January 10, 2015

0 Lawatan Pengerusi PLKN Ke Pusat Pemindahan Mangsa Banjir Di Kelantan


Pengerusi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), Datuk Noor Ehsannudin bin Mohd Harun Narrashid, hari ini telah membuat lawatan ke pusat PLKN yang terlibat dengan banjir iaitu di Batu Jong, Kuala Krai. Ianya bagi memastikan fasiliti pusat PLKN yang dilanda banjir tidak terjejas dan keselamatan pelatih-pelatih PLKN adalah selamat dan terpelihara.









Datuk Ehsan juga turut membuat lawtan ke Pusat Pemindahan Mangsa Banjir bersama Timbalan Menteri Pertahanan di Kem PLKN Cancun, Pasir Mas.



January 9, 2015

0 Yayasan Mesra Hantar Misi Kemanusiaan Ke Kelantan


Bukan setakat jabatan dan agensi Kerajaan yang terlibat di dalam misi bantuan kemanusian ke Pantai Timur, malah Badan Bukan Kerajaan (NGO) juga turut memainkan peranan yang besar di dalam membantu mangsa-mansa banjir. Salah satu NGO yang bergiat aktif di dalam penghantaran misi bantuan kemanusiaan adalah Yayasan Mesra. 

Hari ini, Yayasan Mesra telah menyerahkan bantuan barangan keperluan semeperna Khidmat Mesra Pasca Banjir di Tanah Merah, Kelantan. Kumpulan Yayasan Mesra diketuai oleh Pengerusinya, Datuk Noor Ehsannudin bin Mohd Harun Narrashid. Konvoi Yayasan Mesra bergerak sejak semalam menuju ke Dewan Insaniah, Kamung Kelewek, Tanah Merah, Kelantan di bawah Ahli Parlimennya, Datuk Ikmal Hisham. 

Barangan seperti beras, minyak masak, biskut, makanan segera dan telor seberat 10 tan telah dibawa dalam misi tersebut. Tahniah kepada Yayasan Mesra dan kesemua NGO yang terlibat di dalam misi kemanusiaan ini.









Terdahulu, Yayasan Mesra juga turut membuat ziarah ke rumah keluarga kakitangan mereka yang terjejas dengan banjir di Kampung Paloh, Chincha Tinggi, Pasir Mas, Kelantan.




Sukarelawan Yayasan Mesra juga turut menyerahkan bantuan barang keperluan di Kampung Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan.





0 #BNBagus! - MCA Turun Padang Sediakan Pakaian Sekolah Untuk Mangsa Banjir




Bantuan persekolahan berupa pakaian sekolah, bag sekolah dan kasut sekolah daripada MCA Crisis Relief Squad Of MCA (CRSM) telah sampai ke sekolah-sekolah di Kelantan dan telah diedarkan kepada kanak-kanak mangsa-mangsa banjir di sana. CRSM telah menghantar lebih daripada 8,000 set bantuan persekolahan ke kawasan banjir Pantai Timur. 






Menurut Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong, CRSM telah menyerahkan bantuan persekolahan kepada 18 sekolah di negeri Kelantan. Guru-guru Besar, Guru-guru dan PIBG turut sama membantu memunggah bantuan persekolahan dari trailer.



January 8, 2015

79 Kerajaan Sibuk Bantu Rakyat Kelantan, PAS Kelantan Sibuk Kutip Dana PRN Sarawak!!!


Memang tak boleh pakai perangai pemimpin-pemimpin PAS. Dalam Kerajaan, agensi-agensi, kementerian-kementerian yang berkaitan serta NGO sibuk membantu Rakyat Kelantan dalam pasca banjor di Kelantan, Pemuda PAS Malaysia masih sempat mengadakan Majlis Makan Malam Kutipan Dana untuk Pilihanraya Negeri Sarawak. Untung PAS jadi Kerajaan di Kelantan. Mereka merosakkan negeri dengan memberikan projek pembalakan di Kelantan sehingganya berlakunya banjir besar. 

Selepas Rakyat menjadi mangsa, mereka lepas tangan. Yang jadi tukang perbaiki Kerajaan pusat, NGO dan pihak swasta. Ada satu negeri tak dapat nak jaga, ada hati bercita-cita untuk merampas lagi satu negeri nun jauh di Borneo. Mungkin mereka nampak banyak lagi hutan tropika dan kayu balak di Sarawak yang boleh dijual kalau mereka memerintah kot? Persoalan utama, yang mana lebih penting sekarang ini, dana pilihanraya atau dana untuk membantu mangsa banjir terutama di bumi Kelantan itu sendiri. Bala sudah menimpa, namun PAS masih tidak sedar.

January 7, 2015

30 Kekeliruan Turun Naik Harga Minyak - @RafiziRamli Mungkin Ada Masalah 'Mental Disorder'



Semacam ada masalah mental dialami oleh Pengarah Strategik PKR merangkap Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dalam beliau memperjuangkan harga minyak. Kalau dilihat kenyataan-kenyataan beliau yang dibuat di dalam blog dan laman sosial Twitter beliau, seakan tiada konsistensi di dalam apa yang beliau perjuangkan. Sebelum Kerajaan menurunkan harga minyak berkuatkuasa 01 Januari 2015, Rafizi Ramli telah mengerakkan kempen untuk menurunkan harga minyak.

Berdasarkan kenyataan beliau di dalam Twitter bertarikh 26 Disember 2014, beliau mempertikaikan Kerajaan menghapuskan subsidi dan mengapungkan harga minyak mengikut harga pasaran. Beliau menuduh Kerajaan menyebelahi pengusaha pam minyak sehingga memaksa Rakyat menanggung harga minyak yang mahal.

Berkuatkuasa tengah malam 31 Disember 2014, Kerajaan telah mengumumkan harga baru runcit bagi minyak petrol RON95 ditetapkan pada RM1.91 seliter, RON97 pula RM2.11 seliter manakala diesel RM1.93 seliter. Harga baru runcit bagi RON95 dan RON97 itu menunjukkan penurunan sebanyak 35 sen seliter manakala penurunan harga diesel ialah sebanyak 30 sen seliter. Kita mengharapkan walaupun Setiausaha Agong PKR ini tidak berterima kasih, sekurang-kurangnya beliau akan senyap dan tidak lagi memainkan isu minyak. 

Nampak gayanya, lain pulak jadinya. Beliau kini memainkan isu penurunan harga minyak berkenaan bakal memufliskan pengusaha pam minyak. Nampak tak kekeliruan minda Pakar Strategik PKR ini?Tak turun harga minyak dikatakan membebankan Rakyat dan Kerajaan menyebelahi pengusaha pam minyak. Apabila turun pula dikatakan membebankan pengusaha pam minyak pula. Rafizi Ramli hendak apa sebenarnya?

January 6, 2015

0 #BNBagus! - Bantuan Datang Mencurah-Curah Melalui Bilik Operasi Bantuan MCA


Sejak MCA melancarkan bilik operasi bantuan banjirnya pada Disember lalu, bantuan datang mencurah-curah daripada pelbagai NGO dan sektor swasta. Terkini syarikat NSK Trade City dan180 syarikat pembekalnya tampil ke depan untuk menyumbang barangan bantuan bernilai lebih RM160 ribu untuk dihantar ke mangsa banjir di Perak, Pahang dan Kelantan.

MCA menerima barangan bantuan berkenaan pada satu majlis ringkas di NSK Trade City Selayang hari ini. Barangan bantuan termasuk baju sekolah, beras, air minuman, biskut dan mee segera itu diserahkan kepada Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong dan Timbalan Ketua Setiausaha (Francais & Kepenggunaan) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Basarudin Sadali.

Turut hadir ialah Penasihat NSK Dato C.S. Lim dan Pengarah Urusan NSK Encik C.B. Lim. Ini adalah kali ketiga NSK menyumbang kepada mangsa banjir, dengan jumlah nilai sumbangan lebih RM200 ribu. Sebelum ini beberapa syarikat konglomerate telahpun menghantar sumbangan kepada mangsa banjir menerusi MCA. Antaranya Mahsing, Berjaya Group dan Tiong Nam Logistics.






 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates