November 22, 2014

10 Macai PR Kehabisan Idea Politikkan Gambar DS @NajibRazak Menunggang Motorsikal Lama


Apa salahnya Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak dan isterinya bergambar di atas motorsikal lama? Ini bukan poster yang dibuat-buat untuk menunjukkan Perdana Menteri dan isteri berubah cara hidup menjadi Rakyat Marhaen. Poster ini diambil ketika Perdana Menteri merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2014, di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps). Perdana Menteri dan isteri hanya bergambar di atas sebuah motorsikal lama yang berada di ruang pameran berkenaan. Salahkah?

DS Najib tidak buat gimik seperti didakwa. Kalau hendak lihat gimik bodoh lakonan daripada pemimpin, lihatlah dua poster semasa pilihanraya seperti di bawah. Seorang tertuduh liwat berpura-pura membawa dua budak lelaki di atas basikal (diharap kedua-dua budak lelaki itu selamat), manakala isterinya pula berpura-pura sedang memayungi empat budak-budak. Tak tahulah payung dari apa dan untuk apa. Yang CTS tahu hanya kipas putih yang tidak lekang dari tangan. Ini betul-betul hipokrit tahap tertinggi.

November 21, 2014

0 Temubual Eksklusif Dengan Pengerusi Eksekutif YPPM Mengenai Masa Depan Sekolah Pondok

Banyak yang tidak mengetahui perkembangan sekolah-sekolah pondok di Malaysia. Banyak perkara-perkara negatif yang kita dengar sebelum ini mengenai pelajar-pelajar sekolah pondok disalahguna untuk meminta derma dan menjual barangan di stesen-setesen minyak dan kedai-kedai makan. Kerajaan berusaha keras untuk membangunkan dan memertabatkan sekolah-sekolah pondok. Maka lahirlah Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM). 

YPPM adalah idea Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Abdul Razak. Manakala Dato Dr Mashitah Binti Ibrahim mengambil inisiatif menubuhkan yayasan ini dan didaftarkan sebagai sebuah badan kerajaan  pada 1 Ogos 2012. DS Najib ialah Penaung YPPM, manakala Dato Dr Mashitah selaku Pengerusi Eksekutif YPPM.

Kami di CTS merasa bangga dapat membuat temubual ekslusif dengan Pengerusi Eksekutif YPPM. Dilahirkan di Kedah. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultanah Asma, Alor Star dan Sekolah Taufiqiah Pondok Shaikh Yahaya Junaid, Padang Lumat, Kedah. Beliau kemudiannya menyambung pelajaran di Maktab Mahmud, Alor Star dan seterusnya memperolehi Ijazah dari Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 1987.

Dalam tahun yang sama juga, beliau meneruskan pengajian Doktor Falsafah dalam bidang Syariah Islamiyyah pengkhususan Tafsir dan Hadis di Darul Ulum, Universiti Kaherah, Mesir. Seterusnya beliau melengkapkan pengajian di peringkat sarjana di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang 'Revealed Knowledge and Heritage' pada tahun 1992.

Datuk Dr. Mashitah merupakan pelajar wanita Malaysia pertama memperolehi Ijazah Kedoktoran Kelas Pertama (Syaraf Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) dari salah sebuah universiti terkenal di Mesir, iaitu Universiti Kaherah pada tahun 1997. Sebelum menceburkan diri di dalam politik, beliau merupakan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, Selangor.

Pada Pilihan Raya Umum 2004 Mashitah mengalahkan bekas imam Masjid Negara, Kuala Lumpur, Ustaz Taib Azamudden Md Taib dari PAS dengan majoriti 4,229 undi. Selepas menang kerusi Parlimen Baling itu, beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri. Pada 18 Mac 2008, PM ketika itu, Tun Abdullah Badawi melantik Mashitah sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri melalui lantikan Senator.

Pada 1 Ogos 2012 atas idea Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak, Yayasan Pondok (YPPM) didaftarkan sebagai sebuah badan  kerajaan. Mashitah terpilih menjadi Ketua Wanita UMNO Bahagian Baling setelah mengalahkan pencabarnya pada persidangan UMNO Bahagian pada 1 November 2008. Jawatan itu dipertahankan sehingga sekarang.

Berikut adalah temubual kami dengan Dato Dr Mashitah mengenai isu, permasalahan dan harapan beliau terhadap institusi sekolah pondok:

Assalamualaikum Dato, ke mana menyepi selama ini dan apa cerita sekarang?
Waalaikum salam. Diam diam ibu berisi. Dalam diam banyak perkara saya buat. Terutama bagaimana nak hidupkan Yayasan Pondok yang telah diamanahkan oleh Perdana Menteri. Jadi selepas PRU13 inilah kerja saya. Memberi perhatian kepada Yayasan Pondok, melawat sekolah sekolah pondok dan mengetahui masalah mereka dan seterusnya membawa kepada pengetahuan yayasan dan PM.
Alhamdulillah satu setengah tahun usia  Yayasan dan kita telah berhasil meyakinkan PM untuk luluskan peruntukan dalam bajet 2015 sebanyak RM25 juta kepada Yayasan Pondok. Sebelum ini tak pernah dapat. Saya bagi alasan kalau Sekolah Cina dan mubaliqgh pun dapat kenapa tidak sekolah pondok? Akhirnya berjaya juga meyakinkan PM dan dia bagi peruntukan itu.
Dana ini tidak diberi terus kepada yayasan tetapi melalui Kementerian Pendidikan di bawah TPM. Saya baru sahaja bertemu TPM dan kita bersetuju mewujudkan satu jawatankuasa di mana di bawah jawatankusa ini yayasan akan berikan input untuk buat kajian terperinci mengenai sekolah-sekolah pondok.
Tak pernah lagi orang buat. Sekolah pondok berapa buah? Tak ada siapa pun tahu. Bahkan di peringkat negeri pun tak ada jawatankuasa. Jadi kita yang akan buat. Sekolah ini ada berapa ramai guru terlatih? Apa yang dia pakai? Pentandbiran dia bagaimana? Kita akan buat satu klasifikiasi dan kita akan mencadangkan kepada  ahli jawatankuasa ini supaya bantuan disalur kepada sekolah mana yang patut menerimanya.
Adakah sekolah pondok tidak masuk di dalam Pelan Pendidikan Nasional?
Itulah sebabnya. Ramai yang nak pergi hantar anak ke sekolah pondok sebab nak anak-anak belajar agama. Akhirnya graduan sekolah pondok ke mana nak pergi? Siapa yang nak ambil tahu hal mereka? Akhirnya pergi berjihad ke Syria lah. Tulah sebab takda tempat kita sediakan.
Sistem korikulum sekolah pondok ini pula tidak ikut Dasar Pendidikan Nasional. Pelajar tak perlu ambil SPM dan masuk ikut umur berapa saja. Jadi bila keluar tak boleh cari kerja. Jadi imam pun tak boleh sedangkan banyak kekosongan jawatan imam di kampung-kampung. 
Kenapa bebudak pondok yang tahu agama dan boleh hafal quran tak boleh jadi imam? Sebab dia tak ada SPM. Dia tak mengikut syarat syarat tertentu yang  membolehkan dia 'saleable' atau 'marketable' dalam arus perdana.
Ini yang cuba kita perjuangkan. Pertamanya kita mintalah sekolah pondok ini pelajarnya juga ambil SPM dan dalam proses sama kita nak cari pengecualian  daripada kementerian kalau budak ini dah belajar beberapa tahun, dia dikecualikan sebab ilmu dia sudah cukup dan melayakkan dia jadi imam misalnya.
Akhirnya bila budak-budak ini  duduk dalam arus perdana, apa yang mereka boleh buat masa ni cuma baca doa masa majlis. Lepas tu hantar mereka ke Sabah minta derma. Jatuhlah martabatnya.
Kita tak mahu macam tu. Kita nak angkat martabat graduan sekolah pondok dan sekolah agama. Kita tak mahu mereka minta sedekah di tepi tepi kedai kopi, dekat PapaRich, Starbucks dan lain-lain.
Orang yg mengaji agama ini mulia dan patut diberi tempat. Sebab tu kita nak mereka ada 'profesional skills'. Agama memang penting tapi dia juga kena ada skil tidak sekadar pandai baca doa. Yang lelaki boleh belajar skil membaiki kereta dan ustazah pompuan bukan setakat pandai mengajar Quran boleh ajar menenun dan skil-skil lain supaya dia boleh hidup. Contohnya tak perlu minta sedekah.
Sekarsng ini sekolah pondok tumbuh tanpa perlu daftar dengan Kementerian Pendidikan mahupun negeri. Jadi antara perkara pertama kita nak buat kempen nak ajak mereka berdaftar. Jdi bila berdaftar orang tahu kewujudan kita.
Mereka tak perlu bimbang takut bila daftar orang campurtangan. Takda siapa nak campurtangan. Duduklah macam mana pun. Kita nak buat kerja baik. Tapi bila dah daftar senang nak 'locate' supaya kita boleh periksa apa keperluan mereka nak. Ramai orang kat luar tu nak tolong tapi kebolehpercayaan  masyarakat kepada institusi agama ini masih goyah.
Mereka kata, saya nak bagi derma ni tapi betul ke derma ini sampai kepada orang yang sepatutnya. Bila dia kata masuk akaun peribadi Ustaz. Tak boleh lah. Orang tak akan percaya. Jadi kita nak ajar mereka supaya mereka ada cara yang boleh menumbulkan kebolehpercayaan masyarakat untuk membantu.
Sekolah pondok ini tanggungjawb semua bukannya Kerajaan sahaja. Atau orang tertentu. Kita semua ada tanggungjawab pasal sekolah untuk mengajar agama ini dianggap sebagai fisabilillah dan layak untuk menerima asnaf zakat.
Yayasan Pondok beroperasi dari Jalan Travers dari sebuah rumah di Bukit Persekutuan. Mana-mana sekolah pondok nak daftar datang situ atau lawat laman web. Kitapun tahu masih ada lagi yang tidak tahu IT jadi kita hantar pegawai ke tempat mereka. Laman web kita www.yppm.org.my.
Tak perlu jadi ahli YPPM. Datang saja daftar. Kita adalah NGO yang menjadi jambatan antara mereka dengan pihak atasan. Apa sahaja masalah mereka kita akan bawa ke peringkat atasan utk dipertimbangkan.
Sebagai seorang anak pondok saya rasa bertanggugjawab. Saya kerja di Yayasan Pondok tak bergaji dan secara sukarela dan saya rasa sangat seronok buat kerja ini. Saya mahu orang pondok diiktiraf. Ini perjuangan sayalah.
Yayasan ujudnya  untuk martabatkan sekolah pondok dan kita nak membantu. Ancam terhadap Agama semakin banyak . Ancaman Akidah. Ancaman  pemikiran. Pada siapa kita nak rujuk? Dulu orang akan rujuk kepada golongan Agama. Di mana orang Agama yang banyak ilmu ini?
Kami nak keluarkan balik dan jadikan mereka tumpuan rujukan. Bila mereka tak keluar, kita bimbang orang akan rujuk kepada orang lain yang tak layak bagi pandangan tentang agama. Bila ada vakum, mereka tak ada, maka orang lain yang jawab dan kadang fatwa mereka tak betul.
Matlamat utama YPPM?
Saya mengimpikan dan amat berhasrat satu hari nanti Yayasan Pondok akan berjaya mengembalikan kecemerlangan sekolah pondok satu ketika dahulu. Satu ketika dahulu sekolah pondok memainkan peranan yang sangat besar ke arah memerdekakan negara dan hari ini kita dah merdeka, apa pula  sumbangannya?
Saya nak tengok sekolah-sekolah pondok dimartabatkan dan melihat graduan-graduan sekolah pondok ditempatkan di arus perdana kerana mereka inilah yang sepatutnya menjadi contoh dan ikon.
Menerusi pengalaman apabila USIM buat satu program campuran, kehadiran pelajar-pelajar pondok merubah pandangan pelajar USIM. Kalau dulu kita selalu tengok pelajar 'coupling', sekarang kita lihat ramai pelajar duduk bawah pokok mengaji Quran. Seorang mengaji dan seorang mendengar. Ini satu perkembangan yang sihat yang boleh mengubah suasana sosial anak anak muda.

0 Program Latihan Khidmat Negara Semakin Mendapat Kepercayaan Rakyat

"Dalam tempoh tiga hingga empat tahun yang lalu, kita telah melihat peningkatan yang luar biasa dalam jumlah sukarelawan. Ia merupakan tanda positif," begitulah respons Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat MLKN di Jabatan Latihan Khidmat Negara hujung bulan lepas.

Beliau berkata peningkatan jumlah orang yang sukarela untuk menjadi pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah jelas menunjukkan bahawa orang ramai kini memahami kepentingan program ini. Katanya lagi ibu bapa juga memihak kepada anak-anak mereka menyertai program PLKN. Peningkatan dalam nombor telah diperhatikan dalam tahun-tahun kebelakangan ini, dengan tahun lepas mencatatkan lebih daripada 3,000 pelatih secara sukarela mendaftar untuk menjadi pelatih PLKN.

Datuk Noor Ehsanuddin berkata jabatan itu sedang memikirkan untuk menambah lebih banyak inisiatif untuk menggalakkan dan menarik mereka yang berminat untuk mendaftar untuk program ini secara sukarela. Beliau juga berkata bahawa program transformasi PLKN adalah satu proses yang berterusan dan jabatan yang sentiasa mengkaji untuk meningkatkan modul untuk memberi manfaat kepada pelatih.

Selepas 10 tahun program PLKN, MLKN berhasrat mengadakan transformasi yang lebih besar dengan mengambil inisiatif baru. Ianya adalah selaras dengan syor yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk juga meningkatkan unsur patriotisme kepada program selain menambah kemahiran lembut dan keras dalam modul.

November 20, 2014

15 Sudah Pupuskah Tokoh Agamawan Wanita Di Dalam UMNO?



Perhimpunan Agong UMNO (PAU) 2014 bakal tiba beberapa hari lagi. Kita harapkan medan perhimpunan orang Melayu terbesar di Malaysia tidak dijadikan medan untuk perwakilan untuk membodek dan memuji pemimpin, tidak menjadikan pentas ucapan sebagai gelangang Maharaja Lawak Mega atau tempat perwakilan untuk bercuti di hotel mewah sambil membawa pulang ole-ole untuk isteri-isteri.

CTS tidak mengharapkan sesuatu yang ajaib berlaku di dalam PAU 2014 kali ini. Cumanya berharap agar UMNO menunaikan janjinya untuk meremajakan parti dengan memberi peluang yang lebih besar untuk orang muda di dalam parti. Keduanya, CTS ingin melihat tokoh Agamawan di kalangan kaum Wanita diberi tempat untuk berucap di PAU 2014 ini. Kita kena akui UMNO kekurangan tokoh ilmuwan di dalam bidang Agama. Kalau di kalangan lelaki tidak susah untuk mencarinya. Kita ada Ustaz Fatul Bari Mat Jahaya, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, dan sebagainya.

UMNO perlu melipat gandakan lagi penglibatan di dalam hal keagamaan bukan sahaja dalam majlis formal, tapi juga dalam kehidupan sehari-hari bagi memeriahkan surau dan masjid terutama di kalangan pemimpin wanita. Penglibatan agamawan di kalangan kaum Wanita membuktikan UMNO bersifat inklusif bukan eksklusif. Ia terbuka kepada semua. Mereka yang tidak berpeluang tetapi boleh diambil kerana kelebihan nilai tambah yang ada pada mereka itu.

Mungkin kita terlupa atau kita terlepas pandang, Wanita UMNO masih mempunyai tokoh ilmuan Wanita seperti Dr Mashitah Ibrahim. Dr Mashitah mempunyai pendidikan yang cemerlang dan perwatakan yang menarik dan disenangi. Amat sayang kalau pengalaman dan pengetahuan beliau tidak digunakan oleh Wanita dan Puteri UMNO untuk mendekati golongan wanita muda dan remaja. Beliau pada masa kini sibuk dengan tugasnya sebagai penceramah motivasi dan keagamaan dan kerap dipanggil sehingga ke luar negara. Apa yang lebih penting, Dr Mashitah sekarang memegang posisi sebagai Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia yang mana Perdana Menteri, DS Najib Tun Abdul Razak sendiri menjadi penaungnya. Satu kerugian buat UMNO sekiranya beliau hanya dibiarkan sebagai Ketua Wanita UMNO Baling sahaja.

November 19, 2014

0 Peratusan Pengguna Berpuas Hati Dengan Pengangkutan Awam Amat Tinggi


Suruhan­ja­ya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menerusi hasil kajiannya men­dapati 71 peratus pengguna ber­puas hati dengan perkhidmatan operator-operator pengangkutan awam di Lembah Klang pada 2012 se­hingga 2013. Pengerusinya, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar berkata, perangkaan membabitkan kesemua jenis peng­angkutan awam darat itu memperlihatkan pihaknya terus komited menjayakan dan memperbaiki kelemahan sistem perkhidmatan peng­angkutan berkenaan agar lebih cemerlang di seluruh negara khususnya di kawasan-kawasan bandar.

Beliau menambah dalam melaksanakan komitmen ini, SPAD tidak pernah meminggirkan perkhidmatan awam darat di kawasan luar bandar kerana mereka tahu bahawa kawasan ini turut menyumbangkan kesan limpahan ekonomi kepada negara. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sim­posium Pengangkutan Awam Darat (LPT) 2014 bertajuk Masa Depan Bandar-Bandar Kita. Sebelum itu, TS Syed Hamid dalam ucaptamanya berkata, masa depan bandar-bandar di ASEAN akan bergantung kepada kecekapan perkhidmatan pengangkutan awam darat yang menjadi antara kunci utama memacu pertumbuhan ekonomi.

Dalam pada itu, pihak SPAD telah mengeluarkan pemberitahuan bas-bas ekspres laluan timur yang sekarang terletak di Hentian Bas Putra akan berpindah ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) berkuatkuasa 1 Disember 2014. Langkah ini bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan memberi keselesaan kepada pengguna bas ke Pantai Timur. Ianya bertepatan dengan usaha pihak SPAD untuk menambahbaikkan dan meningkatkan mutu pengangkutan awam.

18 Selepas Tun Dr Mahathir, Nama Dato Razali Ibrahim Pula Dijual Macai Anwar Ibrahim



Pembangkang sekarang tidak seperti pembangkang sebelum Pilihanraya Umum Ke 13 (PRU13). Dahulu mereka merupakan 'crowd puller' yang berjaya menarik ribuan penonton untuk datang mendengar ceramah mereka. Dulu lain, sekarang lain. Waima KETUM (Ketua Umum) Anwar ibrahim sekalipun belum tentu dapat menarik kehadiran penyokongnya sekarang. Contohnya, berapa kerat penyokong-penyokong fanatiknya yang hadir ketika perbicaraan Kes Liwat II beliau di Istana Kehakiman, beberapa minggu lepas.

Selepas macai KETUM Rafizi Ramli dengan muka tak tahu malu menggunakan nama Tun Dr Mahathir Mohamed dan Datuk Ahmad Maslan sebagai penarik iklan forum 1MDB, baca di sini, giliran macai mentah KETUM pula, Fadzil Zainol cuba untuk menggunakan nama Dato Razali Ibrahim untuk menarik kedatangan orang ramai ke ceramah beliau yang diberi nama 'Debat Kebebasan Akademik'. 

Pada malam 26hb itu Dato Razali Ibrahim ada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang akan membincangkan persediaan Persidangan Agong UMNO (PAU). Agak-agaklah macai KETUM kalau hendak menipupun. Mungkin kegagalan Fadzil Zainol untuk menarik kehadiran penyokong-penyokong beliau ketika sessi jelajah kampus beberapa hari lepas menyebabkan beliau dengan 'muka biawak' terpaksa menggunakan nama pemimpin Barisan Nasional sebagai 'crowd puller'.

November 18, 2014

0 Langkah FGV Eksport PME Ke Amerika Syarikat Bukti Satu Lagi Kejayaan


Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) menjangka dapat memulakan aktiviti eksport ester metil sawitnya (PME) ke pasaran Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2015. Felda Global Ventures Biotechnologies Sdn Bhd (FGVB), kini dalam proses untuk memuktamadkan pembelian kilang keduanya yang terletak berhampiran Pelabuhan Kuantan, Pahang. Dengan penambahan kilang kedua itu, FGVB bakal mempunyai kapasiti pengeluaran PME sebanyak 350,000 tan metrik setahun berbanding kapasiti kilang yang sudah dimilikinya juga di lokasi bersebelahan sekitar 100,000 tan metrik. 

PME merupakan bahan berasaskan kelapa sawit, komponen yang akan dicampurkan dengan diesel untuk penghasilan biodiesel. Kejayaan FGV memasuki pasaran AS adalah amat bermakna memandangkan AS mengenakan peraturan ketat terhadap sebarang produk yang dihasilkan menggunakan kelapa sawit. Sehingga Oktober lalu, FGVB telah mengeksport 52,000 tan metrik PME dengan pendapatan mencecah RM300 juta, dan syarikat itu menjangka dapat meningkatkan nilai eksport kepada RM1 bilion tiga tahun lagi. 

Sebagai pengeluar minyak sawit utama dunia, FGV kini mengendalikan 137 estet dengan kawasan ladang sawit seluas 467,330 hektar di seluruh negara, selain memiliki 72 kilang kelapa sawit. Ini antara usaha FGV menembusi pasaran dunia memandangkan FGV menyasarkan untuk menjadi antara 10 syarikat agro bisnes utama dunia menjelang tahun 2022. Presiden Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Emir Mavani Abdullah berkata, syarikat kini sedang menyusun pelbagai strategi untuk mencapai matlamat tersebut termasuk meluaskan perniagaan ke luar negara dalam sektor huluan dan hiliran.

0 Perkhidmatan Keretapi Elektrik (ETS) Ipoh - Padang Besar Bakal Beroperasi 2015


Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr Syed Hamid Albar, berkata kerja-kerja menyiapkan trek berganda untuk Perkhidmatan Kereta Api Elektrik (ETS) dari Ipoh hingga Padang Besar telah hampir siap dan dijangka akan beroperasi tahun hadapan. TS Syed Hamid berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama di Simposium Pengangkutan Awam Darat di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau menambah setelah projek ETS ke Padang Besar itu siap, tumpuan akan beralih pula ke laluan Gemas-Johor Bahru. SPAD juga katanya sedang meninjau peluang meningkatkan kemudahan sedia ada dan memperluaskan perkhidmatan rel antara Pantai Timur dan Barat. Beliau memberi contoh bahagian Pantai Timur di mana trek Wakaf Baru-Gemas-Kuala Lumpur sudah terlalu lama dan antara Timur ke Barat masih belum ada landasan-landasan baharu. 

Katanya, ini adalah peluang-peluang baru yang boleh kita jadikan salah satu daripada penghubung di antara negeri dan bandar di dalam Malaysia samada di semenanjung atau di Sabah dan Sarawak. Menurut TS Syed Hamid pembinaan trek-trek baru akan menjadi penggerak kepada pembangunan ekonomi negara terutama bagi kawasan luar bandar. Katannya perkara itu menjadi salah satu faktor yang diambilkira dalam perancangan mewujudkan Rel Kereta Api Laju (HSR) dari Kuala Lumpur ke Singapura. 


Syed Hamid juga tidak menolak kemungkinan kesediaan SPAD mempertimbangkan cadangan mewujudkan perkhidmatan Trem (keretapi atas jalan). Menurut beliau memang ada rancangan untuk mengkaji keperluan sistem trem di kawasan bandaraya. Beliau berkata tidak ada sempadan penyekat kepada perkembangan sistem pengangkutan awam darat di dalam bandar.

29 Azwan Ali Adik Datuk Menteri Besar Selangor Sudah Insaf, Sudah Tutup Aurat


Tahniah kita ucapkan kepada Datuk Menteri Besar Selangor, YB Azmin Ali kerana pandai menjaga keluarga beliau. Tidak seperti keluarga ahli politikus yang lain yang membiarkan ahli keluarga sendiri membuka aurat. Kami di CTS merasa bangga kerana adik kandung Menteri Besar Selangor, Azwan Ali, seorang pengacara yang terkenal telah terbuka hati untuk menutup aurat dengan bertudung. Kelas uollls!!!

Mungkin inilah natijah yang harus kita terima apabila Yang Arif Mahkamah Rayuan tidak beberapa lama dahulu memutuskan bahawa Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan yang memperuntukkan hukuman terhadap golongan lelaki Islam berpakaian wanita di tempat awam adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan. Maka dengan keputusan itu, inilah jadinya. Mahu tidak mahu terpaksalah menghadap semua ini.

November 17, 2014

21 "Townhall Meeting"? Apa Itu? I Don't Know Sepatah Haram Wahai Pemuda UMNO Malaysia cc. @khairykj


Parti keramat UMNO terkenal dengan sikap dan sifat keMelayuannya. Manakala barisan Pemudanya pula adalah pemimpin pelapis masa hadapan yang akan mengantikan pemimpin yang sedia ada. Apa rasanya kalau majlis Pemuda UMNO menggunakan Bahasa Inggeris sebagai tajuk majlis atau acara? 

Hina sangatkah Bahasa Malaysia sehingga tidak boleh dijadikan sebagai tajuk majlis rasmi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia? Atau adakah anak-anak muda Malaysia tidak boleh didekati dan ditarik menyertai parti UMNO sekiranya majlis menggunakan Bahasa Melayu? 

Apakah apabila tiba Perhimpunan Agong UMNO sehari dua lagi, semua perwakilan Pemuda akan menjerit "Hidup Melayu" sedangkan Bahasa Melayu sendiri mereka pinggirkan. Ada orang yang akan berkata bahawa orang Melayu mula pandai dan berkemajuan setelah menguasai Bahasa Inggeris. Betul ke? 

Tahukah mereka orang buta huruf di New York mahupun di London lebih fasih berbahasa Inggeris berbanding Rakyat Malaysia yang bergelar 'Doctorate'. Bagi CTS yang tidak fasih berbahasa Inggeris ini, boleh saya bertanya "Townhall Meeting" tu apa ya? Mee segera?



15 Kenaikan Tambang Pengangkutan Awam - @rafiziramli Terlupa Pemandu Bas & Teksi Juga Adalah Ibu Bapa


Kalau bukan Raja Spin bukanlah Rafizi Ramli. Ahli Parlimen Pandan ini yang juga merupakan Setiausaha Agong PKR, sebelum ini beberapa kali telah terkantoi dengan isu yang sering dimainkan oleh beliau untuk menjadi menjadi popular. Dua tiga hari lepas, beliau telah memainkan isu tindakan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk mengemukakan cadangan kepada kabinet untuk menaikkan tambang pengangkutan awam. Bagi orang yang mungkin tidak pernah atau jarang menaiki pengangkutan awam seperti Rafizi Ramli, komen beliau agak dangkal dan nampak tidak berpijak di bumi yang nyata.

Rafizi Ramli memainkan isu sensitif situasi ibu bapa yang mungkin tertekan dengan kenaikan tambang pengangkutan awam ini di dalam laman sosial Facebook beliau. Rafizi Ramli mungkin terlupa atau buat-buat lupa bahawa pemandu bas sekolah, pemandu teksi, pemandu bas awam yang lain juga adalah ibu bapa. Salahkah SPAD mengemukakan cadangan kepada Kerajaan untuk menaikkan harga tambang untuk membantu golongan pemandu bas dan teksi ini meningkatkan pendapatan mereka? Bukankah mereka juga Rakyat Malaysia? Dengan memaksa sistem pengangkutan awam tidak menaikkan kadar tambang, adakah Rafizi Ramli mahu industri tersebut lumpuh?

Untuk pengetahuan Rafizi Ramli, kali terakhir kadar tambang pengangkutan awam disemak adalah pada tahun 2009! Pekerja sektor awam dan swata mendapat kenaikan gaji dan elaun setiap hari. Sedangkan kita mahu menyekat rezeki pengusaha dan pemandu bas untuk kenaikan tambang bas dan teksi yang kini mencecah hampir 5 tahun? Adilkah kita menghukum pengusaha dan pemandu bas dan teksi terpaksa menerima beban kenikan bahan bakar, tol dan barangan lain semata-mata agar kita Rakyat dapat hidup selesa? Sekali lagi CTS bertanya, pengusaha dan pemandu teksi dan bas bukan Rakyat Malaysia kah yang perlu hidup selesa dan sempurna? Jangan lupa mereka juga ada keluarga untuk disara!

5 @rafiziramli Kantoi Menipu - Tun Dr Mahathir Tidak Pernah Bersetuju Hadir Sebagai Panel Forum 1MDB


Menurut sumber daripada Pejabat Tun Dr Mahathir, beliau tidak pernah memberi persetujuan untuk hadir ke Forum 1MDB anjuran National Oversight & Whistleblowers (NOW). Tindakan Setiausaha Agong PKR, Rafizi Ramli menggunakan nama Tun Dr Mahathir untuk tujuan politik murahan beliau amat keterlaluan. Rafizi Ramli tidak sewajarnya menggunakan nama Tun Dr Mahathir sebagai promosi untuk menarik orang ramai hadir ke forum berkenaan. Langkah sumbang Rafizi Ramli menggunakan nama Tun Dr Mahathir mudah dibaca apabila beliau seringkali kecundang dalam sessi perbahasan di Dewan Rakyat berkenaan isu 1MDB.

Pihak penganjur ada menghantar surat jemputan kepada Pejabat Tun Dr Mahathir untuk menyertai forum berkenaan. Akuterima surat jemputan berkenaan daripada Pejabat Tun tidak bermakna Tun Dr Mahathir setuju untuk datang ke forum berkenaan. Ianya juga tidak bermakna pihak penganjur dan Rafizi Ramli boleh sewenang-wenangnya menggunakan nama Tun Dr Mahathir untuk promosi mereka. Sungguh tidak bertanggungjawab.


November 16, 2014

0 Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia - Bukti Usaha DS @NajibRazak Mertabatkan Islam


Institusi pengajian pondok di Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu) dikatakan merupakan institusi pendidikan yang tertua. Walaupun tidak ada sebarang bukti, data atau catatan yang jelas yang menyatakan tarikh sebenar kewujudan institusi ini, apa yang pasti, sekolah pondok muncul tanpa dirancang. Ianya berkembang pesat kesan daripada sambutan orang ramai yang dahagakan ilmu, yang merantau ke satu-satu tempat untuk belajar dengan guru-guru Agama. 

Ada pendapat yang mengatakan bahawa institusi pengajian pondok berasal dari Pattani, Selatan Thailand. Pendapat ini adalah bertunjangkan kepada daerah Pattani merupakan pusat pelajaran Agama dan kebudayaan Melayu yang terkenal dalam abad ke 16 dan 17 Masihi. Alasan lain yang menjadi asas kepada pendapat ini adalah kerana ramai ulamak dan guru Agama dari Pattani yang menyusun kitab-kitab bertulisan Jawi yang digunakan di sekolah-sekolah pondok. Kebanyakan mereka menggunakan dialek Pattani sewaktu menyampaikan pengajaran di sekolah-sekolah pondok yang terdapat di negeri Kedah dan Perak. 

Antara tokoh guru Agama pengasas sekolah pondok yang terkenal adalah Haji Zainal atau Tuan Minal dari pondok Sungai Dua (1875), Haji Mahmud Taib dari pondok Kubang Semang, Seberang Prai Tengah (1920), Haji Mahmud Taha dari Pondok Alor Belat, Butterworth (1880), Ibrahim Acheh dan Tok Sheikh Acheh dari pondok Permatang Jagus, Kepala Batas (1885), Fakih Daim dari pondok Sungai Deraka, Seberang Prai Tengah (1880) dan Haji Salleh al-Misri dari pondok al-Misriyyah (1906).

Atas keprihtinan Kerajaan mengiktiraf pembangunan institusi sekolah pondok, tanggal 01 Ogos 2012, Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) telah diwujudkan oleh Perdana Menteri, DS Najib Tun Abdul Razak. Visi dan misi YPPM seperti terdapat di laman web mereka, di sini adalah:
  • Matlamat utama penubuhan YPPM adalah untuk memberi pengiktirafan kepada institusi pengajian pondok dan warga pondok yang banyak menyumbang kepada pembangunan dan perkembangan pendidikan Islam serta melahirkan ramai tokoh ilmuwan agama. Ia juga bagi mengiktiraf jasa dan bakti para ulama, tok guru dan tok mudir dalam melahirkan generasi pelajar yang mahir dalam ilmu agama dan pengajian Al-Quran.
  • Yayasan akan membantu dan bekerjasama dengan agensi kerajaan, swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) yang lain untuk memaju, membangun dan mengembangkan institusi pengajian pondok bagi memastikan kelangsungannya. Imej sistem pengajian pondok yang mundur dan terpinggir mesti diperbaiki, manakala persepsi pelajar pondok sebagai pelajar kelas kedua, golongan taksub atau pelampau mesti dikikis sama sekali.
  • Misi YPPM adalah memartabat dan memastikan institusi pondok di negara ini lebih berdaya maju dan dapat mempertahankan kelangsungannya. YPPM akan memainkan peranan penting dalam usaha meningkatkan keupayaan dan kejayaan institusi pondok melaksanakan tanggungjawab melahirkan warga yang berilmu dan berwasatiyah.
Kerajaan yang diterajui oleh DS Najib Tun Razak tidak pernah terlupa mengiktiraf pendidikan tertua yang dibawa oleh institusi sekolah pondok, Di bawah YPPM, kebajikan institusi sekolah pondok akan dijaga dan dipelihara dan Kerajaan komited untuk menjadikan institusi sekolah pondok sebagai salah satu institusi ilmu yang terulung di Malaysia.

21 Program Gotong Royong Mega - MB Selangor @AzminAli Turun Dalam Longkang


Mungkin beliau sekadar berlakon. Mungkin beliau sekadar mewujudkan sebuah persepsi kepada Rakyat. Namun katakan yang benar walapun pahit. Bukan hak kita untuk menghakimi apa yang tersirat di dalam hati Dato Menteri Besar Selangor, YB Azmin Ali. Bagi CTS, Menteri Besar Selangor ini mahu meletakkan dirinya sebagai Menteri Besar yang bekerja dan Menteri Besar yang turun padang. 

Walau apapun alasannya, kita kena akui, ini kelemahan pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional di Selangor. Rakyat masih melihat mereka sebagai Tuan Besar yang tidak mahu turun bergandingan tangan dan bekerja dengan Rakyat. Pemimpin UMNO dan Barisan Nasional Selangor perlu membuang sikap ego duduk di atas pentas tunduk melihat Rakyat Marhaen di bawah, di dalam mana-mana program. Makan di meja yang dikhaskan dan bergerak dengan 'bodyguargds' kiri dan kanan. 

Rata-rata pemimpin negara di Asia dan Dunia sudah berubah. Waima Dato Menteri Besar Selangor bergerak di dalam program ini tanpa diiringi oleh pasukan polis. Ini penting untuk memenangi persepsi Rakyat. Sampai bilakah Menteri, Timbalan Menteri. Ketua Menteri dan Menteri Besar mahu mengubah persepsi Tuan Besar mereka? YB Azmin Ali sudah jauh ke hadapan di dalam memenangi persepsi Rakyat. Kalau pemimpin-pemimpin UMNO Selangor dan Barisan Nasional Selangor tidak mahu berubah, jangan harap Selangor akan kembali ke tangan Barisan Nasional.



 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates