July 11, 2015

0 Kempen "Nyawa Dihargai, Selamat Ke Destinasi, Kemeriahan Dirasai" Dirasmikan Oleh DS @liowtionglai


Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai, hari ini melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu peringkat kebangsaan sempena Hari Raya Aidil Fitri 2015 di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Bandar Tasik Selatan. Bertemakan "Nyawa Dihargai, Selamat Ke Destinasi, Kemeriahan Dirasai", kempen ini menekankan kepada keselamatan semasa berada di jalan raya supaya pengguna selamat sampai ke destinasi semasa musim perayaan.

Mengikut statistik Polis Di Raja Malaysia (PDRM), secara puratanya 19 kematian direkod akibat kemalangan jalan raya setiap hari. Jumlah kemalangan yang direkodkan oleh statistik PDRM pada musim perayaan Hari Raya Adil Fitri tahun 2014 telah mencatatkan penurunan kepada 217 kes berbanding 258 pada tahun 2013. 

Menurut DS Liow, Kementerian Kerja Raya (KKR) akan mewartakan penurunan had laju sebanyak 10 km/j bagi jalan persekutuan dan Jalan Negeri mulai 10 hingga 25 Julai 2015. Sehubungan itu, had laju bagi jalan persenutuan akan diturunkan kepada 80 km/j manakala bagi Jalan Negeri akan diturunkan kepada 70 km/j.

Kerajaan mensasarkan untuk mencapai indeks kematian jalan raya pada 2.0 bagi setiap 10 ribu kenderaan menjelang 2020 berbanding pada kadar 2.9 sekarang. Dalam pada itu juga, Kerajaan sedang mempertingkatkan penguatkuasaan terhadap penumpang kereta kerusi belakang yang tidak mengikat tali pinggang keledar. Setakat sekarang, kadar pematuhan pengguna amat rendah iaitu pada kadar 7 hingga 9 peratus sahaja.



10 Kenapa Janda Berhias Nurul Izzah Meroyan Meminta SPR Batalkan Keputusan PRU13?


Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar beberapa hari lepas menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) lalu, susulan tuduhan yang dilemparkan Wall Street Journal (WSJ) terhadap Perdana Menteri. Nurul Izzah berkata, selepas pendedahan yang dibuat oleh WSJ dan Sarawak Report (SR) mengenai pemindahan berbilion ringgit ke akaun peribadi DS Najib Tun Razak, PKR akan memfailkan saman sivil bagi membatalkan keputusan PRU13. Tambahnya, PKR akan memfailkan saman tersebut dan akan menyerahkan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kadar segera.

Mungkin Nurul Izzah seorang yang tidak penyabar. Biarlah pihak yang berwajib menjalankan siasatan dulu. Janda berhias ini tidak perlulah menangguk di air yang keruh untuk menghasut Rakyat menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional dan mengheret SPR ke kancah politik mereka. Isu yang melibatkan akaun Perdana Menteri masih lagi dalam siasatan, malah Perdana Menteri sendiri menubuhkan dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada panel siasatan. Janda berhias ini sudah sibuk hendak menyaman SPR dan membatalkan keputusan PRU13.

Ketika perbicaraan kes liwat bapanya, Anwar Ibrahim, janda berhias ini sibuk menyatakan di dalam Islam setiap tuduhan perlu disertakan dengan bukti dan saksi. Kenapakah prinsip berkenaan tidak beliau gunakan dalam kes DS Najib Tun Razak? Hukuman akan dijatuhkan selepas siasatan dibuat beserta dengan pembuktian yang kukuh, dan bukannya menjatuhkan hukuman dahulu dan kemudian baru siasat. Undang-undang rimba manakah ini?

Sepatutnya Nurul Izzah sendiri dengan terhormat telah meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai memandangkan beliau telah bersalah dan mengemukakan kenyataan maaf secara terbuka kepada kes saman bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin. 

Nurul Izzah dalam sidang akhbar terbuka mengakui terdapat kesilapan di dalam kenyataan media yang dibuat pada 4 Mei tahun lepas iaitu sehari sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mengenai pembelian tanah di Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Bukankah Nurul Izzah tidak bermaruah untuk meletakkan jawatan setelah beliau telah menjejaskan nama baik dan reputasi Nong Chik sebagai seorang ahli politik, akauntan bertauliah, ahli perniagaan dan Menteri?

July 10, 2015

42 Kenyataan Rasmi DS Rosmah Mansor Mengenai Fitnah Akaun Miliknya

Isteri Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi melalui peguamnya, Tetuan Noorhajran Mohd Noor mengenai firnah daripada Sarawak Report mengenai penyebaran akaun peribadi beliau sejak semalam. Menerusi kenyataan melalui peguamnya, isteri kepada Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak itu menafikan sekeras-kerasnya mempunyai kaitan dengan dana 1MDB.

"Pelanggan saya tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah atau penyalahgunaan dana dan menafikan dengan keras mempunyai kaitan dengan dana 1MDB. Laporan itu dianggap tidak patut, mengancam , palsu dan bertujuan untuk menyakitkan hati atau mengganggu pelanggan saya," kata kenyataan itu.

Firma itu berpendapat, kesimpulan yang dibuat oleh Sarawak Report terhadap anak guam mereka adalah serius, berniat jahat dan tidak berasas. "Akaun bank yang dirujuk dalam laporan itu adalah akaun peribadi anak guam kami. Ianya dibuka pada 1984 ketika anak guam kami bekerja di Island & Penisular Sdn Bhd (sekarang ini dikenali sebagai I&P Group Sdn Bhd)," kata kenyataan itu lagi. Bagaimanapun, menerusi kenyataan itu juga, Rosmah turut mengakui akaun peribadinya kini disiasat oleh Pasukan Petugas Khas berhubung dana 1MDB.

"Pelanggan saya tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah atau penyalahgunaan dana dan menafikan dengan keras mempunyai kaitan dengan dana 1MDB. Laporan itu dianggap tidak patut, mengancam , palsu dan bertujuan untuk menyakitkan hati atau mengganggu pelanggan saya," kata kenyataan itu.

Menerusi kenyataan itu lagi, Rosmah berharap Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil tindakan serta merta berhubung kebocoran maklumat akaun peribadinya. "Adalah diharapkan Bank Negara dengan serta-merta atau dalam masa 72 jam menjalankan siasatan berhubung pendedahan tanpa kebenaran maklumat bank tersebut. Anak guam saya berpandangan bahawa kegagalan oleh Bank Negara untuk segera menjalankan siasatan tersebut akan menghakis kepercayaan pelabur dan pengguna dan institusi kewangan,” kata kenyataan itu.

Pada Khamis Sarawak Report membuat dakwaan terhadap Rosmah berasaskan maklumat diterima berkaitan sebuah akaun dengan Affin Bank Berhad. Laman itu mendakwa RM2,000,000 dimasukkan ke dua akaun secara berperingkat-peringkat.

11 10 Ribu Mahasiswa Berkumpul Di Putrajaya Tuntut DS @NajibRazak Letak Jawatan

Tidak dapat dipastikan dari universiti mana, namun kira-kira  10 orang yang mengelarkan diri mereka 'Gerakan Mahasiswa Selamatkan Negara' telah berkumpul di sekitar Pejabat Perdana Menteri Putrajaya mendesak Perdana Menteri DS Najib Tun Razak meletakkan jawatan.

Umur baru setahun jagung, entah berapa CGPA sekarang sibuk mendesak orang meletakkan jawatan. Anwar Ibrahim dengan Rafizi Ramli cukup suka dengan budak-budak sebegini. Masa depan mereka amat cerah untuk berkhidmat sebagai 'coffee boy' apabila Anwar Ibrahim keluar penjara nanti.

0 300 Pegawai Penguatkuasa SPAD Bertugas Di Aidil Fitri

Sebanyak 300 pegawai penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menjalankan operasi terhadap perkhidmatan pengangkutan awam di seluruh negara menjelang Aidil Fitri tidak lama lagi. Menurut Ketua Jabatan Penguatkuasa SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad, operasi selama dua minggu itu akan memberi fokus kepada terminal bas utama di seluruh negara.

Menurut Datuk Che Hasni, SPAD akan menjalankan pemeriksaan terhadap pengusaha bas ekspres dan memastikan sama ada tiket bas untuk penumpang pulang ke kampung dijual dengan betul serta lesen dan permit mereka masih sah untuk beroperasi. Beliau berkata operasi SPAD dalam masa sama akan turut memberi tumpuan kepada pemandu teksi yang mengambil kesempatan tidak menggunakan meter dan  mengenakan caj berlebihan.

Menurut beliau, SPAD juga akan memantau di sekitar kawasan terminal jika terdapat sebarang aktiviti ulat tiket yang cuba meraih penumpang dan menjual tiket haram. Manakala anggota penguatkuasa SPAD akan bertugas selama 24 jam sehari bagi tempoh tiga hari sebelum dan empat hari selepas Aidilfitri bagi memastikan kelancaran perjalanan orang ramai. Tugasan kali ini akan turut melibatkan pegawai yang membuat penyamaran di dalam bas ekspres kerana tumpuan utama operasi kita ialah memastikan perkhidmatan bas ekspres mematuhi peraturan. 

Sementara itu, Datuk Che Hasni berkata dari Jun 2011 hingga Mei lepas, SPAD telah menjalankan 771 operasi penguatkuasaaan terhadap perkhidmatan bas ekspres di seluruh negara. Sebanyak 6,913 tindakan diambil terhadap bas ekpres yang melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas dan permit operasi. SPAD juga katanya telah mengambil tindakan terhadap 8,106 teksi, 8,406 lori, 194 ulat tiket dan 347 teksi sapu yang turut melakukan pelbagai kesalahan sepanjang tempoh sama.

July 9, 2015

3 Berhari Raya Bersama Optimus Prime Dan Bumblebee Di Penang

Memandangkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng sudahpun berpatah arang berkerat rotan dengan PAS, Kerajaan Negeri terpaksa panggil dua 'autobots' untuk menjadi pelindung dan memelihara ketenteraman awam daripada serangan PAS dan BN di sana.

Bersempena dengan itu, Joseph Lim Guan Eng mengajak kita sama-sama berhari raya dengan Optimus Prime dan Bumblebee. Jangan lupa temujanji sempena Pameran Transformers Anjuran Kerajaan Negeri PP seperti berikut:
Tempat : Padang Kota Lama
Tarikh : 10 Julai - 17 September 2015
(Isnin - Jumaat: 12 p.m. -12.00 a.m.; Sabtu, Ahad & cuti umum: 9.00 a.m. - 12.00 a.m.)
Masuk adalah percuma!
:: Orang ramai turut dijemput untuk memeriahkan perasmiannya, 10 Julai 2015, 8.45pm, Padang Kota Lama.
Jumpa di sana!! Kartun jugak kepala otak Lim Guan Eng ni ye?

3 Dudley International House Saga, The Allegation By The Age Australia And The Responses


An article by The Age newspaper in Australia on 23/06/2015 had tainted perception towards MARA’s investment in Melbourne focusing on the acquisition of Dudley International House. The allegations made surrounding the conduct of the investment had raised public outcry on the issue. This posting will try to explain the acquisition process of a student accommodation and two-storey retail block building known as Dudley International House; located at 9-11 Dudley Street, Caulfield East, Victoria 3145 Melbourne, Australia and also provide response towards certain allegations made by The Age as published on 23/06/2015. 

Dudley International House was built in February 2012, by property developers Wanissa Properties Pty Ltd and PMCD Investments Pty Ltd, who had acted as joint-developer. The whole development, located at 7-13 Dudley Street, Caulfield East, Victoria 3145 Melbourne, Australia consists of a five-storey apartment building, a five-storey building for student accommodation, a two-storey retail block, and a basement car park. This property is a 5 minutes’ walk to Monash University Caulfield Campus and 10 kilometres from Melbourne’s city centre on Dandenong Road (Princes Highway). 

Dudley was purchased by Thrushcross Land Holdings Limited (a wholly owned subsidiary of MARA Inc) on 19/07/2013, at a purchase consideration of AUD22,600,000. An independent international valuer, Raine and Horne International Zaki and Partners Sdn Bhd was appointed to value the property. Raine and Horne had produce a report on 23/11/2012 for this property. In their opinion, the market value of Dudley House is estimated at AUD26,000,000. 

Pursuant to approval by the Economic Council, MARA Inc through its British Virgin Islands (BVI) wholly owned subsidiary Thrushcross Land Holdings Limited had acquired Dudley International House from Wanissa Properties Pty Ltd and PMCD Investments Pty Ltd (a joint developer of the said property). Thrushcross is a BVI domiciled company and was incorporated in April 2010. MARA Inc acquired the company in August 2012 which was duly approved by Majlis MARA, the highest authority body in MARA. 

At the point of Dudley’s acquisition, it was implemented by a wholly owned subsidiary of MARA and not a newly set up tax haven company. As an existing wholly owned subsidiary of MARA Inc which had been localised in Australia, it was used as an acquisition 'Special Purpose Vehicle' which is a strategic corporate structure and accepted by a funder bank.

Selected allegations made by The Age and the response and explanation are as follows:

1.

Response - A mere allegation with no supporting documentary evidence to support the alleged over-payment such as valuation report or property expert opinion to the real market value.

2. 

Response - This is totally unfair or unjust  to blame the buyer of the property instead of the seller for the supposedly wrong doing committed by the seller in defaulting the payment towards its contractor. This is to play on the sentiment of the Australians by painting the horrid picture of how the Australians were victimised by the greedy Malaysian officials. The act of the seller not paying its contractors has no bearing on the allegations that the price was inflated by an alleged corrupt deal.

3. 

Response - What is the alleged criminal scheme involved here by using tax haven shelf companies in BVI and Singapore to purchase? Is it illegal to use those companies for the purpose of purchasing Australian properties?

4. 

Response - Coming from the seller, it was an admission that they were 'overcharging' the price of the property. Does this mean that the seller had communicated to the buyer that they have overcharged the price and the buyer was adamant to pay for the higher price instead of accepting the lower price?

5.

Response - The report by the Age had alluded to the fact that the money trail could be traced back to Malaysian government. Was the report accurate? Money paid by Malaysian government and paid back as kickbacks to Malaysian government or companies owned by Malaysian government agencies?

July 8, 2015

36 Saman DS @NajibRazak Ke Atas Wall Street Journal Telah Bermula, Baca Kenyataan Media Peguam Perdana Menteri

PRESS RELEASE

A Wall street Journal had published an article dated 3rd July 2015, implicating our client Datuk Seri Najib. Immediately, our client had instructed us, Messrs Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, to scrutinize the said article. The article is tainted with numerous allegations against our client which involved several companies and transactions.

Combing through the said article, we have concluded that the language is intentionally or otherwise has made reference to several facts and companies which are vaguely described. Reference is made to the said article wherein it has been stated that our client had been directly probed into 1MDB, however contents of the article refers to indirect transactions where our client has been implicated with 1MDB-linked companies. A clear contradiction which requires further clarification.

This article by WSJ was issued, published and circulated through WSJ web portal www.wsj.com . Firstly, we have been instructed to identify the parties involved in the authorship, distribution and publishing, for the purpose of naming the appropriate parties in any potential actions which requires deliberation and research as the article does not reflect extensive details for service of any legal letter or court documents.

Secondly, another issue of concern is, jurisdictional issues of which the publication originates from United States of America and accessible worldwide. We have been also instructed that a local presence of WSJ is also available and we are pursuing further clarification and details on this matter.
Since the article involves several parties, we have also been instructed to consider a joint action or an action against, in the event evidence shows a conspiracy against our client. Kindly note that the companies named as conspirators with our client, in the article are; International Petroleum Investment Co, Tanore Finance Corp, SRC International Sdn. Bhd, and Ihsan Perdana Sdn. Bhd.

Several names of companies or organizations had only been referred to as the related companies or companies belonging to certain organizations or companies, and also the sources or destinations or the alleged transactions has not been disclosed.  This in itself either intentionally or otherwise has caused further identification of facts been required.

Once we have identified the parties, the jurisdiction, and the involvement of conspirators or are they merely parties which also had been innocently imputed in the article, we can then proceed to address the third issue.

The third issue is to tackle all possible or plausible legal remedies of which our client shall be given advise on an action of defamation, further tortuous actions and remedies including any statutory violations by WSJ and related companies and (if any) conspirers.

This is not a straightforward legal action due to the national and international imputations. We have been instructed to identify facts and lay full facts, before our client, is able to proceed with further instructions.

The purpose of clear explanation is to avoid unnecessary objections by WSJ on the imputations that are made. Once our client has obtained all necessary facts and the position of WSJ is ascertained, we have strict instructions to immediately exhaust legal avenues and remedies.

Yours faithfully,

FOR AND ON BEHALF OF MESSRS HAFARIZAM WAN & AISHA MUBARAK
WAN AZMIR BIN WAN MAJID


8 Rafizi Ramli Dakwa Ahli Perniagaan Malaysia Untung RM51 Juta Jual Hartanah Kepada MARA Inc - Kalau Rugi Siapa Nak Jual Kan?

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli di dalam Malay Mail Online, baca di sini, menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat seorang ahli perniagaan Malaysia membuat keuntungan sebanyak RM51 juta daripada penjualan dua hartanah Melbourne kepada MARA Inc, anak syarikat MARA. Ahli perniagaan tersebut dikenali sebagai Datuk Ding Pei Chai sebagai individu yang menjual dua syarikat Singapura yang dimiliki 333 Exhibition Street dan 51 hartanah Queen Street di Melbourne untuk MARA Inc.

Apa masalah Rafizi Ramli ini? Bukankah setiap jual beli semestinya melibatkan keuntungan? Salahkah ahli perniagaan Malaysia berkenaan memperolehi keuntungan sebanyak RM51 juta hasil jualan dua hartanah di Melbourne, kawasan 'hotspot' untuk hartanah?  Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal turut mempertahankan pembelian keempat-empat hartanah oleh anak syarikat Majlis Amanah Rakyat (MARA) iaitu MARA Inc, baca di sini.

Menurutnya, pembelian tersebut lebih rendah daripada nilai semasa hartanah terbabit dan mendatangkan keuntungan kepada MARA Inc. Katanya, proses pembelian hartanah tersebut juga mengikut prosedur yang ditetapkan termasuk penilaian hartanah yang dilantik iaitu Raine dan Hourne International. 

Selain daripada Raine dan Horne International sebagai panel jurunilai, MARA Inc juga turut melantik beberapa firma lain sebagai penilai mereka. Firma-firma berkenaan terdiri daripada Deloitte & Touche (financial due diligence), HSB Consulting Pty Ltd dan Napier & Blakeley (technical due diligence) dan Messrs Abdul Malik & Lawrence Tan (legal due diligence). Di mana yang tidak telusnya seperti dakwaan Rafizi Ramli ini?

Dato Shafie Apdal juga mengesahkan dalam sidang akhbar berkenaan bahawa nilai semasa hartanah pelaburan MARA Inc di Australia telah meningkat sebanyak RM45 juta. Katanya pembelian yang dilakukan pada 2012 dan 2013 adalah agak kurang dari nilai harga pasaran. Di samping itu juga terdapat juga pulangan keuntungan sebanyak AUD100,000 setiap bulan. Tidak ada kerugian dan tidak ada yang meragukan mengenai pembelian hartanah-hartanah di Melbourne.

Kalau MARA Inc untung RM45 juta hasil pembelian di bawah harga pasaran dan mendapat pulangan keuntungan sebanyak AUD100,000 setiap bulan dan penjual mendapt keuntungan sebanyak RM51 juta hasil penjualan hartanah-hartanah strategik di Melbourne, apa masalah Rafizi Ramli. Ini kes menang menang. Yang Rafizi Ramli sakit bontot kenapa?

July 7, 2015

0 Peneroka FELDA Terima Duit Raya, Terima Kasih PM @NajibRazak

Sebanyak 98,688 peneroka Felda menerima durian runtuh menerusi pembayaran dividen Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) dan duit raya berjumlah keseluruhan RM88.8 juta yang akan dibayar mulai 13 Julai ini. Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak yang mengumumkan perkara itu berkata ia melibatkan pembayaran dividen FGV berjumlah RM59,212,800 serta duit raya RM29,606,400.

Menurut Perdana Menteri, peneroka yang bersama FELDA layak terima dividen sebanyak RM600 dan RM300 duit raya, manakala yang tidak bersama FELDA, tidak akan terima sama ada dividen atau duit raya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Ihya' Rahmat Ramadan warga Felda peringkat kebangsaan di Felda Pasoh 4, Jelebu. Turut hadir bersama kira-kira 5,000 peneroka ialah Menteri Besar Negeri Sembilan, DS Mohamad Hasan dan Pengerusi Felda, TS Mohd Isa Abdul Samad.

Peneroka yang tidak bersama FELDA adalah mereka yang tidak menanam semula bersama FELDA atau tidak menghantar hasil ladang kepada FELDA, berurus niaga tanah tanpa kebenaran dan menyaman FELDA. Keputusan tidak memberikan dividen dan duit raya untuk mereka yang tidak bersama FELDA CTS sifatkan sebagai adil bagi menjaga kepentingan peneroka lain yang menyumbang kepada perkembangan FELDA.

Peneroka FELDA kini tidak hanya bergantung pendapatan kepada hasil jualan kelapa sawit tetapi memperoleh pendapatan lain seperti bonus tahunan, duit raya, durian runtuh dan dividen saham FGV daripada FELDA. Oleh itu, dakwaan pembangkang bahawa FELDA adalah bangkrap adalah tidak berasas.

FELDA ada kilang di Kanada, hotel dan restoran di Mekah, hotel di Kota Kinabalu, tanah di Kalimantan dan banyak lagi. FELDA hari ini muncul sebagai kumpulan yang mengendalikan perusahaan komoditi antara yang terbesar di dunia. FELDA telah banyak berjasa dalam mengubah kehidupan peneroka dan keluarga mereka sejak tanah rancangan pertama dibuka pada 1959 sedangkan pembangkang hanya sibuk memburuk-burukkan dan memfitnah agensi itu.

27 Anti @NajibRazak Keluarkan Dokumen Bank Kononnya Dari WSJ ... Sayangnya Diubahsuai

Sejak petang tadi, gegak gempita kaum Anti-Najib kononnya mereka telah dapat dokumen-dokumen Bank yang kononnya boleh membuktikan salah laku Perdana Menteri. Dokumen-dokumen berkenaan kononnya bersumberkan Wall Street Journal (WSJ) boleh dimuat turun di sini. Walaupun masing-masing tidak ada latar belakang perbankan, masing-masing telah menuduh Perdana Menteri dengan pelbagai gelaran dan dakwaan. Muat turun pautan berkenaan mempunyai 9 dokumen seperti berikut:

Dokumen 1:


Dokumen 2:


Dokumen 3:

 

Dokumen 4:


Dokumen 5:


Dokumen 6:


Dokumen 7:


Dokumen 8:


Dokumen 9:


Malangnya dokumen-dokumen berkenaan telah diubah suai (doctored). Dalam erti kata lain, ketulenan dan kesahihan dokumen-dokumen berkenaan boleh dipertikaikan. Ambil contoh Dokumen 2 sahaja, tidak kurang dari 5 ubah suai yang dilakukan ke atas dokumen berkenaan. Baca pengubahsuaian pada tulisan biru dan merah di bawah. Kerja pengubah suaian dokumen ini dilakukan dengan tidak teliti sekali. Nampak sangat Anti-Najib akal kosong dan amatur.


Kemaskini 2.00 PM 08/07/2015:

Seorang CEO Bank yang juga pakar penganalisis pasaran, telah membuat analisa berikut dan berkongsi dengan semua wartawan. Rocky Bru juga ada memuatkan di dalam postingnya di sini.

"To whom it may concern.

I have finalized my own analysis. In my attempt to evaluate the veracity of the accusations made against Prime Minister Najib based on the documents shared online (at http://s.wsj.net/public/resources/documents/info-MALPROBE070715b.html) by WSJ and Sarawak Report (who had said they have sighted similar documents as WSJ), I posed the following three simple and straightforward questions:

Firstly, where is the substantive documentary evidence that confirms the account numbers depicted in the documents actually belongs to the Prime Minister?

The elementary diagram included by them explaining how the fund flowed is not relevant as it is clearly created by somebody else and it goes without saying that it is not a formal bank document. Any Tom, Dick and Harry could have drawn the diagram. This makes it an unreliable evidence. Moreover, the letter supposedly issued by someone by the name depicted under the signature did not refer to the Prime Minister in any way whatsoever. For all we know he was referring to somebody else altogether. This creates a very strong reasonable doubt.

All in all, the documents lack clarity. This makes it difficult to conclude that the documentary "evidence" shared is strong or good enough to be relied upon for an accusation to be leveled against the Prime Minister in the first instance. I hope WSJ can shed more light on this seemingly inaccurate and incomplete picture. How could they make the accusation with so called banking documents that never had Prime Minister Najib's name reflected anywhere?

Secondly, why is the address of Wells Fargo Bank N.A. (New York International Branch) stated in the SWIFT message is very different from its actual address? It is stated in the SWIFT message that the address is 375 Park Avenue, NY 4080, NEW York, NY, US.

When I searched online for the address of Wells Fargo Bank N.A. (New York International Branch), I found it to be 11 Penn Plaza, 4th Floor, New York, New York 10001. See http://www.banklocationslist.com/wells-fargo-bank/new-york-ny/branch.24723.html

So what is located at 375 Park Avenue? My first search led me to Wells Fargo Advisor, which is a non-bank affiliates of Wells Fargo & Company. See https://home.wellsfargoadvisors.com/001_PNZ2. The actual address is  375 PARK AVENUE, 10TH FLOOR, NEW YORK, NY 10152.

Nonetheless, I was not happy with this as there could still be a Wells Fargo bank branch in that same location as Wells Fargo Advisor so I searched online specifically for Wells Fargo Bank N.A. using the same address and upon further checking I found out that there is also another Wells Fargo Bank N.A. (New York International Branch) at this same actual address, thus making the WSJ document seemingly authentic enough to those who does not scrutinize the document thoroughly.

However, the actual address online for this bank is still very markedly and visibly different from what is stated in the document shared by WSJ. http://www.swift-code.com/m/united-states/swift-code-pnbpus3nnyc.html. The real address is 375 PARK AVENUE, 10TH FLOOR, NEW YORK, NY 10152. Please note post-code is very different - 10152 vs. 4080 and also how the address is written in the shared document by WSJ is quite wrong as follows 375 Park Avenue, NY 4080, NEW York, NY, US. (ie. the post-code put in the middle of the address).

This is typically one way how one could check the authenticity of a SWIFT message. The tell tale sign includes wrong name of bank and/or wrong address. Frauders will always make at minimum a slightly different name or address so that people would miss it upon first scrutiny. How could WSJ rely on documents that have such an apparent discrepancy found in the document to the information found at Wells Fargo website?

Thirdly, which is one of the most important question - why is the SWIFT Code used in the SWJ shared document is different?

The best and most straight forward way to check whether a SWIFT document is authentic is to check the SWIFT Code of the bank used in the document. If it is wrong then the whole thing is a fraud. This can also be done online through the relevant official website.

The SWIFT Code of Wells Fargo Bank N.A. (New York International Branch) located at 375 Park Avenue, NY 4080, NEW York, NY, US that is depicted on the shared SWIFT document is PNBPUS3NANYC. However, the actual SWIFT Code of Code of Wells Fargo Bank N.A. (New York International Branch) located at 375 PARK AVENUE, 10TH FLOOR, NEW YORK, NY 10152 is actually PNBPUS3NNYC. See http://www.swift-code.com/m/united-states/swift-code-pnbpus3nnyc.html

The SWIFT Code PNBPUS3NANYC belongs to Alfa-Bank Moscow. This is not just a tell tale sign that the document is an absolute hoax but a very firm confirmation that the document is a hoax or a fraud. How could SWJ missed this factual error?

Three simple questions is enough to prove the documents shared cannot be relied upon as basis for the accusations against Prime Minister Najib.  Anyone making and reaffirming the accusations based on the shared documents without asking these questions would unfortunately be seen as doing something frivolous, vexatious as well as totally and absolutely irresponsible.

Fraud using SWIFT message is real and it is shocking that SWJ fell for it. And it is even more unfortunate that some Malaysians also fell for it by relying on SWJ's good reputation. I hope SWJ will do its own checking base on the three simple questions here and if the result is similar to what I have shared here then they must withdraw their accusations and apologize to Prime Minister Najib."

9 Sidang Khas Maharaja Lawak Mega Pembangkang - Cukup Tak 87 MP Pembangkang Yang Hadir?




Masih ingatkah kita dengan persidangan ADUN-ADUN Pembangkang Perak yang diketuai oleh DS Nizar jamaluddin yang bersidang di bawah pokok cherry sewaktu zaman jahililah Perak satu masa dulu? Hari ini Ahli-Ahli Pembangkang telah membuat perkara yang seakan sama. Bezanya Ahli-Ahli Parlimen dan NGO pro mereka hari ini melepak dipadang kawad Parlimen.

Inilah standard pembangkang di Malaysia yang mempunyai kelas yang tersendiri - kelas kaki lima. Seperti biasa, Ketua Pembangkang masih mengemis simpati dengan kipas tangannya. Jangan jadi Ahli Parlimenlah kalau tidak tahu memfailkan 'Emergency Motion'. Nasib baik bukan di Permas, kalau tidak ramai yang kena halau dengan penyapu seperti dua hari lepas.

Tahniah juga diucapkan kepada DS Shahidan Kassim kerana tidak membenarkan pembangkang membawa masuk NGO-NGO penyokong pembangkang ke dalam Parlimen dengan tujuan untuk menjatuhkan Perdana Menteri. Pembangkang sebagai Ahli Parlimen, mereka boleh masuk Parlimen.

Mereka juga tidak ada hak untuk membawa masuk NGO pro mereka masuk ke Parlimen kerana kawasan Parlimen yang eksklusif dan apatah lagi ianya tengah diperbaiki. Pembangkang kata mereka hendak jatuhkan Perdana Menteri. Mereka tidak ada hak kerana beliau adalah 'legitimate Prime Minister'. Hanya Barisan Nasional saja yang boleh berbuat demikian atas kapasiti 'legitimate government'.



3 Baru 6 Tahun Beroperasi, Untung MARA Inc Sudah Melebihi RM80 Juta! Patutlah Rafizi Ramli Dan Tony Pua Dengki

Penubuhan MARA Inc. menunjukkan komitmen MARA untuk merealisasikan dan menggerakkan objektif Pelan Transformasi Strategik MARA 2011-2020 iaitu membangunkan usahawan berjaya dan inovatif, melahirkan modal insan global dan berintegriti dan menyumbang kepada pemilikan ekuiti. Pada 31 Mac 2015, jumlah modal yang telah disalurkan oleh MARA ke dalam MARA Inc sudah berjumlah RM441.0 juta dalam bentuk suntikan modal dan pinjaman mudah.  

Dana tersebut telah digunakan untuk tujuan-tujuan pelaburan antara lainnya tiga hartanah di London, United Kingdom iaitu Beaumont House, Ashley Hotel dan Atelier Serviced Apartments serta empat hartanah di Melbourne, Australia iaitu 746, Swanston Street, Dudley International House, 333, Exhibition Street dan 51, Queen Street.

Secara ringkasnya, kedudukan semasa pelaburan (dalam Ringgit Malaysia) dapat dilihat dalam jadual di bawah yang menunjukkan kedudukan semasa pelaburan hartanah MARA Inc di London, United Kingdom dan Melbourne, Australia.


MARA Inc juga menggunakan khidmat pengurusan dari pengendali-pengendali hartanah yang berwibawa di Melbourne seperti Unilodge, Denco, Savills, Jones Lang La Salle dan Colliers untuk mempastikan hartanah-hartanah tersebut diuruskan dengan baik dan mampu menjana pulangan seperti yang disasarkan.  

Kekuatan pengendali-pengendali hartanah ini dari sudut pemasaran dan 'clientele base' mereka  juga di ambil kira dalam membuat keputusan pelantikan. Hartanah-hartanah yang diuruskan oleh firma-firma pengurusan hartanah berwibawa berkenaan telah mampu menjana pulangan yang disasarkan yang secara keseluruhannya portfolio hartanah tersebut mencatatkan pulangan sebanyak 6.05% setakat 31 Disember 2014. 

Hasilnya, setelah baru 6 tahun MARA Inc beroperasi, anak syarikat MARA ini telah berjaya membuat keuntungan terkumpul sebanyak RM80,475,022. Butiran terperinci adalah seperti di bawah. Patutlah Rafizi Ramli, Tony Pua dan ramai pemimpin pembangkang mahu sangat syarikat ini dihuru harakan agar syarikat berkenaan akan lingkup. Kenapa? Inilah motif politik pembangkang untuk menutup syarikat-syarikat dan institusi Melayu Bumiputera dari dulu seperti Tabung Haji, Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), MARA dan sebagainya.

2008 - (RM1,167,189)
2009 - (RM7,021,354)
2010 - RM1,107,628
2011 - RM3,835,546
2012 - RM36,254,436
2013 - RM29,266,764
2014 - RM18,199,191

Jumlah keuntungan terkumpul - RM80,475,022!!

1 Rafizi Ramli Tidak Faham Peranan 'Special Purpose Vehicle' Tetapi Sibuk Buat Fitnah

Tindakan Rafizi Ramli cuba bermain persepsi negatif bahawa MARA Inc menggunakan syarikat pesisiran pantai (off shore company)  untuk beli hartanah bagi tujuan membuat penyelewengan amat dikesali. Memetik laporan daripada Selangorkini, di sini,
Pengarahnya, Rafizi Ramli, berkata, MARA Inc menubuhkan satu syarikat milik penuh di luar pesisir pantai yang didaftarkan di British Virgin Island (BVI) bagi dua hartanah, 746 Swanston Street dan Dudley International House.
Sementara itu, MARA Inc menggunakan tiga lapisan syarikat yang didaftarkan di negara berbeza iaitu Malaysia (Labuan), Singapura dan Australia untuk memiliki dua hartanah lain iaitu 333 Exhibition Street dan 51 Queen Street.
"Bagi 333 Exhibition Street, hartanah ini dipegang melalui Powerwell Holdings Limited (didaftarkan di Labuan), seterusnya dimiliki Carlton Garden Pte Ltd (Singapura) dan akhirnya Peters Equity Pty Ltd."
"Bagi 51 Queen Street pula, ia dipegang melalui Vortex Holdings Limited (didaftarkan di Labuan), seterusnya dimiliki Marinn Property Pte Ltd (Singapura) dan akhirnya Queville Pty Ltd."
"BVI bermakna segala maklumat kewangan dan operasi milik syarikat itu dilindungi sepenuhnya oleh kerahsiaan dan tidak termasuk dalam carian umum," katanya pada sidang media, hari ini.
Rafizi berkata, tindakan menggunakan syarikat berbeza bukan sahaja menimbulkan syak wasangka, bahkan menelan belanja pengurusan dan pentadbiran yang merugikan MARA. Beliau turut mempersoalkan mengapa syarikat BVI, Labuan dan Singapura digunakan untuk membeli hartanah itu kerana MARA Inc pemilik sebenar.
Rafizi Ramli sebagai bakal banduan kesalahan BAFIA tidak mempunyai pengetahuan mengenai  pemilikan hartanah melalui syarikat-syarikat yang dipanggil "Special Purpose Vehicle (SPV)'. Mana ada syarikat hendak membali hartanah secara terus? Terdapat syarikat-syarikat SPV yang akan menguruskan segala hal ehwal perakaunan dan geran. Ini bagi mengelakkan syarikat terdedah kepada segala bentuk liabiliti.

Pelaburan hartanah MARA di Melbourne, Australia yang telah disempurnakan oleh MARA Inc. setelah melalui proses kelulusan pelaburan yang telus. Hartanah-hartanah seperti 746 Swanston Street, Dudley International House, 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street telah dimiliki oleh MARA Inc. melalui struktur pemilikan menggunakan SPV seperti berikut:


Untuk urusniaga pembelian hartanah, MARA Inc perlu menubuhkan sebuah pejabat di Australia yang melibatkan pelbagai kos seperti kos pejabat dan gaji kakitangan. Terdapat juga syarat tambahan seperti perlu dilantik Pengarah Tempatan (Resident Director) yang pastinya  turut melibatkan peningkatan kos.

Sekiranya Mara Inc menggunakan 'off shore company', maka tidak perlu diwujudkan pejabat. Hanya perlu kos selenggara dan kesetiausahaan. Tambahan lagi syarikat BVI yang dikatakan Rafizi untuk urusan 746 Swanton Street dan Dudley House itu sudah ditempatankan (localised). Maknanya sudah didaftar di Australia. Dengan cara sedemikian tak perlu ada Pengarah Tempatan (Resident Director).

Dalam hal syarikat Queville Pty Ltd dan Peters Equity Pty Ltd., kedua-dua syarikat ini adalah bertujuan untuk menguruskan geran bagi hartanah di bawahnya. MARA Inc mempunyai kepentingan 100% ke atas kedua-dua syarikat tersebut.

1 Sarawak Report Gembira Keluarkan Gambar DS @NajibRazak & Jho Low


Sarawak Report dan juak-juak Anti-Najib bergembira apabila berjaya mengeluarkan gambar Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak bersama-sama Jho Low. Ini adalah bukti nyata bahawa:

1. RM42 billion atau RM27 billion atau RM7 billion telah hilang.
2. Jho Low telah membawa keluar secara haram US$700 juta dari 1MDB.
3. Aset BSI tidak bernilai.
4. 1MDB tidak dapat membayar hutang mereka.
5. 1MDB membeli IPP yang hanya merupakan besi buruk.
6. Goldman Sachs telah dibayar komisyen sebanyak US$500 juta.
7. KPMG, Deloitte, Bank Negara Malaysia, Jabatan Audit Negara dan PAC kesemuanya tidak boleh dipercayai.
8. Rating yang telah dikeluarkan oleh 'Fitch, Moody’s and Standard & Poor' adalah palsu dan tidak benar.
9. 1MDB akan disabitkan dengan kesalahan jenayah di bawah USA’s RICO Act.
10. Laporan audit 1MDB adalah palsu dan tidak benar.
11. The Sarawak Report dan Wall Street Journal (WSJ) adalah satu-satunya akhbar tandas yang boleh dipercayai maklumatnya.
12. Harta dan aset 1MDB akan dijual kepada pelabur asing dengan harga murah.
13. Tabung Haji telah menyelamatkan (bailed out) 1MDB.
14. TNB akan turut menyelamatkan (is bailing out) 1MDB.
15. Macai-macai Anti-Najib ada otak.

CTS masih mencari berita di internet di mana DS Najib Tun Razak atau Jho Low menafikan pernah bertemu antara satu sama lain dan mengambil gambar bersama-sama. Ada sesiapa boleh berkongsi pautan dengan saya? Saya hairan bagaimana saya tidak dapat mencari apa-apa kenyataan dari DS Najib atau Jho Low sedangkan macai-macai Anti-Najib sedang bersorak kegembiraan melihat gambar di atas di dalam Sarawak Report.

Apa yang Sarawak Report terlupa dengan pendedahan gambar di atas adalah mereka telah mendedahkan gambar DS Najib Tun Razak dengan seorang lelaki yang dikatakan amat penting di sebalik kerjasama 1MDB-PetroSaudi. Lelaki tersebut adalah Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Turki bin Abdullah Al-Saud.

Sarawak Report menyangka dengan pendedahan ini akan menunjukkan salah laku dalam kerjasama 1MDB-PetroSaudi, namun apa yang hanya dibuktikan adalah kerjasama ekonomi dan pelaburan yang kuat antara Malaysia dan Arab Saudi. Maka pendedahan Sarawak Report diibaratkan seperti meludah ke langit, terkena batang hidung sendiri.



July 6, 2015

4 MB @AzminAli Hantar Satu Kontena Jelajah Ramadhan Ke Johor, Anak Di Rumah Mati Kelaparan




Dato Menteri Besar Selangor, Azmin Ali begitu bermurah hati untuk menghantar satu lori besar kontena barangan dan stok hari raya untuk majlis berbuka puasa di Ledang, Johor. Peribahasa ada mengatakan kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Azmin Ali perdulikan Rakyat Johor tetapi tidak perdulikan Rakyat sendiri di Selangor. Majlis pelancaran Jelajah Ramadhan PR (ada lagikah PR?) turut dihadiri Ketua Cabang Ledang Dr. Chong, wakil MB Selangor yang juga EXCO Elizabeth Wong, Pengerusi MPN Johor Hassan Karim dan ADUN Bukit Batu YB Jimmy Puah.

Sudah habiskan orang-orang miskin dan daif di Selangor sehingga bantuan disalurkan ke negeri-negeri lain. Saban malam para dermawan sibuk mengagihkan makanan kepada asnaf di sekitar Selangor, sebaliknya Menteri Besar Selangor sibuk mengagihkan bantuan ke negeri lain. Saban hari Rakyat Selangor mengeluh ketiadaan sumber air di bulan Ramadhan. Apa yang dilakukan oleh Menteri Besar Selangor untuk mengatasinya? Salahkan SYABAS? Salahkan Kerajaan Pusat? Tahniah pengundi-pengundi Selangor. Anda membuat pilihan yang tepat!
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates