March 14, 2015

0 Sempena Ulang Tahun MCA Kali Ke 66 - Sejarah Tidak Pernah Lupa Jasa MCA Terhadap Kemerdekaan Negara


Pada 27 Februari 1949, Tun Tan Cheng Lock bersama-sama pemimpin Cina seperti Tun Leong Yew Koh dan Kolonel H.S. Lee telah mengasaskan penubuhan MCA. MCA telah ditubuhkan dengan matlamat untuk menyatukan orang-orang Cina di seluruh Tanah Melayu, melindungi hak dan kepentingan orang Cina, bekerjasama dengan kerajaan untuk menentang komunis dan bekerjasama dengan kaum lain bagi mencapai kemerdekaan Tanah Melayu.

Atas usaha gigih Tun Tan Cheng Lock selaku Presiden pertama, beliau telah mengetuai kempen di seluruh Tanah Melayu untuk menubuhkan cawangan MCA di semua negeri dan hasilnya seramai 200,000 orang ahli telah didaftarkan. Atas kesungguhan dan matlamat bersama, bilangan cawangan dan ahli semakin bertambah dari semasa ke semasa. Dalam keadaan Tanah Melayu yang masih terumbang-ambing pada masa itu, MCA memikul tugas mencabar untuk menyakinkan pihak-pihak lain, terutamanya kerajaan British bahawa sebahagian besar orang Cina tidak bersekongkol dalam perjuangan komunis.

MCA telah memberi kerjasama yang erat dengan kerajaan British dalam usaha melemahkan perjuangan komunis yang berjuang secara kekerasan untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu. Antara sumbangan MCA dalam usaha ke arah memerdekakan Tanah Melayu adalah mengusahakan penempatan semula orang Cina yang tinggal berselerak di kawasan-kawasan setinggan pinggir hutan dan ditempatkan di kawasan yang dipanggil ‘kampung baru’ yang lebih tersusun dan selamat. Dalam masa yang sama, Tabung Kebajikan ditubuhkan di Ibu Pejabat MCA untuk memudahkan pengurusan pemberian bantuan kepada penghuni kampung baru.

Antara syarat yang digariskan oleh kerajaan British yang menentukan corak politik semasa selepas tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu ialah mewujudkan kerjasama antara kaum. Langkah inilah yang telah diambil oleh MCA. MCA bersama UMNO juga terlibat secara langsung dalam usaha untuk mencapai perpaduan kaum di Tanah Melayu yang dimulakan pada tahun 1949 melalui penubuhan Community Liasion Committe (CLC). 

Dalam jalinan kerjasama, Tun Tan Cheng Lock telah membawa MCA dalam Konvensyen Kebangsaan (National Convention) yang dianjurkan bersama UMNO pada 23 Ogos 1953 dan hasilnya kata sepakat telah dicapai untuk persefahaman ke arah mencapai kemerdekaan Tanah Melayu melalui jalan aman.

Pembentukan parti Perikatan yang mengandungi MCA, UMNO dan MIC mempercepatkan proses mencapai kemerdekaan. Tambahan pula, Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi dalam Pilihan Raya Persekutuan tahun 1955. Sesungguhnya, kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 yang berlaku tanpa sebarang pertumpahan darah adalah bukti kesungguhan dalam ikatan perpaduan atas kerukunan untuk kesejahteraan bersama.

Tahun ini genap 66 tahun penubuhan MCA. Selama itu jugalah parti ini bersama erat bersama-sama dengan UMNO dalam Barisan Nasional (dahulunya dipanggil Perikatan). Esok anggota MCA menghadiri majlis sambutan Ulang Tahun Penubuhan MCA Yang Ke 66 yang bertemakan "Merealisasikan Kesederhanaan, Membina Pragmatisme." Tema tahun ini amat bertepatan dengan sikap yang diambil oleh MCA sejak awal penubuhannya yang amat sederhana dan tidak ekstrem sehinggalah Tanah Melayu berjaya mencapai kemerdekaannya.

4 Agak-Agak Kalau PM @NajibRazak Bergambar Macam @KhalidSamad Begini, Apa Kata Macai PAS?

Ikhlas CTS nak tanya, cuba jawab dengan jujur. Kalaulah yang dalam gambar di bawah bukan Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad, sebaliknya DS Mohd Najib Tun Abdul Razak, apa kata macai PAS agaknya? Adakah mereka dengan berfikiran terbuka dapat menerima gambar sebegini? Mungkin inilah ciri-ciri kepimpinan PAS baru yang dikehendaki oleh ahli-ahlinya. Beliau juga merupakan sahabat baik Hanipa Maidin yang kecewa dengan perlantikkan Ustaz Haron Din sebagai Musyidul Am PAS yang baru.

Mungkin inilah ahli PAS moden yang bebas berfikir dan berubah mengikut zaman. YB Khalid Samad, YB PAS di Parlimen tempat CTS menetap, kacak bergaya  bergambar bersama dengan model seksi. Kalau YB Khalid Samad terfikir beralih arah menjadi model, pastinya beliau akan menjadi terkenal seperti model-model Victoria Secret. Two thumbs up!!!



5 Sekolah Pondok Mendapat Nafas Baru Dengan Perasmian Pusat Kajian Pondok KUIN

Pagi ini berlangsungnya satu lagi sejarah dalam perkembangan sekolah pondok apabila Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Abdul Razak merasmikan Pusat Kajian Pondok, Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang akan mengkaji dan memertabatkan pengajian dan masa depan sekolah pondok di negara ini dan akan bertanggungjawab menjalankan kajian lebih giat dan meluas terhadap institusi pondok dan sistem pengajiannya di Malaysia serta luar negara.

Turut hadir di dalam majlis yang bersejarah ini adalah Menteri Besar Kedah, Dato Paduka Mukhriz Tun Mahathir, Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM), Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Pendidikan Negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain dan juga Rektor KUIN, Professor Datuk Mohd Yusuf Kasim.

Pelancaran Pusat Kajian Pondok sebagai salah satu pusat kecemerlangan KUIN yang akan diterajui Pengerusi YPPM, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, selaku Pengarah yang pertama, berlangsung di TH Hotel & Convention Centre, di Alor Setar, Kedah.

Sempena majlis itu juga Perdana Menteri turut menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara KUIN dan YPPM untuk menjalinkan kerjasama lebih erat bagi membela, memperkasa dan pembangunan antara kedua-dua entiti itu. Dalam MoU berkenaan, KUIN diwakili Rektor, Prof Datuk Mohd Yusof Kasim, manakala YPPM diwakili Datuk Dr Mashitah Ibrahim. Melalui MoU terbabit, KUIN akan menyediakan kepakaran serta tenaga kerja untuk menghasilkan kajian bersama dengan YPPM untuk memperkasakan lagi institusi pondok di negara ini.

3 Kenapa Tangan Lim Guan Eng Sampai Berbalut?


Apa kena dengan tangan kiri Ketua Menteri Pulau Pinang ini sehingga berbalut? Bergaduh lagikah? Masih ingatkah kita bagaimana Lim Guan Eng terpaksa mengahadapi sidang media dengan dahinya bertampal plaster? Ada portal yang membuat dakwaan bahawa beliau bergaduh dengan isterinya Betty Chew berkenaan kes guru sekolah wanita. Namun dakwaan berkenaan kekal menjadi Misteri Nusantara.

Nampak gayanya kecederaan kali ini lebih serius. Cikgu sekolah mana pulak yang menjadi alasan kecederaan kali ini? Patutlah gambar Ketua Menteri Pulau Pinang tertidur baru-baru ini di Parlimen tersebar luas di media sosial. Mungkin sebab beliau mempunyai masalah kot dan tidak dapat tidur dengan cukup? Jangan jadi watak Jamil dalam filem P Ramlee, Madu Tiga sudahlah. Balut tangan nak meraih simpati.

March 12, 2015

8 Kantoi Memfitnah Naib Presiden MCA, Ahli Parlimen DAP Bakri Meminta Maaf


Ahli Parlimen DAP Bakri, Er Teck Hwa (DAP-Bakri) memohon maaf kepada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun kerana mengaitkan beliau dalam satu laporan portal berita. Portal berkenaan menyiarkan artikel mempersoalkan Mei Fun, yang juga Naib Presiden MCA, menyokong satu kenyataan sensitif yang didakwa bersifat perkauman. Dalam satu Sidang Media kepada wartawan di luar lobi Parlimen hari ini, Er Teck Hwa yang tidak fasih berbahasa Malaysia berkata, 
"Saya membuat kesilapan dengan menamakan Datin Paduka Chew Mei Fun dalam artikel tersebut. Saya memohon maaf dan berharap beliau akan menerima permohonan maaf saya. Apabila saya membuat kesilapan, saya akan mengakuinya."
video

Mei Fun sebelum ini telah menghantar surat tuntutan (Letter of Demand) kepada Teck Hwa, meminta penjelasan ke atas kenyataan beliau yang didakwa berunsur fitnah yang diterbitkan oleh sebuah portal pada 4 Mac yang lalu. Surat tuntutan berkenaan telah dihantar oleh Tetuan Halim Hong dan Quek, Peguambela dan Peguamcara, yang bertindak bagi pihak Mei Chew. 

Surat tuntutan berkenaan menyatakan dengan jelas bahawa dakwaan dalam artikel berkenaan sama sekali tidak berasas dan berniat jahat untuk memburuk-burukkan dan memusnahkan imej Mei Chew. Surat tuntutan itu juga menyatakan bahawa tindakan undang-undang akan diambil sekiranya Ahli Parlimen Bakri berkenaan gagal untuk menjawab dalam tempoh 48 jam dari tarikh penerimaan notis surat tuntutan.

March 11, 2015

15 Tahniah Dr Wan Azizah!!! Pondok Khidmat Masyarakat Seksyen 5, Kajang Dirobohkan



Dua gambar di atas adalah gambar Pondok Khidmat Masyarakat di Seksyen 5, Kajang. Di sinilah penduduk setempat mengadakan aktiviti seperti kenduri kendara dan sebagainya. Kini Pondok Khidmat Masyarakat tersebut telah dirobohkan oleh penguatkuasa-penguatkuasa Majlis Perbandaran Kajang. Pegawai-pegawai penguatkuasa berkenaan dikatakan langsung tidak boleh dibawa berbincang. 

Menurut sahabat saya seorang penduduk di situ, penduduk telah meminta tempoh dua hari untuk membuka, mengalihkan dan memasang pondok berkenaan di surau taman, Namun rayuan mereka tidak diendahkan. Tiada tolak ansur sehingga pondok berkenaan dirobohkan dan menjadi besi buruk. Tahniah ADUN Kajang. Bertuah penduduk Kajang mengundi dirimu. Awak di mana? Awak di mana? Sibuk dengan menjaja dan menjual maruah negara demi suami banduan liwat awak itu?





2 Unit Penguatkuasa SPAD Guna Treler Sita Teksi Pemandu Degil


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengadakan satu operasi bagi membanteras aktiviti teksi yang tidak menggunakan meter yang dikenali sebagai Ops Tegas. Lokasi operasi Operasi SPAD kali ini diperluaskan meliputi kawasan Kelana Jaya, Sunway, Summit USJ, Subang Jaya, Damansara, Sungai Buluh dan Kelang. Uniknya dalam operasi kali ini adalah treler muatan berat digunakan untuk menyita teksi kepunyaan pemandu-pemandu yang degil yang melanggar undang-undang.

Menurut Pengurus Besar Penguatkuasaan dan Latihan SPAD, Mejar Jen (B) Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad, dalam sidang media selepas itu berkata, operasi kali ini diadakan berikutan aduan orang ramai mengenai teksi yang tidak menggunakan meter. Sebanyak 30 kes teksi berjaya ditahan dalam operasi kali ini. 27 kesalahan melibatkan kesalahan pemandu teksi tidak menggunakan meter, 2 kes tiada kad pemandu yang sah manakala satu kes kad pemandu telah tamat tempoh.

Menurut Datuk Paduka Che Hasni, 30 kumpulan penyamaran telah dihantar untuk membuat operasi dan kejayaan adalah 100%. Operasi kali ini hanya melibatkan pihak SPAD sahaja yang melibatkan 61 anggota. Operasi ini akan diteruskan dari masa ke semasa. Teksi-teksi yang disita akan diambil tindakan pendakwaan selepas kertas siasatan siap. Selain dari pendakwaan, tindakan pentadbiran untuk mengantung kad pemandu juga akan dilakukan.







4 Lawatan Rasmi DS Nazri Aziz Ke Sedili Besar Bakal Memangkin Sektor Perlancongan

Menteri Perlancongan Dan Kebudayaan Malaysia, DS Mohd Nazri TS Abdul Aziz membuat lawatan rasmi selama dua hari bermula semalam ke Sedili Besar, di Daerah Kota Tinggi. DS Nazri Aziz dalam rangka lawatan untuk meninjau projek pembangunan yang boleh diketengahkan untuk meningkatkan daya tarikan pelancong di Daerah Kota Tinggi. Beliau diiringi oleh Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid dan pemimpin-pemimpin tempatan.

Pada hari pertama lawatan beliau, beliau telah dibawa melawat ke Wetland Belukar Durian, salah satu tempat popular di kalangan pelancong di Daerah Kota Tinggi. Manakala pada hari kedua pula beliau menghabiskan masa di Muzium Johor Lama yang banyak menyimpan artifek bersejarah negeri Johor.

Hari Pertama - Wetland Belukar Durian









Hari Kedua - Muzium Johor Lama





1 SPR For Dummies - Bila Kajian Semula Persempadanan Boleh Dimulakan?


Urusan Kajian Semula Persempadanan bermula mengikut keadaan seperti yang berikut:

1. Tamat Tempoh Sekurang-Kurangnya Lat 8 Tahun Daripada Tarikh Urusan Kajian Semula Persempadanan Sebelumnya

Jika ia berkaitan dengan peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh memulakan urusan Kajian Semula Persempadanan setelah tamat tempoh sekurang-kurangnya lat 8 tahun daripada tarikh urusan Kajian Semula Persempadanan sebelumnya. 

Ini bermakna ia tidak mewajibkan SPR memulakan urusan Kajian Semula Persempadanan sebaik sahaja mencapai tempoh lat 8 tahun. Namun, jika Kajian Semula Persempadanan ini dimulakan, SPR  perlu menyelesaikan urusan tersebut dlam masa 2 tahun.

2. Terdapat Pindaan Kepada Undang-Undang

Apabila Perlembagaan Persekutuan atau Undang-Undang Tubuh Negeri Dipinda, sama ada penambahan/pengurangan kerusi dewan atau pewujudan wilayah baru, SPR hendaklah membuat urusan Kajian Semula Persempadanan tersebut dan perlu menyelesaikan urusan tersebut dlam tempoh dua tahun dari tarikh pindaan undang-undang itu berkuatkuasa.

Tahukah Anda?

Lat tempoh 8 tahun merupakan tempoh minima kepada sebarang usaha memulakan urusan Kajian Semula Persempadanan. Namun demikian, undang-undang tidak memaksa SPR untuk segera memulakan urusan Kajian Semula Persempadanan tersebut sebaik sahaja tamat tempoh lat 8 tahun atas alasan-alasan yang kukuh.

12 MP Janda Terhangat Di Pasaran Menghina Hakim Di Parlimen


Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai yang juga merupakan janda terhangat di pasaran, Nurul Izzah Anwar menuduh hakim Mahkamah Persekutuan menjual diri kepada syaitan kerana mengekalkan hukuman penjara terhadap banduan liwat Anwar Ibrahim, atas kesalahan meliwat. Katanya ketika mengambil bahagian membahaskan titah ucapan Yang di Pertuan Agong,
"… dalam  tunduk akur kehendak politik, para hakim jadi rakan jenayah pembunuhan, kebebasan integriti badan kehakiman. Mereka menjual diri mereka kepada syaitan, memperdagangkan nurani mereka demi jaminan kepada kebendaan dan jaminan jawatan."
Jadi tidak hairanlah ramai Ahli Parlimen Barisan Nasional tidak ada di dalam sessi perbahasan beliau mungkin kerana muak mendengar beliau membicarakan kes liwat bapanya itu. Jika teliti ucapan perbahasan beliau itu banyak perkara yang beliau perkatakan boleh ditakrifkan sebagai anti Perlembagaan dan anti Rukun Negara. 

Kalau beliau berani sangat ulanglah sekali di luar Parlimen, yang keputusan menjatuhkan hukuman 5-0 Hakim Mahkamah Persekutuan itu sebagai tidak adil dan Mahkamah Malaysia tidak telus dan berat sebelah. Jangan menggunakan kekebalan di Parlimen untuk menghina hakim-hakim. Ada berani?

4 Tahniah IKWAM Mengiktiraf Tokoh Sanjungan Negara Melalui Anugerah Ikon Unggul Negara



Inisiatif Institut Kemajuan Wanita Malaysia (IKWAM) untuk mengiktiraf enam tokoh sanjungan negara yang memberi inspirasi pada Santapan Malam Anugerah Ikon Unggul Negara 2015, harus dipuji. Majlis ini anjuran IKWAM dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Anugerah itu diberikan mengikut 5 kategori iaitu Ikon Politik Negara, Ikon Ekonomi Negara, Ikon Korporat Negara, Ikon Sukan Negara dan Fellow Kehormat IKWAM.

Menurut Kenyataan Media IKWAM seperti yang dikeluarkan di bawah, penghargaan dan pengiktirafan yang diberikan kepada pemimpin sanjungan negara ini akan menjadi inspirasi dan iltizam kepada kita semua, khususnya generasi baharu untuk terus melakar kejayaan di dalam atau luar negara.

Pada majlis itu juga, IKWAM akan melancarkan tabung misi bantuan banjir bagi mengutip dana secara berterusan mengikut fasa dan data daripada agensi kerajaan berkaitan. Mangsa yang ditimpa musibah banjir besar pada Disember tahun lepas akan diberi bantuan barangan dan kewangan.



 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates