March 14, 2015

5 Sekolah Pondok Mendapat Nafas Baru Dengan Perasmian Pusat Kajian Pondok KUIN

Pagi ini berlangsungnya satu lagi sejarah dalam perkembangan sekolah pondok apabila Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Abdul Razak merasmikan Pusat Kajian Pondok, Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang akan mengkaji dan memertabatkan pengajian dan masa depan sekolah pondok di negara ini dan akan bertanggungjawab menjalankan kajian lebih giat dan meluas terhadap institusi pondok dan sistem pengajiannya di Malaysia serta luar negara.

Turut hadir di dalam majlis yang bersejarah ini adalah Menteri Besar Kedah, Dato Paduka Mukhriz Tun Mahathir, Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM), Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Pendidikan Negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain dan juga Rektor KUIN, Professor Datuk Mohd Yusuf Kasim.

Pelancaran Pusat Kajian Pondok sebagai salah satu pusat kecemerlangan KUIN yang akan diterajui Pengerusi YPPM, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, selaku Pengarah yang pertama, berlangsung di TH Hotel & Convention Centre, di Alor Setar, Kedah.

Sempena majlis itu juga Perdana Menteri turut menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara KUIN dan YPPM untuk menjalinkan kerjasama lebih erat bagi membela, memperkasa dan pembangunan antara kedua-dua entiti itu. Dalam MoU berkenaan, KUIN diwakili Rektor, Prof Datuk Mohd Yusof Kasim, manakala YPPM diwakili Datuk Dr Mashitah Ibrahim. Melalui MoU terbabit, KUIN akan menyediakan kepakaran serta tenaga kerja untuk menghasilkan kajian bersama dengan YPPM untuk memperkasakan lagi institusi pondok di negara ini.

5 comments:

Anonymous said...

Reaktor?? Ahahaha. Ingat Reaktor Nuklear ke? Rektor la bro...

Cucu Tok Selampit said...

Hahaha. Typo. Terima kasih.

Anonymous said...

Diterima..

Anonymous said...

mukriz ni asyik dgn pondok dan yahanana jer
kerja lain tak buat ke

Anonymous said...

Mukriz dh berjanji dgn Allahyarham Tan Sri Dato' Seri DiRaja Ustaz Haji Azizan bin Abdul Razak utk meneruskan KUIN tu...janji seorg Islam kepada org Islam yang lain.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates