apabila beliau datang untuk merasmikan Mesyuarat Bahagian UMNO Pasir Gudang.

Lihatlah sendiri gambar-gambar yang disertakan adakah Bangsa Johor memboikot Perdana Menteri mereka. Cukup-cukuplah menjadi batu ronson memburukkan hubungan Bangsa Johor dan Perdana Menteri.

DS Khaled merupakan pemimpin yang berjiwa besar dan kalau semua pemimpin begini pasti UMMO akan menjadi lebih kuat. Berikut adalah antara sedutan ucapan Menteri Besar Johor:

"UMNO Johor tidak akan berdendam dengan Najib terhadap keputusannya mengeluarkan Timbalan Presiden UMNO daripada jemaah menteri. Kami juga mengambil ketetapan UMNO hanya satu nahkoda iaitu Presiden UMNO dan kita mesti memberi kepercayaan untuk dia mengemudi bahtera ini. Cara Johor ialah mendamaikan dan mengajak semua pihak ke arah muafakat kerana semua kita adalah bahagian penting dalam keluarga besar UMNO."
Waima kalau sudah anak Menteri Besar Johor, Akmal Saufi yang kuat mengkritik Perdana Menteri di dalam laman sosial Facebook pun turut hadir menyambut Perdana Menteri, apa lagi yang hendak di'spin'kan?

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates