April 4, 2015

21 Tahniah!!! Satu Jalan Lagi Di Penang Letak Nama Pemimpin DAP


Sejak DAP memerintah Pulau Pinang, beberapa batang jalan telah ditukar nama kepada nama pemimpin-pemimpin DAP. Yang terbaru sebelum, Lebuh Sungai Pinang 4 sepanjang 290 meter telah dinamakan Persiaran Karpal Singh 1 manakala Lebuh Sungai Pinang 5 sepanjang 510 meter diberi nama Persiaran Karpal Singh 2. Seiring dengan ini, medan siar kaki di sebahagian tepi pantai Jelutong dari Sungai Pinang ke Lebuh Sungai Pinang 1 sepanjang 1.55 km akan dikenali sebagai Persiaran Karpal Singh.

Hari ini pula, seorang lagi pemimpin DAP, Chian Heng Kai, mantan Ahli Parlimen Bukit Mertajam telah dinamakan semula pada sebatang jalan di Pulau Pinang. Jalan berkenaan terletak di Taman Bayu Mutiara, Bukit Tengah, Bukit Mertajam. Carian di Google tidak menemui sebarang maklumat mengenai Cina DAP ini. Apakah sumbangan beliau kepada Pulau Pinang kalau tidak adapun sebarang sumbangan beliau kepada negara. Baru 2 penggal DAP memerintah Pulau Pinang, habis beberapa jalan dinamakan atas pemimpin mereka. Bayangkan kalau beberapa penggal lagi mereka dapat memerintah Pulau Pinang.






April 3, 2015

53 Bukan Bunga Yang Harus Menjadi Umpatan, Niat Kedua Pengantin Yang Menarik Perhatian



Gambar-gambar perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri, Nooryana Najwa, bersama pasangannya Daniyar Kessikbayev, tersebar luas di media sosial. Walaupun atas permintaan keluarga, majlis berkenaan diadakan secara tertutup, masih ada yang mahu mengaibkan keluarga itu walaupun resepsi perkahwinan adalah sekali seumur hidup. 

Umpatan dan cercaan majlis perkahwinan menjadi wadah wirid dan doa para macai pembangkang. Walaupun mereka sedar, Perdana Menteri bukanlah dilahirkan di dalam keluarga yang susah dan mampu untuk melaksanakan perkahwinan anak perempuannya secara gilang gemilang dan meriah. Salahkah DS Najib Tun Razak untuk melaksanakan majlis perkahwinan anak kesayangannya mengikut kemampuannya?

Bukan bunga yang ingin CTS persoalkan di sini. Sebaliknya lihatlah kepada niat dan nawaitu yang baik dari kedua-dua pengantin. Jangan pula persepsi negatif mengaburi usaha yang baik lagi ikhlas dan murni. Bukankah kita selalu disuruh oleh ustaz-ustaz PAS untuk berfikir dan berprasangka baik? Bukankah hasad dan dengki itu adalah dari Syaitan yang direjam?



Bukankah ini perkahwinan anak pemimpin negara. Ramai pemimpin-pemimpin luar yang turut datang untuk meraikan kedua-dua pengantin. Salah seorangnya adalah Bapa Presiden Indonesia, Joko Widodo.

April 2, 2015

15 Dato MB @AzminAli Kata GST Zalim, Tapi MBSA Boleh Pulak Laksanakan GST?


Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata, kerajaan negeri berpendirian untuk menolak pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kerana ia merupakan satu sistem percukaian yang zalim. Beliau berkata, "pendirian kerajaan negeri, kita tetap menolak pelaksanaan GST ini kerana ia satu sistem percukaian yang zalim. Sistem GST bila dilaksanakan bukan untuk mencipta satu hasil pendapatan yang baru, atau meningkatkan pendapatan negara. Itu satu falsafah yang salah."

Katalah CTS bersetuju bahawa GST adalah zalim. Kenapakah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) turut melaksanakan GST? Adakah MBSA terletak di dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan? Tidakkah Menteri Besar Selangor membiarkan MBSA menzalimi Rakyat Selangor? Atau adakah Menteri Besar Selangor terlepas pandang mengenai perkara ini? Jangan cakap tak serupa bikin Dato Menteri Besar.

April 1, 2015

11 MeterOn - Applikasi Telefon Pintar Yang Mesti Dimiliki Oleh Pengguna Teksi

Adakah anda seorang pengguna teksi tegar? Sekiranya ya, MeterOn adalah satu applikasi telefon pintar yang harus anda miliki. Anda boleh memuat turun applikasi ini melalui Android "Play Store" ataupun melalui "Application Store" di iOS sekiranya anda pengguna produk keluaran Apple.

Applikasi MeterOn adalah berguna untuk mengesahkan pemandu sesebuah teksi seperti mana yang terdapat pada permit yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Applikasi ini dapat mengesan seseorang pemandu teksi yang mempunyai rekod kesalahan dengan pihak SPAD atau tidak. 

Selain daripada itu, applikasi ini memudahkan kita untuk menjangka dan mengesan jarak sesuatu perjalanan dan juga anggaran tambang teksi ke sesuatu destinasi tertentu. Selain itu, pengguna applikasi MeterOn boleh menghantar kod kecemasan SOS sekiranya pengguna merasa tidak selamat pada bila-bila masa sepanjang perjalanan. Sebarang aduan dan rating mengenai pemandu teksi juga boleh dilaporkan kepada pihak SPAD dengan menggunakan applikasi ini.






Di bawah adalah contoh bagaimana kita boleh mengenalpasti pengenalan teksi dan pemandunya yang jujur dan selalu mematuhi undang-undang jalanraya. Pemandu teksi ini tidak mempunyai sebarang rekod salah laku atau kesalahan dengan pihak SPAD. Dengan kata lain, pengguna akan merasa selamat dan selesa menaiki teksi berkenaan.


Sebaliknya, pengguna teksi juga boleh mengesan pemandu teksi yang bermasalah seperti contoh di bawah. Pemandu di bawah mempunyai rekod tidak menggunakan meter teksi dan tidak membawa permit dan lesen. Jadi terpulanglah kepada kita sama ada hendak menggunakan perkhidmatan teksi tersebut atau tidak. Pilihan di tangan kita sebelum menaiki sesebuah teksi.

15 PM @NajibRazak Turun Padang Melihat Keberkesanan Perlaksanaan GST

Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak hari ini turun padang dan membuat tinjauan sendiri ke atas perlaksanaan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) yang bermula hari ini dan memantau harga barang-barang keperluan. Lokasi tinjauan beliau adalah di Giant Kota Damansara.

Inlah salah satu contoh pemimpin yang bertanggungjawab. Bukan hanya berani membuat dan mengubal polisi malah sanggup turun padang untuk mendengar permasalahan daripada penjual dan pelanggan. Komen DS Najib Razak di dalam laman sosial Twitter beliau, "Saya lihat harga barang di sini berpatutan dan barangan keperluan asas berkadar sifar seperti yg ditetapkan Kerajaan".



13 Masalah Kalau Guru Tak Kenal Menteri Pendidikan, Ini Mesti SJKC


Kalau Boss sendiri tidak kenal, apa kualiti anda sebagai pekerja? Itulah yang terjadi kepada seorang guru apabila beliau bertanyakan kepada Menteri Pendidikan II, DS Idris Jusuh, "Encik dari mana?" "Bahagian mana Encik?" Nampak perkara ini seperti satu jenaka gurauan. Saya tidak percaya cerita ini kalau DS Idris Jusuh sendiri tidak mengemaskinikan cerita ini dalam laman sosial Facebook beliau.

Inilah hasil pemurah Kerajaan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina sehinggakan sampai ke tahap Menteripun mereka sudah tidak kenal. Bagaimana agaknya beliau hendak memilih pemimpin Barisan Nasional sekiranya Menteri dan Timbalan Menteri mereka tidak kenal? Cuba tanya guru berkenaan, "Cikgu tahu Setiausaha Agong DAP?", "Cikgu tahu pemimpin Singapura yang meninggal sehari dua lepas?", dan jangan terkejut kalau jawapannya betul.

March 31, 2015

21 Gambar-Gambar 10 MP Pembangkang Melawat Banduan Liwat Di Penjara Sungai Buloh


Gambar-gambar 10 Ahli Parlimen pembangkang di Penjara Sungai Buloh tengah hari tadi. Kesemua yang hadir hanya dibenarkan berada di kantin dan tidak dibenarkan untuk melawat banduan liwat, KETUM Anwar Ibrahim. Hanya 3 orang wakil yang dibenarkan berjumpa Pengarah Penjara. Mereka adalah Hanipa Maidin, Datuk Johari Abdul dn Sim Tong Hin. 3 daripada 10 Ahli Parlimen ini pada awalnya dibenarkan masuk untuk berunding dengan pihak berkuasa penjara tetapi mereka gagal mendapat keizinan.





9 Pembangkang Perak Tunjuk Samseng Di Hari Pertama Pembukaan DUN Dengan Berpakaian Serba Hitam


Hari ini merupakan kali pertama Tuanku Sultan Perak, Dr Nazrin Shah menyempurnakan Istiadat Pembukaan Rasmi Dewan Negeri (DUN) Perak atas kedudukan Baginda selaku Sultan Perak Darul Ridzuan. Inilah juga kali pertama Baginda mengenakan pakaian rasmi yang baru di dalam istiadat penuh bersejarah ini. Namun sayang seribu kali sayang, kesemua ADUN pembangkang berlagak samseng hari ini dengan mengenakan pakaian serba hitam semperna memperingati KETUM Anwar Ibrahim dan samseng-samseng PR yang berada di lokap.

Agak biadap ADUN-ADUN pembangkang tidak menghormati majlis perasmian DUN oleh Sultan Perak dengan berpakaian tidak mengikut etika semata-mata untuk tunjuk solidariti kepada banduan liwat. Berpakaian serba hitam menggambarkan kematian dan kesedihan, bukan berpakaian rasmi istiadat "No. 1 Dress" sebagaimana sepatutnya. Inilah lambang kebiadaban dan penderhakaan ADUN-ADUN pembangkang Perak terhadap baginda Sultan dan Institusi Raja-Raja Melayu. Apa nak buat. Ini yang Rakyat Perak pilih.




16 Betulkah Pertemuan @AnwarIbrahim Dengan Pemimpin PR Di Penjara Hari Ini? KP Penjara Tidurkah?



Mesej dan posting yang berlegar di laman-laman sosial hari ini memberi khabar bahawa Ketua Umum (KETUM) Anwar Ibrahim akan bertemu dengan ahli-ahli parlimen PR di Penjara Sungai Buloh pada pukul 1.00 petang, hari ini. Pihak kami masih cuba untuk mendapatkan pengesahan dari pihak penjara.

Bagaimanakah seorang banduan liwat dibenarkan untuk membuat pertemuan sesuka hati dengan sesiapa yang dikehendakinya? Adakah menjadi satu prosedur penjara, seorang banduan boleh bertemu dengan sekumpulan orang yang bukan ahli keluarganya pada hari kerja (weekdays). Kalau betul maklumat dari 'Fanpage' Presiden PKR ini, maka KETUM Anwar Ibrahim seorang yang hebat. Siap boleh panggil media lagi.

Kalau betul maklumat di atas, Jabatan Penjara tidak boleh berat sebelah. Jabatan Penjara kena turut bagi keistimewaan kepada banduan-banduan lain seperti mana keistimewaan diberikan kepada KETUM. Kalau maklumat di atas benar, mustahil Ketua Pengarah Penjara tidur?

Kemaskini 11:55 AM:

Perjumpaan Ahli Parlimen Pembangkang dengan KETUM di Penjara Sungai Buloh tidak dipersetujui oleh pihak penjara kerana tarikh tersebut bukan hari melawat oleh keluarga. Permohonan telah dibuat oleh pihak pembangkang tetapi ditolak oleh pihak penjara. Pihak penjara sudahpun memaklumkan penolakan berkenaan melalui telefon. Pihak penjara dengan tegas tidak memberi kebenaran Ahli Parlimen pembangkang untuk berjumpa KETUM hari ini. Dr Wan Azizah ni nama saja bertudung, tapi kuat berbohong. Untuk apa panggil pihak media ke penjara sedangkan beliau tahu pihak penjara menolak permohonan mereka? Nak buat kacau?

March 30, 2015

19 Saban Malam Laungkan #PecatIGP, Bila Rumah Keluarga Kena Rompak Siapa Hannah Yeoh Cari? TS @KBAB51 Jugak!



Saban malam di sekitar Dataran Merdeka, pemimpin-pemimpin PR melaungkan Pecat IGP. Ini gara-gara Ketua Polis Negara (IGP) sering bertindak tegas memantau posting-posting berunsur hasutan terutama di laman sosial Twitter. Di media-media sosial pula, IGP menjadi bahan sindiran dan lawak jenaka. Mereka mempersendakan IGP. 


Allah maha adil dan maha bijaksana. Apabila rumah keluarga Speaker Selangor yang juga ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh, dimasuki perompak, siapakah orang yang maklumkan? Bukankah IGP TS Khalid Abu Bakar?


Hannah Yeoh memaklumkan kejadian rompakan kepada IGP melalui laman sosial Twitter. Ironinya, beberapa hari sebelum itu, beliau mempertikaikan dan mempersendakan IGP kerana terlalu menumpukan perhatian di Twitter. Bukankah Allah membayar tunai kalau tidak kepada beliau, kepada keluarga beliau?


Satu lagi CTS ingin bertanyakan kepada Hannah Yeoh. Bukankah takrif 'human right' ala definasi PR, adalah menjadi hak pencuri berkenaan untuk merompak di rumah keluarga Hannah Yeoh, seperti mana hak macai-macai PR untuk berdemo dan melanggar undang-undang setiap Sabtu di sekitar Kuala Lumpur? Kalau macai-macai PR boleh melanggar undang-undang, mengapa pencuri berkenaan tidak boleh?
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates