November 8, 2014

24 Karnival Dan Kenduri Rakyat - Seeloknya Makan Semeja Dengn Rakyat




Tahniah kepada pihak penganjur kerana mengadakan Karnival & Kenduri Rakyat Bersama JKKKP Kampung Melayu Subang. Program telah berlangsung di Pengkalan TUDM Subang. Tokoh-tokoh UMNO Selangor turut turun memeriahkan majlis seperti YB DS Noh Omar, Dato' Zein Isma dan YB Hajjah Halimaton Saadiah. Pada pandangan CTS kalau majlis sebegini diadakan dengan nama dan untuk Rakyat, maka hendaklah Rakyat kita utamakan. 

Bukankah lebih elok makan semeja dengan Rakyat. Duduk dekatkan diri dengan Rakyat dan menyelami masalah mereka. Lebih elok kalau turut beratur mengambil makanan sekali dengan Rakyat. Jangan kita buat program syok sendiri. CTS tidak ada niat untuk membelasah atau membuat posting menjatuhkan UMNO Selangor. CTS sayang negeri Selangor. Cumanya kita perlu sedar, UMNO/BN adalah pembangkang di Selangor. Sistem kasta seolah-olah kita masih menjadi Kerajaan Selangor janganlah diteruskan.

November 6, 2014

15 Kartunis Zunar Menghina Mahkamah, @PDRMsia Wajar Mengambil Tindakan cc. @KBAB51





Amat biadap sekali perlakuan kartunis pro PR yang sering menimbulkan kontroversi, Zunar. Hari ini beliau telah bertindak dan berkelakuan keterlaluan apabila menghina hakim secara terang-terangan di persekitaran Istana Kehakiman, Putrajaya. Lihatlah bagaimana Zunar telah mempermainkan peranan hakim dengan lakonan menghina. Mereka memberi espresi bahawa hakim boleh dibeli dengan adengan pemberian wang rasuah dan kepala hakim diketuk kononnya oleh Rakyat. 

Inilah drama-drama murahan yang mereka mainkan semperna perbicaraan Kes Liwat II KETUM Anwar Ibrahim. Amat biadap sekali. Kalau ini bukannya menghina sistem kehakiman (contempt of court) dan beliau tidak ditangkap dan diadili, saya sudah tidak tahu hendak kata apa lagi. Di bawah pula adalah gambar "sticker card" yang diedarkan kepada penyokong-penyokong KETUM.

12 Kutu Gelandangan Putrajaya Rakyat Hakim Negara Mula Mengotorkan Putrajaya

Hari ketujuh perbicaraan Kes Liwat II KETUM Anwar Ibrahim menyaksikan lebih ramai kutu gelandangan Rakyat Hakim Negara dibawa masuk ke Putrajaya. Mereka tidur di atas jalanraya, makan nasi goreng yang disponsor dalam polesterin dan pastinya elaun kehadiran menunggu di petang hari.

Putrajaya yang terkenal dengan keindahan dan kecantikan persekitarannya tercemar dengan kehadiran kutu-kutu gelandangan ini. Bilalah KETUM ini hendak disumbat ke Penjara Sungai Buloh? Hidup menyusahkan orang.


CTS juga ingin meminta tolong sesiapa yang kenal dengan saudara mara atau cucu cicit Atok gambar di bawah ini agar membawa pulang dengan segera. Bukannya apa, kita risau takut-takut pebicaraan masih belum berakhir, Atuk ini dikejarkan ke hospital kerana serangan jantung atau darah tinggi.

1 Banjir Di Cameron Highland - Kenapa Mesti UMNO/BN Hendak Dipersalahkan?



Banjir di Cameron Highland berlaku lagi. Pemimpin-pemimpin pembangkang dan macai-macai mereka sudah mula menunding jari ke arah Kerajaan Negeri Pahang yang dikuasai oleh Barisan Nasional. Sayugia diingatkan hujan lebat yang turun di Cameron Highland tidak ada kena mengena dengan UMNO, BN, mahupun Kerajaan Negeri. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng waima ketika menjawab soalan wartawan kenapa Pulau Pinang dilanda banjir, beliau menjelaskan banjir di Pulau Pinang adalah akibat hujan lebat. Beliau menambah kalau tiada hujan tiadalah banjir. Bijak betul kepala hotak Ketua Menteri ini.


Kebanjiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Cameron Highland seperti yang dilaporkan di dalam suratkhabar Mingguan Malaysia tidak wajar ditunding semata-mata kepada Kerajaan Negeri. Ini masalah negara. Petaling Street dan Chow Kit Road juga telah lama di"tawan" oleh PATI. Tanah haram yang diteroka secara rakus oleh PATI juga tiada kena mengena dengan BN atau UMNO. Mungkin ada yang akan berkata tanah haram itu diteroka oleh orang BN tidak kira lah dari UMNO atau MCA atau Gerakan atau MIC atau PPP.

Tapi jangan lupa peneroka dari DAP, PAS dan PKR pun ada sama. Kalau tidak takkan ADUN Tanah Rata itu dari DAP. Yang pasti peneroka tanah haram di Cameron Highland pasti didalangi oleh sindiket. Adakah sindikit ini didalangi oleh Cina DAP dari Ipoh dan Singapura yang kebanyakannya penyokong pembangkang?

Mungkin juga ada yang mendakwa tanah haram itu dibuka disebabkan berlaku rasuah di pihak yang berkenaan dengan penguatkuasaan. Kita jangan lupa, dalam soal rasuah mesti ada pemberi dan penerima. Apabila sudah berlaku banjir lumpur, tunding menunding akan berlaku di antara pemberi dan penerima rasuah. Tiada pihak akan mengaku bertanggungjawab.

Solusi secara total harus dicari. Kalau perlu pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turun berkampung di Cameron Highland untuk membateras rasuah, lakukanlah. Kalau tidak, isu banjir lumpur ini akan kita dengar lagi dalam masa terdekat.

November 5, 2014

7 Pemimpin PAS Lidah Bercabang - Isu Rel Keretapi Kembali Di'spin' Di Parlimen, Kerajaan Juga Yang Salah


Semalam, Ahli Parlimen Rantau Panjang melahirkan kekecewaannya di Parlimen dengan menyatakan bahawa Kerajaan seharusnya membaiki segala kerosakan jambatan sepanjang laluan keretapi laluan Pantai Timur tanpa menunggu tragedi berlaku. Ini berikutan kenyataan Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai yang menyatakan buat masa ini kereta api akan dipandu perlahan apabila melalui laluan-laluan khususnya jambatan yang rosak.

Pemimpin PAS sememangnya lidah bercabang. Hari ini cakap lain, esok cakap lain. Pemimpin PAS lupa mereka dan pemimpin PR adalah dalang di belakang Railway Union of Malaysia (RUM) yang membantah keras apabila Kerajaan ingin menutup laluan Pantai Timur untuk kerja pembaikan. Mereka lupa tanpa tentangan keras dari pihak pembangkang dan RUM, landasan keretapi Pantai Timur sudahpun dibaikpulihkan.

Pada 22 Jun 2014, CTS telah mengikuti rombongan media bersama pihak Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), melawat laluan keretapi untuk melihat sendiri masalah-masalah yang timbul di laluan berkenaan. Laporan dan gambar-gambar CTS letakkan di posting, di sini. Pihak SPAD telah mengumumkan akan menutup laluan itu sementara waktu untuk kerja-kerja baik pulih demi keselamatan penumpang laluan berkenaan.

RUM telah membantah penutupan laluan berkenaan. Malah mereka bercadang hendak melakukan piket di hadapan Ibu Pejabat SPAD di KL Sentral kalau permintaan mereka tidak dipenuhi. Pihak pembangkang pula saban hari memainkan isu berkenaan di media. Malah PR melalui wakil dari PAS, PKR dan DAP telah mengeluarkan kenyataan media di Malaysian Insider membantah penutupan laluan berkenaan seperti di bawah:


Akibat dari bantahan keras dari kesatuan pekerja RUM, desakan bodoh dari pihak pembangkang dan rayuan daripada pihak pengurusan KTM, pihak SPAD telah menangguhkan penutupan laluan keretapi Pantai Timur dengan beberapa syarat tertentu. Kenyataan media mengenai penangguhan penutupan landasan KTM Pantai Timur (Gemas ke Gua Musang) boleh dibaca di sini.

Semalam, PAS berkokok dengan nada yang berbeza. Kerajaan kembali dipersalahkan. Inilah satu contoh Parti yang mengaku Islam tetapi kelakuan tidak sepertinya.

November 4, 2014

12 India Non-Muslim Dan Orang Kena Tangkap Khalwat Antara Pendoa Tertuduh Liwat Hari Ini

Sudah tidak ada orang lainkah yang boleh membaca doa di Kompleks Kehakiman Putrajaya hari ini untuk tertuduh kes lihat KETUM Anwar Ibrahim? Dua orang kelihatan membaca doa untuk Anwar Ibrahim hari ini.

Pertamanya, seorang lelaki India non-muslim yang mungkin beragama Hindu atau Kristian. Salahkah lelaki India non-muslim untuk berdoa. Jawabnya tak salah. Yang salah adalah macai-macai Melayu yang beragama Islam (yang pastinya penyokong kuat KETUM) yang terhangguk-hangguk mengangkat tangan mengaminkan doa.

Keduanya pula, ada pula yang mengangkat doa orang yang telah ditangkap khalwat pukul 3.00 pagi dengan memberi alasan untuk memberi ceramah motivasi kepada isteri orang dalam bilik hotel berdua-duaan. Elok sangatlah tu. Si pesalah khalwat berdoa untuk si tertuduh liwat. Semoga Allah membentangkan kebenaran untuk tatapan umum.

3 Reasons For The Share Price Of FGV Dropped Steeply - A Reply For @tonypua Accusations

Tony Pua had on 28 October 2014, told the reporters at Parliament that Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), the world's third largest oil palm plantation operator, was the worst performer of all plantation stocks listed on Bursa Malaysia. He had even asked the government to sack and replace the top brass of FGV  for the poor performance of its share price. DAP national publicity secretary and Member of Parliament for Petaling Jaya Utara, Tony Pua cited data as at Oct 15, 2014, which showed FGV’s share price dropping by 29.1% compared with its peers – IJM Plantations Bhd (-6.3%), IOI Corp Bhd (-2.7%), Genting Plantations Bhd (-9.4%) and Sime Darby Bhd (-1.6%).

For Mr Tony's information, investment in the so-called plantation companies like FGV are meant for long term as plantation gestation period is long in nature. ever since the IPO in June 2012, FGV have recorded continuous growth in term of revenue, profit and dividend that FGV paid to our shareholders. For the record, for the year ended 31 December 2013, FGV continued to make solid progress despite a challenging operations environment. FGV posted a profit after tax of RM1.1 billion, a 30.2% increase from Year 2012. How come Mr Tony accuse FGV as "poor performance"?

Maybe Mr Tony was not made aware that FGV paid a total RM0.16 per share or RM583.7 million which represent 60% of Net Profit after Non-Controlling Interest. This is 20% higher than what was promised and documented in FGV's IPO prospectus that was distributed to all prospective and current shareholders. In this context, don't you think FGV's dividend policy is one of the best in the country, Mr Tony?

Dear Mr Tony, I think you should know by now to compare apple to apple. Its not fair you compare apple to orange or even worst the durian. There is no exact comparison to FGV in the market. Sime Darby, IOI, IJM and KLK have difference revenue streams. Those companies are not a pure plantation company like FGV which reflect FGV strong correlation to the world CPO price. You know Tony, to some extent, the drop in CPO price can be seen as a blessing in disguise for FGV and its shareholders. Why? This is because FGV's loss of revenue from the current replanting program would be minimum as the current CPO price is low.

Your Honor, I rest my case ... err ... What's up Doc?

10 @TianChua Hasut 50 Penyokong @anwaribrahim Demonstrasi Di Dataran Merdeka Kalau KETUM Dipenjarakan cc. @PDRMsia


Hari ini adalah Hari Keenam dan mungkin hari terakhir sebelum KETUM (Ketua Umum) PKR berehat di Penjara Sungai Buloh. Walaupun keputusan perbicaraan Kes Liwat II Anwar Ibrahim mungkin akan diumumkan hari ini, kehadiran penyokong beliau amat mengecewakan. Adalah dalam 50 orang. Antara kelibat pemimpin PR yang kelihatan masih setia adalah Ahli Parliemn Batu, Tian Chua. Sanggup ponteng Sidang Parlimen untuk buang masa di sini.
"Sekiranya Anwar ditahan hari ini, maka kita akan adakan perhimpunan besar-besaran Sabtu ini di Dataran Merdeka ....."
Itulah intipati ceramah Cina Bukit itu. Tian Chua menyeru penyokong Anwar Ibrahim yang hadir di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya berdemontrasi di Dataran Merdeka jika Anwar Ibrahim dihukum bersalah dan dipenjarakan. Keadilan hanya untuk parti keadilan, selain daripada itu, tiada keadilan. Makna keadilan yg mengelirukan tajaan PR & Co.










November 3, 2014

6 Hari Kelima Perbicaraan Kes Liwat II @anwaribrahim - Maaf, Ini Sahaja Yang Tinggal

Inilah keadaan semasa pemandangan di hadapan Istana Kehakiman, Putrajaya tempat di mana Anwar Ibrahim sedang menghadapi perbicaraan hari kelima Kes Liwat II. Nampak gayanya Perhimpunan Hakim Rakyat Negara sudah bertukar menjadi Perhimpunan Polis memandangkan jumlah anggota polis lebih ramai dari jumlah penyokong KETUM (KETUM). 

Mungkin elaun yang diberikan hanya untuk dua tiga hari sahaja kot. Siapa yang hendak datang berhimpun kalau tiada elaun dari PKR. Kurang dari 100 orang kelihatan. Sidang perbicaraan mahkamah sampai tengah hari saja, dan akan bersambung esok.






November 2, 2014

21 Kereta Rasmi Setpol PM @NajibRazak Porche Tu ... Dahsyat!!!

Tak tahulah sama ada Setiausaha Politik (Setpol) Perdana Menteri adalah seorang yang bijak atau tidak. Geng PAS dah mula main gambar ini. Dengan gaji sebagai Setpol baru CTS tahu boleh memakai kereta Porche rupanya. Sudahlah menggunakan kereta Porche, letak pula lambang rasmi Setpol PM dekat kereta. Bijak sungguh.

Beliau hendak membunuh karier Perdana Menteri DS Najib Tun Razak ka apa? Memang cerdik sungguh Setpol PM Bahagian Kewangan ini. Kalau tak silap Timbalan Ketua Bahagian Padang Terap. CTS fikir baik sahajalah. Mungkin beliau menabung dari kecil. Sepatut buat macam adik seorang Menteri tu. Selepas kantoi kereta mewah kemalangan, cakap saja, kawan kasi pinjam. Apa susah. Guna proxy saja.

Kemaskini 5:50 p.m.:

Tidak sampai satu jam artikel ini dikeluarkan, ada yang minta CTS keluarkan kenyataan dari empunya diri seperti di bawah. CTS tak ada kepentingan apa-apa. Cuma kesiankan Perdana Menteri dengan kerenah orang di sekelilingnya. Baca penjelasan di bawah:
Kereta tu tahun 2003...harga murah ja...x sampai rn100....jual keta merz kay 77. Ini jawab dia. Orang kampung bukan tahu. Lebih baik jelaskan. Habis cerita. Tolong jawab. Itu Porche lama. Lagi murah dari Honda Accord.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates