April 11, 2015

12 BERSIH Jangan Gertak Kosong - Saman SPR Jika Persempadanan Semula Langgar Undang-Undang


Setelah gagal beberapa kali untuk mengheret Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ke mahkamah untuk tuduhan salah laku dan tidak mengikut undang-undang sewaktu Persempadanan Semula Sarawak dilakukan, BERSIH hari ini buat hal lagi. Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 lewat petang tadi memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang ke atas SPR sekiranya didapati proses persempadanan semula itu tidak dijalankan mengikut undang-undang.

Ini bersandarkan kepada 'pendedahan' DS Ismail Sabri Yaakob yang Tun Dr Mahathir Mohamad membuat persempadanan semula kawasan pilihan raya susulan kemerosotan undi orang Melayu kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum (PRU) 1999. DS Ismail Sabri Ismail semalam dilaporkan menuduh Tun Dr Mahathir melakukan perubahan komposisi pilihan raya pada 1999 dengan mewujudkan 'kawasan bercampur' daripada 'kawasan majoriti pengundi Melayu', untuk melemahkan undi Melayu yang pada masa itu dilihat tidak memihak kepada BN.

BERSIH sepatutnya tidak mengambil kesempatan di atas cakap-cakap ahli politik yang tidak bersandarkan kepada fakta dan bukti untuk membuat ugutan dan amaran kepada SPR. Kita percaya BERSIH tidak akan sekadar membuat ugutan dan amaran sekiranya mereka mempunyai bukti yang kuat bahawa Persempadan Semula yang dilakukan oleh SPR tidak mengikut lunas undang-undang. 

Hakikat yang tidak dapat dinafikan SPR sentiasa mematuhi Perlembagaan Malaysia dalam tindakannya dan tidak pernah ingkar kepada keputusan mahkamah dalam isu persempadanan semula, dakwat kekal dan lain-lain yang dibawa oleh pelbagai pihak. Malah telah termaktub di dalam sejarah sejak SPR diwujudkan, belum pernah sekalipun suruhanjaya berkenaan didapati bersalah kerana bertindak di luar perlembagaan dan melanggar undang-undang.

Kadangkala CTS berfikir, Menteri-Menteri yang berkenaan lebih baik berdiam diri dari menyokong membuta tuli dan bercakap kosong semata-mata untuk mempopularkan diri. Bukan sahaja imej dan maruah Perdana Menteri mungkin akan tergugat sebaliknya badan-badan bebas seperti SPR juga turut terheret di dalam kemelut Mantan Perdana Menteri dan Perdana Menteri.

19 Buang Air Kena GST - Minda Bangang Dari Portal Pembangkang


Ini adalah dakyah baru dari porta pembangkang - buang air kena GST. Bagi sesiapa yang pernah melawat KLCC pastinya tahu bahawa tandas ini mempunyai bayaran masuk RM2. Bayaran ini dikenakan sejak tahun 2001 lagi. Apa yang bagusnya tandas ini, bayaran yang dikenakan seleas GST turut sama iaitu RM2. Tiada kenaikan harga.

Tidak perlu mengeluh atau membuat kecoh di laman sosial kerana anda boleh mencari tandas percuma di tingkat lain. Tandas RM2 mempunyai keistimewaan tersendiri sesuai dengan harganya RM2. Tands ini dikhaskan untuk orang-orang yang mahukan kesempurnaan dan 'privacy'. Tandas ini mempunyai perkhidmatan pelayan, yang akan memberikan kepada anda tisu wangi untuk mengelap muka anda (tidak pasti pula jika pelayan berkenaan memberikan kepada juak-juak pembangkang tisu untuk mengelap bontot mereka atau tidak). Kebersihan tandas berkenaan sentaiasa terjaga. 

Tidak dipastikan sama ada macai yang memuatnaik resit tandas berkenaan datang dari hulu banat mana atau beliau sekadar ingin memburukkan Kerajaan dalam isu GST. Yang pasti mereka mungkin hanya mampu untuk menipu orang kampung yang tidak pernah menjejak kaki di KLCC, tetapi orang Lembah Klang yang pernah ke sana pasti mencebik betapa bodohnya dakyah pembangkang ini.

6 Bilal Dah Qamat Sebelum Solat Jumaat Masih Nak Berpolitik!!

Kejadian berlaku di masjid sebuah sekolah menengah agama di Kajang ketika solat Jumaat. Selesai sahaja khatib berkhutbah dan bilal qamat menandakan untuk memula solat fardu Jumaat, secara tiba-tiba seorang lelaki berumur 40an merampas mikrofon daripada imam yang bertugas.

"Imam kita ni, belum bernikah lagi. Lebih elok jika solat ini diimamkan oleh mereka yang layak dan berpengaruh. Dengan ini saya menjemput Dato Seri Zahid Hamidi untuk mengimamkan solat".

Datuk Seri Zahid Hamidi memang kebetulan menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut. Memang menjadi satu kebiasaan, solat diimamkan oleh pelajar Sekolah Menengah Agama tersebut dan selama ini tiada pun sebarang bantahan daripada pihak sekolah termasuk para ustaz.

Datuk Seri Zahid Hamidi yang berada di saf nombor tiga mengangkat tangan tanda menolak dengan baik. Lelaki tersebut yang masih memegang mikrofon tiba-tiba sekali lagi mengejutkan seluruh jemaah "Inikah dia tokoh pemimpin kita??", dengan nada menyindir.

Akhirnya keadaan tegang tersebut berjaya ditenangkan apabila seorang jemaah yang agak senior merampas semula mikrofon dan menyerahkan semula kepada imam yang bertugas.

Datuk Seri Zahid Hamidi bukannya tidak layak menjadi imam, beliau sendiri adalah lepasan pelajar sekolah agama dan lahir dalam keluarga yang alim agama.

Nak jadi imam masjid bukan isu tangkap muat. Seseorang imam tu mestilah sama ada yang mendapat tauliah Jabatan Agama, atau pun dipilih oleh Nazir dan Jawatankuasa masjid. Peraturan tetap peraturan.

Apa pun tahniah kepada Datuk Seri Zahid yang tertib, menjaga adab dan masih lagi bersifat "cool" walapun di provok di rumah Allah oleh penyokong pembangkang yang tak cerdik dan taksub.

Jadi pembaca nilaikan sendiri mentaliti penyokong pembangkang yang gila berpolitik sampaikan 2 minit sebelum solat Jumaat masih lagi nak berpolitik di masjid.

Kejadian Jumaat baru-baru ini telah diceritakan oleh Rezal Fahmi Arjunaidi, Bekas Pelajar Maahad Hamidiah, Kajang.

April 10, 2015

0 Isu GST - Kaedah MCA Membantu Perniagaan, Kaedah DAP Tutup Kedai!!!


Posting ini adalah berkenaan sebuah kisah untuk satu masalah. Dua pihak mengambil pendekatan yang berbeza untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

Pendekatan pertama dai MCA - MCA membantu peniaga menghadapi GST

Seorang pemilik kedai runcit, yang keluarganya telah menjalankan perniagaan selama lebih daripada 70 tahun, memikirkan untuk menutup perniagaannya disebabkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Ho Choon Kee, 49, berkata beliau hampir menutup kedainya jika tidak kerana bantuan yang diberikan oleh MCA Bahagian Taiping kerana dia tidak celik komputer.

Beliau berkata, MCA telah mendekati beliau dan mereka telah memperkenalkannya kepada sebuah firma yang telah membantu beliau memperolehi satu sistem jualan berkomputer dan menyediakan panduan dan latihan. Ho, yang memiliki kedai runcit Sin Ju Heng di Kuala Sepetang di sini, berkata walaupun ia bukan sesuatu yang mudah, beliau bersedia untuk menghadapi cabaran. Beliau berkata, setelah semua sistem beroperasi, ianya semudah ABC. Sumber di sini.

Pendekatan kedua dari DAP - Tidak dapat mengendalikan GST, peniaga yang berusia 68 tahun terpaksa menutup kedai

Moey Kok Meng dan keluarganya yang memiliki kedai runcit di Air Itam telah menutup perniagaannya dengan alasan GST. Moey 68, berkata beliau membuat keputusan untuk menutup kedainya yang telah beroperasi selama 48 tahun sebelum Tahun Baru Cina bulan lepas. 

DAP melalui Ketua Menteri Pulau Pinang bukan setakat tidak membantu Rakyat di negeri di bawah pemerintahannya, malah mempersendakan peniaga berkenaan dengan memberikan kepada pasangan Moey suami isteri tiket  percuma untuk naik ke Penang Hill, yang hanya sah selama sebulan sebagai tanda penghargaan selama bertahun-tahun pasangan itu perkhidmatan kepada masyarakat setempat. Sumber di sini.

Persoalannya, siapakah yang lebih bertanggungjawab? MCA atau DAP? MCA menyelesaikan masalah peniaga tentang GST dengan memberikan pertolongan sehingga semua kesulitan diselesaikan. Sebaliknya pula, DAP sekadar menggunakan 'Uncle' tua berkenaan untuk kepentingan politik mereka dan hanya menghadiahkan tiket ke Fraser Hill selama sebulan!

35 Lipas Dalam 'Prawn Mee Soup' Di Old Town White Coffee?


Restoren Old Town White Coffee mendapat liputan lagi di media-media sosial. Seperti selalu, liputan yang diberikan bukan untuk perkara yang boleh dibanggakan. Timbalan Menteri Belia Dan Sukan, Datuk M Saravanan telah mengemaskinikan 'posting' akaun Facebook beliau dengan berita restoren ini. Menurut beliau, ketika makan bersama-sama rakan-rakan beliau, beliau telah terjumpa seekor lipas di dalam hidangan 'prawn mee soup', ketika makan di cawangan restoren berkenaan di Subang Airport Skypark.

Penemuan haiwan-haiwan eksotik di dalam hidangan Old Town White Coffee bukanlah merupakan pertama kali. Sebelum ini ada pelanggan yang telah memuatnaik gambar haiwan eksotik di dalam hidangan restoren ini. Tidak dapat dipastikan sama ada haiwan-haiwan berkenaan adalah rencah dan menu yang sepatutnya ada di dalam hidangan di restoren berkenaan atau bukan. Kita meminta pihak JAKIM mengkaji semula sijil Halal Malaysia yang diberikan kepada restoren berkenaan kerana telah kerap kali kejadian sebegini berlaku.

April 9, 2015

2 MP Bagan (Lim Guan Eng) & MP Kluang (Liew Chin Tong) Buat Apa Di Australia Ketika POTA Diluluskan?


DAP secara rasmi telah mengesahkan bahawa pada malam 'Prevention of Terrorism Act' atau Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) telah diluluskan di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong berada di Australia untuk lawatan yang telah dirancang sebelum ini.

Parlimen diadakan hanya 61 hari dalam setahun dan jadual kehadiran di Dewan Rakyat telah diketahui dengan lebih awal. Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng dan YB Liew Chin Tong telah menimbulkan kebimbangan dan persoalan mengenai rang undang-undang POTA sebelum ini. Kenapakah mereka masih membuat perancangan untuk ke Australia pada masa pembentangan, perdebatan dan pengundian POTA dilakukan di Dewan Rakyat minggu ini?

Adakah perjalanan ke Australia yang telah dirancang ini merupakan lawatan peribadi atau rasmi? Jika ia merupakan lawatan peribadi, kedua-dua Ahli Parlimen ini telah melakukan pengkianatan kepada pengundi-pengundi mereka. Jika ia adalah lawatan rasmi, mengapa tidak boleh dijadualkan semula dan mengapa ia begitu penting sehingga anda berdua mesti berada di Australia minggu ini? Jika ianya adalah lawatan rasmi, di mana gambar-gambar dan berita acara yang dihadiri?

April 8, 2015

0 Pemandu Teksi Degil Boleh Dilaporkan Melalui Applikasi MeterOn


Pengguna teksi sekarang mempunyai alternatif untuk melaporkan aduan terhadap pemandu teksi yang degil dengan menggunakan applikasi yang dipanggil MeterOn. Pelancaran applikasi ini yang disediakan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah dilancarkan hari ini.

Menurut Pengerusi SPAD, TS Syed Hamid Albar, objektif MeterOn yang beroperasi di kedua-dua platform Android dan iOS, adalah untuk menangani dua rungutan pengguna utama iaitu pemandu teksi tidak menggunakan meter dan tambang teksi yang berlebihan .

TS Syed Hamid menambah, pengenalan applikasi berkenaan mengulangi komitmen suruhanjaya itu untuk mereformasikan industri teksi kerana applikasi berkenaan membolehkan mana-mana penumpang teksi mempunyai kawalan ke atas pemilihan pemandu mereka dan juga menilai kadar sikap dan tingkah laku pemandu teksi itu sendiri. Beliau berkata MeterOn merangkumi lebih 50,000 pemandu teksi berlesen di seluruh Semenanjung Malaysia .

Sementara itu Ketua Jabatan Pengurusan Aduan SPAD, Zachary Ismail berkata MeterOn dilengkapi dengan enam ciri utama iaitu pengesahan pemandu, pengesan perjalanan, anggaran tambang, kedudukan rating pemandu, SOS amaran dan maklum balas atau laporan.

0 Fitnah Pembangkang Terhadap FELDA - Mahkamah Rayuan Kekal Keputusan Mahkamah Tinggi

Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi mengarahkan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan empat idividu lain untuk membayar ganti rugi RM100,000 kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) kerana memfitnah FELDA menerusi dua artikel kononnya agensi itu menjual minyak sawit mentah ke Israel.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan turut dianggotai Hakim Datuk Rohana Yusof dan Hakim Dr Prasad Sandosham Abraham, sebulat suara menolak rayuan Mustafa, dan empat defendan lain iaitu ketua pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, editor Taufek Yahya, penulis artikel Mohd Arif Atan dan pencetak Harakah Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

FELDA telah memfailkan saman pada 07/01/2013, terhadap keenam-enam mereka dan bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berhubung artikel bertajuk "2,000 Himpun Bantah Felda Jual Minyak ke Israel" dan "BN Jangan Tipu Rakyat" bertarikh 27/11/2012, yang disiarkan dalam Suara Keadilan.

Walau bagaimanapun, Saifuddin pada 21/04/2013 mencapai penghakiman persetujuan ke atas saman fitnah dan bersetuju untuk menarik balik mana-mana tuduhan dalam artikel itu yang diterbitkan dalam akhbar parti Suara Keadilan.

Beliau juga bersetuju untuk menerima dan mengakui bahawa FELDA IFFCO Oil Products Sdn Bhd melakukan penghantaran minyak sawit ke Palestin dan bukan Israel pada Mac 2010, FELDA tidak pernah menjual minyak sawit mentah kepada Israel atau mana-mana syarikat milik Israel dan bahawa FELDA dan FELDA IFFCO Oil Products Sdn Bhd adalah dua entiti sah yang berasingan.

0 MCA Terus Menyokong Kepimpinan Perdana Menteri DS @NajibRazak

Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai menegaskan MCA akan terus menyokong penuh kepemimpinan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak dalam usaha kerajaan membangunkan negara pada masa depan. DS Liow berkata, pihaknya akan terus bersama-sama DS Najib dalam melakukan pelbagai transformasi untuk rakyat dan negara. 

MCA mengulangi pendirian parti itu yang menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri dan enggan melayan kritikan terhadap kepimpinannya. DS Liow menambah fokus parti MCA sebagai anggota komponen Barisan Nasional (BN) adalah bersama-sama Umno untuk membangunkan negara. MCA tidak mahu terganggu dengan semua serangan daripada mana-mana pihak. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di lobi Parlimen semalam. Pendirian MCA ini berikutan kenyataan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad  yang lantang mengkritik kepimpinan Najib melalui blognya. 

Sementara itu, BERNAMA melaporkan DS Liow yang juga Menteri Pengangkutan menyifatkan penyenaraian usul Rang Undang-Undang Persendirian berkaitan pelaksanaan Hudud di Kelantan di dalam aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat membuktikan pakatan pembangkang tidak sepakat. Katanya tindakan Presiden PAS,  DS Abdul Hadi Awang tetap dengan pendirian membentangkan usul itu menunjukkan DAP gagal menyekat keinginan PAS seperti dijanjikan sebelum ini.

26 Sebab Utama Presiden PAS Tidak Hadir Ketika POTA Diluluskan



Gambar-gambar di atas tidak disebarkan oleh orang-orang UMNO sebaliknya gambar-gambar ini diperolehi daripada group Whatsapp pemimpin-pemimpin PAS sendiri. Semalam, CTS ada membuat posting 10 orang Ahli Parlimen PAS yang tidak hadir ketika 'Prevention of Terrorism Act' atau Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) telah diluluskan di Dewan Rakyat. 

Perbahasan POTA mula panas mulai jam 8.45 malam 06/04/2015 hinggalah akhirnya diluluskan juga jam 2.25 pagi 07/04/2015. Adalah difahamkan Ahli-Ahli Parlimen lain terpaksa makan nasik lemak bungkus yang dibawa masuk oleh Ahli Parlimen Arau sekitar jam 12.40 pagi kerana perbahasan peringkat jawatankuasa masih berlangsung.

Menerusi gambar-gambar yang disebarkan oleh pemimpin-pemimpin PAS sendiri, pada jam 9.20 malam 06/04/2015, Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang sibuk melayan tetamu-tetamunya menjamu selera. Mungkin untuk berfikir baik, Ahli Parlimen Marang tidak dapat mengahadirkan diri ketika pembentangan dan kelulusan POTA disebabkan terlalu kenyang. Wallahualam.

April 7, 2015

3 POTA Diluluskan!!! Mana 10 Ahli Parlimen PAS? Tak Mengundikah?


'Prevention of Terrorism Act' atau Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) telah diluluskan di Dewan Rakyat jam 2.25 pagi tadi, setelah dibahas lebih daripada 12 jam. Sebanyak 79 Ahli Parlimen menyokong manakala 60 menentang, menjadikan jumlahnya 139 undi. Ahli Parlimen ada seramai 222 orang. Seorang baru saja meninggal dunia dan seorang lagi sedang berehat di Penjara Sungai Buloh. Ke mana perginya 81 lagi?

Tahniah kepada Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri, DS Zahid Hamidi di atas kelulusan Akta tersebut. Kata dikotakan dan janji ditepati. Majoriti Rakyat Malaysia akan terlindung di bawah Akta penting ini. Kita harapkan 81 Ahli Parlimen ini jangan pula lebih-lebih di luar Parlimen pulak. Mereka sudah diberi peluang secara adil untuk mengundi di Dewan Rakyat. Diharapkan mereka ini tidak akan menggunakan Dewan Sogo untuk berhujah mengenai perkara yang sama.

Fakta yang menarik adalah terdapat 10 orang Ahli Parlimen PAS yang tidak ada di Dewan Rakyat semasa proses pengundian POTA dilakukan. Apa alasan mereka untuk ponteng atau tidak hadir ke dalam dewan? Adakah mereka menyokong Akta berkenaan secara diam dengan memberi sokongan secara tidak hadir ke Dewan? Ahli-Ahli Parlimen berkenaan adalah seperti berikut:

1. Marang.
2. Pokok Sena.
3. Kota Raja.
4. Tumpat.
5. Temerloh.
6. Pasir Mas.
7. Rantau Panjang.
8. Kuala Nerus.
9. Kota Bharu.
10. Pengkalan Chepa.

Hello, Hello Mahfuz, kenapa tidak datang ke Parlimen. Hello, Hello, Hellooooo ...

2 #KTMB Perlu Reformasi, Presiden Perlu Digantikan


Kemelut yang melanda Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dengan Kesatuan Pekerja Keretapi Malaysia (RUM) masih belum ada jalan penyelesaian dan keadaan ini merencatkan perkembangan hala tuju dan perniagaan KTMB itu sendiri. Piket dan mogok yang dilakukan oleh RUM setelah sekian lama berlaku kerana "personaliti" dalam pengurusan KTMB itu sendiri. Personaliti yang dimaksudkan merujuk kepada Presiden KTM, Datuk Elias Kadir. RUM pada dasarnya berpiket bukan kerana soal gaji atau soal kebajikan. Piket mereka itu kerana seorang personaliti iaitu Datuk Elias Kadir.

Prestasi Kewangan KTMB juga tidak menunjukkan keadaan yang memuaskan. Sejak KTMB dikorporatkan pada 1992, sebanyak RM7.4 juta jumlah pendapatan terkumpul direkodkan sehingga tahun kewangan berakhir 31 Disember tahun lalu. Walau bagaimanapun katanya, KTMB telah mencatat kerugian terkumpul sebanyak RM2.5 bilion dalam tempoh tersebut disebabkan beberapa faktor iaitu kadar tambang yang rendah selain kos operasi yang tinggi. Untuk rekod, Datuk Elias Kadir, dilantik memegang jawatan presiden KTM sejak 2 Mei 2012. Beliau sebelum itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif Multimodal Freight Sdn Bhd, sebuah unit di bawah pentadbiran KTMB.

Kajian juga menunjukkan berlaku penurunan penumpang dalam pengunaan tren. Data membuktikan dalam tempoh Datuk Elias Kadir, Presiden KTMB memegang jawatan lebih dari 30% penurunan penumpang berbanding sebelum beliau menerajui Presiden KTMB. Berikut adalah data penumpang tren KTMB sejak 2010.

2010 - 4,047,428
2011 - 3,691,490
2012 - 3,055,899
2013 - 2,702,191
2014 - 2,192,518


Tindakan KTMB di atas perancangan membeli 10 set coach Electric Train Service (ETS) yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Butterworth dalam masa tiga jam harus dipuji. Menurut Pengerusi KTMB, Datuk Nawawi Ahmad, keretapi set baru yang dibeli dari syarikat China, CSR Zhuzhou Electric Locomotive Co (CSR ZELC) dijangka mula beroperasi pada Jun 2015. Tiga set akan memulakan perjalanan mereka pada laluan KL-Butterworth pada bulan Jun 2015. Tujuh akan digunakan secara berperingkat menjelang Januari 2016. Keretapi ETS ini mampu bergerak pada kelajuan 160 kilometer sejam dengan model keretapi sekarang hanya dengan kelajuan 140 kilometer sejam. 

Unit-unit baru akan dibawa ke Malaysia bermula bulan depan dan mereka akan diuji oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Semua ini adalah sebahagian daripada usaha yang lebih besar untuk menghubungkan Kuala Lumpur ke Padang Besar melalui projek landasan berkembar elektrik. Sekarang ini pun, kita sudah ada keretapi ETS yang mnghubungkan Kuala Lumpur dengan Ipoh dalam masa 1 jam 30 minit. 

Syabas sekali lagi kita ucapkan kepada pihak KTMB atas usaha mereka meningkatkan taraf perkhidmatan ke tahap lebih selesa dan cekap. KTMB mempunyai masa depan yang cerah. Cumanya Presiden KTMB yang tidak mencapai tahap yang membanggakan perlu diganti. KTMB adalah syarikat 'Government Link Agency (GLC)' di bawah Kementerian Kewangan yang perlu dijaga. KTMB harus menunjukkan prestasi kewangan yang memberangsangkan untuk mengelakkan pihak Kerajaan daripada terus dipersaalahkan.

April 6, 2015

36 Apa Tujuan A Kadir Jasin Menyerang DS Rosmah Mansor Dalam Posting Terbarunya?

Menarik membaca 'serangan' terbaru Datuk A Kadir Jasin di dalam posting terbaru blognya, baca di sini. Posting kali ini banyak membandingkan pentadbiran DS Najib Tun Razak dan Mantan Perdana Menteri sebelumnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi atau lebih mesra dipanggil Pak Lah. Apakah ini cubaan terbaru sesetengah pihak untuk melaga-lagakan kedua-dua tokoh ini? Walau bagaimanapun, CTS tertarik dengan 'point' nombor 2. yang beliau kemukakan seperti berikut:
2. Pak Lah did not have an ambitious wife. He had health issues. His did not have a support base as strong as Mohd Najib. Umno divisional, state and federal leaders were then less hypocritical and there was still some “perjuangan” (struggle) left.
 3. Mohd Najib might not have played a key role in forcing Pak Lah to resign. But he must have learned a few lessons to avoid Pak Lah’s pitfalls. Mohd Najib has an ambitious determined wife who would want him to stay at all costs. On the other hand, Pak Lah’s wife, (Tun) Jeanne, is not ambitious woman and it was said that she urged him to resign.
Katanya, Pak Lah tidak mempunyai "an ambitious wife". Dalam erti kata lain, DS Najib Tun Razak mempunyai "an ambitious wife" atau isteri yang bercita-cita tinggi. Benarkah isteri Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor mempunyai cita-cita tinggi? Kadir Jasin kata DS Rosmah Rosmah Mansor "an ambitious determine wife". CTS hendak mintalah Kadir Jasin jelaskan "ambitious determined wife" tu macam mana?Adakah Datin Sri hendak jadi Wakil Rakyat? Menteri? Menteri Besar? Datin Sri tidak pernah menyuruh seorang ADUN meletakkan jawatan semata-mata kerana nafsu untuk menjadi Menteri Besar.

Adakah Datin Sri menawarkan diri untuk bertanding apa-apa jawatan di dalam parti sebelum ini? Adakah Datin Sri pernah melobi dalam mana-mana kerusi DUN atau Parlimen? Yang pasti Datin Sri tidak ada keinginan langsung untuk jadi calon PRK Parlimen Rompin, tetapi lain kisahnya dengan Nenek yang gila kuasa untuk bertanding di Parlimen Permatang Pauh walaupun sudah jadi ADUN Kajang. Datuk A Kadir Jasin silap orang kot? Adakah Datuk A Kadir Jasin maksudkan 'Sith Lord' seperti gambar di bawah?

9 Gempar!!! Nenek Kipas Kelihatan Berlegar-Legar Di Permatang Pauh



Berita mengemparkan yang kami terima daripada penduduk-penduduk di sekitar Pematang Pauh adalah kelibat seorang Nenek Kipas yang berlegar-legar menemui penduduk sekitar beberapa hari lepas. Menurut penduduk tempatan, kelibat Nenek Kipas berkenaan sudah lama tidak kelihatan. Sebelum ini, Nenek Kipas berkenaan hanya kelihatan di daerah Kajang. Itupun hanya dalam masa yang singkat. 

Semalam, Nenek Kipas berkenaan ketika ditemubual oleh portal pro pembangkang, di sini, mengadu suaminya, seorang banduan liwat tidak dibenarkan menjamah buah kurma dan air Zam Zam yang dibawa olehnya ke penjara. Nenek Berkipas terlupa Penjara Sungai Buloh bukannya Holiday Inn. Nenek Kipas mahu menggunakan Agama untuk menarik simpati kerana beliau tahu orang Melayu amat sensitif dengan Air Zam Zam dan buah kurma.

Inilah dia perangai sebenar Nenek Kipas. Tidak cukup dengan layanan istimewa yang diterima oleh suaminya, perkara kecil seperti air Zam Zam dan buah kurma yang diungkit olehnya. Kalau ianya dibawa dengan cara yang betul, mustahil pihak penjara menghalang. Mungkin pihak penjara takut kalau-kalau bahan yang dibawa dari luar sudah tercemar. Nanti pihak penjara juga yang dipersalahkan kerana meracun suaminya, yang juga banduan liwat itu. Terlupa nak bagi tahu. Kadang-kadang Nenek Kipas juga boleh bertukar jadi 'Sith Lord'.



Terdapat sekeping gambar yang viral di media sosial sewaktu jenazah Bapa Mertua kepada Nenek Kipas sejurus sebelum dikebumikan, semalam. Tidak dapat dipastikan apakah keistimewaan kipas yang dipegang oleh Nenek berkenaan sehinggakan sewaktu berada di hadapan jenazah Pak Mertuanyapun, Nenek Kipas masih lagi memegang kipas beliau. Mustahil rumah mewah berkenaan tidak ada penghawa dingin atau kipas siling. Pihak kami masih lagi sedang mendapatkan pandangan pakar mengenai misteri nusantara ini.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates