February 14, 2015

24 Kenapa ROS Begitu Berani Dengan Presiden MIC Tetapi Kecut Telor Dengan DAP?


Kemelut dalaman MIC masih terus meruncing. Ini ditambah dengan tindakan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang bertindak seperti Polis Dunia dalam mengendalikan isu ini. Agak dangkal apabila mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC semalam yang dipengerusikan Timbalan Presiden MIC, DS Dr S Subramaniam di ibu pejabat MIC, dihadiri oleh 4 orang pegawai ROS. Bukankah ROS sepatutnya berkecuali dalam kemelut dalaman MIC ini?

Tindakan ROS mengeluarkan beberapa surat sebelum ini yang antara lainnya mengandungi unsur mempersoalkan kedudukan DS G Palanivel sebagai presiden parti dilihat sebagai berat sebelah dan melanggari perlembagaan MIC. Presiden mempunyai segala hak untuk melantik Ketua Setiausaha dan ROS tidak harus campur tangan dan melibatkan diri mengenai perkara ini. Ini pasti akan menjejaskan prinsip yang diamalkan oleh Kerajaan BN. 

Semua komponen dalam pasukan BN sentiasa menghormati institusi Presiden mana-pana parti di bawah Barisan Nasional. Lagipun DS G Palanivel telah dipilih dengan adil dan mengikut undang-undang parti oleh 96 peratus daripada pengerusi cawangan. Bukankah ROS harus menghormati perkara itu?

CTS menyokong penuh tindakan Presiden MIC untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas ROS sebuah agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), sekiranya mereka sudah melampaui batas. Ini sahaja cara yang dapat mengajar ROS agar lebih menghormati pihak lain. Tindakan ROS yang diambil terhadap MIC tidak selaras dengan tindakan ROS terhadap parti chauvinist DAP. 

Walaupun sehingga kini Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP belum lagi diiktiraf dan ROS masih belum mendapat apa-apa makluman dari mahkamah berhubung status sebenar jawatankuasa berkenaan, ROS gagal mengambil tindakan untuk mengharamkan DAP. Kenapa ROS kecut telor dengan DAP tetapi berlagak garang dengan MIC?

Hari ini Presiden MIC telah membuat sidang akhbar di Pan Pacific Hotel, jam 11.00 pagi dan Kenyataan Media beliau adalah seperti di bawah:
14 February 2015
PRESS STATEMENT BY
YB DATUK SERI G. PALANIVEL
PRESIDENT OF MIC
I had in my previous media statement stated that a purpoted Interim CWC Meeting is being called by one Mr. Sakthivel Alagappan. He had issued a Notice of Emergency Meeting of the Interim Central Working Committee of MIC dated 12 February 2015 purportedly as " Secretary General, Interim CWC". The meeting was fixed  on 13 February 2015.
Despite my warnings as President, the purpoted meeting went on yesterday on the 3rd Floor of MIC Headquarters, at 6pm. In my previous media statement,  I had also stated my rights under Articles 46.5 and 49 of the MIC Constitution on my absolute rights as President of MIC. I hereby suspend Mr. Sakthivel Alagappan from being a member of MIC for a period of 4 months. This decision is reached after consultation with the Disciplinary Committee Chairman, Mr. Karuppanan. The move is made to stress my rights and prerogatives as Party President of MIC.
On another note,  I would be meeting the Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak over the next few days to inform him my stand as President of MIC concerning a few matters in regards to directives issued by ROS and the validity of my appointment of Dato Sothinathan as Secretary General of MIC. Until then, all meetings held in the name of Interim CWC Committee and pursuant to such requisition and notice shall be illegal, null and void.
DATUK SERI G PALANIVEL PRESIDENT
MALAYSIAN INDIAN CONGRESS

29 Ratusan Berkumpul Untuk Anwar Ibrahim Sekitar Sogo

Nurul Izzah yang hari ini kantoi mengeluarkan kenyataan melawat bapanya di Penjara Sungai Buloh, telah mengadakan perhimpunan haram di sekitar Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Sayangnya sokongan tidaklah sehebat dulu. Hampir 200 atau lebih sedikit macai-macai Anwar Ibrahim yang tinggal menyertai perhimpunan tersebut dari pukul 4.30 hingga 6.30 petang.

Pastinya himpunan ini tidak mendapat sokongan dari penyokong-penyokong PAS. Inilah cara PKR mengadakan talqin dan menunjukkan rasa berkabung kepada Allahyarham Nik Aziz Nik Mat yang meninggal dunia semalam. Bila nak berhimpun saja, Sogo jadi tempatnya. Promosi percuma untuk Sogo. Puas kerah, banyak ini saja kah?

















9 Nurul Izzah Boleh Lawat Anwar Ibrahim Dalam 4 Hari Sedangkan Peraturan Penjara Setiap 4 Minggu!!!


Anwar Ibrahim disumbat ke dalam penjara pada 10hb Februari. Hari ini Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan di portal Malaysiakini (baca di sini) bahawa beliau baru melawat bapanya, Anwar Ibrahim semalam tidak sampai 4 hari dipenjarakan.

Standard Operating Procedures (SOP) Jabatan Penjara me syaratkan mana-mana banduan yang baru masuk penjara, keluarga dibenarkan untuk melawat selepas 4 minggu diterima masuk. Bagaimana keluarga Anwar Ibrahim dibenarkan melawat selepas 3 hari masuk penjara Sungai Buloh? Adilkah perkara ini untuk ahli keluarga banduan lain? 

Ramai banduan yang meninggalkan anak-anak kecil yang mana anak-anak ini merindui ibu atau bapa mereka di penjara. Mengapa mereka kena tunggu 4 minggu sedangkan anak-anak Anwar 3 hari sahaja sudah boleh jumpa? Di manakah keadilan? Bukankah keadilan untuk semua Rakyat Malaysia? Janatan Penjara Malaysia terutama Ketua Pengarahnya mesti tampil dengan penjelasan kepada masyarakat Malaysia.

21 Raja Bomoh Malaysia Main Golf Halau Hantu Raya Kacau KETUM Anwar Ibrahim




Tidak dapat dipastikan sama ada Raja Bomoh Malaysia bertindak sendirian atau diupah oleh PR. Semalam beliau telah bermain golf di sekitar Penjara Sungai Buloh yang bertujuan untuk menghalau 3 Hantu Raya yang dikatakan menganggu Anwar Ibrahim. Jahat sungguh puak-puak UMNO menghantar Hantu Raya kan? 

Perkembangan ini agak menarik keraana CTS menjangkakan drama diracun arsenik, sakit belakang dan dicucuk HIV ke dalam badan akan kembali menjadi isu. Mungkin Menteri Belia Dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin boleh menarik nafas lega kerana sudak muncul bakat terpendam yang boleh diketengahkan dalam sukan golf negara.

February 13, 2015

18 Pandai Ke @ngakorming Baca Al Fatihah Untuk Allahyarham Datuk Nik Aziz? Ke Main Sebut Saja?



Kalau dulu kita pernah mendengar Ahli Parlimen Taiping ini membaca doa di atas pentas ceramah. Bertempik juak-juak PAS dengan kalimah "Allahuakbar!" Hari ini lagi hebat. Beberapa posting Nga Kor Ming di dalam media sosial Twitter untuk Allahyarham Datuk Nik Aziz diakhiri dengan ucapan Al Fatihah. Cina DAP ni tahu atau tidak membaca surah berkenaan? Atau beliau hanya terikut-ikut kebanyakan orang Islam mengucapkan takziah dengan menggunakan perkataan yang sama.

Mungkin Nga Kor Ming sudah bersunat tidak pastilah saya. Kalau setakat letak di posting media sosial, tak ada maknanya. Apatah lagi kalau ada niat untuk menghina. Kalau kita rasa posting Nga Kor Ming hebat, lihat pula posting Lim Kit Siang di Facebook beliau. Rest In Peace (RIP) pun ada ... Al Fatihah pun ada. Bagus betul cara orang PAS tarbiyah pemimpin DAP.

0 Makmal Transformasi Untuk Memperkasakan PLKN Dilancar


Makmal Transformasi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah dirasmikan hari ini oleh Menteri Pertahanan, DS Hishamuddin Tun Hussein. Turut hadir di dalam majlis berkenaan adalah, YB Khairy Jamaluddin dan Pengerusi PLKN, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid. Makmal Transformasi PLKN akan berlangsung selama 5 minggu bermula 23 Februari sehingga 28 Mac. Makmal ini bakal melibatkan 85 orang pihak berkepentingan yang terdiri daripada wakil kementerian, pihak swasta, badan bukan Kerajaan (NGO), pemain-pemain industri, golongan muda, operator kem PLKN, Alumni PLKN, jurulatih PLKN, pihak ibu bapa dan lain-lain lagi.

Makmal Transformasi PLKN ini akan dilaksanakan dengan Kerjasama Kementerian Pertahanan melalui Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Kementerian Belia Dan Sukan dan PEMANDU. Fokus perbincangan adalah tertumpu kepada perkara pokok utama iaitu modul latihan, pengurusan sumber dan penjenamaan komunikasi.

Tujuan makmal ini diadakan adalah untuk mendapatkan maklum balas dari semua pihak yang berkepentingan berhubung transformasi yang ingin  dilaksanakan terhadap PLKN. Selain itu, makmal ini juga bermatlamat menghasilkan satu resolusi yang seterusnya dibentuk menjadi "blueprint" bagi menjayakan transfirmasi PLKN.

Perlaksanaan makmal ini amat penting dan kritikal selaras dengan hasrat Perdana Menteri sewaktu ucapan Bajet 2015, yang mengumumkan strategi pertama di dalam Pelan Transformasi Belia Negara, iaitu untuk mengkaji semula PLKN dengan satu konsep baru yang menjalinkan keperluan kemahiran dan kenegaraan.






February 12, 2015

29 Dulu Digelar Mahafiraun, Sekarang Mahu Lantik Ketua Umum



Inilah segolongan manysia yang tidak berprinsip. Dulu apa yang puak PKR tak fitnah Tum Dr Mahahir Mohamed. Pelbagai gelaran yang diberikan kepada beliau termasuklah Mahazalim dan Mahafiraun. Sudah lupakah mereka menuduh Tun Dr Mahathir sebagai dalang Kes Liwat I, kononnya untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim?

Kini ludah mahu dijilat kembali. Mereka sanggup memgadai maruah kononnya untuk melantik Tun Dr Mahathir sebagai Ketua Umum PKR mengantikan Anwar Ibrahim. Lebih ironi banner yang dibentangkan mahu Tun Dr Mahathir menjatuhkan Barisan Nasional. Manusia apakah mereka ini? Sedang buat lawak KETUM atau apa?


1 Pengerusi SPAD, TS @syedhamidalbar Melancarkan Corak Baru Yang Digunakan Di Badan ERL - Cheetah


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ( SPAD ) berharap orang ramai akan terus menggunakan pengangkutan awam, walaupun negara sedang mengalami penurunan harga minyak. Pengerusi SPAD Tan Sri Dr Syed Hamid Albar berkata menggunakan pengangkutan awam adalah sebahagian daripada menjaga alam sekitar dengan mengawal tahap pencemaran yang dikeluarkan oleh kenderaan.

TS Syed Hamid berkata di majlis pelancaran KLIA Express dan corak baru kereta api KLIA Transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2). TS Syed Hamid juga menggesa penyedia pengangkutan awam untuk membuat inovasi dan meningkatkan perkhidmatan supaya lebih ramai orang akan tertarik untuk menggunakan pengangkutan awam.

Antara inisiatif yang dicadangkan telah meningkatkan standard keselamatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan dan muncul dengan produk pelancongan yang menarik dan mudah. Dalam majlis berkenaan juga Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) telah melancarkan corak baru yang akan digunakan pada badan ERL. 

Corak gambar hidup haiwan Cheetah yang merupakan haiwan terpantas di dunia di atas tanah, bakal menggambarkan kelajuan kereta api dan kebolehpercayaan dari pengguna. Gambar Cheetah juga akan menggantikan motif batik berkonsep flora dan fauna yang digunakan sejak ia mula beroperasi pada tahun 2002.




0 Penutup PLKN Kumpulan 1, Siri 12, Tahun 2015 Meriah Dan Bersemangat


Hari ini tamatlah latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi Kumpulan 1, Siri 12, Tahun 2015. Upacara perasmian penutup telah diadakan di Kem PLKN Jaya Gemilang A'Famosa, Alor Gajah Melaka. Ini adalah kumpulan terakhir tahun ini sebelum Perdana Menteri ketika membentangkan perkembangan ekonomi semasa dan kewangan negara bulan lepas, menangguhkan program PLKN. Ini bagi membolehkan Kerajaan merasionalisasikan perbelanjaan dan bagi membolehkan program berkenaan dikaji semula dan ditambah baik.

Pengerusi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), Datuk Noor Ehsannudin bin Mohd Harun Narrashid, dalam ucapan penutupnya berkata, wira dan wirawati yang berada di dalam majlis berkenaan adalah golongan yang terpilih dan bertuah kerana tujuan program PLKN adalah untuk membentuk sebuah masyarakat yang berdisiplin, bersemangat waja, berkeyakinan diri, setia kepada negara, sentiasa menghadapi sebarang cabaran dan dugaan serta untuk memupuk semangat cintakan negara, sifat sukarelawan dan perpaduan kaum dikalangan pelbagai kaum di negara ini.

Datuk Ehsan juga mengingatkan peserta-peserta tentang tragedi pencerobohan oleh warga asing di Lahad Datu setahun yang lalu yang telah membunuh dan mencederakan anggota pasukan keselamatan. Beliau menigatkan bahawa keamanan yang kita kecapi selama ini boleh tergugat sekiranya kita tidak mempertahan dan memeliharanya. Beliau percaya, PLKN telah berjaya meningkatkan semangat partiotisme di kalangan pelatih-pelatih sehingga mungkin ada di kalangan mereka yang menyimpan hasrat untuk berbakti dengan menyertai pasukan keselamatan sebagai kerjaya.

Sebelum beliau merasmikan majlis penutup, Datuk Ehsan menyeru bekas-bekas pelatih supaya berupaya menyumbang tenaga dengan menyertai aktiviti-aktiviti kemasyarakatan terutama membantu negara sekiranya berlaku sesuatu bencana seperti tanah runtuh, banjir atau sebagainya. Beliau berharap bekas-bekas pelatih dapat meningkatkan semangat kesukarelawan dengan memohon menjadi ahli Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN).




0 Kurangkan Kadar Kemalangan Dan Kematian Intipati Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baru Cina 2015


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata Ops Bersepadu Penguatkuasaan Keselamatan Jalan Raya selama 15 hari sempena Tahun Baharu Cina bermula hari ini, akan memberi perhatian utama dan tegas dalam mengurangkan kadar kemalangan dan kematian berbanding tahun sebelumnya. Operasi ini melibatkan 3,000 anggota penguatkuasa yang akan akan membabitkan polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian sempena majlis pelancaran kempen keselamatan jalan raya peringkat kebangsaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di sini pagi tadi. Tema Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena perayaaan Tahun Baru Cina 2015 adalah "Bertimbang rasa Di Jalan Raya, Elak Terkorban Nyawa".






 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates