December 31, 2015

12 Harga ERL Ekspress Naik? Ini Cara-Cara Nak Berjimat

Bermula esok 01/01/2016 Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) akan menaikkan kadar tambang bagi ERL KLIA Ekspress, Kadar tambang baharu itu melibatkan perjalanan sehala dari stesen KL Sentral ke KLIA/KLIA2 yang melibatkan peningkatan kepada RM55 berbanding RM35 ketika ini. Ini adalah peningkatan sebanyak RM20 bagi setiap perjalanan sehala. Sudah pastinya apabila pengumuman ini dibuat Rakyat telah berasa marah sekaligus menyalahkan Kerajaan dengan kenaikkan tambang ini.

Terdapat beberapa cara pengguna ERL Ekspress boleh menikmati diskaun ketika menaiki tren KLIA Express, dan seterusnya menjimatkan wang perbelanjaaan, antaranya:

1. Jimat RM 10

Pengguna dapat menjimatkan RM10 apabila pengguna membeli tiket ERL Express pergi dan balik (return trip). Ini kerana pada harga semasa, harga tiket sehala adalah RM35 dan jika dua hala adalah berharga RM70. Dengan rasionalisasi tambang yang baru, harga tiket sehala adalah RM55 dan jika anda beli return tiket sekali tambangnya adalah RM100 berbanding harga sepatutnya RM 110. Anda telah jimat RM 10!


2. Jimat 10% Harga Tambang

Pengguna dapat menjimatkan 10% jika anda membeli tiket secara online, applikasi mobil ataupun di kiosk layan diri di KL Sentral dan KLIA1/2. Cara ini pastinya tidak menjadi masalah kerana kebanyakkan pengguna memiliki telefon pintar atau 'smartphone' dan di KLIA1/2 pula ada wifi percuma. Pengguna dapat menjimatkan RM 5.50 satu tiket! Malah lebih menarik jika pengguna terus beli tiket pergi balik, harga tiket adalah cuma RM 90, iaitu RM 45 satu trip dan anda jimat RM 20!

3. Jimat 20% Harga Tambang Melalui Mastercard

Sama seperti kaedah di atas, tetapi setiap kali pengguna membeli secara online, applikasi mobile ataupun di kiosk layan diri di KL Sentral dan KLIA1/2 dengan menggunakan kad kredit Mastercard., lebih penjimatan akan diberikan. Lebih menarik lagi harga tiket pengguna bagi sehala adalah RM44 dan jika anda beli tiket pergi balik harga hanyalah RM80 sahaja. Beza RM10 dengan harga tiket sekarang!

Dan yang terakhir dan yang paling senang adalah dengan menggunakan Touch & Go. Sekiranya pengguna menggunakan Touch & Go bagi menaiki ERL, pengguna akan diberikan diskaun 10% keatas harga tiket. Bukankah sudah jimat RM5.50 tu bagi satu trip? Tidak perlu memaki hamun di laman sosial apabila berlaku kenaikan tambang ERL Ekspress. Lagipun kenaikan ini hanya melibatkan ERL Ekpress sahaja. Pengguna juga ada alternatif ERL biasa yang tiada kenaikan tambang.

December 29, 2015

33 Its Showtime! Kampung Mutiara Batu Feringgi, Kampung Melayu Penang Yang Bakal Dilenyapkan


Keadaan terkini di Kampung Mutiara, Batu Feringgi, Pulau Pinang. Sebuah lagi kampung Melayu di Pulau Pinang yang bakal dilenyapkan untuk tujuan pemodenan. Penghapusan kampung Melayu ini melibatkan tindakan meroboh 42 rumah (40 rumah orang Melayu dan 2 rumah orang India) yang mengandungi 96 keluarga yang terdiri daripada 350 orang.

Status Terkini 11.00 AM:

Perobohan Kampung Mutiara ditangguhkan. Alhamdulliah. Harap susulan dari dari penangguhan ini dapatlah dilaksanakan dlm kadar segara. Kelihatan Dato Ahmad Ismail, Datuk Musa Sheikh Fadzir serta penduduk dan pejuang pejuang melayu tidak bergerak walau seinci demi mempertahankan perkampungan ini. Tahniah semua. Ketua Menteri menghantar Zairi Khir Johari sebagai wakil dari pihak Kerajaan Negeri.




December 28, 2015

26 Mari Kenali Siapa Pengantin RM2.6 Billion Dan Siapakah Idola Pujaan Hatinya



Inilah pengantin yang mencetuskan publisiti murahan di laman sosial apabila beliau memuat naikkan gambar di atas yang diambil ketika majlis persandingan beliau. Bertujuan hendak 'troll' Perdana Menteri sehingga sanggup mencemar majlis perkahwinan sendiri.

Dikenali sebagai Muhamad Sufian Jaafar Sidek dan Shira Kintan telah diijabkabul pada 26 Disember, hari Sabtu yang lalu. Yang lelaki merupakan seorang ahli dan pekerja di Pejabat PKR manakala yang perempuan pula bekerja di Bank Simpanan Nasional (BSN).

Saya berfikir positif. Mungkin mereka hendakkan hidup glamour. Ini adalah URL bagi laman sosial Facebook bagi Pengantin RM2.6 Billion.
Muhamad Sufian Jaafar Sidek - https://www.facebook.com/muhamadsufian.jaafarsidek atau klik di sini.
Shira Kintan - https://www.facebook.com/ShiraKintan?pnref=story atau klik di sini.
Sesiapa yang hendak berkenalan bolehlah 'add friend' dengan mereka berdua. Dan buat pengetahuan semua, idola si lelaki yang disanjung tinggi adalah Presiden Amanah, Mat Sabu. Oleh itu tidak hairanlah bagaimana perangai beliau juga turut dipengaruhi dari idolanya.


2 Untuk Apa MP Bukit Katil Bazirkan Duit Belanja Tiket Wayang Star Wars? Bukankah Lebih Baik Beli Peralatan Sekolah?



Ketika rakyat dikatakan terbeban dengan belanja persekolahan, adakah berbaloi dan munasabah Ahli Parlimen Bukit Katil berbelanja duit untuk menonton wayang? YB PKR, Shamsul Iskandar membuat tawaran ini kepada bakal-bakal pengundi beliau yang berumur 21 hingga 35 tahun untuk turut bersama beliau untuk menikmati tayangan filem Star Wars yang terbaru di Mahkota Parade pada 30 Disember ini.

Apa manfaatnya menonton wayang ketika ini? Bukankah lebih baik wang yang diperuntukkan untuk membeli tiket-tiket wayang berkenaan digunakan untuk membeli pakaian dan peralatan sekolah untuk kanak-kanak di dalam kawasan parlimennya? Apakah Shamsul Iskandar cuba bertindak memberi rasuah kepada pengundi-pengundi dan bakal-akal pengundi beliau yang berusia 21 tahun ke atas dengan mengula-gulakan tayangan filem 'box office' ini?

Apakah tidak ada kanak-kanak dari keluarga miskin dan kurang mampu di dalam kawasan beliau yang memerlukan bantuan daripada Wakil Rakyat menjelang beberapa hari lagi sekolah yang akan dibuka? Inikah nilai dan mentaliti seorang Wakil Rakyat pembangkang? Apa kata macai-macai pembangkang?

December 25, 2015

13 Video Anwar Ibrahim Melawat Nurul Nuha Di ICU - Sihat Walafiat Saja Orang Tua Ni?



Anak Ketua Pembangkang, Nurul Nuha Anwar, dua hari lepas telah terjatuh di rumahnya dan terhantuk kepala. Kecederaan Nurul Nuha agak serius dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tropicana. Berkemungkinan keadaan Nurul Nuha yang agak serius, bapanya Anwar Ibrahim telah dibawa daripada Penjara Sungai Buloh untuk melawat. 

CTS tidak mempertikaikan tindakan Jabatan Penjara membenarkan seorang banduan liwat untuk melawat anaknya yang berkemungkinan tenat, walaupun banduan-banduan lain mungkin tidak mendapat keistimewaan seperti Anwar Ibrahim. Tidak bergari dan berbaju pink lagi.

Apa yang CTS cuba sampaikan di sini, di dalam video berkenaan, Anwar Ibrahim kelihatan sihat walafiat. Badannya juga agak berisi dan gempal. Mungkin beliau menerima layanan dan makanan yang berkhasiat di dalam penjara. Berlainan dari apa yang sering didakwa oleh anak sulung beliau, Nurul Izzah bahawa Anwar Ibrahim sedang mengalami kesakitan yang serius dan perlu dibawa ke luar negara untuk berubat.

1 Tiada Sumbangan Jariah Orang Ramai Digunakan Dalam Pembelian Simulator Golf Oleh YaPEIM

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menafikan dakwaan pihak tertentu mengenai Yayasan itu membeli simulator golf menggunakan sumbangan jariah orang ramai. Ketua Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YaPEIM, Datuk Abibullah Samsudin berkata sebaliknya simulator itu dibeli hasil daripada pendapatan perniagaan Yayasan itu.
"Kita tak guna sumber amal jariah (untuk pembelian simulator golf) kerana kita jalankan perniagaan dan ada sumber-sumber kewangan sendiri yang kita gunakan untuk kembangkan perniagaan lain." 
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Klang selepas menyerahkan sumbangan kewangan pendidikan kepada waris 5 sekeluarga yang mati lemas di Air Terjun Belukar Bukit, Hulu Terengganu, Sabtu lepas.

Datuk Abibullah berkata simulator golf yang kini ditempatkan di bangunan 9 tingkat milik YaPEIM di Petaling Jaya juga akan dijadikan pusat kecergasan dalaman apabila bangunan itu dinaik taraf kepada hotel bertaraf 4 bintang kelak. Katanya, YaPEIM mengambil pendekatan membentuk masyarakat untuk bersukan termasuk golf dan menerusi pembelian simulator itu, permainan tersebut boleh dimain tanpa mengira cuaca kerana ia ditempatkan dalam bangunan.

Pada 17/12/2015, Pusat Pemantau dan Pendedahan Maklumat Nasional (NOW) dilapor mempersoal pembelian simulator golf berkenaan dan meminta YaPEIM menjelaskan keperluan memiliki permainan itu yang dilabel sebagai peralatan mewah. Penjelasan terperinci turut diberikan oleh blog ini di sini.

12 The Malaysian Insiders Cuba Siarkan Berita Sedih 'Si Miskin' Sewaktu Perayaan Krismas Dan Maulidul Rasul


Dalam Rakyat Malaysia sedang bergembira menyambut cuti panjang semperna Maulidul Rasul dan perayaan Hari Natal, The Malaysian Insiders (TMI) seperti biasa cuba membuat cerita provokasi mengenai sebuah 16 sekeluarga yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat, DBKL di Sentul. Tindakan TMI ini boleh difahami kerana mereka mahu mewujudkan persepsi untuk menyalahkan Kerajaan dengan penderitaan kononnya si miskin ini. Persoalannya betulkah keluarga ini miskin dan tidak mendapat bantuan Kerajaan?

Menurut cerita TMI di sini, Abdol Wahab Musa telah mendapat bantuan Baitulmal sebanyak RM700 sebulan. Beliau juga berpendapatan kasar sebanyak lebih kurang RM9,000 ke RM12,000 sebulan.



Dengan pendapatan RM9,000 - RM12,000 ditambah dengan bantuan Baitulmal sebanyak RM700, beliau tidak mampu untuk menyewa rumah yang lebih selesa untuk keluarganya? Beliau juga tidak membayar sewa rumah Projek Perumahan Rakyat sebanyak RM120 sebulan untuk dua tahun? Kerajaan jugakah yang ingin dipersalahkan sedangkan beliau diberi kemudahan tinggal di rumah flat murah berharga RM120 sebulan di mana beliau tidak membayarnya selama 2 tahun? 

Salah Kerajaankah juga apabila bantuan Baitulmal diberikan kepada beliau sebanyak RM700 sebulan walaupun pendapatannya RM9,000 ke 12,000 sebulan? Saya juga merasakan bahawa Abdol Wahab Musa juga turut menerima BR1M walaupun rencana TMI tidak menyatakan demikian.

Salah Kerajaankah juga apabila anak lelakinya yang telah bekerja dan anak perempuannya yang berusia 30 tahun yang berkelulusan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) tidak membantu keluarga? Kita kena akui masih ada golongan miskin di Malaysia, namun Abdol Wahab Musa bukan salah seorang daripadanya.

December 23, 2015

7 Fitnah Touch & Go Kenakan GST - Jangan Cepat Melompat

Sejak dari pagi media sosial dibanjiri dengan gambar kononnya isian semula atau 'top up' Touch & Go dikenakan 'Good & Services Tax' (GST) sebanyak 6%.

Tahniah syarikat Touch & Go kerana cepat mematikan fitnah berkenaan dengan mengeluarkan kenyataan di laman sosial Facebook mereka seperti di bawah.

Isian semula Touch n Go boleh dilakukan secara percuma melalui plaza tol, beberapa pasaraya dan banyak lagi tak dikenakan caj perkhidmatan sebanyak RM0.50. 

GST hanya dikenakan ke atas caj perkhidmatan sebanyak RM0.50. Dalam erti kata lain GST hanya dikenakan ke atas RM0.50 iaitu pertambahan RM0.03 setiap kali isian semula.

Banyak tempat yang tidak mengenakan caj tambahan, janganlah pula kita pergi ke tempat yang kenakan caj. Hidup ini ada pilihan. Jadilah pengguna yang celik dan bijak.

0 Kenapa Rakyat Malaysia Perlu Boikot McDonald's Sedangkan Duta Palestin Sendiri Menegahnya?

Kadang kala susah untuk difahami tindakan boikot yang dilakukan oleh Rakyat Malaysia ke atas beberapa organisasi perniagaan di Malaysia seperti McDonald's yang kononnya dilakukan atas dasar simpati ke atas kekejaman yang dilakukan oleh rejim Israel ke atas Rakyat Palestin. Namun, apakah motif boikot berkenaan ada kebenarannya? 

Tidakkah kita tertanya-tanya apakah yang kita perjuangkan untuk Rakyat Palestin dengan memboikot McDonald's ada asasnya? Kalau ya, cuba kita renung kembali, kenapakah Rakyat dan pemimpin Palestin sendiri menegah dan melarang kita untuk memboikot McDonald's?

Teliti kembali setahun yang lepas di mana Duta Palestin ke Malaysia, Dr Anwar Al Agha melahirkan harapan agar Rakyat Malaysia tidak menyasarkan pekerja Rakyat Malaysia yang bekerja di perniagaan seperti McDonald’s dan Starbucks dalam usaha memboikot syarikat berkaitan Israel.

Dalam wawancara dengan The Star bertarikh 13/08/2014, Dr Anwar berkata pekerja terbabit hanya berusaha untuk mencari nafkah hidup. Justeru tidak adil menjadikan pekerja terbabit sebagai sasaran kecaman dan serangan dari rakyat Malaysia yang lain. Memetik wawancara tersebut yang disiarkan oleh The Star, di sini, Dr Anwar berkata,
"It would be better if the people go and protest at the US administration and pressure them to stop funding the Israelis with sophisticated weapons. Both McDonald’s and Starbucks Malaysia have released official statements saying that they do not support nor do they channel funds to support Israel’s aggression in Gaza."
Sungguhpun mengakui boikot merupakan satu saluran bagi memberi tekanan agar Israel menghentikan tindakan agresif terhadap Gaza, beliau khuatir kempen di media sosial menuduh syarikat terbabit dengan Israel didak dapat dipastikan secara tepat (cannot always be verified).

Menurut Dr Anwar, adalah lebih tepat jika orang ramai menyalurkan kemarahan dan kekecewaan kepada Kerajaan Amerika Syarikat yang baru-baru ini meluluskan bantuan tambahan sebanyak RM 718.8 juta kepada Sistem Pertahanan Peluru Berpandu Iron Dome Israel.

Jadi fikir-fikirkanlah adakah tindakan memboikot McDonald's satu tindakan yang tepat atau Rakyat Malaysia telah menganiaya pekerja-pekerja tempatan dan majikan-majikan mereka yang terdiri daripada franchisi-franchisi yang telah melaburkan jutaan ringgit untuk mewujudkan restoren makanan segera yang terkenal itu.

December 22, 2015

0 Beli Tiket Secara 'Online' Untuk Elak Kesesakan Di Musim Perayaan - SPAD

Dalam dunia terkini di mana maklumat berada di hujung jari, kita tidak perlu lagi berada di sesuatu tempat untuk mendapatkan sesuatu. Contoh yang paling terkini adalah pembelian tiket kapal terbang mahupun waima tiket teksi. Segala kemudahan terletak di hujung jari di mana sahaja kita berada. Dengan kemudahan telefon pintar dan wifi dan internet yang mudah diperolehi, pembelian tiket pada masa sekarang tidak memerlukan kita untuk beratur di kaunter tiket seperti dahulu.

Sehubungan itu, pengguna perkhidmatan bas ekspres ke sektor Pantai Timur, Utara dan Selatan sempena cuti Maulidur Rasul dan perayaan Krismas yang ingin menaiki bas dari Terminal Bersepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS), dinasihatkan mendapatkan tiket melalui sistem atas talian dan mesin penjualan tiket (Ticket Vending Machine atau TVM). Ini memandangkan  pengguna boleh melayari laman sesawang di sini bagi melihat senarai portal dan laman sesawang syarikat-syarikat bas ekspres yang menawarkan pembelian tiket secara atas talian.

Untuk pengguna yang menuju ke Pantai Timur dari Hentian Jalan Pekeliling, mereka masih boleh membeli tiket secara atas talian daripada syarikat-syarikat bas yang beroperasi di hentian tersebut. Langkah pembelian tiket secara awal, menggunakan TVM di TBS-BTS dan secara atas talian dapat mengurangkan kepayahan di saat akhir yang dialami pengguna yang terpaksa beratur panjang. Ini adalah antara initiatif yang dilakukan oleh pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk memastikan pengguna dapat membeli tiket secara mudah, selesa dan bebas daripada diganggu oleh 'ulat tiket'.

Bagi melicinkan proses pembelian tiket, pihak pengurusan TBS-BTS telah menyediakan 7 TVM yang menawarkan tiket daripada 68 syarikat bas ekspres. Sebanyak 41 kaunter sistem tiket berpusat juga telah dibuka bagi penjualan tiket cetakan komputer kepada pengguna. TVM secara langsung dapat mengurangkan masa menunggu di kaunter serta mengurangkan kerenah birokrasi dan tawar menawar.

TBS-BTS mempunyai kemudahan terkini dan saling hubung yang baik ke pusat bandar dengan tertumpunya pelbagai mod pengangkutan di dalam satu lokasi seperti LRT, KTM Komuter, KLIA Transit dan perkhidmatan teksi. Oleh itu, bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas, pengguna dinasihatkan menggunakan pengangkutan awam untuk ke TBS-BTS. Langkah ini pastinya dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di Ibu Kota.

Kenyataan Akhbar SPAD mengenai perkara di atas boleh dibaca di bawah:

8 Miss Malaysia 2008 Soo Wincci Perlu Buang Sikap Talam Dua Muka, Sila Sertai DAP


Miss Malaysia 2008, Soo Wincci, perlu membuang sikap talam dua muka beliau kononnya beliau mengkritik Kerajaan sebagai seorang Rakyat Marhaen. Sebaliknya beliau perlu menunjukkan belangnya yang sebenar bahawa suara beliau adalah suara DAP. Seperti mana lakonan mantap beliau berbaju kurung dan bertudung, dan pada masa yang lain separuh bogel di atas pentas, beliau haruslah jujur jalan mana yang perlu beliau pilih.


Soo Wincci sekali lagi tergedik-gedik inginkan perhatian apabila beliau mendesak Perdana Menteri untuk berundur. Seperti biasa, apabila suara-suara nyamuk mengkrtik Kerajaan, pastilah The Malaysian Insiders menjadi batu apinya. Ini bukanlah kali pertama Soo Wincci meminta Perdana Menteri meletakkan jawatan. Beliau pernah mengeluarkan video menuntut Najib meletakkan jawatan ketika perhimpunan Bersih 4 pada akhir Ogos lalu.


Bukanlah menjadi satu rahsia apabila Soo Wincci mendapat sokongan besar daripada pemimpin-pemimpin DAP terutama ketika promosi album nyanyiannya. Nasihat kepada Soo Wincci, berhentilah bercakap seolah-olah seperti suara Rakyat Marhaen. Masuklah DAP dan berjuanglah di dalam politik. Anda akan lebih dihormati.

Soo Wincci bersama DAP Teresa Kok (MP Seputeh), Teo Kok Seong (MP Rasah) dan Jimmy Wong (MP Kota Kinabalu)

December 19, 2015

2 McDonald's Lancar Kempen Penerangan Sangkal Fitnah


Luangkan masa anda seketika untuk melihat dan mendengar penjelasan yang dibuat oleh McDonald's Malaysia. Video berdurasi selama 6 minit ini dengan jelas menerangkan mengenai dakwaan-dakwaan salah dan fitnah yang dibuat oleh segelintir pihak.


Tontonlah video ini dengan hati yang terbuka. Hentikanlah boikot perniagaan ini yang tidak membawa sebarang makna dan tujuan. Perlu diingat perniagaan McDonald's Malaysia adalah perniagaan francais tempatan. Buat masa ini terdapat lebih daripada 70 buah restoren McDonald's di Malaysia yang dimiliki dan diusahakan oleh sekitar 30 orang francaisi yang kesemuanya terdiri daripada warga tempatan. Mereka ini bukan kakitangan syarikat Golden Arches Restaurants Sdn Bhd. 

Mereka ini melaburkan amaun yang besar bagi memegang francis McDonald's, di mana setiap pelaburan bagi sebuah restoren mencecah jutaan ringgit. Mereka merupakan majikan kepada pekerja-pekerja restoren yang difranciskan kepada mereka. Mereka juga turut menanggung risiko perniagaan sendiri sebagai usahawan. Kenapakah kita mahu menutup periuk nasi usahawan tempatan tanpa ada bukti dan asas yang kukuh?

December 18, 2015

19 Gambar Datuk @weekasiong Menolak Kerusi Roda Makcik Melayu Viral Di Media Sosial

Gambar Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong menolak kerusi roda seorang wanita Melayu berpangkat Makcik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu menjadi viral di media sosial.

Menurut cerita orang yang memuatnaik gambar tersebut, Makcik tersebut dalam perjalanan untuk berlepas ke Kuala Lumpur. Makcik tersebut ditinggalkan di kaunter menaiki pesawat manakala ahli keluarganya yang turut bersama-sama beliau ke Kuala Lumpur telah menaiki pesawat terlebih dahulu. 

Makcik tersebut sedang menunggu bantuan daripada petugas Lapangan Terbang untuk membawa dia ke pesawat. Mungkin disebabkan kesibukan atau kealpaan petugas di kaunter menyebabkan makcik berkenaan terbiar di satu sudut yang jaraknya 20 kaki dari kaunter.

Melihatkan keadaan Makcik berkenaan yang gelisah dan panik, Datuk Dr Wee mengambil initiatif untuk menolak sendiri Makcik berkenaan masuk ke balai berlepas sebelum diserahkan kepada kakitangan Lapangan Terbang di sana.

Tindakan Datuk Dr Wee nampak seperti biasa, namun tindakan spontan Menteri berkenaan mungkin dapat melegakan perasaan Makcik berkenaan daripada diburu rasa ditinggalkan kapal terbang lebih-lebih lagi dalam keadaan beliau yang berada di atas kerusi roda. Kudos Datuk Dr Wee.

1 FGV Sahkan Berita Senaraihitam GL Swasta Adalah Palsu!


Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) tidak pernah terlepas daripada difitnah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Fitnah terbaru kononnya FGV adalah antara syarikat yang disenaraihitamkan (blacklist) daripada jaminan MediExpress. Surat jaminan itu juga kononnya dikeluarkan oleh FPISB, FGVPM dan FASSB bagi pekerja asing adalah tanpa jaminan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bahagian Sumber Manusia FGV telah mengesahkan bahawa penyebaran berita bertarikh 15/12/2015 adalah palsu. Menurut kenyataan, FGV berasa amat kesal dengan berita palsu berkenaan. Dalam masa sama FGV menggesa semua pihak supaya tidak mengekploitasikan isu tersebut tetapi sebaliknya mendapatkan pengesahan secara tepat melalui Bahagian Komunikasi Korporat FGV menerusi email groupcorporatecomms@feldaglobal.com.

Fitnah terbaru ini menampakkan usaha pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memporak-perandakan organisasi-organisasi di bawah Felda dengan mewujudkan suasana tidak puas hati di kalangan pekerja-pekerja FGV. Ini memandangkan Felda merupakan organisasi yang cukup prihatin di dalam membela nasib Rakyat terutama sekali buat kakitangan dan pekerja Felda dan anak syarikat mereka sendiri.

December 17, 2015

1 Dr Wee Ka Siong Bidas Lim Guan Eng Isu Kerjasama UMNO-PAS

MCA membidas tindakan DAP untuk bekerjasama dengan PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor walaupun parti Islam itu tidak lagi berada di dalam pakatan pembangkang. DAP dan PAS digambarkan oleh Timbalan Presiden MCA, DS Dr Wee Ka Siong sebagai mempunyai hubungan yang pelik pada masa ini.

Dr Wee juga menyarankan agar DAP menghentikan mereka-reka cerita mengenai kerjasama UMNO-PAS. Beliau berkata kerjasama di antara UMNO dan PAS adalah mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan ajaran Islam. Menurut Dr Wee, ini adalah satu perbincangan antara mereka sendiri dan tidak ada keperluan untuk UMNO melaporkan semua aktiviti-aktiviti mereka kepada Barisan Nasional,

Dr Wee berkata demikian ketika menjawab dakwaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng adakah beliau sedar mengenai perkongsian pakatan di antara UMNO-PAS. Dr Wee sebaliknya menemplak DAP dengan berkata adakah DAP tidak sedar bahawa PAS mempunyai agenda hudud sedangkan DAP dan PAS mempunyai hubungan dan matlamat yang dikongsi bersama seperti adik-beradik sejak pilihan raya umum lepas.

Secara logiknya, Dr Wee telah membandingan ketika Menteri Kebudayaan dan Perlancongan, DS Nazri Aziz memberikan kerjasama semasa acara mempromosikan pelancongan di Pulau Pinang. Malah, umum juga mengetahui bahawa terdapat gambar-gambar kedua-dua DS Nazri Aziz dan Lim Guan Eng kelihatan berpelukan mesra ketika majlis berkenaan. Pertanyaan Dr Wee, "Adakah ini bermakna DAP dan Umno juga sedang berusaha bersama-sama?"


Umum juga mengetahui bahawa selepas banjir buruk di Kelantan pada tahun lepas, kedua-dua ahli UMNO dan PAS telah bekerjasama rapat untuk memulihkan keadaan itu. Dengan itu, Dr Wee menggesa agar semua pihak tidak terkejut. Malah, beliau berkata MCA tidak akan iri hati dengan sesiapa sahaja DAP ingin bekerjasama dan MCA tidak akan menggunakan fakta-fakta ini  untuk memutarbelitkan kebenaran.

13 Fitnah Terbaru NOW Terhadap YaPEIM Berkenaan Pusat Sukan Golf Simulator - Ini Jawapannya



NGO National Oversight & Whistleblowers (NOW) yang diterajui oleh dua pemimpin PKR, Rafizi Ramli dan Akmal Nasir tidak berputus asa untuk menjatuhkan kredibiliti Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM). Dalam fitnah terbaru mereka, NOW mempertikaikan kewujudan Pusat Sukan Input Golf Simulator yang dimiliki oleh YaPEIM. 

Cumanya, kali ini bahasa fitnah mereka dilakukan dengan penuh berhati-hati dengan menimbulkan persoalan. Ini berkemungkinan besar untuk mengelakkan NOW sekali lagi disaman. Namun, tujuan NOW mudah dihidu iaitu untuk mengaibkan YaPEIM kononnya membazir menjalankan program sukan golf menggunakan wang penderma.

Persoalan dan fitnah NOW amat mudah untuk dirungkai. Program Golf Amal YaPEIM adalah satu kaedah mengumpulkan  sumbangan dari sektor korporat di negara ini, telah berjaya mengumpulkan RM18 juta sejak program ini diperkenalkan pada tahum 1997. Program ini diperkenalkan bukan sahaja memberi faedah kepada YaPEIM dari segi menerima sumbangan, bahkan juga dapat meningkatkan lagi jaringan perniagaan YaPEIM dengan pemimpin korporat dalam negara.

Program Golf Amal YaPEIM merupakan sebahagian daripada Skim Korporat Penyayang yang diwujudkan untuk mengumpul dana untuk disumbangkan pula kepada program amal jariah untuk ummah. Dalam penganjuran golf amal yang dianjurkan pada 29/09/2013 telah dapat mengumpulkan sumbangan sebanyak RM247,000.

TS Muhyiddin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri (waktu itu) dan DS Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menyertai Kejohanan Golf Amal anjuran bersama Al Rajhi Bank – YaPEIM. Dalam program berkenaan, antara syarikat korporat yang sudi menyumbang kepada Skim Korporat Penyayang YaPEIM ialah Al Rajhi Bank, Kuwait Finance House, Bank Muamalat (M) Berhad, Bank Islam (M) Berhad, UEM Group Berhad, South (M) Industries Sdn. Bhd, Island & Peninsular, Fujixerox, Ericool Engineering, Khairul A & Co, Seri Meraga Properties, DBKL, MPH, TH Plantation, Jahowaki dan lain-lain.

Skim Korporat Penyayang merupakan salah satu skim yang diperkenalkan YaPEIM bertujuan menyediakan wadah kepada masyarakat khususnya pemimpin dan Badan Korporat menunaikan tanggungjawab sosial koporat atau 'Corporate Sosial Responsibility' (CSR) dengan cara membiayai / menaja mana-mana program / skim yang dilaksanakan oleh YaPEIM. Menariknya, semua sumbangan atau tajaan akan mendapat pengecualian cukai di bawah Seksyen 44(6), Akta Cukai.
  
Skim ini telah dilancarkan semula pada 01/12/2000 oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi Perdana Menteri (ketika itu) di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam (JAKIM) Kuala Lumpur. Pelancaran itu dibuat bersempena dengan pelancaran “Kempen Sebulan Beramal Jariah Peringkat Nasional” dan pelancaran “Skim Amal Jariah YaPEIM”. Oleh itu, apa-apa sahaja yg dibeli utk tujuan berkenaan hanyalah wasilah. Termasuklah simulator dan sebagainya.






26 Lim Guan Eng Pasti Panas Bontot Melihat Gambar-Gambar Ini


Sejuk mata memandang bila kedua pemimpin Melayu Islam ini hadir di pentas yang sama kerana perpaduan dan kesatuan ummah. Pakaian juga sedondon gitu. Setiausaha Agong DAP pastinya panas bontot dan tidak senang duduk melihat gambar-gambar ini.

Alhamdulillah. Jika dulu kita saling bercakaran, kini kita sudah boleh duduk sepentas. Jika dulu saling kafir mengkafir, kini sinar perpaduan kian bersinar. Semoga Allah permudahkan segalanya. Aamiiin.



0 Masalah 'Bus Network Revamp' (BNR) - SPAD Tidak Lepas Tangan

Seperti yang telah sedia maklum, pada ketika ini, pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang mempergiatkan usaha penambahbaikan perkhidmatan bas di bawah Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-Henti atau 'Bus Network Revamp' (BNR). Pastinya setiap perkara yang baru akan ada 'hiccup' atau permasalahan yang akan dihadapi. 

SPAD memberi jaminan bahawa langkah proaktif sedang giat dilaksanakan bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan operasi sebaik mungkin dan pada kadar segera. Di samping itu, SPAD juga sedang memantau operasi para pengendali melalui Sistem Hab Pemantauan Prestasi (PMHS) bagi tujuan menstabilkan perkhidmatan menjelang 31/12/2015. Mana-mana pengendali yang gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan (terutama sekali berkaitan kekerapan perkhidmatan dan kapasiti bas) akan dikenakan tindakan tegas.

Semenjak BNR diperkenalkan awal bulan ini, SPAD tidak pernah lepas tangan di dalam menyelesaikan permasalahan yang dialami. Terbaru, 50 bas tambahan telah dikerahkan secara berperingkat ke kawasan permintaan tinggi bagi mengatasi masalah kekurangan bas akibat BNR.


Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar dan pihak pengurusan SPAD pula sentiasa menjalankan 'spot check' untuk memastikan kelancaran dan keselesaan pengguna.





Manakala petugas-petugas SPAD tidak pernah berhenti daripada mengedarkan risalah BNR dan menyampaikan maklumat kepada pengguna bas di sekitar kawasan yang terlibat di dalam penyusunan semula bas berhenti-henti itu.




 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates