December 20, 2014

0 Bekas Jurulatih PLKN Ditahan Terlibat Militan IS - Dr Mashitah Pernah Suarakan Isu Ini Dalam PAU


Kita dikejutkan dengan pendedahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengenai penahanan seorang lelaki yang juga merupakan bekas jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) beberapa hari lalu. Lelaki berkenaan telah menggunakan tektik terbaru iaitu dengan pergi negara ketiga terlebih dahulu sebelum ke Asia Barat. Lelaki berkenaan merancang untuk terbang ke Brunei sebelum ke Turki dan kemudiannya ke Syria untuk menyertai kumpulan militan IS.

Polemik bekas jurulatih ingin menyertai kumpulan militan IS pastinya merisaukan pihak ibu bapa. Pihak polis sudahpun memberi jaminan akan menyiasat sekiranya bekas jurulatih PLKN itu pernah cuba mempengaruhi pelatih PLKN dengan ideologinya. Kebimbangan pelatih PLKN dipengaruhi dengan ideologi militan pengganas ada asasnya. Namun, dengan sistem dan program PLKN yang sedia ada, pelatih PLKN telah dipupuk dan diterapkan dengan semangat cintakan negara sepanjang menjalani latihan berkenaan selama tiga bulan dan yakin mereka mampu memikul tanggungjawab itu. 

Dengan ilmu dari program itu, para pelatih PLKN telah dipersiapkan dengan benteng kukuh agar tidak terpengaruh de­ngan sebarang ideologi pengganas dan militan yang kini luas tersebar melalui rangkaian media sosial. Inilah cabaran besar yang dihadapi negara pada masa ini dan harapan kita adalah agar bekas pelatih PLKN kira-kira seramai 80,000 orang sejak program ini dilaksanakan sejak 2004 tidak terjerumus dalam kegiatan militan dan bantulah rakan dan masyarakat sekitar untuk menolak kegiatan itu.

Wakil Wanita UMNO Kedah yang juga Ketua Wanita Baling pernah suarakan isu ini di dalam Persidangan Agong UMNO (PAU) 2014. Ucapan perbahasan Datuk Mashitah selama 45 minit itu, banyak memberi peringatan kepada perwakilan akan kekeliruan yang sengaja dirancang oleh musuh-musuh Islam. Kerajaan menurut beliau harus mengawal dan mengekang fahaman-fahaman sesat yang mampu menjerumus umat Islam ke lembah ekstrim dan keganasan yang akan dieksploit oleh musuh-musuh Isalam dan mensabitkan umat Islam sebagai pengganas.

Datuk Mashitah juga telah menyentuh bagaimana satu persepsi atau pemikiran dibentuk bahawa kononnya pengorbanan menyertai gerakan militan Negara Islam berperang di Syria-Iraq adalah kerana ingin mati syahid dan masuk syurga, ini dianggap jihad. Sasaran mereka adalah dari golongan anak-anak muda dari seluruh dunia. Dikatakan seramai 12,000 rakyat asing telah bersama IS dan seramai 15 orang rakyat Malaysia telah dapat dikesan termasuk perempuan remaja yang sanggup diperisterikan.

Jadi amat tepat pada masa dan ketika apabila Datuk Dr Mashitah mengingatkan perwakilan wanita UMNO khasnya dan Rakyat Malaysia amnya, perlunya kita berwaspada terhadap sebarang ideologi berpaksikan fanatisme, perkauman atau keganasan bersifat militan agar tidak menyusup ke dalam pemikiran anak muda  Islam kerana penduduk Malaysia  terdiri daripada pelbagai keturunan, agama dan budaya.

0 Respon SPAD Kepada Isu Dibangkit PERS1M Kepada SPRM

Semalam, Persatuan Transformasi Teksi 1 Malaysia (PERS1M) melalui wakil mereka telah membangkitkan beberapa isu ketidakpuasan hati para ahli mereka yang terdiri dari pemandu teksi yang mahukan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat  (SPAD) di siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

Antara isu yang di kemukakan oleh PERS1M adalah berkenaan hukuman penjara yang telah dikenakan terhadap pemandu teksi akibat daripada pemandu teksi berkenaan tiada kad pemandu yang sah. Terdapat juga isu lain yang dibangkitan iaitu berkenaan perkhidmatan teksi UBER. UBER adalah langganan teksi melalui applikasi  telefon pintar atau 'smartphone' yang menjadi pesaing kepada pemandu teksi biasa.

Bagi isu berkenaan hukuman penjara yang dikatakan zalim oleh persatuan, SPAD menjelaskan bahawa segala prosedur dari memberi amaran, memberi kompaun semuanya telahpun diambil oleh Pegawai SPAD, sebelum tindakan mendakwa dilakukan di mahkamah.

Bagi isu berkenaan UBER, langkah wajar dan sepatutnya telahpun diambil oleh SPAD seperti tindakan bagi perkhidmatan tanpa permit di bawah Seksyen 23 dan 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan Seksyen 16, 36, 41 dan 80 di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Isu UBER ini agak sukar juga untuk memantaunya melainkan terdapat laporan dan juga maklumat dimaklumkan kepada pihak SPAD. 

Berikut adalah siaran media yang dikeluarkan oleh pihak SPAD terhadap isu yang dibangkitkan oleh PERS1M: 
PENCERAHAN MENGENAI ISU-ISU YANG DIBANGKITKAN OLEH PERS1M KEPADA SPRM PADA 19 DISEMBER 2014
KUALA LUMPUR (20 Disember 2014) – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin memberikan pencerahan mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan oleh PERS1M kepada SPRM pada 19 Disember 2014.
Antara isu yang telah dibangkitkan adalah mengenai hukuman penjara yang telah dikenakan terhadap pemandu teksi disebabkan ketiadaan kad pemandu yang sah dan mengenai pengunaan aplikasi UBER.
SPAD dengan ini mahu menjelaskan sungguhpun Kad Pemandu itu satu dokumen pengenalan yang ringkas, implikasinya besar terhadap keselamatan penumpang.Ini ternyata dengan kaitan kes-kes jenayah yang melibatkan teksi, di mana pemandu teksi tidak dapat dikenalpasti kerana ketiadaan Kad Pemandu ketika penumpang menaiki kenderaan.
Di dalam kes yang melibatkan empat (4) pemandu teksi yang telah disabitkan oleh Mahkamah atas kesalahan tidak mempunyai Kad Pemandu, SPAD telah mengeluarkan kompaun pada asalnya, dengan jumlah yang paling minima iaitu RM 500.00. Setelah diberikan peringatan dan amaran yang sewajar, mereka didapati masih enggan membayar kompaun-kompaun tersebut.
Tempoh purata yang diberikan bagi menjelaskan kompaun, di dalam kes empat pemandu tersebut adalah antara 454 hingga 653 hari. Disebabkan kelewatan menjelaskan kompaun, dan atas prosedur yang seterusnya kes-kes tersebut telah diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya dan sejurus itu mereka telah didakwa di Mahkamah.
Dua (2) daripada pemandu teksi tersebut dikenakan denda dan penjara selama sehari. Dua (2) lagi pemandu diarah membayar denda atau masing-masing dikenakan hukuman penjara selama dua (2) dan tiga (3) bulan. Mereka memilih untuk membayar denda yang dikenakan di bawah bidangkuasa Mahkamah.
Adalah tidak wajar untuk menyatakan bahawa pihak Suruhanjaya telah bertindak zalim kerana masa dan peluang yang secukupnya telah diberikan kepada pemandu-pemandu terbabit untuk mematuhi undang-undang. Hukuman dan denda yang dikenakan adalah mengikut peruntukan undang-undang dan kebijaksanaan Mahkamah.
Operasi dan tindakan berterusan dilakukan bagi melindungi imej pemandu teksi yang berhemah dan mematuhi undang-undang. SPAD mahu memperbaiki reputasi industri teksi negara yang telah tergugat akibat tindakan segelintir pemandu teksi; ibaratkan ‘kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.’
Suruhanjaya mengalu-alukan sokongan semua pemandu teksi untuk bekerjasama di dalam menaikkan mutu perkhidmatan dan martabat industri teksi negara. Berkaitan dengan isu Uber yang dibangkitkan pula, SPAD dan JPJ membuat tindakan berterusan di bawah kesalahan perkhidmatan tanpa permit di bawah Seksyen 23 dan 64 Akta Pengangkutan Jalan, 1987 dan Seksyen 16, 36, 41 dan 80 dibawah Akta Pengangkutan Awam Darat, 2010.
Pada September 2014, SPAD telah mengenalpasti lapan (8) syarikat yang menggunakan aplikasi UBER dengan pembabitan sejumlah 50 buah kenderaan, di mana 20 buah daripadanya tidak mempunyai permit yang sesuai. Disebabkan UBER adalah aplikasi baru di Malaysia, SPAD merasakan perlu dibuat penerangan kepada syarikat terbabit mengenai keperluan undang-undang dan syarat-syarat pengendali.
Suruhanjaya telah memberikan peringatan agar pemandu berlesen PSV, insurans dan kenderaan berdaftar yang sesuai sahaja boleh digunakan oleh UBER. Pada Oktober 2014, SPAD telah meneruskan operasi terhadap kenderaan UBER. Sehingga kini 13 kesalahan membabitkan Uber telah disiasat dan diambil tindakan dibawah Akta Pengangkutan Awam Darat, 2010.
Ini melibatkan enam (6) kes gagal kemukakan Lesen Pengendali, enam (6) kes beroperasi tidak mengikut kelas lesen dan satu perkhidmatan tanpa permit. Di dalam siasatan terdapat beberapa lagi kenderaan yang dikesan beroperasi tanpa permit. Operasi juga tidak terhad di kawasan Bandaraya Kuala Lumpur dan Lembah Kelang sahaja.
Di sini Suruhanjaya ingin menegaskan bahawa sungguhpun aplikasi UBER itu tidak menyalahi undang-undang secara kasarnya, penggunaan kenderaan berlesen yang sesuai diperlukan dan syarat-syarat pengendali perlu dipatuhi. SPAD tidak akan berkompromi apabila melakukan tindakan ke atas kenderaan yang menggunakan UBER yang tidak mematuhi undang-undang dan syarat-syarat dan terma pelesenan pengendali.

December 19, 2014

0 SPAD Teruskan Skim Insurans Murid Sekolah 2015 Untuk Faedah Rakyat


Di dalam Bajet 2013, Perdana Menteri, DS Najib Tun Abdul Razak telah mengumumkan Skim Perlindungan Insurans Kemalangan Diri, hilang upaya kekal dan kematian kepada semua murid sekolah yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah yang berlesen dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi Semenanjung Malaysia dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) untuk Sabah & Sarawak. 

Perlindungan maksimum sebanyak RM100,000 dengan kos premium sebanyak RM40 juta yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan untuk tempoh dua (2) tahun.  Skim ini akan dikendali dan diuruskan oleh Syarikat Takaful Malaysia Berhad.  Takaful Malaysia telah dilantik melalui proses tender terbuka dimana semua syarikat insurans yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dibenarkan mengambil bahagian.

Skim Insurans Pelajar Sekolah SPAD memberi manfaat kepada pelajar-pelajar yang menaiki bas sekolah seperti:

Kematian akibat kemalangan - RM100,000
Hilang keupayaan kekal - Sehingga RM100,000
Bayaran perubatan - RM3,000 maksimum (mengikut bil perubatan)
Manfaat hospital - RM100/sehari sehingga maksimum 30 hari
Khairat kematian - RM2,500

Ibu bapa digalakkan menggunakan perkhidmatan bas sekolah yang berlesen dan pada masa yang sama untuk melumpuhkan perkhidmatan bas sekolah haram di samping memastikan kebajikan pelajar terjamin sekiranya mereka menghadapi keadaan yang tidak diduga.  SPAD di dalam sidang medianya hari ini telah mengumumkan akan melanjutkan perlindungan Skim Insurans Murid Sekolah untuk terus dinikmati buat tahun 2015. Berikut adalah kenyataan media penuh yang dikeluarkan oleh pihak SPAD:


December 18, 2014

31 Tahniah Penduduk Kuala Langat Kerana Menjadi Hub Babi Moden Terbesar Di Malaysia


Di zaman TS Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar, beliau telah menghentikan projek penternakan babi secara moden yang dikatakan yang terbesar di Malaysia. TS Khalid Ibrahim masih lagi menjaga sensitiviti Masyarakat Islam di Selangor.

Nampak gayanya selepas YAB Azmin Ali mengambilalih jawatan Menteri Besar, projek penternakan babi secara moden dan besar-besaran ini akan diteruskan. Beliau mungkin lebih menjaga sensitiviti Masyarakat Cina DAP di Selangor yang memberi sokongan padu kepada kepimpinannya. Elizabeth Wong pasti tersenyum riang. Teressa Kok pasti membuat kenduri kesyukuran bersama Tony Pua dan lain-lain Wakil Rakyat PR di Selangor. 

Selepas Umat Islam terpaksa mengalah dalam kes Bible yang mempunyai kalimah Allah, selepas Selangor disajikan dengan pesta beer besar-besaran, kini pengundi-pengundi di Kuala Selangor dihadiahkan dengan pusat penternakan babi. Tahniahlah. Macai PR, tak payah komenlah. Anda pasti sedang bergembira.

December 17, 2014

0 FELDA Pelbagaikan Pengurusan Aset Dengan Pembelian Hotel Kedua Di London


Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah membeli sebuah hotel kedua di ibu negara British untuk sejumlah £60 juta (RM329.54 juta) dalam usaha untuk mempelbagaikan aset pelaburannya. The Grand Plaza Kensington Hotel merupakan hotel empat bintang, dibeli melalui anak syarikat Felda iaitu 'Felda Investment Corporation' (FIC). Hotel berkenaan terletak di Lexham Gardens di daerah eksklusif Kensington, dimana merupakan tempat tumpuan pelancong.

"Nilai hartanah di United Kingdom sentiasa meningkat dan anda tidak akan kehilangan apabila anda melabur dalam hartanah," kata Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad selepas pelancaran hotel berkenaan. Turut hadir ialah pegawai-pegawai Felda dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK & Eire, Datuk Ahmad Rasidi Hazizi.

Hotel ini yang sebelum ini dikenali sebagai Park City Hotel, adalah merupakan hotel FELDA yang ke 12 dan yang pertama oleh FIC. TS Mohd Isa berkata kesan pengambilalihan Felda Grand Plaza Hotel di Bayswater bernilai £98 juta pada tahun lepas, harga pasaran hotel itu kini telah meningkat kepada nilai £130 juta. Beliau menambah, oleh kerana FIC membeli hotel ini (Grand Plaza Kensington) awal bulan ini, harganya telah meningkat daripada £4 juta kepada £5 juta. Beliau menjangkakan peratus pulangan enam peratus pada pelaburan setiap tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif FIC, Mohd Zaid Abdul Jalil yakin pelaburan dalam sektor hospitaliti akan menghasilkan pulangan yang mampan, terutamanya melihat kepada peningkatan pelancong asing ke UK pada tahap paling tinggi iaitu 32.8 juta pelancong pada tahun lepas. The Grand Plaza Kensington Hotel terletak berhampiran Kensington High Street dan Knightsbridge, yang merupakan pusat membeli-belah yang popular di kalangan pelancong Malaysia. Hotel ini mempunyai 62 bilik tetamu dan dua unit pangsapuri khidmat tiga bilik. Hotel ini turut dijangka mempunyai 'dapur Malaysia'.

Perancangan strategik FELDA dalam mempelbagaikan aset pelaburannya bukan sahaja sekadar melengkapkan rangkaian hotel FELDA di London, malah FELDA juga sebelum ini telah pun bergiat aktif dan berjaya mengambilalih syarikat pembangunan hartanah, Encorp Berhad. Adalah menjadi hasrat FELDA untuk perluaskan perniagaan mereka dengan kepelbagaian sektor terutamanya dalam pembangunan hartanah dan pembinaan dan seterusnya di antara organisasi yang mencebur dalam sektor hospitaliti dan perhotelan.

9 Syed Rosli Jamalullail Minta DS @NajibRazak Letak Jawatan! Lawan YB @Khairykj Ketua Pemudapun Dapat Telor Sahaja


Macam-macam cara orang mengambil kesempatan untuk menjadi popular. Cari publisiti murahan. Salah seorang daripadanya adalah Syed Rosli Jamalulail. Tuan Syed ni di dalam laman sosial Facebook beliau semalam telah meminta Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO untuk meletakkan jawatan.

Posting awal beliau begitu gah dengan bermaksud, "Kami meminta Perdana Menteri meletakkan jawatan". Apabila diminta siapakah kami yang dimaksudkan, hari ini beliau menukar fikiran dengan mengatakan, Ralat! Sebenarnya beliau bermaksud "Saya meminta Perdana Menteri meletakkan jawatan". Memang Pak Lawak betul.

The Malaysian Insiders seperti biasa membesar-besarkan isu dari ahli yangvtidak berapa penting ini. Siapakah Syed Rosli Jamalulail ini? Tak perlu mengenalinya. Cukuplah sekadar CTS memberitahu belialah antara seoarang yang mencabar Jawatan Ketua Pemuda UMNO dalam Perhimpunan Agong UMNO yang lalu. Nak tahu kekuatan beliau? Hampeh ... satu bahagianpun tidak ada yang menyokong beliau. Lagi ada hati nak minta orang letakkan jawatan.

Lagi satu, baru kita tahu Tuan Syed ni ada jawatan sebagai ketua penerangan Cawangan. Semasa PRU13, Parlimen dan DUN kawasan kamu ni, BN ada menang tak? Siapa Ahli Parlimen Pandan? Bukankah Lapiji Lamli? Dengan Lapiji Lamli pun UMNO tak boleh menang kah? Atau kamu dan AJK-AJK kamu tak pandai buat kerja. Lagi mahu desak Presiden letak jawatan!

December 16, 2014

32 Menangguk Di Air Yang Keroh - Pemimpin PR Tidak Dilayan Di UM


Suka mengambil kesempatan dan ingin menjadi popular di kalangan pelajar. Mereka lupa ahli-ahli politik tidak mempunyai kuasa langsung untuk mencampuri urusan pentadbiran Universiti, selagi mana pihak pentadbiran Universiti mematuhi segala undang-undang dan akta yang ada.

Tindakan pihak pentadbiran Universiti Malaya yang tidak mahu berjumpa dan melayan sekumpulan ahli politik PR harus disanjung tinggi. Siapa mereka hendak tunjuk kuasa di universiti awam? Sudahnya mereka mengadakan sidang media hanya di tangga bangunan chanselori. Padan muka.

9 Ingatkan Hebat Sangat Geng @OccupyUM Baru Sekejap Pasang Khemah Mahu Ditarik Balik Dong?


Kusangka panas sampai ke petang, baru gerimis sedikit sudah mahu cabut lari? Macam mana Negara hendak harapkan mereka pertahankan tanahair. Baru beberapa hari memasang khemah untuk menunjukkan rasa protes terhadap pengurusan Universiti Malaya yang mengantung 8 orang balaci KETUM Anwar Ibrahim, tup tup semalam mereka telah mengeluarkan kenyataan menarik diri.

Alasan yang diberikan adalah mereka ingin membawa kes berkenaan ke mahkamah. Hendak membawa ke mahkamah ka, hendak membawa ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ka, kenapa hendak hentikan perkhemahan 'OccupyUM'? Teruskanlah memasang khemah-khemah di atas jalanraya itu dan duduklah selama bertahun-tahun. Tak tahan dengan panas dan hujan?

Orang berkhemah dalam hutan, yang awak bodoh pergi berkhemah atas jalan raya yang panas tu kenapa? Kalau nak tahu betapa bangang dan keanak-anakan pelajar-pelajar UM ini (tidak layak dipanggil mahasiswa), lihatlah 'screen shot' yang CTS sertakan di bawah. Biadap dan sungguh kurang ajar bila admin laman sosial Twitter yang mewakili 'occupyUM' bertanya kepada Perdana Menteri, "Dato Seri bila lagi?"

3 UMNO Selangor Transform - Apa Yang Tidak Kena Dengan Poster Ini?


Poster di atas telah berlegar di laman sosial sejak dua tiga hari lepas. Tidak ada salahnya bagi pembuat poster berkenaan menyatakan pendiriannya dan menyokong sesiapa yang beliau suka. Menyebut tentang transformasi UMNO Selangor, CTS beberapa hari lepas telah membuat satu artikel mengenai perkara yang sama dan mendapat reaksi sama ada pro dan kontra mengenai calon-calon yang diketengahkan.

Terima kasih kepada pembaca setia yang membuat komen di e-mail, group Whatsapp dan Telegram atau terus komen di blog. CTS cuba menyenaraikan apa kehendak dan kemahuan mereka seperti di bawah. Posting CTS sebelum ini mengenai perkara tersebut, boleh dibaca di sini.

Pertama, poster yang ada seperti di atas serta senarai yang CTS berikan di dalam posting sebelum ini, menunjukkan UMNO Selangor meminggirkan kaum wanita. Kata pengkritik, tidak adakah kaum wanita UMNO Selangor yang layak diketengahkan dalam barisan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor?

Kedua, UMNO Selangor memerlukan tokoh ugamawan atau pakar dalam bidang Agama untuk duduk dalam barisan kepimpinan. Rakyat Selangor mahukan golongan ini diberi tempat. Lihatlah apa yang dilakukan oleh Dato Menteri Besar selepas beliau dilantik ke jawatannya. Beliau mengambil hati Rakyat Selangor dengan menjadi imam dan bukan terus duduk di kerusi Menteri Besar.

Ketiganya, tidak adakah calon luar (ahli UMNO dari golongan profesional) yang layak diberi tempat menduduki barisan UMNO Selangor? Mungkin golongan ini tidak berminat di dalam jawatan di dalam UMNO tetapi idea mereka tidak boleh diketepikan begitu saja.

Keempat, perbanyakkan golongan muda dalam barisan kepimpinan terutama yang berkelayakan. Di dalam posting CTS yang lepas, calon-calon cadangan yang tidak mendapat tentangan dan bantahan dari pembaca adalah hanya dua orang iaitu YB Budiman dan Dato Azhari. Mungkin mereka berdua tokoh anak muda yang boleh diangkat di Selangor?

Berbalik kepada poster di atas, mungkin pembuatnya ahli UMNO dari Kota Raja. Sebabnya Ketua dan Timbalan Ketua Bahagian kedua-dua berada di dalam poster berkenaan. Irmohizam dan Sulaiman Karli memang tidak disukai oleh kebanyakan penyokong Selangor. Senator Ezam Md Nor, biarlah dia dengan kesibukan tugas-tugasnya sebagai seorang senator Dewan Negara. Janganlah dibebankan dengan jawatan di Selangor. Lagipun beliau memerlukan masa untuk membuka kotak-kotak bukti yang didakwanya mengenai salah laku pembangkang.

December 15, 2014

0 Graduan Sekolah Pondok Mempunyai Jaminan Kerjaya Yang Cemerlang

Masyarakat Malaysia seharusnya tidak memandang rendah kepada pelajar lulusan sekolah agama bantuan kerajaan dan sekolah agama rakyat termasuk pondok dan tahfiz kerana mereka kini turut berpeluang mendapat pekerjaan sehingga ke taraf profesional. Jika sebelum ini, peluang kerjaya lepasan pengajian pondok terhad kepada menjadi tenaga pengajar di institusi pondok, kini lepasan pondok boleh memilih kerjaya profesional setelah tamat pengajian di institusi pengajian tinggi. Antara kerjaya yang menjadi pilihan para hafiz dan hafizah berkenaan ialah doktor, jurutera, pensyarah, peguam dan hakim di Mahkamah Syariah.

Ini susulan lulusan berkenaan kini diiktiraf dan diberi peluang menyambung pengajian ke peringkat universiti di beberapa universiti tempatan seperti Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Selangor, Universiti Tenaga Nasional, Universiti Islam Antarabangsa, Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah. Malah Kerajaan juga telah menubuhkan Institusi Pengajian Tinggi Tahfiz al Quran, Darul Quran yang menawarkan program seperti Diploma tahfiz.

Contoh terbaik graduan sekolah pondok adalah Penasihat Kehormat Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM), Datuk Dr. Mashitah binti Haji Ibrahim. YPPM yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Abdul Razak, ditubuhkan oleh badan bukan kerajaan, bertujuan mengumpul seluruh warga pondok di negara ini di bawah satu entiti. Bercakap mengenai Datuk Dr Masitah, bukan calang-calang orang seorang graduan sekolah pondok boleh melanjutkan pelajaran sehingga ke Doktor Falsafah dan mempunyai kerjaya yang cemerlang.

Datuk Dr Mashitah dilahirkan di Kedah. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultanah Asma, Alor Star dan Sekolah Taufiqiah Pondok Shaikh Yahaya Junaid, Padang Lumat, Kedah. Beliau kemudiannya menyambung pelajaran di Maktab Mahmud, Alor Star dan seterusnya memperolehi Ijazah dari Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 1987. Dalam tahun yang sama juga, beliau meneruskan pengajian Doktor Falsafah dalam bidang Syariah Islamiyyah pengkhususan Tafsir dan Hadis di Darul Ulum, Universiti Kaherah, Mesir.

Seterusnya beliau melengkapkan pengajian di peringkat sarjana di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang 'Revealed Knowledge and Heritage' pada tahun 1992. Datuk Dr. Mashitah merupakan pelajar wanita Malaysia pertama memperolehi Ijazah Kedoktoran Kelas Pertama (Syaraf Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) dari salah sebuah universiti terkenal di Mesir, iaitu Universiti Kaherah pada tahun 1997.

Kerajaan sebelum ini mengambil pelbagai inisiatif bagi mencapai matlamat itu dengan memberi pelbagai bantuan dari segi kewangan serta sokongan dan pengiktirafan pusat pengajian pondok. Dengan bantuan kewangan dan sokongan oleh pihak kerajaan, kebanyakan pusat pengajian pondok semakin moden dan menawarkan aliran integrasi pendidikan Al-Quran dan akademik mengikut korikulum yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran. Malah pendidikan pondok kini semakin menarik minat golongan belia menghayati Al-Quran.

Ibu bapa dewasa ini cenderung untuk memilih sekolah pondok yang juga menawarkan pendidikan akademik kerana tidak mahu anak mereka ketinggalan dalam bidang akademik. Pendidikan asas atau subjek akademik adalah keperluan dunia kini dan ilmu Al-Quran ialah saham untuk akhirat. Oleh itu adalah penting bagi mereka mendapatkan pendidikan yang  seimbang untuk kehidupan seharian.

Aliran pendidikan ini tidak menjadi beban kepada pelajar kerana hanya mengikuti pendidikan subjek teras seperti Sains, Matematik, Bahasa Ingeris, Sejarah, Bahasa Melayu dan Bahasa Arab atau mereka boleh memilih beberapa subjek lain bagi memenuhi perancangan pendidikan masing-masing. Sejak tahun 2000 apabila sistem terbuka peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diperkenalkan, ia memudahkan lagi untuk sekolah pondok memperluaskan aliran pendidikan. 

Dengan pendidikan asas yang kukuh serta ilmu Al Quran di dada, peluang graduan sekolah pondok untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi adalah cerah. Malah mereka juga turut dipercayai oleh para majikan apabila mereka menceburi bidang kerjaya kelak.

24 Tahniah Ketua Puteri UMNO @emisamsudin Buka Kaunter Pendaftaran Pengundi

CTS ingin mengucapkan tahniah kepada Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah, YB Mas Ermieyati Samsudin yang membuka pusat pendaftaran pengundi di kawasan parlimennya semalam. Sebuah kaunter yang serba sederhana telah dibuka oleh beliau semalam di pasar malam dari jam 5.00 petang hingga ke pukul 7.00 malam.

'Its better late than never'. Walaupun pihak PR telah melakukan perkara sebegini sejak berakhirnya PRU13 yang lalu, tindakan YB Mas Ermieyati patut dipuji. Malah sepatutnya ianya menjadi contoh kepada anak-anak buah beliau di kalangan Pergerakan Puteri UMNO untuk turut melakukan program sedemikian.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates