May 2, 2015

28 Sehari Selepas Demonstrasi Anti GST, Rakyat Malaysia Masih Melarat Di Pasaraya Besar


Ini adalah gambaran terkini kesengsaraan Rakyat Malaysia malam ini di IOI City Mall, sebuah gedung membeli belah. Disebabkan oleh kekejaman Kerajaan Malaysia, Rakyat Malaysia terpaksa makan di luar. Zalim amat zalim. Hancurkan BN. Hancurkan UMNO. Kita hidup susah dan melarat. Nasi ayam berharga RM10 orang beratur panjang, burger Fuel Shack berharga RM15 pun penuh.

Absolute Thai ... 'full house' beb! Tomyam berharga RM38 sudah naik harga selepas GST berbanding tomyam di tepi jalan. Cendol di Teochew Chendul berharga RM5.90 pun sudah naik harga. Rakyat tiada pilihan lain daripada terpaksa minum cendol RM5.90 ini. Undur Rosmah undur. 

Ini hanya sekelumit kisah kesengsaraan Rakyat Malaysia yang masih tinggal di Lembah Kelang. Lagi zalim Kerajaan Malaysia terhadap Rakyat Malaysia yang sejak dua hari lepas terperangkap dalam jam akibat hendak balik kampung. Lebuhraya Utara Selatan dan Timur Barat penuh sesak dengan kenderaan. 

Hotel-hotel dan pusat peranginan penuh sesak dengan Rakyat Malaysia yang sengsara dengan tekanan GST. Esok dan lusa penderitaan Rakyat Malaysia akan bertambah kerana akan kembali ke Ibu Kota selepas berhabisan dan bermewahan bercuti. Zalim amat zalim sekali Kerajaan Malaysia!






4 Terima Kasih PM @NajibRazak - 1,504 Unit Rumah PGBF Berharga RM90,000 #PRKRompin #KekalNajib



Terima kasih Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Abdul Razak kerana mendengar dengup nadi Rakyat FELDA. Hari ini Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Razak telah mengumumkan sebanyak 1,504 rumah Projek Perumahan Generasi Baru FELDA yang sebelum ini Kerajaan tawarkan pada harga RM120,000 akan dijual kepada Generasi Kedua FELDA dengan harga RM90,000.

Berikut adalah Kenyataan Media Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Razak Mengenai Projek Perumahan Generasi Baru FELDA di Parlimen Rompin:

1. Kerajaan sentiasa peka dan mengambil berat tentang pemilikan rumah mampu milik di tanah rancangan FELDA khususnya generasi baru.

2. Komitmen kerajaan terhadap perkara ini telah dizahirkan dengan pembinaan 1,504 unit Perumahan Generasi Baru FELDA di Parlimen Rompin iaitu di Felda Selancar 4/5 sebanyak 480 unit, Felda Keratong 4 sebanyak 264 unit, Felda Selendang 2 sebanyak 360 unit dan Felda Keratong 7 sebanyak 400 unit pada harga RM 125,000 seunit jauh lebih rendah dari harga pasaran semasa.

3. Menyelami keluh kesah generasi baru serta permintaan agar harga rumah tersebut dikaji semula, saya telah mengarahkan Pengarah Besar FELDA, Datuk Hanapi Suhada untuk menawarkan harga baru rumah-rumah tersebut pada harga RM90,000 untuk pembelian secara jual-beli.

4. Untuk segelintir generasi baru yang tidak berkeupayaan mendapatkan pembiayaan untuk pembelian rumah-rumah tersebut, kerajaan akan menyediakan skim sewa dan beli di mana generasi baru ini akan dapat menduduki rumah tersebut selama 5 tahun secara sewaan dengan kadar yang munasabah serta tawaran pembelian dibuat selepas itu tertakluk kepada syarat-syarat dan perjanjian kedua-dua pihak.

5. Kerajaan akan terus menjulang agenda pemilikan rumah oleh rakyat khususnya di tanah-tanah rancangan FELDA dan perkara ini akan terus disemarakkan. Adalah diharapkan jua, pengumuman ini dapat merealisasikan impian generasi baru FELDA khususnya di Parlimen Rompin untuk memiliki rumah idaman mereka.

Dibawah adalah contoh rumah-rumah PGBF yang telah siap di Keratong 9.

4 Bila Masjid Digunakan Untuk Politik #PRKPermatangPauh

Bila masjid digunakan untuk berpolitik, calon PKR, Wan Azizah tersenyum riang. Siang boleh membuat Tarian Nenek Kipas lagi. Tidak pernah dalam sejarah, PR terdesak sebegini untuk menggunakan Masjid untuk menyampaikan ceramah politik di dalam khutbah. 

Mereka mempersendakan Rumah Allah semata-mata untuk menaikkan Nenek Kipas sebagai Wakil Rakyat Permatang Pauh sekali lagi. Mimbar Jumaat digunakan untuk kempen politik. Khatib-khatib jemputan berkempen untuk calon PKR di seluruh Permatang Pauh. Inilah jadinya bila Agama digunakan untuk berpolitik

2 Strategi Terakhir Calon PKR #PRKPermatangPauh - Cucu & Air Mata

Kempen calon-calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh memasuki fasa terakhir. Calon-calon sudah melengkapkan sebahagian besar kempen bertemu pengundi dan kempen dari rumah ke rumah. Wan Azizah, calon PKR yang dikatakan calon 'favourite' masih tidak pasti dengan harapnnya untuk menang selesa di dalam PRK kali ini. Calon BN P44 Permatang Pauh, Suhaimi Sabudin kelihatan lebih berkarisma dan berwawasan untuk mewakili Rakyat Permatang Pauh sebagai wakil Rakyat mereka.

CTS menjangkakan Wan Azizah & Co. akan mengeluarkan senjata ampuh sebagai tarikan untuk perhatian pengundi iaitu 'cucu dam air mata'. Drama sinetron tentang kesedihan sebuah keluarga disulami dengan bercucuran air mata pasti dipertontonkan di pentas ceramah dan di jalanan seperti babak ketika suami calon PKR, Anwar Ibrahim ketika berada di penjara. Nurul Nuha yang akan berpakaian selekeh pasti mengusung anak-anaknya begitu juga anak-anak Nurul Izzah yang akan turut dipergunakan untuk meraih simpati. Tidak percaya? Tunggu ...




May 1, 2015

17 Demo Datang Dan Pergi, Yang Tinggal Hanya Kesan Vandalisme

Ada yang gembira bagi mereka demonstrasi yang mereke lakukan petang ini telah berjaya. Mereka berdemo kononnya terhimpit dengan kesan GST. Sebaliknya masing-masing mampu datang ke Kuala Lumpur untuk berdemo. Ada yang sejauh Kelantan dan Perlis. Mungkin mengejar imbuhan daripada parti-parti politik. 

Pendemo ini tidak mahu menyumbang untuk negara melalui cukai GST tetapi mereka membuang duit negara, duit Rakyat dengan melakukan vandalisme. Kesan-kesan contengan di merata Ibu Kota siapa yang akan bersihkan? Menggunakan duit siapa? Bukankah duit pembayar-pembayar cukai. Pendemo-pendemo vandalisme ini hanya sesuai tinggal di Zoo Negara.

10 Situasi Terkini Demonstrasi Anti GST Di Dataran Merdeka

Buatlah macam mana sekalipun. publisiti dan isu meluas mana sekalipun tidak akan dapat mengumpul kembali pendemo-pendemo seperti mana yang berlaku pada BERSIH 2.0 dahulu. Orang sudah mual dengan demontrasi agaknya.

Kalau ada yang perasan, demonstrasi petang ini banyak terdiri daripada Cina DAP. Mengapa? GST menganggu ramai taukeh Cina DAP untuk menipu keuntungan perniagaan mereka dan sistem percukaian.

April 30, 2015

12 Ramainya Datang Ceramah @AzminAli Di Taman Guar Perahu #PRKPermatangPauh


Ini gambar terkini pukul 10.30 malam di lokasi ceramah PKR di Taman Guar Perahu. Ceramah bermula jam 9.00 malam tadi. Timbalan kepada calon PKR, Azmin Ali, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Shamsul Iskandar, janda berhias Nurul Izzah pun ada dan calon sendiri, Nenek Kipas akan berceramah di sini. Kenapalah ramai sangat yang datang? Pulak tu masing-masing duduk bersila. Ini ceramah atau majlis talqin untuk Wan Azizah?

Ini pula gambar terbaru pukul 11.00 malam.

27 Antara 2 Darjat - Payung DS @NajibRazak Dan Payung @cmlimguaneng


Sebentar tadi Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Abdul Razak melawat Bengkel 2H Auto Workshop yang dikelolakan oleh Zaharul, antara pengusaha OKU paling berjaya di Kampung Baru. Bengkel ini telah menerima manfaat daripada Program TEKUN yang bermatlamat untuk membantu golongan Bumiputera memulakan atau memajukan perniagaan mereka. Perdana Menteri kelihatan memayungi orang di sebelahnya.

Di bawah pula adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng ketika pelancaran di satu majlis. Ketibaannya disambut dengan karpet merah dan ada macai untuk memayungi dirinya dari perit matahari. CTS tidak ingat mana-mana pemimpin Gerakan atau MCA atau pun Perdana Menteri sendiri mendapat layanan Di Raja sebelum ini di Pulau Pinang atau di tempat-tempat lain.

Inilah dua darjat antara dua pemimpin,


6 Rungutan Tren Lambat Setiap Hari Langsung Tiada Tindakan - Presiden KTMB Wajar Berundur cc. @AKaprawi @liowtionglai


Sudah hampir sebulan lebih permasalahan tren komuter yang lambat dan tidak mengikut jadual telah dialami oleh pengguna-pengguna. Hampir setiap hari ada sahaja luahan perasaan di dalam laman sosial mengenai segala ketidakpuasan hati mereka. Keretapi Melayu Malaysia Berhad (KTMB) seolah-olah memekakkan telinga dan menganggap perkara ini sebagai tidak penting. Sebagai seorang ketua di dalam sebuah organisasi pengangkutan Rakyat, Presiden KTMB, Datuk Elias Kadir perlu mengambil pertanggungjawaban. Beliau harus melepaskan jawatannya sekiranya beliau tidak mampu menguruskan hal Rakyat. 

Khabar angin bertiup kencang mengatakan hari ini adalah hari terakahir perkhidmatan beliau di KTMB dan kontrak beliau tidak akan diperbaharui. Jika benar apa yang diperkatakan, Rakyat terutama pengguna komuter dan keretapi harus bersujud syukur kerana kita perlukan pemimpin organisasi pengangkutan Rakyat ini diterajui oleh pemimpin yang dapat menyelesaikan masalah rakyat dan bukan sekadar menjadi pembodek Menteri.






8 Hinanya Pemuda PAS Pulau Pinang Di Mata Wan Azizah #PRKPermatangPauh



29 April 2015 - Di sebelah pagi Pemuda PAS Pulau Pinang membuat 'u-turn" menarik balik boikot kepada PKR dan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh. Mereka juga bersedia untuk membantu gerak kerja pilihanraya. Walau bagaimanapun, mereka tetap dengan pendirian supaya AMK menarik balik kenyataan melampau dan meminta maaf terhadap Presiden PAS.

29 April 2015 - Calon PKR Permatang Pauh, Dr Wan Azizah menempelak dan memperlekeh Pemuda PAS Pulau Pinang dan berbangga kerana berjaya menundukkan Pemuda PAS Pulau Pinang tanpa perlu menarik balik kenyataan melampau dan meminta maaf.

Hina sungguh Pemuda PAS Pulau Pinang di mata Wan Azizah.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates