June 6, 2015

43 Kenapa Syarikat San Miguel Milik Anak Tun Dr Mahathir Berminat Hendak Beli IPP Dari 1MDB?



The Malaysian Insiders, baca di sini, melaporkan Konglomerat Filipina San Miguel Corp berminat untuk memperoleh aset tenaga dana pelaburan sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata seorang eksekutif syarikat pada Jumaat.San Miguel diberitakan akan menilai urus niaga itu jika aset tenaga ditawarkan kepada mereka, Presiden San Miguel Ramon Ang berkata menerusi sistem pesanan ringkas.

1MDB merancang menjual 80% daripada perniagaan tenaganya Edra Energy Bhd melalui penyenaraian pasaran saham, menurut tiga sumber yang mempunyai maklumat langsung memberitahu Reuters. Bloomberg pada Jumaat melaporkan syarikat Acwa Power International berpangkalan di Arab Saudi dan San Miguel adalah antara pihak yang menyuarakan minat terhadap aset tenaga 1MDB.

Umum mengetahui bahawa salah seorang anak Tun Dr Mahathir, Mirzan telah dilantik sebagai Pengarah Syarikat San Miguel sejak 10/09/2009. Malangnya, berita perlantikan itu telah dipadam dari internet oleh The Malaysian Insiders. Apakah motif berita berkenaan dipadam tidaklah diketahui.

Umum juga mengetahui bagaimana penerimaan Tun Dr Mahathir terhadap syarikat 1MDB. Sebagai seorang bapa yang menentang keras perjalanan 1MDB, Tun Dr Mahathir sepatutnya menasihatkan anaknya Mirzan supaya jangan melibatkan diri dengan syarikat ini. Apatah lagi untuk berurusniaga membeli IPP dari 1MDB. 

Sebagai seorang Pengarah Syarikat, pastinya Mirzan Mahathir mempunyai suara untuk menghalang syarikatnya dri terus berurusniaga dengan 1MDB bukan? Tun Dr Mahathir mengkritik 1MDB membeli IPP dengan harga yang lebih tinggi dari pasaran, tapi mengapa syarikat anak Tun Dr Mahathir mahu membeli IPP dari 1MDB? Pelik tapi benar.

26 Pegawai Media Timbalan Menteri Hina PM @NajibRazak, Pengecut Ni Patut Letak Jawatan

Ini laman sosial Facebook Zainal Abidin Mohd Yusuf. Beliau adalah Pegawai Media Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi. Beliau makan gaji dengan Timbalan Menteri yang dilantik oleh Perdana Menteri. Sayangnya beliau cukup kurang ajar untuk memanggil Perdana Menteri tidak ada telur. 

Kita cabar Pegawai Media Timbalan Menteri Pengangkutan yang kononnya ada telur dua biji ini agar meletak jawatan dan mencari kerja yang tidak melibatkan majikannya yang dilantik oleh seseorang yang dia panggil tiada telur. Ada berani wahai Zainal Abidin? Apalah sangat soal periuk nasi berbanding dengan prinsip yang kamu pegang Zainal Abidin.

Kita juga berharap Datuk Ab Aziz juga tidak menyimpan makhluk perosak di dalam Kerajaan. Kita tidak mahu Datuk Ab Aziz sibuk mempertahankan Perdana Menteri, sedangkan pegawai-pegawainya ghairah merosakkan nama baiknya dengan menyerang pemimpin nombor satu negara.

June 5, 2015

0 Kerajaan Guna KOJADI Agih RM50 Juta Untuk Elak 'Ah Long'


Pelantikan Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (KOJADI) yang berperanan mengagihkan dana RM50 juta kepada usahawan perusahaan kecil dan sederhana kaum Cina mampu mengurangkan peranan 'ah long'. Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak berkata, skim pinjaman tersebut juga sebagai usaha kerajaan menghargai hubungan MCA sebagai rakan lama kepada Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri berharap dengan skim baharu ini, ianya mampu mengurangkan fungsi 'ah long' di negara ini. Perdana Menteri tidak mahu 'ah long' terus mengaut keuntungan tetapi berharap skim ini akan memberi manfaat kepada rakyat.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Sekretariat Pembangunan Usahawan Malaysia (SAME) dan Skim Pinjaman Usahawan Perusahawan Kecil Sederhana (PKS) Kaum Cina di Galaxy Banquet Hall, Jalan Sentul. Jelas beliau, KOJADI merupakan satu badan yang sesuai untuk mengagihkan skim tersebut kepada usahawan PKS kerana mempunyai rekod pencapaian cemerlang.

Beliau berkata KOJADI berjaya membuktikan bahawa mereka adalah badan yang sesuai untuk mengagihkan dana ini, selain diisytiharkan dengan taraf lima bintang oleh Surunhanjaya Koperasi Malaysia. Menurut DS Najib, skim pinjaman itu berupaya membantu melahirkan usahawan PKS yang berjaya dalam memacu negara ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi.

Perdana Menteri yakin Kerajaan mesti dengar denyut nadi rakyat. Kerajaan juga mesti berlaku adil dalam negara. Perdana Menteri mengalu-alukan peranan MCA kerana program pembiayaan ini lahir atas kehendak dan permohonan parti komponen ini. Bagi mencapai segala usaha itu, ikatan jambatan antara Kerajaan dan Rakyat penting supaya Rakyat percaya dan menyokong segala dasar Kerajaan.

10 Gambar-Gambar Kesan Gempa Bumi Di Ranau, Sabah Pagi Tadi

June 4, 2015

1 Kenyataan Media SPR Menjawab Kenyataan Bodoh Peguam-Peguam Pro PR

Semalam beberapa orang peguam pro PR telah membuat kenyataan di The Malaysian Insiders, di sini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus berhenti mendapatkan nasihat guaman dari Peguam Negara kerana beliau merupakan ketua penasihat kepada kerajaan memerintah, dan mereka sepatutnya menggunakan peguam dalam pertikaian undang-undang.

Antara yang membuat kenyataan adalah hakim bersara Mahkamah Persekutuan dan kini peguam Anwar Ibrahim, DS Gopal Sri Ram yang berkata, Peguam Negara dan pegawainya merupakan wakil kepada kerajaan Persekutuan serta eksekutif, termasuklah kepada Perdana Menteri. 

Peguam Edmond Bon pula berkata, ia tidak mendatangkan keyakinan kepada SPR apabila peguam kerajaan mewakili mereka sedangkan salah satu daripada mereka adalah daripada kerajaan memerintah.

Manakala Peguam Chan Kok Keong berkata, kenyataan Aziz menimbulkan persepsi seolah-olah Pengerusi SPR dan ahli suruhanjaya lain bersifat menurut perintah dalam menjalankan tugas perlembagaan mereka.

Hari ini, SPR tampil mengeluarkan Kenyataan Media seperti di bawah. Mungkin peguam-peguam pro PR berkenaan terkhilaf atau sememangnya bodoh apabila tidak mengetahui bahawa tindakan SPR mendapatkan nasihat guaman daripada Peguam Negara adalah mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan.


22 Tun Dr Mahathir Hadir Ke Program Diskusi Townhall #Nothing2Hide DS @NajibRazak Esok


Berita mengembirakan buat peminat-peminat program diskusi berkonsepkan 'townhall' yang akan dikendalikan oleh Pemimpin Nombor Satu Negara, DS Mohd Najib Tun Razak, tokoh Negarawan Tun Dr Mahathir diberitakan akan turun ke program berkenaan esok, jam 9.00 pagi di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC. Pegawai Khas kepada Tun Dr Mahathir telah mengesahkan beliau akan hadir program "Nothing to Hide" Dialog PM bersama NGO anjuran SukaGuam.

Pujian harus diberikan kepada Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Razak, kerana bersikap terbuka, berani, dan telus untuk mengadakan program ini. Bukan calang-calang pemimpin yang berani untuk berhadapan dengan NGO dan aktivis media sosial dan berhadapan dengan soalan-soalan yang tidak dirancang terlebih dahulu. Ini bukan sebuah bual bicara rakaman. Ini adalah rancangan 'live' yang boleh ditonton di seluruh dunia, melalui media sosial.

Bukan calang-calang pemimpin juga yang berani berhadapan dengan Mantan Ketuanya di dalam satu majlis diskusi. Umum mengetahui Tun Dr Mahathir banyak mengasak pentadbiran Perdana Menteri melalui blog 'chedet'nya. Esok pastinya dewan Tun Hussein Onn akan menjadi panas. Tidak pernah dalam sejarah seorang Perdana Menteri Malaysia mengadakan sessi dialog dan diskusi bercorak 'townhall' waima tokoh Negarawan Tun Dr Mahathir sendiri. Ini semua adalah kerana DS Najib Tun Razak tidak mempunyai sebarang perkara untuk dirahsiakan. #Nothing2Hide!


video

1 Malaysiakini Berkempen Saat Akhir Bagi Cai DAP Untuk Presiden Dan Timbalan Presiden PAS


Tidak susah untuk meneka siapakah balaci DAP untuk pertandingan Presiden dan Timbalan Presiden PAS. Malaysiakini hanyalah alat atau medium untuk DAP meletakkan cai mereka yang bakal menjadi badut suruhan mereka kelak. Dengan kemenangan kumpulan pro ulamak di dalam pemilihan Dewan Pemuda PAS dan Dewan Muslimat PAS semalam, kajian atau survey yang dibuat oleh Malaysiakini nampak tidak logik, relevan dan masuk akal. 

Ini ditambah dengan usul daripada Dewan Ulama PAS semalam yang memutuskan hubungan dengan DAP, menampakkan usaha melobi Malaysiakini amat terdesak. Usul berkenaan diterima dengan sebulat suara oleh 644 perwakilan Dewan Ulamak PAS pada 6.50 petang semalam. Namun, kita tidak boleh menyalahkan DAP untuk spin dan berkempen saat akhir untuk badut dan balaci DAP. Selamat menunaikan tanggungjawab memilih pemimpin intuk perwakilan PAS. Talqinkan barua-barua DAP di dalam PAS.

June 3, 2015

0 MCA Intai Lesen Bank Koperasi Melalui KOJADI


MCA dijangka akan menerima lesen bank koperasi dengan operasinya dijalankan menerusi koperasinya yang dikenali sebagai Koperasi Jayadiri Malaysia (KOJADI). Menurut laporan akhbar Nanyang Siang Pau, yang memetik sumber berkata, perancangan itu telah lama disusun oleh pihak pengurusan atasan MCA dan KOJADI yang hanya menanti masa sesuai untuk menyerahkan permohonan.

Memetik sumber lain, Perdana Menteri, DS Mohd Najib Razak dikatakan sudah memberi petunjuk persetujuannya dengan pelan MCA itu. Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai dijangka akan mendapatkan persetujuan Perdana Menteri sewaktu pelancaran rasmi Sekretariat Pembangunan Usahawan Malaysia, (SAME) dan dana RM50 juta Skim Pembiayaan Usahawan PKS Kaum Cina, Jumaat ini.

Kelulusan untuk KOJADI menubuhkan bank akan menjadikan ia koperasi ketiga dalam negara untuk berbuat demikian selepas Bank Rakyat dan Bank Persatuan di Pulau Pinang. Sekiranya menjadi kenyataan, maka Bank KOJADI akan menjadi satu-satunya yang membabitkan koperasi yang dikuasai oleh kaum Cina.

MCA menubuhkan KOJADI pada 1981 dengan menyasarkan bantuan kepada pelajar Cina untuk mengikuti pendidikan tinggi susulan kuota terhad kaum di universiti awam negara. Sehingga kini, KOJADI sudah membelanjakan RM238 juta untuk pinjaman pendidikan dengan lebih 10,000 pelajar sudah menamatkan pelajaran selain memiliki aset bernilai lebih RM156 juta. KOJADI mencatatkan keuntungan selepas cukai bagi tahun kewangan berakhir 31/12/2014 sebanyak RM5.67 juta, meningkat dari RM5.57 juta tahun sebelumnya.

3 PASMA Sudah Mula Main Kotor Dengan Memfitnah UMNO?



Apa yang kita jangkakan adala Muktamar PAS kali ke 61 ini akan berlangsung dengan aman dan teratur. Walaupun ada pemilihan daripada peringkat tertinggi daripada Presiden hinggalah ke bawh, kita andaikan itu hanya pertandingan adik beradik. Rupanya sangkaan itu meleset. PAS dulu bukannya sekarang. Sekarang sudah ada kedengaran politik wang di dalam pertandingan berebut jawatan di dalam PAS dan sudah ada kedengaran penglibatan DAP di dalam menentukan 'cai' calon. Terbaru fitnah sudah menjadi makanan pengikut-pengikut PAS.

Terdapat usaha untuk melaga-lagakan DS Haji Hadi Awang dengan UMNO. Banner fitnah sudah dinaikkan. Adakah ini kerja UMNO atau khianat oleh PASMA yang kelihatan terdesak hingga sanggup menggunakan gambar DS Haji Hadi dengan membabitkan UMNO? Kenapa PASMA tidak mencalonkan sahabat DS Haji Hadi sendiri untuk memecahkan undi? Cara pemasangan banner di tempat rendah seperti ini mengambarkan pemasang banner berkenaan ingin cepat siap, siap sedia melarikan diri dan dapat cepat mengelak dari ditangkap.

Kemaskini 9.00 AM 04/06/2015:

Ini kenyataan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, DS Noh Omar di dalam laman sosial Facebooknya semalam.

5 Joseph Lim Guan Eng Mahu Tutup Lynas Di Pahang, Kenapa Tidak Mahu Tutup Jinko Solar di Penang?


Apabila melibatkan pelaburan syarikat di negeri lain, sibuk Ketua Menteri Pulau Pinang membantah. Kononnya, syarikat Lynas di Pahang mencemarkan alam. Apabila terkena batang hidung sendiri, beliau akan berdiam diri dan membuat pelgai alasan. Masyarakat di China telah memprotes pembinaan kilang Jinko Solar di sana, tetapi Joseph Lim Guan Eng telah membawa pelaburan syarikat berkenaan ke Pulau Pinang. Baca BBC News di sini.



Semalam, Joseph Lim Guan Eng terpaksa membuat Sidang Akhbar bagi menjawab persoalan tentang pembinaan Kilang Jinko Solar di Pulau Pinang. Bukan sahaja permasalahan tidak berjawab malah makin bertambah kusut. Dalam Sidang Media berkenaan, Joseph Lim Guan Eng berkata pelaburan berjumlah USD$ 100 juta kepada Jinko Solar telah diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar. Jinko Solar juga telah mendapat kelulusan daripada kerajaan pusat bagi pengeluaran Lesen Pengilang untuk mengeluarkan sel dan modul PV.

Soalan CTS kepada Ketua Menteri Pulau Pinang:

1. Lynas juga telah diberikan Lesen Pengilang daripada Jabatan Alam Sekitar. Lynas juga telah diberi kelulusan oleh AELB (Atomic Energy Licencing Board) dan juga oleh IAEA ( International Atomic Energy Agency). Namun, kenapa DAP melalui badutnya, Wong Tack terus membuat pelbagai dakwaan dan bantahan terhadap kilang Lynas sehingga sekarang?

2. Bolehkah Ketua Menteri menunjukkan kepada kita kelulusan yang diberikan oleh Jabatan Alam Sekitar. Adakah kelulusan Bukit Botak juga mendapat kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar? Tunjukkan juga kelulusan daripada Majlis Perbandaran Seberang Prai dalam hal pelupusan enap cemar buangan.

3. Kalau betul kelulusan-kelusan ini telah diperolehi, kenapakah ikan-ikan telah ditemui mati secara tiba-tiba di luar kilang?







2 Ketua Pemuda PAS Nafi Celakakan Presiden, Kata Handphone Kena Hack


Tersebar di laman-laman sosial perbualan SMS Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat yang menghantar pesanan berikut,
UNDUR HADI UNDUR! Ini masa terbaik utk kita jatuhkan si celaka HADI Presiden PAS yg paling tak guna.
Namun, berdasarkan 'print screen' di atas, Ketua Pemuda PAS berkenaan telah menafikan menghantar pesanan SMS tersebut dan membuat pengakuan bahawa telefon bimbit beliau telah diceroboh (hack). 

Ini kali pertama CTS mendengar ada pihak boleh menceroboh (hack) SMS telefon bimbit. Selalunya kalau laman sosial Facebook dan Twitter tu pernah dengar lah. Namun kita percaya sajalah. Pemimpin-pemimpin PAS mana pernah berbohong kan? 

1 Kejatuhan Saham FGV - Apa Yang Perlu Kita Tahu


Berita Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) disingkirkan dari Bursa Malaysia hanyalah spekulasi yang dimainkan oleh pihak-pihak tertentu bertujuan menakut-nakutkan peneroka FELDA. Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Tan Sri Mohd. Isa Abd. Samad berkata, FGV tidak pernah menerima apa-apa surat berkaitan penyingkiran syarikat perladangan itu dari Bursa Malaysia.

Beliau yang dipetik oleh Utusan Malaysia, baca di sini, berkata, semua pihak boleh merujuk kepada beberapa siri penjelasan mengenai perkara itu yang dibuat sebelum ini bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai apa yang sedang berlaku kepada kejatuhan harga saham FGV.

Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) merupakan syarikat yang disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia sejak Jun 2012 dan tertakluk kepada segala peraturan yang ditetapkan oleh Bursa Saham Malaysia Securities. Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI bermaksud 30 syarikat yang mempunyai nilai pasaran modal tertinggi yang dipilih oleh Bursa Malaysia Securities untuk dijadikan penanda aras FBM KLCI. FGV merupakan antara syarikat yang tersenarai dengan syarikat dalam FTSE Bursa Malaysia KLCI sejak penyenarainya.

Indeks berkenaan akan disemak setiap enam bulan bagi membolehkan proses penukaran syarikat yang telah tersenarai dengan syarikat dalam senarai menunggu. Proses penukaran syarikat dalam indeks berkenaan merupakan proses normal yang dilakukan oleh Bursa Malaysia Securities dan bukanlah amalan yang baharu.

Ketika ini FGV masih dalam senarai FTSE Bursa Malaysia FTSE Bursa Malaysia KLCI dan proses semakan semula oleh Bursa Malaysia Securities hanya akan diumumkan pada 22 Jun 2015. Nilai pasaran FGV ketika disenaraikan pada 2012 mencecah RM20 bilion apabila harga meningkat RM5.60/sesaham. Apabila nilai pasaran yang tinggi, FGV diletakkan dalam senarai 30 syarikat bernilai pasaran tertinggi ketika itu.

Harga saham FGV yang telah jatuh kira-kira 50 peratus semenjak IPO telah menyebabkan nilai pasaran modal jatuh kepada kira-kira RM7 bilion ketika ini dan telah menyebabkan kedudukan syarikat bukan lagi di kalangan 30 syarikat dengan pasaran modal tertinggi.

Sejak awal 2014 harga minyak sawit mentah (MSM) dunia telah mencatatkan gaya penurunan yang drastik dan ini telah menyebabkan syarikat-syarikat berasaskan komoditi berkenaan terjejas dari segi perolehan dan juga keuntungan. Indeks perladangan di Bursa Malaysia Securities juga jatuh antara 6-7 peratus dalam tempoh enam bulan sebelum ini. Impak ini secara langsung memberi kesan negatif kepada gaya tarikan kepada para pelabur yang mula beralih ke kaunter-kaunter saham selain perladangan.

Hampir semua kaunter perladangan telah menyaksikan pengurangan nilai saham mereka berbanding dengan kedudukan mereka pada tahun 2012. FGV merupakan syarikat yang bergantung lebih 60 peratus perolehannya daripada sektor perladangan dan telah menerima kesan paling ketara disebabkan faktor di atas berbanding syarikat perladangan lain yang kadar kebergantungan mereka lebih rendah.

Perlu diingat, kejatuhan harga MSM dan saham adalah di luar kawalan pengurusan FGV dan ia ditentukan oleh kuasa pasaran.

Dakwaan bahawa FGV terkeluar daripada Bursa Malaysia adalah tidak tepat. Jika FGV tidak lagi tersenarai dalam indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI ini bukan bermakna FGV akan dinyahsenarai dari Bursa Malaysia. FGV masih tetap berada dalam Pasaran Utama Bursa Malaysia dan sahamnya akan diniagakan setiap hari sama seperti ketika masih berada dalam senarai indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI. Perniagaan FGV juga akan beroperasi seperti biasa dan tidak terjejas dengan situasi berkenaan.

2 Pujian ADUN PKR Selangor Bukti Kejayaan Bas Rapid Transit Ilham DS @NajibRazak #KekalNajib



Tidak ada yang lebih membanggakan apabila Bas Rapid Transit-Laluan Sunway (BRT) yang merupakan bas elektrik pertama di Malaysia dan merupakan laluan BRT bertingkat pertama di rantau Asia Tenggara mendapat pujian dari pelbagai pihak termasuklah dari parti pembangkang sendiri. ADUN PKR Selangor yang juga merupakan Timbalan Speaker DUN Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad menulis di laman sosial Facebook beliau,
Isnin lalu saya menghadiri Perasmian Bus Rapid Transit Sunway oleh Perdana Menteri Najib Razak. Perkhidmatan BRT yang menggunakan bas-bas elektrik ini menghubungkan Stesen Komuter Setia Jaya dengan Stesen LRT USJ 7, merangkumi DUN saya dan DUN Speaker Selangor, Hannah Yeoh. Saya bersama Hannah dan juga Professor Helen Bartlett Pro Vice-Chancellor dan President of Monash University Malaysia di atas bas. Saya percaya integrasi antara sistem-sistem pengangkutan awam sedia ada serta kawasan padat di sekeliling BRT ini adalah amat kondusif ke arah kejayaannya dan berharap perkhidmatan ini memudahkan penduduk termasuk pelajar-pelajar sekeliling serta mengurangkan kesesakan lalu-lintas dan pencemaran.
Satu lagi projek daripada Kerajaan Barisan Nasional untuk Rakyat yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Razak. Perdana Menteri telah mencuba sendiri BRT berkenaan Isnin lalu. Beliau turut mengumumkan orang ramai boleh menggunakan perkhidmatan ini dengan percuma selama 2 bulan. Ini merupakan satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional untuk transformasi pengangkutan awam dalam bandar. Itupun ada lagi yang bertanya, apa yang Najib Razak buat untuk negara.


June 2, 2015

0 FELDA Prihatin Dengan Menanggung 30% PTPTN Anak Peneroka


FELDA akan menanggung 30 peratus bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada anak peneroka dengan syarat mereka tamat pengajian peringkat diploma dan ijazah pertama. Ini diumumkan ketika sesi memeterai perjanjian memorandum persefahaman antara Felda dan PTPTN di Menara Felda di ibu negara hari ini.

Pengarah Besar Felda, Datuk Hanapi Suhada berkata, sebelum ini Perdana Menteri, DS Najib Abdul Razak menyarankan agar pihaknya memberi lebih bantuan kepada anak muda. Beliau berkata pengurangan 30 peratus tersebut akan disalurkan terus kepada PTPTN dan badan pinjaman kewangan itu bertanggungjawab mengemas kini akaun pinjaman pelajar. 

Keistimewaan itu, katanya, tertakluk kepada pelajar baru sahaja yang melanjutkan pelajaran di IPT tempatan bermula pada 1 Januari 2014 sahaja. Beliau berkata langkah itu merupakan satu strategi lautan biru untuk Felda dalam kerjasamanya dengan PTPTN dan setakat tahun ini sebanyak RM16 juta dibelanjakan bagi menampung 1,825 pelajar baru di institut pengajian tinggi (IPT).

Garis panduan permohonan pengurangan 30% bayaran balik pembiayaan pendidikan PTPTN bagi anak-anak peneroka FELDA boleh dirujuk di bawah:




14 Banduan VVIP Anwar Ibrahim Dimasukkan Ke Hospital Kuala Lumpur Petang Ini





Mewah sungguh kenderaan SUV yang membawa banduan liwat, Anwar Ibrahim untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Siap dengan kawalan ketat seperti seorang diplomat asing. Anwar Ibrahim telah dipindahkan dari Penjara Sungai Buloh ke HKL untuk menerima rawatan. Beliau kini berada di Wad 28, HKL. Ahli-ahli keluarga akan bertemu beliau jam 7 petang hari ini. 

Difahamkan hanya keluarga terdekat dibenarkan bertemu Anwar Ibrahim. Adakah ini prosedur biasa bagi semua banduan mendapat layanan VVIP kerana bontot berdarah seperti yang didakwa oleh Anwar Ibrahim? Atau adakah banduan di Penjara Sungai Buloh mempunyai kelas dan kasta yang tersendiri?

0 Menangi RM300 Dengan Peraduan #GoKLNow!


Ambil gambar, rakam video dan menang! Sunnguh mudah bukan? Ini peluang anda untuk memenangi RM300. Bermula 01 Jun 2015 sehingga 26 Jun 2015, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan memberi RM300 kepada 30 pemenang bertuah yang menaiki bas Go KL! Anda hanya perlu tunjukkan bakat anda yang paling kreatif dengan mengambil gambar atau merakam video semasa menaiki bas percuma Go KL.

Hantarkan rakaman atau gambar kreatif anda semasa menaiki bas PERCUMA Go KL. Nantikan persembahan pemuzik-pemuzik jalanan di dalam bas! Sama ada anda ke tempat kerja atau berjalan-jalan menikmati panorama Kuala Lumpur, jangan lupa mneyertai peraduan mudah ini dan nikmatilah kemudahan 20 bas baru Go KL yang memberikan perkhidmatan percuma di Kuala Lumpur!


 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates