March 7, 2015

0 Pendekatan MCA Mendekati Rakyat Dan Pimpinan Tempatan Harus Dicontohi


MCA telah mengadakan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Yong Peng, Johor semalam. Majlis berkenaan dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa Perhubungan Ahli-Ahli Majlis Perbandaran / Daerah, Ketua-Ketua Masyarakat dan Ahli-Ahli Pelawat Hospital MCA Negeri Johor. Di dalam Majlis berkenaan, MCA telah memberi setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahli Majlis, Ketua Masyarakat dan Ahli Pelawat Hospital sebagai pemimpin akar umbi yang paling dekat rakyat. 

Resepi rahsia MCA mendekati Rakyat dan pimpinan tempatan amat mudah. Semua Ahli Majlis dan Ketua Masyarakat MCA perlu untuk menghantar laporan perkhidmatan setiap 3 bulan sekali ke MCA Pusat untuk rekod dan penilaian pencapaian KPI setiap Ahli Majlis dan Ketua Masyarakat. Laporan perkhidmatan ini juga bagi membolehkan MCA Pusat dan Negeri mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan kampung serta daerah masing-masing. Setiap Ahli Majis dan Ketua Masyarakat MCA dikehendaki berkhidmat dengan baik dan berkonsep rakyat didahulukan.

Kerajaan Barisan Nasional Negeri Johor pula amat responsif terhadap masalah-masalah yang dibangkitkan Oleh MCA tempatan, contohnya seperti masalah kenaikan cukai harta yang tidak munasabah di kawasan Majlis Daerah Yong Peng yang dibawa ke perhatian Menteri Besar baru-baru ini dan ianya mendapat perhatian yang serius daripada Kerajaan Negeri. Menteri Besar Johor, DS Khaled Nordin bersedia untuk menimbang cadangan Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong untuk menangguhkan penilaian semula bagi hartanah bagi Majlis Daerah Yong Peng.

Tindakan MCA yang mempunyai pendekatan dengan dengan pemimpin tempatan harus dipuji. Ini menunjukkan kepekaan MCA terhadap isu dan masalah yang dihadapi oleh Rakyat dan berani menyuarakan perkara-perkara yang menjadi kegelisahan masyarakat khususnya kaum Tionghua di negeri Johor. Betullah apa yang dikata, Johor tidak memerlukan parti pembangkang kerana MCA boleh mewakili kaum Cina di negeri ini.

30 Terdesak #KitaLawan Sehingga Usung Gambar YDP Agong?

Kalau berani sangat, lawan betullah secara anak jantan. Kenapa perlu mengusung gambar Yang Di Pertuan Agong untuk mendapatkan sokongan. Setakat 2,000 - 3,000 hadir hari ini termasuk orang yang datang membeli belah tidak menunjukkan kejayaan demo hari ini. Ini sahajalah lembu-lembu yang datang hari ini untuk #KitaLawan. 




Berjaya ke #KitaLawan hari ini? Adakah kesan daripada demo bodoh ini, esok Anwar Ibrahim akan dibebaskan, DS Najib Razak akan melepaskan jawatan dan pertama kali dalam sejarah, banduan liwat akan menjadi Perdana Menteri Malaysia. Keep dreaming macai!!!





18 Terkini #KitaLawan - Nama KETUM Anwar Tak Laku, Nama Rosmah Jadi Sebutan

Peserta-peserta #KitaLawan hari ini sememangnya bodoh tahap gaban. Mereka sudah tidak memainkan lagi nama KETUM Anwar Ibrahim. Nama tersebut sudah busuk meloyakan dan tidak menjadi sebutan lagi. Sebaliknya, keldai-keldai bodoh ini menggunakan nama isteri Perdana Menteri DS Rosmah Mansor.

Kenapa nama isteri Perdana Menteri dikaitkan? Siapa beliau? Menterikah? Ahli Parlimen kah? Atau Wakil Rakyat? Dia hendak berundur dari jawatan apa? Kalau bodoh dan baghal tu simpanlah untuk anak cucu sedikit.

Only In Malaysia - Selain mendesak DS Najib Razak berundur dari memegang jawatan Perdana Menteri, pembangkang turut mendesak agar DS Rosmah Mansor berundur dari jawatan isteri kepada Perdana Menteri.

3 BERSIH Panas Bontot - Hanya 41 Daripada 64 Representasi Bantahan Layak Untuk Siasatan Tempatan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam telah selesai menjalankan sessi Siasatan Tempatan Kajian Persepadanan Semula Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sarawak sebagaimana yang telah diperuntukkan di bawah Jadual 13, Perlembagaan Persekutuan. Siasatan tempatan ini telah mengambil masa 2 minggu bermula daripada 23 Februari dan berakhir semalam. 

Daripada 64 representasi bantahan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan sekumpulan orang ramai yang terdiri daripada 100 orang atau lebih nama mereka yang ada di dalam daftar pemilih, hanya 41 representasi bantahan yang memenuhi syarat-syarat di bawah undang-undang dan diterima oleh SPR untuk diterangkan dan diperjelaskan bantahan mereka.

Waaupun pihak pembangkang terutamanya parti PKR Sarawak dan NGO tidak berdaftar BERSIH cuba melenggah-lenggahkan prosedur siasatan tempatan ini dengan menggunakan mahkamah sebagai medium, namun mereka terpaksa akur bahawa SPR menjalankan tugas mereka berdasarkan undang-undang dan perlembagaan negara. SPR tidak berpihak kepada mana-mana parti politik dan SPR juga telus menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan di bahu mereka.

SPR dalam Kenyataan Media yang dikeluarkan amat berpuas hati dengan setiap representasi bantahan dan penjelasan yang dikemukakan oleh pihak pembantah semasa pendengaran diadakan. SPR akan meneliti setiap bantahan yang dikemukakan dan dan akan mempertimbangkan setiap bantahan yang diterima secara adil dan saksama selaras dengan undang-undang. Keputusan siasatan tempatan ini akan diumumkan semasa sessi pameran dan bantahan kali kedua menerusi akhbar-akhbar utama dan portal rasmi SPR.



March 6, 2015

29 Menjelang Himpunan #KitaLawan 1 Juta 7 Mac Esok - Gambar-Gambar Ini Bukti @NajibRazak Pasti Tumbang!





Inilah gambaran betapa meriahnya dan betapa ramainya orang akan turun di dalam perhimpunan yang akan diadakan di Ibu Kota esok. Ceramah Tian Chua malam ini sahaja di Taman Dato Senu mengundang ribuan orang, kalau dicampur dengan makhluk halus. Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng awal-awal lagi sudah cuci tangan. Guan Eng berkata perhimpunan itu dianjurkan oleh NGO dan sayap pemuda parti-parti PR, manakala beliau dan beberapa ADUN lain, berada di dalam kerajaan negeri. 

Guan Eng berkata pada hujung minggu ini juga akan menyaksikan permulaan penyerahan sumbangan RM100 kepada setiap warga emas, di mana ADUN akan hadir untuk mengagihkan wang tersebut. Katanya, ia adalah satu program rakyat, jadi ia perlu diberi keutamaan. CTS ketawa besar. DAP dalam erti kata lain menarik diri. CTS juga telah menyiarkan tektik jahat PKR yang membuat pekeliling palsu dari Presiden PAS, baca di sini.


Paling tak boleh tahan adalah kenyataan daripada isteri Ketum sendiri mengenai perhimpunan #KitaLawan esok. Baru CTS tahu yang ramai-ramai nak berguling esok semuanya anak-anak Anwar Ibrahim. Cuma yang peliknya, tidak dapat dipastikan anak sah taraf ke tak sah taraf? Lihatlah video yang diambil daripada TV14 seperti di bawah. Sudahlah Tian Chua mempermainkan salam, orang tak ramai pulak tu.

0 Petugas Media Tidak Dilupakan Oleh MCA Dalam Sambutan Tahun Baru Cina


Sempena Tahun Baru Cina, MCA telah mengadakan "MCA Media Nite" pada 4 Mac yang lepas. Majlis ini bertujuan untuk merapatkan hubungan di antara pemimpin-pemimpin MCA dan petugas-petugas media. Malam ini juga bertujuan untuk memberi penghargaan kepada petugas-petugas media yang selama ini memberikan liputan berita yang padat dan telus mengenai MCA dan pemimpin-pemimpinnya. 

Majlis diadakan  di Dewan San Choong, Wisma MCA. Selain daripada Presiden parti, DS Liow Tiong Lai, Timbalan beliau, Datuk Dr Wee Ka Siong, Ketua Wanita MCA, Ketua Pemuda MCA serta pemimpin-pemimpin tertinggi parti turut hadir untuk meraikan petugas-petugas media.

Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai berkata di dalam laman sosial Facebook beliau, hubungan di antara MCA dan media telah dan akan terus kekal rapat, secara simbiotik. Melalui hubungan ini, MCA dapat menyampaikan apa yang mereka harap dapat lakukan untuk masyarakat umum. Laporan berita yang dilakukan ke atas usaha-usaha bantuan banjir baru-baru ini amat dihargai oleh MCA, kerana menerusi berita-berita ini membolehkan MCA untuk menyampaikan mesej ke seluruh negara dan melalui media juga MCA dapat menjana lebih banyak bantuan daripada orang ramai.




9 Pekeliling Palsu Presiden PAS Diedar Untuk Meraih Kehadiran Penyokong PAS Pada Demo 7 Mac

Pimpinan PKR sudah terdesak. Mereka menggunakan pekeliling palsu yang kononnya atas arahan Presiden Parti PAS, TG DS Haji Hadi Awang untuk turun beramai-ramai untuk memberi sokongan kepada banduan liwat, Ketum Anwar Ibrahim yang akan diadakan pada 7 Mac di sekitar Sogo dan Dataran Merdeka.

Perkara ini telah disahkan oleh Setiausaha Akhbar kepada Presiden PAS, Ahmad Shamsuri Mukhtar yang mengesahkan kenyataan akhbar tersebut adalah palsu. Pimpinan PKR tahu tanpa sokongan daripada pengikut-pengikut PAS, himpunan pada 7 Mac ini tidak lebih daripada sekadar himpunan kanak-kanak PASTI, tidak ramai, tidak meriah dan tiada sambutan seperti himpunan pada minggu-minggu sebelum ini.

March 5, 2015

30 Dyana Sofya Bergambar Seksi Di Katil - Inikah Ikon Sekolah Demokrasi DAP?



Ratu DAP yang juga merupakan salah seorang ikon Sekolah Demokrasi DAP, Dyana Sofya kini berubah arah menjadi model? Adakah beliau sudah tidak berpolitik lagi setelah kalah Pilihanraya Kecil Parlimen Teluk Intan yang lepas? Baguslah kalau beliau hendak menjadi model. Baguslah juga beliau bergambar seksi sebegini di atas katil. Bukan niat hendak memburukkan beliau tetapi kalau hendak jadi model pun kenapa buat atas katil? 

Inilah ciri-ciri manusia hipokrik. Bila bergambar bersama pimpinan PAS di dalam ceramah, berbaju kurung dan ayu berselendang. Di belakang Pak Lebai? Kalau beginilah Melayu yang dijadikan ikon di dalam Sekolah Demokrasi DAP ... lupakan sajalah.

5 AJK PAS Pusat Pun Dipukul - PAS Sudah Terikut-Ikut Budaya Samseng PKR


Kemelut dalaman dan pergeseran di dalam PAS menjadi semakin parah. Dr Dzulkifly Ahmad, salah seorang AJK PAS Pusat telah dipukul selepas pulang dari solat subuh di masjid. CTS yakin ini kerja dalaman parti sendiri yang mahu melihat PAS berpecah dan berbalah lebih teruk. Pengikut PAS baik ahli asal maupun yang berwala' dengan PASMA kini mula mengikut rentak rakan mereka di dalam PR dengan bergaduh dan menggunakan kekerasan. Nampak gayanya pemilihan tahun ini mesti ditangguhkan. Selesaikan dulu masalah dalaman yg semakin membarah. Kalau tidak kemungkinan besar kita akan melihat adengan kerusi melayang ala-ala pemilihan Cabang PKR. 

PAS perlu bermuhasabah dan jangan menunding ke arah pihak lain. Kalau mengikut cara tunjuk perasaan depan Pejabat Agung PAS baru-baru ini, tidak mustahil juga kejadian menimpa Dr Dzulkifly dilakukan oleh orang-orang PAS sendiri. Dari satu aspek, CTS gembira dengan perbalahan ini. Akibat perbalahan inilah himpunan menyokong banduan liwat saban minggu yang diadakan di Ibu Kota tidak dapat sambutan. Dari sudut lain pula, CTS kecewa kerana walaupun berbeza fahaman politik ahli-ahli PAS adalah sauadara seagama CTS juga.

March 4, 2015

0 Kejayaan FELDA Buka Restoren Makanan Asia Di Jeddah Merupakan Satu Mercu Tanda Antarabangsa


Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mengorak langkah di peringkat antarabangsa sekali lagi apabila Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) telah membuka restoran pertama Malaysia di Jeddah baru-baru ini. FIC, yang merupakan anak syarikat di bawah FELDA, bertanggungjawab dalam aktiviti perniagaan bukan perladangan dan sekarang ini terlibat dalam pembangunan hartanah, hospitaliti dan aktiviti pelaburan strategik.

Felda D’Saji Sdn Bhd (D’Saji) telah dilantik sebagai operator untuk mengendalikan Felda D’Saji Malaysian & Asian Cuisine Restaurant yang terletak di Jalan Tahlia, Jeddah itu. Dalam industri makanan dan minuman, D’Saji melalui pelbagai fasa perubahan, bermula daripada menyediakan khidmat katering  untuk kafeteria  dan hostel pelajar FELDA. 

Jenama D’Saji terus kukuh apabila dilantik menjadi satu-satunya syarikat yang menyediakan katering bagi Dewan Merak Kayangan dan Dewan Perdana Felda. FIC juga telah melantik D’Saji untuk mengendalikan Kafe Makanan Malaysia di Grand Plaza Apartment, Bayswater, London.

Restoran berkonsepkan dapur terbuka berkenaan adalah untuk melahirkan suasana budaya Malaysia sambil pelanggan menikmati aroma  rempah ratus Asia dan  melihat seni masakan itu sendiri. Restoran berkenaan boleh memuatkan seramai 112 pelanggan dan terdapat pelbagai pilihan makanan Asia yang disediakan secara 'live cooking' termasuk makanan kegemaran rakyat Malaysia seperti roti canai, sate dan roti jala.

Pembukaan restoren ini merupakan peluang baik untuk Malaysia memperkukuhkan hubungan perniagaan dengan Arab Saudi. Usaha ini akan menyumbangkan pertukaran budaya antara negara dan memberikan pemahaman serta  faedah yang lebih baik dalam banyak aspek. FIC dan D’Saji bukan saja menyasarkan menarik pasaran dari Malaysia dan negara Asia malah memanfaatkan lokasi Jeddah sebagai pintu gerbang kepada Arab Saudi.

0 "Pengarah Pusat Kajian Pondok KUIN" Satu Amanah Baru Yang Perlu Dipikul Datuk Dr Mashitah Ibrahim


Pengerusi Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM), Datuk Dr Mashitah Ibrahim telah diberi amanah dan tanggungjawab sebagai Pengarah Pusat Kajian Pondok (PKP), Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang pertama. Menurut Rektor KUIN, Prof Datuk Mohd Yusoff Kasim, perlantikan Dr Mashitah adalah berikutan latarbelakangnya dalam pendidikan termasuk dalam pengajian pondok. 

KUIN akan menerajui kajian dan penyelidikan mengenai institusi pondok di Nusantara menerusi penubuhan Pusat Kajian Pondok yang mula beroperasi awal bulan ini. Dr Mashitah telah menerima jawatan tersebut tanpa mahu menuntut sebarang gaji mahupun elaun. Menurut beliau, beliau tidak minta bergaji bukan kerana tidak memerlukan duit tapi kerana ingin berbakti kepada sekolah pondok.

KUIN juga turut berkerjasama rapat dengan YPPM kerana menyedari peranan dan betapa besar sumbangan pondok kepada pendidikan dan pembangunan negara. KUIN juga merasakan perlu ditubuhkan sebuah pusat khusus untuk membuat penyelidikan mendalam, terperinci dan meluas termasuk mengenai tokoh dan sumbangan ulama pondok.

Dr Mashitah dipertanggungjawabkan untuk mengemudi PKP KUIN dalam berperanan menjalankan kajian yang lebih giat dan meluas terhadap institusi pondok dan sistem pengajiannya di Malaysia dan luar negara bagi menambahkan lagi khazanah ilmu mengenainya. PKP KUIN juga akan menjalankan penyelidikan dan perundingan, menganjurkan seminar, persidangan dan bengkel, mengadakan khidmat komuniti di luar kampus dan melakukan penerbitan kajian dan penyelidikan.

Semoga sumbangan Dr Mashitah di dalam PKP KUIN akan diberkati Allah SWT.

35 Apabila Mufti Perlis Yang Baru Dilantik Dr MAZA Tuduh Datuk Kazim Elias Sebar Hadis Palsu ...


Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang baru dilantik menjadi Mufti Perlis buat kali kedua, sekali lagi mencetuskan kontroversi. Di dalam surat beliau yang di'fax'kan kepada Pejabat Menteri Besar Perlis, beliau tidak bersetuju dengan pemilihan Datuk Ustaz Kazim Elias untuk menjadi panel Forum Perdana Ehwal Islam sempena Keputeraan DYMM Sultan Perlis. Alasan yang diberikan adalah Datuk Kazim Eliyas sering terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu.

Tuduhan yang dilemparkan oleh Datuk Mohd Asri adalah berat dan serius. Beliau seharusnya membuktikan tuduhan beliau agar tidak menimbulkan fitnah kepada Datuk Kazim Elias. Ustaz Kazim Elias tidak pernah terlibat dengan sebarang kontroversi sebelum ini berbanding Datuk Mohd Asri. 


Bukankah Dr Azri pernah menyamakan Kerajaan BN dengan babi. Sekarang dia turut bekerja dengan babi untuk menyara keluarganya. Sekarang siapa yang babi?


Ustaz Kazim Elias tidak pernah memfitnah Perdana Menteri dengan menyiarkan gambar pesawat Kerajaan dengan foto diambil dari Google seperti yang dibuat oleh Dr Asri.

Adakah Dr Asri masih menyimpan dendam dengan Ustaz Kazim Elias yang menyanggah pendapatnya yang mengatakan gelatin babi jika diproses adalah halal? Ustaz Kazim Elias patut menyaman Dr Asri kerana membuat tuduhan palsu di dalam surat rasmi.



Kemaskini 2.55 PM:

Dr Asri menjawab persoalan di atas di dalam laman sosial Facebooknya seperti berikut:


Ianya bersandarkan satu muka surat di dalam salah satu buku Ustaz Kazim Elias seperti di bawah:


Kalau hanya itulah sahaja tohmahan berkenaan dibuat, Ustaz Kazim Elias sudahpun menjawabnya di dalam MStar, seperti di bawah:
Ustaz Kazim Jawab Petikan Ceramah 'Roti Jala Cicah Kari'
"Saya tahu ramai yang mempertikaikan tentang perkara itu. Takkanlah saya bodoh nak cakap Rasulullah beri makan roti jala kepada tetamunya. Zaman itu ada ke roti jala ke?"
"Ia sebenarnya hanyalah satu contoh di mana jika Rasulullah menyediakan roti dengan kuah kambing, apa salahnya kita sediakan roti jala dengan kuah kari. Tetapi ramai yang salah faham," katanya yang dihubungi mStar Online.
Dalam pada itu, Kazim berkata, sebelum buku tersebut diterbitkan, dia telah membuat beberapa pembetulan termasuklah bahagian isu roti jala yang ditulis, namun dia tak pasti sama ada ia telah diperbetulkan atau tidak.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates