February 21, 2015

19 Mengapa Baru Sekarang Sirul Mahu Dedahkan Di Australia Dan Tidak Membela Diri Di Mahkamah Malaysia?


Isu Altantunya kembali bergema. Ini apabila dua hari lepas anggota polis Sirul Azhar Umar, yang terlibat dalam pembunuhan model Mongolian, Altantuya Shaariibuu pada 2006 telah membuat sidang akhbar di Australia. Walaupun Jabatan Immegresen Australia menafikan terlibat dalam temubual dengan Sirul Azhar, kita masih tertanya-tanya bagaimana Sirul Azhar yang ditahan di pusat tahanan Villawood di Sydney boleh ditemubual oleh portal berita Australia, The Age.

Bila Sirul Azahar melarikan diri ke Australia kita boleh jangkakan perkara seperti ini akan berlaku. Cuma kekadang terfikir di hati, kenapakah baru sekarang Sirul Azhar mahu berbicara. Kenapa tidak sewaktu membela diri di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan untuk mendapat keadilan yang sebenar? 

Kalau dikatakan mahkamah tidak adil, bagaimanakah ada juga ahli politik pembangkang yang menang kes mahkamah. Kita masih tidak lupa kes pembunuhan Noritta Samsuddin oleh Hanif Basri Abdul Rahman. Hanif menggunakan semua peluang yang ada untuk membela diri di mahkamah sehingga beliau dibebaskan. Kenapa Tidak Sirul Azhar berbuat perkara yang sama?


Apa jua Sirul Azhar cakap sekarang sudah tidak boleh diterima. "It is all an after thought". Sirul Azhar mempunyai 6 tahun lebih untuk memberi pernyataan tambahan. Kenapa tunggu sekarang. Dan beliau juga ada peguam bela yang boleh uruskan apa jua pernyataan yang hendak diberi. Kenapa tidak gunakan semua kemudahan yang ada? Timbul beberapa persoalan tentang kes Sirul  Azhar apabila beliau ke Australia. 

Pertama, siapa seludup beliau ke luar negara? Kedua, siapa tanggung perbelanjaan dia serta keluarga di sana sedangkan kita semua tahu bahawa Sirul Azhar tiada lagi pendapatan selepas ditangkap. Ketiga, betul atau tidak ada wakil dari PR yang pergi berjumpa dengan Sirul Azhar di luar negara untuk 'menggunakan khidmat beliau' untuk menjatuhkan Kerajaan BN?

Kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ada kebenarannya. Beliau berkata, "We do not see any reason to start a new investigation as it has been concluded at the highest level. We will see first what he (Sirul) has to reveal. He has kept quiet all this while, why did he choose to tel all only now? This is illogical."

Agak menghairankan suratkhabar The Age menggunakan gambar U-Nee, seorang model yang telah membunuh diri sebagai gambar Altantuya Shaariibuu (lihat gambar di atas). Di sini sahaja kita boleh lihat adakah akhbar ini berkredibiliti.


February 20, 2015

0 Apakah Keluarga Mangsa MH370 Dari China Tidak Dilayan Di Rumah Terbuka MCA?


Gambar di atas adalah bukti keluarga mangsa MH370 dari negara China dilayan dengan baik dan sempurna di Dewan San Choon, Wisma MCA semalam. Gambar ini tidak mendapat perhatian akhbar dan portal milik pembangkang, mungkin bertujuan untuk memburukkan MCA umumnya dan Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai, khasnya. Kelihatan di gambar mereka yang memakai topi putih dan t-shirt merah adalah kumpulan keluarga mangsa MH370 dari China.

Fakta sebenar yang berlaku semalam adalah sewaktu MCA mengetahui kehadiran mereka, MCA telah tugaskan seoarng kakitangan untuk melayan mereka. Mereka menyampaikan hasrat untuk berjumpa dengan DS Liow. Kakitangan berkenaan telah menjemput mereka masuk ke pejabat sementara DS Liow melapangkan masa untuk berjumpa dengan mereka.

Mereka enggan masuk dan menyatakan bahawa mereka tidak percayakan MAS, pihak berkuasa Malaysia dan juga MCA. Salah seoarng dari mereka turut berkata, takut nanti bila masuk ke dalam Wisma MCA, mereka 'akan tidak dapat dihubungi'. Kakitangan berkenaan sekali lagi menjemput mereka untuk masuk tetapi mereka enggan berbuat demikian. Mereka memilih untuk berdiri di depan Wisma MCA.

Selepas Perdana Menteri meninggalkan majlis, DS Liow tidak dapat berjumpa mereka kerana mereka enggan masuk ke pejabat. DS Liow kemudiannya terpaksa bergeegas ke Melaka untuk majlis rumah terbuka di sana. Kumpulan berkenaan akhirnya masuk juga untuk makan di dalam dewan.

Bukannya kita tidak bersimpati dengan nasib keluarga mangsa MH370 dari China ini. Namun tindakan mereka sudah keterlaluan. Mereka tidak dapat menerima ketentuan takdir apatah lagi untuk berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia yang banyak membantu mereka. Apa lagi yang tidak dilakukan oleh Kerajaan Malaysia kepada mereka. 

Apakah mereka mahu Kerajaan menghidupkan kembali mangsa-mangsa tragedi MH370? Mereka hendak salahkan DS Hishamuddin Tun Hussein (mantan pemangku Menteri Pengangkutan) dan DS Liow Tiong Lai (Menteri Pengangkutan) atas dasar apa? Bukan mereka berdua yang memandu pesawat MH370? Apakah tujuan mereka hendak memalukan MCA di hari baik pada Tahun Baru Cina?




February 19, 2015

0 Perdana Menteri Dan Timbalan Meriahkan Tahun Baru Cina Di Wisma MCA






Sama seperti perayaan lain, Tahun Baru Cina juga tidak lengkap jika tiada rumah terbuka. Majlis rumah terbuka parti MCA sempena Tahun Baru Cina 2015 diadakan di Dewan San Choon, Wisma MCA, Jalan Ampang. Perdana Menteri DS Najib Tun Razak dan isteri, DS Rosmah Mansor bersama Timbalan Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin dan isteri, PS Norainee Abdul Rahman hadir memeriahkan majlis berkenaan. 

Perdana Menteri dan Timbalan serta isteri masing-masing serta Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai turut menggaul "Yee Sang", hidangan utama musim perayaan yang dianggap juadah membawa tuah dalam kalangan masyarakat Cina. Semalam, Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai turut menyampaikan amanat Tahun Baru Cina seperti di bawah:
Media Statement
By YB Dato’ Sri Liow Tiong Lai
Minister of Transport
President of MCA
February 18, 2015
Chinese New Year Message
Together we can!
A very happy and prosperous Chinese New Year to everyone!
Today is an auspicious time for us to take a step forward and welcome new beginnings with renewed spirit and optimism. As we look forward to fresh opportunities at the onset of the Lunar New Year, let us take a moment to recollect the lessons learnt over the past year.
Indeed, the road our nation travelled on has been paved with trials and tribulations. But we persevered and came together as a united team to overcome it all and emerged stronger. MCA stands by the people of Malaysia and continues to champion the cause of Malaysian Chinese across the nation.
I have three wishes for the year ahead. Firstly, I would like to see a breakthrough in the economy for a sustainable national development; secondly, unprecedented solidarity in politics demonstrated through moderation for the sake of our future generation and lastly, the further strengthening of education to nurture more talent for our beloved country.
The ‘Stronger Together’ campaign was launched by MCA to forge unity between all races. Our brainchild ‘Civilisation Hub’ envisaged closer economic co-operation between the multi-racial businesses to boldly venture into international markets, armed with each communities’ respective strengths and networks. What more, MCA will work hand-in-hand with the community to affirm a five-year economic plan within this year to take the community to greater heights.
During the recent flood crisis in the East Coast, as a nation, we responded immediately to assist our fellow Malaysians as the floods reached critical levels. We truly emulated the spirit of 'Stronger, Together' as we worked side by side with selfless volunteers to provide humanitarian aid to the victims.
We are also alarmed that extremist statements have been more rampant, putting our social harmony and national unity in jeopardy. However, we are pleased to see the emergence of moderation movements nationwide and support such noble cause to fight extremism at all cost, for that is the only way possible for multi-racial Malaysia to continue as a progressive and peaceful nation. As the saying goes, unity begets prosperity.
We must learn to respect others and avoid words that hurt. In dealing with inter-racial relationships, sincerity is the single most effective formula to enhance our brotherhood. Bear in mind that, in this information technology-savvy era, we must exercise even more seIf-discipline in uttering our words to prevent unnecessary racial distrust and public uproar.
As a result of declining oil prices, the world economic outlook becomes uncertain and Malaysia is equally affected. But rest assured that the Government has been proactively handling the situation. Our Prime Minister, YAB Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak has recently revised the Budget 2015 and introduced measures to manage expenses for us to weather the storm.
In these trying times, I urge all Malaysians to remain united with even more determination, resilience and assertiveness in order to be better prepared for the upcoming challenges and opportunities.
Drive carefully and enjoy a cheerful festive season. Gong Xi Fa Cai and may the Year of Goat bring you good fortune and good health.

14 Hadiah CNY Dari Lim Guang Eng - Saman Tidak Bayar Parking



Di Pulau Pinang, mungkin dikenakan bayaran parking untuk 365 hari dalam setahun. Tiada pengecualian walaupun cuti umum. Kalau pada cuti umum Tahin Baru Cina, seseorang itu bolej dikenakan saman oleh majlis oerbandaran disebabkan tidal membayar parking, bayangkan sahaja hari-hari lain. Tiada istilah parking percuma sempena cuti umum di Pulau Pinang. Tahniah kepada penduduk Pulau Pinang. Anda mengundi dahulu sebab hendak UBAH, maka UBAH lah yang anda dapat.

Selamat datang ke Pulau Pinang. Tiada parking percuma tepi jalan di Pulau Pinang, semua kena bayar. Parking di Pulau Pinang menggunakan sistem kupon pra-bayar. Penguatkuasa MPPP bekerja hingga tengah malam kerana ada kawasan kutipan caj letak kereta hingga jam 12.00 tengah malam. Penguatkuasa sentiasa menanti peluang mengapit roda kereta anda jika anda salah parking dan trak tunda akan dipanggil jika anda lewat mengalihkan kenderaan anda. Buka apit roda kena bayar RM50, kalau dah kena tunda kena bayar RM100. Hari cuti am dan cuti perayaan pun kena bayar parkir. Harap maklum.


21 Pendedahan Khas - Sekolah Demokrasi DAP Bahagian II










Inilah produk pertama pemimpin-pemimpin Sekolah Demokrasi DAP. DAP bijak mengenengahkan Dyana Sofya, Rara Othman dan Melati Rahim. "Market Segmentation" DAP amat mudah. Dyana Sofya diletakkan menjadi ikon anak muda Melayu profesional, Rara Othman pula menjadi ikon kumpulan hijabsta yang terdiri daripada remaja dan pelajar sekolah serta universiti manakala Melati Rahim, gadis bertudung serta menutup muka dijadikan ikon golongan Islamik ekstrem dan juga peminat seni dan seni Islam. 

Kalau dahulu, Lee Kuan Yew dengan hanya berbekalkan songkok di kepala, sudah cukup untuk menarik orang-orang Melayu Singapura menyokong PAP, DAP terkini turut menggunakan kaedah yang sama. DAP tahu mereka tidak boleh selamanya mengharapkan PAS dan PKR untuk undi orang Melayu Islam. Mereka perlukan rancangan massa panjang untuk menarik orang Melayu Islam meminati DAP. Sekolah Demokrasi DAP adalah jawapannya. 

February 18, 2015

26 Pendedahan Khas - Sekolah Demokrasi DAP Bahagian I










Sekolah Demokrasi DAP. Begitulah cara DAP memainkan agenda terbaru mereka. Sekolah Demokrasi DAP menyediakan barisan pemuda pemudi Melayau yang akan akan berjuang mempertuankan DAP. Sekolah ini juga menyelewengkan sejarah kewujudan DAP. Kesemua pemuda pemudi DAP Melayu ini yang merupakan generasi pertama Sekolah Demokrasi DAP akan dilatih sebagai pemimpin-pemimpin. 

Mereka ini menjadi ikon untuk menarik seramai mungkin anak -anak muda Melayu. Penekanan akan diberikan kepada yang cantik, menawan dan berpelajaran. Mereka akan diajar bukan sahaja cara percakapan malah gaya berpakaian untuk menyebarkan pengaruh. Tunggu pendedahan Bahagian II, pukul 10.00 pagi esok.

February 17, 2015

33 Ratusan Ribu Sambut Banduan VVIP @AnwarIbrahim Di Mahkamah Jalan Duta Hari Ini







Jalan-jalan di Kuala Lumpur lumpuh teruk hari ni. Ratusan ribu orang pejuang-pejuang reformasi berkumpul di Kompleks Mahkamah Jalan Duta menyambut kedatangan KETUM Anwar Ibrahim di mahkamah. Anwar Ibrahim hadir di mahkamah bagi memberi keterangan dalam perbicaraan kes saman fitnah terhadap Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman. Tak ramai pun pencacai yang datang. Tidak sampaipun 50 orang. Wartawan dan bloggers saja yang ramai memenuhi kawasan kompleks mahkamah.

Sememangnya Anwar Ibrahim diberikan keistimewaan sebagai banduan VVIP. Rambut beliau tidak perlu dipotong pendek, tangan tidak digari dan beliau tidak perlu memakai pakaian penjara untuk hadir ke mahkamah. Anwar Ibrahim memakai kemeja putih tangan panjang dan berseluar hitam. Malah tidak nampak beliau kelihatan susut seperti yang didakwa oleh anak-anaknya.

February 16, 2015

19 Nurul Izzah Dakwa Anwar Ibrahim Ditawar Jawatan TPM, Siapa Penipu? @n_izzah Atau @AnwarIbrahim ?


Bercakap pada ceramah di Seberang Jaya, Pulau Pinang malam Sabtu, Nurul Izzah dilaporkan berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri selepas pilihan raya umum 2013, kepada bapanya dengan syarat Anwar Ibrahim bersetuju untuk 'mengabaikan' rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat. Beliau berkata Anwar Ibrahim menolak tawaran itu.

Anwar dalam sidang media bersama Salahuddin Ayub pada 20 Jun 2013 berkata, "I deny hearing from Datuk Najib any specific proposals (on Unity Govt). Either from formal or designated representatives (of Najib)." Lihat video Malaysiakini di bawah:

video

Persoalannya siapa yang menipu? Anwar Ibrahim atau anaknya Nurul Izzah? Kedua-duanya ada rekod menipu. Nurul Izzah walapun nampak lembut pernah menarik balik fitnahnya apabila disaman oleh Raja Nong Chik. Propa anak beranak ini tak ada kesudahan. Sekarang diikuti pula oleh adik beliau Nurul Nuha sehingga mengheret anak beliau ke pentas ceramah semata-mata untuk meraih simpati. Akal ada ka?

0 Adakah SPAD Zalim Membatalkan Lesen Teksi Yang Degil?


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak pernah leka di dalam menjalankan tanggungjawab mereka untuk menjalankan operasi ke atas pemandu teksi yang tidak mengikut peraturan dan undang-undang. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal berkata, SPAD menerima lebih 24,000 aduan mengenai masalah pengangkutan awam sejak tahun lalu dan daripada jumlah itu, 10,000 adalah berkaitan teksi.

Di dalam operasi terbaru SPAD 21 Januari lepas sahaja, seramai 449 pemandu ditahan dalam operasi Ops Tegas. Daripada jumlah itu sebanyak 82 teksi disita kerana kesalahan pemandu teksi enggan menggunakan meter. Apabila terbaca luahan daripada Pengerusi Persatuan Pengusaha Teksi Bumiputera (PERBUMI), Datuk Mohd Alias Abdul yang menyalahkan SPAD yang bertindak keras terhadap pemandu teksi dengan menyita dan membatalkan lesen, kita pasti tersenyum sinis.

Apakah SPAD zalim jika menggunakan kaedah menyita teksi juga akan terus diguna bagi memberi amaran keras terhadap pemandu yang masih enggan menggunakan meter? Bukankah amaran demi amaran dan pelbagai tindakan sudah dibuat, tetapi masih ramai pemandu teksi yang degil, enggan menggunakan meter. Salahkah SPAD tidak akan beri muka lagi selepas ini dan akan terus menyita serta merta teksi pemandu yang degil tidak mahu menggunakan meter?

Kita akui tindakan Pengerusi PERBUMI adalah untuk mempertahankan ahli-ahli di bawah naungannya. Namun, beliau perlu faham. Isu sekarang adalah isu Rakyat. SPAD bukan sahaja berperanan untuk membantu pengusaha teksi bahkan SPAD juga perlu memastikan pemandu-pemandu teksi memberikan perkhidmatan yang baik dan bermutu kepada pengguna-pengguna. Apa masalahnya pemandu teksi menggunakan meter tanpa perlu pengguna untuk tawar menawar sebelum menaiki teksi? Kenapa mesti mereka tamak dengan mengenakan tambang berlebihan?

5 Apabila Rosmah Mansor Bertemu Tuan Sabariah ... Biar Gambar-Gambar Berbicara







Kalau beberapa hari lepas, si suami DS Najib Tun Abdul Razak melawat jenazah Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, hari ini si isteri, DS Rosmah Mansor pula melawat balu Allahyarham, Datin Tuan Sabariah. Suasana pertemuan berlangsung dengan penuh muhibah dan mesra. Kata seorang kawan, politik bukan Agama. Tidak ada sebab perbezaan politik menyebabkan kita memutuskan silaturahim.

18 Peniaga Cina Bagi Isyarat Jari Tengah Kepada @cmlimguaneng Kerana Roboh Gerai Jualannya



Nak kata bersimpati, tidak juga sebab mereka juga yang menaikkan DAP untuk menjadi Kerajaan di Pulau Pinang. Nak kata tidak bersimpatipun, kesian jugak. Perayaan Tahun Baru Cina sudah dekat dan Kerajaan chauvinist tidak ada perasaan belas kasihan merobohkan gerai jualan kuih bulan. Uncle Cina ini siap kata DAP Pulau Pinang cakap lain, buat lain. Habis berselerak barangan jualan gerai-gerai di Pasar Kampung Baru, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Begitu marah Uncle Cina ini sehingga di bajunya tertulis perkataan perkataan melahirkan ketidakpuasan hati antaranya berbunyi "Pakatan penipu bangsa dan negara". Begitulah kekecewaan ramai rakyat Pulau Pinang yang sekarang ini dizalimi oleh rejim DAP yg begitu rakus menindas rakyat dalam pelbagai hal. Satu baris tulisan paling cemerlang tulis dekat bajunya ialah: "ROKET naik langit, Rakyat mati".

Bukan hendak bersifat rasis, tidak. Tetapi Kerajaan Cina dan peniaga juga Cina. Yang kena maki hamun adalah penguatkuasa-penguatkuasa Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) yang menjalankan tugas. Sepatutnya Ketua Menteri dan balaci-balaci beliau turut sama turun ke padang untuk dimaki hamun. Lantak hangpalah. Dulu sibuk hendak UBAH!
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates