November 15, 2014

46 Tertuduh Kes Liwat Boleh Lepas Bebas Di US? Oh Malaysiaku ...



Bagaimana seorang tertuduh kes liwat yang sedang menunggu keputusan akhir perbicaraan daripada Mahkamah Persekutuan, mahkamah tertinggi di Malaysia, boleh dibiarkan bebas lepas ke luar negara? Kenapa KETUM Anwar Ibrahim tidak ditahan passportnya sementara menunggu keputusan kes liwat beliau yang akan diumumkan bila-bila masa?

Anwar Ibrahim dengan megah dan bangga bergambar dan menyiarkannya di dalam laman sosial Facebook, keadaan beliau dan Dr Wan Azizah di Amerika Syarikat. Inilah undang-undang dua kasta di antara Rakyat Marhaen dan Ahli Politik. Adakah Rakyat Marhaen juga akan mendapat keistimewaan ini kalau mereka dibicarakan atas kes yang sama?

30 Melampau!!! Bawani KS Berceramah Hingga Dalam Surau


CTS tidak kisah kalau mereka yang menggelarkan diri mereka mahasiswa ingin menjadi dewasa dengan mengadakan ceramah politik. Namun amat biadap kalau mereka mengadakan ceramah politik di dalam surau, tempat umat Islam beribadat. Tindakan Fahmi Zainol mengheret rakan-rakannya yang bukan Islam seperti aktivis pelajar India, Bawani KS dan rakan-rakan Cina masuk ke dalam surau amat keterlaluan. 

Lihatlah betapa kurang ajarnya mereka. Ada Cina yang masuk surau memakai seluar pendek nampak kepala lutut dan paha (lihat gambar di bawah). Mereka bertindak mengadakan ceramah di Surau Batu 15 berdekatan dengan Universiti Utara Malaysi (UUM) apabila cadangan asal untuk mengadakan ceramah di dalam kampus telah dibantah. Mereka sanggup menggadai dan mencemarkan tempat Islam demi seorang banduan di bawah pertuduhan liwat.

Lokasi ceramah terpaksa dibuat di atas tanah persendirian iaitu di surau markas PAS UPU Sintok yg jaraknya hampir 4 km daripada UUM. Kehadiran penyokong-penyokong Fahmi Zainol hanyalah dalam lingkungan 30 orang sahaja. Nampaknya puak-puak PAS UPU Sintok telah membenarkan orang-orang bukan Islam yang memakai seluar pendek dan tidak menutup aurat untuk mencemarkan surau mereka. Ini bukan lagi PAS For All. Ini namanya Pas For All Bastard!!!






November 13, 2014

28 Laporan Polis Dibuat Ke Atas Pegawai Khas @TianChua Oleh Penduduk Kampung Chubadak



Dua laporan polis telah dibuat ke atas Pegawai Khas Ahli Parlimen Batu Tian Chua iaitu Rozan Azen Mat Rasep, hari ini. Laporan polis berkenaan adalah berkaitan Pegawai Khas Tian Chua berkenaan yang dikatakan telah merosakkan khemah dan barangan milik aktivis-aktivsi yang berkampung di Kampung Chubadak Tambahan, Sentul, Kuala Lumpur.

Adakah ini satu operasi hitam atau 'black operations' yang cuba dibuat oleh Rozan Azen yang terkantoi? Cuba bayangkan apa akan terjadi kalau pengadu tidak melihat Rozan pada ketika itu. Mungkin pengadu akan menuduh orang-orang UMNO yang melakukan perkara ini. Allah Maha Besar dengan mendedahkan perbuatan si Rozan Azen ini.

November 12, 2014

22 Gambar Dr Wan Azizah Merasmikan "Water Theme Park" Di Kajang


Tahniah kepada Rakyat Kajang kerana memilih Dr Wan Azizah, isteri KETUM Anwar Ibrahim sebagai Wakil Rakyat mereka. Dengan usaha gigih Dr Wan Azizah, Kajang kini mempunyai "Water Theme Park" mereka sendiri. Hari ini beliau dengan bangga merasmikan "Water Theme Park" di Kajang yang dikatakan antara terbesar di Malaysia, malah lebih besar dari Sunway Lagoon. 

Dengan kewujudan "Water Theme Park" yang dilhamkan daripada Sungai Venice di Italy, peluang Barisan Nasional (BN) untuk merampas kembali DUN Kajang hampir mustahil, kerana projek ini bakal menjadi tarikan pelancong dari seluruh dunia dan pastinya Rakyat Kajang antara yang bertuah mendapat tempiasnya. Kami di CTS akan cuba mendapatkan gambar eksklusif Dr Wan Azizah naik jet-ski sambil memegang kipas tangan.





9 Kereta Pemimpin BN, PKR, DAP Sama Sahaja @JPJ_Malaysia, Sila Saman Kereta-Kereta Ini

Selain dari kereta Pak-Pak Menteri yang mempunyai plat pendaftaran kenderaan yang tidak mengikut piawaian dan spesifikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), di bawah disertakan gambar-gambar pemimpin-pemimpin Kerajaan Negeri Pulau Pinang termasuk Ketua Menteri yang turut gagal dalam kes ini. JPJ sila jalankan tanggungjawab anda.





0 Gambar-Gambar Puting Beliung Di Kuala Sala, Kedah Sebentar Tadi (10 Gambar)

Ribut puting beliung seakan menjadi kebiasaan di Kedah sejak kebelakangan ini. Setengah jam tadi berlaku sekali lagi ribut puting beliung di Kampung Sungai Nonang, Kota Sarang Semut, Kuala Sala, Kedah. Beberapa rumah di Parlimen Kuala Kedah dan DUN Pengkalan Kundor telah rosak akibat bencana alam ini. 

Pokok-pokok besar banyak yang tumbang. Semoga Allah melindungi mangsa-mangsa di sana. Diharap kejadian di Kedah ini tidak dipolitikkan memandangkan penduduk kampung ini adalah terdiri daripada penyokong-penyokong PAS.

3 Dia Hina Rakyat Sabah, Panggil Mahasiswa UMS Bodoh, Panggil Mahasiswa UUM Bodoh, Siapa Fahmi Zainol Ni?


Selepas menghina Rakyat Sabah yang berniaga di Gaya Street, mengelarkan mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai bodoh, kini 'toy boy' KETUM Anwar Ibrahim kembali dengan mengelarkan mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) juga sebagai bodoh? Siapa Fahmi Zainol ni? Sudah habis belajarkah beliau di Universiti Malaya sehinggakan meroyan mengelarkan orang sana sini sebagai bodoh? Atau beliau hendakkan publisiti murahan untuk menjadi terkenal seperti Adam Adli dan Safwan Anang untuk memikat hati KETUM?

Rakyat tidak bodoh memikirkan bagaimana seorang pelajar biasa yang mendapat tajaan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) boleh ke sana ke sini untuk menghasut mahasiswa Universiti menentang Kerajaan kalau beliau dan dua tiga orang macai lagi tidak ditaja oleh pihak tertentu. Lambat pulak pihak Universiti Malaya untuk membuang pelajar berkenaan dan pihak JPA untuk menarik balik biasiswa Fahmi Zainol ini. Tidak cukup kuatkah dakwaan menganjurkan program yang tidak diluluskan oleh pihak Universiti Malaya dan membuat huru hara dan merosakkan harta benda universiti?

Apakah kepandaian beliau sehingga melayakkan beliau untuk menghina orang lain? Apakah dengan beridolakan KETUM Anwar Ibrahim melayakkan beliau untuk menganggap diri pandai. Tahukah beliau Anwar Ibrahim hanyalah kelulusan Ijazah Am Kelas Ketiga dalam bidang Kesusasteraan Melayu yang mana terpaksa mengulang di tahun akhir akibat gagal. Inikah ciri-ciri tokoh kebanggaan Fahmi Zainol. Padanlah dengan muka apabila dihalau oleh mahasiswa-mahasiswa UMS tempoh hari.

November 11, 2014

0 Isu Parkir Bas Dan Lori - YB Nancy Shukri Jawab Persoalan Dr Siti Mariah


Pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat semalam, Dr Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) telah membangkitkan masalah lori dan bas yang sering diparkir di kawasan perumahan sehingga menimbulkan rasa kurang selesa di kalangan penduduk.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri ketika menjawab persoalan berkenaan berkata setiap permohonan bagi mendapatkan permit kenderaan barangan perlu disertakan cadangan kawasan parkir untuk mendapat kelulusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Beliau berkata syarat itu bagi mengelakkan kenderaan barangan seperti lori dan bas diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya, khususnya di kawasan perumahan.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat. Tambah beliau, di pihak SPAD, suruhanjaya itu sentiasa berbincang dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mewujudkan kawasan parkir atau terminal sementara bagi kenderaan terbabit. Kawasan parkir ini tertakluk kepada tanggungjawab PBT. Oleh sebab itu, SPAD perlu berbincang dengan mereka untuk minta kawasan yang sesuai. 

Beliau akur isu berkenaan menjadi sukar apabila melibatkan kawasan perumahan sebab ada penduduk yang tidak akan setuju. Walau bagaimanapun, YB Nancy Shukri berjanji penguatkuasaan akan dilaksanakan dengan efektif. Di bawah Unit Penggantungan dan Penarikan Lesen SPAD yang ditubuhkan awal tahun ini, syarikat pengendali atau individu yang berulang kali melanggar syarat berdepan tindakan, termasuk penarikan semula lesen.

21 Ambulans Sudah, Kereta Polis Sudah, Pertahanan Awam Sudah, Kereta Menteri Saja Belum

Tahniahlah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana menguatkuasakan undang-undang tanpa memilih bulu. Dalam aspek pemeriksaan cermin gelap, JPJ telah memeriksa kenderaan jabatan awam yang lain seperti ambulans, kereta polis dan kenderaan pertahanan awam.

Untuk ambulans, mungkin faktor keselamatan diutamakan seperti takut-takut pesakit merogol jururawat di dalam ambulans atau pembawa ambulans merogol pesakit. Tapi apa rasional kenderaan polis dan pertahanan awam disyaratkan tidak boleh cermin gelap? Takut penjenayah merogol polis di dalam kereta polis?

Kami Rakyat Malaysia menyokong penuh operasi cermin gelap dan nombor plat kenderaan ini. Operasi ini hendaklah diperluaskan kepada Pak-Pak Menteri dan juga Ketua Pengarah JPJ sendiri. Barulah adil dan saksama.

6 Nama Malaysia Di Pentas Dunia Sekali Lagi - Kali Ini Ratu Pondan Pula

Mungkin golongan penyokong LGBT dan Islam Liberal di Malaysia sedang bersorak kegembiraan sekarang. Ini memandangkan dua wakil dari Malaysia, Cicie Sinclair dan Hendra telah berjaya ke pertandingan akhir Miss International Queen 2014 atau Pertandingan Ratu Pondan 2014 yang berlangsung semalam di negara jiran, Thailand.

Pertandingan ini mendapat sambutan hangat apabila seramai 25 peserta daripada seluruh dunia termasuklah negara kita menyertainya. Peserta-peserta Miss International Queen ini mewakili negara masing-masing iaitu dari Filipina, Singapura, Brazil, Vietnam, Korea Selatan, Malaysia, Turki, Jepun, Sepanyol, Thailand, Chile, Myanmar, Nicaragua, Mongolia, Russia, Venezuela, USA, Jepun, Peru dan Cuba.

Agaknya apakah pendapat tiga orang Wakil Rakyat PAS iaitu YB Dr Mujahid Rawa, YB  Hanipa Maidin dan YB Khalid Samad yang menjadi penentang kuat pengharaman Sister In Islam (SIS), mengenai isu ini? Opps ... saya terlupa nama Datuk Saifuddin Abdullah.

November 10, 2014

13 Hebat!!! Video-Video Ahi Parlimen Kota Tinggi Membelasah DAP Kulai Dan PKR Kapar Di Parlimen

CTS mula tertarik dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dari Kota Tinggi ini apabila beliau telah menemplak dan membelasah Ketua Pembangkang, Ketua Umum (KETUM) Anwar Ibrahim di dalam isu "Raja Gula" di Parlimen. Anwar Ibrahim menuduh Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary menguasai industri gula dan mampu mengawal harga gula sedangkan Malaysian Sugar Manufacturing (MSM), anak syarikat milik penuh Felda Global Ventures (FGV) adalah pengeluar utama gula negara. 

Hujah Datuk Ehsanuddin yang baru menjadi Ahli Dewan Rakyat penggal pertama ketika mempertikaikan setiap kenyataan yang dibentang Anwar Ibrahim di dalam sesi bahas di Parlimen pada bulan Jun lepas, membuatkan betapa Anwar Ibrahim seolah-olah hilang taringnya sebagai ketua pembangkang. Video BNBBC boleh ditonton di Youtube, di sini.

Terbaru, Ahli Parlimen Kota Tinggi itu, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narashid, telah membuatkan MP Kulai tidak lebih seperti Cina Bukit menjual sayur di Parlimen dan beliau juga telah menegur MP Kapar kerana mempertikaikan pemberian BR1M oleh Kerajaan. Karekter sebeginilah yang diperlukan oleh Ahli Parlimen BN. Kita memerlukan lebih ramai Ahli Parlimen yang boleh berdebat di Parlimen dengan fakta dan emosi yang terkawal. 

video

video

Datuk Ehsanuddin bakal menjadi nama besar yang bakal mempertahankan dasar-dasar Kerajaan di Parlimen. Gandingan beliau dengan Ahli-Ahli Parlimen lain yang vokal seperti MP Kota Belud, Datuk Rahman Dahalan, MP Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan beberapa nama lain bakal mengerunkan pihak pembangkang. Mereka antara barisan generasi Ahli Parlimen masa hadapan. Tahniah Datuk Ehsanuddin di atas keberanian anda. Tidak keterlaluan CTS mengatakan beliau mempunyai "Minister Material".

10 Ketua Pegarah JPJ Jadi Malaikat Maut? Beliau Mahu Orang Malaysia Mati 5,358 Orang Menjelang Tahun 2020?


Sungguh amat tidak bertanggungjawab kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika ditemubual oleh Astro Awani. "Kita nak orang Malaysia mati 5,358 orang menjelang tahun 2020", kata Ketua Pengarah JPJ Malaysia. Ramai yang cakap kenyataan dia diputar belit, tapi kenyataan inilah yang keluar di Astro Awani. Selamat menonton video di bawah:

video

Kenyataan media yang dibuat oleh beliau langsung tidak professional. Angka kematian boleh dibuat main-main. Lebih sadis lagi angka kematian menjadi Key Performance Indicator (KPI) buat jabatan berkenaan. 


Sebelum daripada itu, Ketua Pengarah JPJ sekali lagi telah mengeluarkan kenyataan kontroversi apabila beliau menyatakan di dalam sidang akhbar bahawa sebanyak 6,915 kematian pada tahun lalu sahaja disebabkan kesalahan gagal mematuhi spesifikasi ukuran dan paparan plat nombor pendaftaran kenderaan. Nombor plat pendaftaran kenderaan punca kemalangan maut? Macam mana tu? 

Banyak faktor utama yang menyumbang kepada kemalangan jalan raya terutama kemalangan maut yang perlu dititik beratkan. Antaranya keadaan kenderaan yang tidak seslamat dan pemanduan laju. Bukan kesalahan nombor plat pendaftaran. Kenyataan Ketua Pengarah JPJ merupakan satu alasan yang kurang cerdik bagi individu yang berpelajaran tinggi dan berjawatan besar.

Cuba lihat kereta milik Ketua Pengarah JPJ seperti di atas. Cermin kereta beliau diletakkan cermin hitam (tinted) seperti disembur cat hitam. Sah-sah tidak menepati peraturan JPJ itu sendiri. Cuba lihat pula nombor plat pendaftaran kenderaan. Kita tidak perlu mengukur untuk mempastikan plat pendaftaran kenderaan itu tidak mengikut piawaian dan spesifikasi ukuran JPJ. Inikah contoh kepimpinan melalui teladan?

November 9, 2014

0 Sistem Kad Prabayar Akan Diperkenalkan Di 5 Negeri - SPAD


Percubaan menggunakan sistem kad prabayar telah dilakukan di Kelantan tahun lepas telah dilakukan oleh Kerajaan sebagai langkah untuk mempertingkatkan sistem pengangkutan awam. Penerimaan terhadap penggunaannya amat menggalakkan dari masyarakat setempat. Justeru itu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan melaksanakan sistem kad prabayar untuk perkhidmatan bas awam pada Mac tahun depan, kata Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Terminal Bas Amanjaya di Ipoh, sebagai permulaan sistem itu akan dilaksanakan di lima ibu negeri iaitu Kuching, Sarawak, Kangar, Perlis, Seremban, Negeri Sembilan, Kuala Terengganu, Terengganu serta Ipoh. Menurut TS Syed Hamid lagi, tender hanya akan diberikan kepada perkhidmatan syarikat bas yang memiliki bas paling banyak di kawasan terlibat.

Rakyat Malaysia bakal menyambut baik sistem baru ini. Secara tidak langsung ianya dapat menjadikan perjalanan menggunakan pengangkutan awam lebih mudah dan pantas kerana penumpang tidak perlu menukar wang kecil untuk membayar tambang bas. Sistem penggunaan kad prabayar ini tidak akan menimbulkan masalah kepada pengguna memandangkan sistem berkenaan telah digunakan secara meluas di pengangkutan komuter, LRT, monorel dan sebagainya terutama di Lembah Klang.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates