October 11, 2014

0 Bajet 2015 - Sistem Pengangkutan Awam Akan Dipertingkatkan


Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2015 semalam menekankan betapa pentingnya sistem pengangkutan awam yang baik, teratur dan sempurna bagi kemudahan Rakyat. Dalam usaha untuk mempertingkatkan sistem kemudahan awam, Kerajaan akan memperkenalkan beberapa program seperti berikut:

Pertama, menyediakan perkhidmatan bas antara bandar kepada penduduk yang menetap di luar tetapi bekerja di Kuala Lumpur. Kemudahan ini menawarkan tambang bulanan pada kadar diskaun 30%. Sebagai  permulaan, tiga laluan bas akan beroperasi iaitu Rawang-KL; Klang-KL dan Seremban-KL. Kedua, menyediakan perkhidmatan Electric Train Service atau ETS Ipoh-Butterworth bermula pada April 2015 dan ketiga, menambahbaik Perkhidmatan Bas Berhenti-henti di beberapa ibu negeri melalui sistem kontrak dengan syarikat bas sedia ada. Pelaksanaan program ini adalah secara berperingkat dan akan melibatkan Bandaraya Kuching, Ipoh, Seremban, Kuala Terengganu dan Kangar.

Dalam era globalisasi hari ini, penggunaan kemudahan pengangkutan awam penting bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas, menjimatkan wang dan mengurangkan kadar kemalangan. Ramai pengguna jalan raya kini mula menggunakan pengangkutan alternatif ini bagi memudahkan mereka menuju ke destinasi masing-masing.

Lantaran itu, mereka telah memilih pelbagai pengangkutan awam yang wujud seperti bas, teksi, LRT, Monorel dan KTM Komuter sebagai pengangkutan utama. Usaha Kerajaan membangunkan sistem Mass Rapid Transit (MRT) yang menghubungkan Sungai Buloh hingga ke Kajang yang dijangka siap sepenuhnya padat tahun 2017 harus dipuji kerana projek terbabit dijangka dapat mengurangkan beban rakyat.

Sebagai sebuah suruhanjaya yang fungsinya adalah untuk merancang dan membuat polisi serta mengawalselia pengangkutan awam darat di negara ini seperti keretapi, bas dan teksi serta pengangkutan barang yang menggunakan jalan raya atau rel keretapi, sudah pastinya beban dan tanggungjawab untuk melaksanakan Bajet 2015 mengenai peningkatan sistem pengangkutan awam terletak di bahu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Berikut adalah Kenyataan Akhbar daripada Pengerusi, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr Syed Hamid Albar: 
Suruhajaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menerima baik pengumuman belanjawan 2015 oleh YAB Perdana Menteri. Secara keseluruhannya, ini merupakan satu belanjawan holistik dan menyeluruh yang memberi penekanan kepada rakyat. Dari perspektif pengangkutan awam,  perancangan dan langkah-langkah yang diumumkan oleh YAB PM adalah selaras dengan inisiatif Kerajaan untuk mentransformasikan pengangkutan awam darat.
Dengan peruntukan pembangunan bagi beberapa projek infrastruktur dan kemudahan pengangkutan awam seperti peruntukan sebanyak RM70 juta bagi projek bas elektrik, projek pembinaan laluan LRT dari Bandar Utama-Shah Alam-Klang dengan peruntukan RM9 billion, projek MRT Selayang- Putrajaya dengan peruntukan RM23 billion dan insentif untuk perkhidmatan bas antara bandar bagi laluan KL ke Seremban, Rawang dan Klang, ianya sudah pasti akan meningkatkan kualiti perkhidmatan, meningkatkan mobiliti rakyat dan seterusnya meningkatkan perkongsian mod pengangkutan awam darat. SPAD mensasarkan agar peratusan perkongsian mod menjelang tahun 2020 adalah 40%.

36 Gambar-Gambar ADUN DAP Minum Beer Di Octoberfest Di One Utama Untuk Tatapan Macai PAS

Hebat Ahli Parlimen dan ADUN DAP serta PKR Selangor berpesta minum beer dalam acara gilang gemilang yang dikatakan oleh YB Elizabeth Wong, dihadiri oleh 5,000 orang. Mereka dengan bangga sekali bergambar di lokasi acara One Utama, Petaling Jaya. Dengan nada sinis mungkin hati mereka berkata, "Mana pemimpin dan macai PAS yang bising-bising sebelum ini?"

Elizabeth Wong sebagai EXCO Perlancongan  Selangor pasti akan menjadikan acara ini sebagai acara tahunan nemandangkan sambutan di luar jangkaan. Berani Dato Menteri Besar, Mohammed Azmin Ali untuk bersuara? Berani EXCO dan ADUN PAS untuk angkat muka? Takebeer!!!


13 Octoberfest - DAP Meraikan Kejayaan, PAS Jadi Kuda Tunggangan

Wakil Rakyat DAP dari Selangor seperti Elizaberth Wong dan Wong Chen semalam telah mengemaskinikan laman sosial Facebook mereka dengan kejayaan mengadakan pesta meminum arak di Pusat Membeli Belah One Utama, Petaling Jaya, Selangor.

Menteri Besar Selangor sebelum ini menafikan bahawa beliau tidak tahu menahu mengenai pesta  minum arak Octoberfest ini. Syarikat pengiklanan pula dikambing hitamkan kononnya menaikkan papan iklan tanpa permit MBSA. Sungguh cantik lakonan mereka. Umat Islam semua tertipu.

Yang kebih kurang ajar apabila wakil-wakil Rakyat DAP mengambil gambar meraikan kejayaan mereka menyambut pesta minum arak Oktoberfest. Tidak lain dan tidak bukan adalah bertujuan untuk membuat povokasi terhadap PAS bahawa tiada apa yang dapat menghalang kemahuan mereka.

Agenda yang paling penting adalah menarik sokongan pengundi bukan Islam bahawa Selangor adalah negeri yang bebas untuk bukan Isam melakukan apa sahaja. Akhirnya yang menang adakah DAP, yang jadi keldai adalah PAS. Taniah YB Khalid Samad yang memungkinkan semua ini.

October 10, 2014

4 Elaun Ahli Parlimen Naik Dalam #Bajet2015, Ketua Pembangkang Tidur Dalam Dewan

Menteri DS Najib Tun Razak, DS Shahidan Kassim telahpun memberi 'clue' gaji Ahli Parlimen akan dinaikkan. Ini disebabkan beliau berkata Ahli Parlimen terpaksa mengikat perut dengan gaji RM6,500. Hari ini dalam pembentangan Bajet 2015, nyata ianya menjadi Kenyataan. Perdana Menteri telah membuat keputusan popular dengan menaikkan elaun Ahli Parlimen.

Ahli Parlimen membalas pengorbanan Rakyat hari ini juga. Buktinya, Ketua Pembangkang tidur dalam Dewan Rakyat ketika sessi pembentangan Bajet. Minggu depan Ahli Parlimen lain akan membalas jasa Rakyat dengan ponteng perbahasan Bajet 2015. Ini belum lagi termasuk mangkuk-mangkuk Ahli Parlimen yang akan protes keluar dewan. Maafkan CTS jika berkata, haram jadah sungguh.

October 9, 2014

23 Bila Ahli Parlimen Berkata, Gaji Mereka Sebanyak RM6,500 Terpaksa Ikat Perut ...


Ahli-ahli politik tidak pernah gagal untuk menghiburkan kita dengan keletah dan senda gurau politik mereka. Terbaru Menteri Kabinet dan Ahli Parlimen Arau, DS Shahidan Kassim berkata gaji bagi Ahli Parlimen sebanyak RM6,500 menyebabkan beliau terpaksa mengikat perut. Sumber di sini. CTS tidak pasti apakah maksud ikat perut di sini adalah berlapar atau memakai 'slimming belt'. Bakal Presiden Indonesia, Pak Jokowi Widodo berkata, pemimpin yang harus menderita, bukan rakyat. 

Kalau yang bergaji RM6,500 terpaksa mengikat perut, bayangkan Rakyat biasa yang mempunyai banyak tanggunggan besar yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang bayar hutang. Tidak cukup lagikah elaun MP sebanyak RM6,500? Ini tidak termasuk elaun Menteri dan elaun sebagai Ahli Lembaga Pengarah GLC atas kapasiti UMNO dan BN. Kita akui gaji Ahli Parlimen kita memang lebih rendah daripada Singapura. Elaun MP di Singapura lebih RM1 juta setahun, di sini sekadar RM6,500 sebulan. 

Apakah dengan menaikkan elaun MP Malaysia sebanyak RM1 juta setahun cukup untuk menanggung perbelanjaan MP kita yang rata-rata mempunyai 4 ke 5 buah kereta,  2 ke 3 buah rumah, 2 ke 3 orang isteri? Apakah cukup untuk membeli kereta canggih beratus ribu dan dikatakan mempunyai koleksi jam tangan mewah sehingga mencecah jutaan ringgit? Bagaimana dengan MP yang juga Penasihat Ekonomi Negeri yang menerima elaun RM1 sebulan tetapi membuat tuntutan sehingga RM15 juta setahun? Bagaimana mungkin MP yang mempunyai banglow putih  mewah dan koleksi deretan kenderaan mewah? Cukupkah dengan gaji sebanyak RM6,500? 

Pokok pangkal bergantung pada sikap dan berbelanja mengikut kemampuan. Kalau harga cerut pun sudah RM500 sebatang, apakah mungkin RM6,500 sebulan mencukupi untuk MP kita? Tidak ada sesiapa yang memaksa mereka menjadi Ahli Parlimen. Kalau merasa dengan menjadi Wakil Rakyat terpaksa mengikat perut, letak jawatan sahaja. CTS tinggalkan dua keratan akhbar daripada Utusan Malaysia dan Metro Ahad di bawah untuk renungan Ahli Parlimen yang tidak cukup dengan gaji RM6,500 sebulan.



October 8, 2014

16 Demo Bantah Kenaikan Harga Minyak Dan GST Di Parlimen Pagi Tadi Gagal Dapat Sambutan


Demo besar-besaran yang dijadualkan diadakan di hadapan Parlimen hari ini gagal mendapat sambutan. Tidak lebih daripada 100 orang (termasuk pemberita dan bloggers yang hadir) datang. Beberapa ikon parti pembangkang hadir seperti Imam Selipar, Bawani dan Rara DAP. Satu memorandum telah diserahkan oleh kumpulan berkenaan untuk membantah kenaikan harga minyak dan perlaksanaan GST. Beberapa MP PR kelihatan berada di situ menerima memorandum berkenaan. 




Satu saja soalan CTS, kenapa Rara tu perut buncit ye? Dah kahwin ke dia?


Gambar terbaik pastinya dimenangi oleh Akak di bawah. Kalau kita lihat badan Akak inipun kita sudah tahu betapa susah dan sengsaranya beliau kan? Akak makan pasir yer Kak?

October 7, 2014

10 Kita Kagumi Semangat MB Selangor Turun Padang, Jangan Hanya Hangat-Hangat Tahi Ayam




Kita kagumi semangat Menteri Besar Selangor yang baru, Azmin Ali turun padang untuk melihat sendiri permasalahan di Selangor. Cuma CTS merasakan tidak perlulah seorang Menteri Besar untuk turun ke dalam parit dan masuk ke dalam tong sampah. Agak-agaknya kalau sehari dua lagi tong taik di kawasan perumahan Rakyat Shah Alam tersumbat, perlukah Menteri Besar dipanggil untuk turun padang melihat permasalahan? Jangan terlalu beria-ia (over-ambitious) untuk menunjukkan sifat rajin bekerja kepada Rakyat Shah Alam. 

YB masih 'penyapu baru'. 'Photo-ops' yang dilakukan perlu ada batasannya. Takut kelak memakan diri. Tidak perlu melihat jauh. Lihatlah rakan sekerja YB di Pulau Pinang. Sewantu di awal pemerintahannya, waktu Pulau Pinang banjir sahaja, akan ada gambar-gambar beliau turun padang meredah air banjir. Tajuk besar diletakkan di Buletin Mutiara, "KM Harungi Banjir Demi Rakyat". Sekarang? Pulau Pinang masih banjir, dua tiga hari lepas, beliau berada di Taipei dengan alasan 'urusan rasmi'.

4 Billboard Octoberfest Di Shah Alam - Apabila Geng Ustaz Sebar Fitnah Di Media Sosial


Tidak kesemua maklumat di dalam media sosial boleh diambil bulat-bulat tanpa dibuat semakan dan penelitian. Dalam era gambar atau foto boleh diubah dengan begitu sempurna menggunakan Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator, semakan perlu dibuat ke atas apa yang dipaparkan di media-media sosial. Ini bagi mengelakkan kita membuat dosa kering dengan melakukan fitnah. Dua tiga hari lepas, tersebar gambar 'billboard' di Shah Alam kononnya mengiklankan 'Octoberfest', satu perayaan terbesar minum beer di dunia. 

Entah Hamba Allah mana yang membuat gambar palsu ini dengan apa sekali tujuannya, fitnah ini merebak dengan cepat. Tidak terkecuali golongan Ustaz yang melatah dengan gambar palsu ini. Kesian dengan Ustaz Dasuki Abdul Rani, beliau membuat tuduhan tanpa menyemak kebenaran fakta. Posting berkenaan telah tersebar dengan 8,774 likes dan dikongsi (shares) oleh 1,093 akaun. CTS bukanlah peminat tegar Kerajaan PR Selangor, tetapi itu bukanlah tiket untuk kita melakukan fitnah. Gambar-gambar asli tempat kejadian disertakan di bawah:


October 6, 2014

7 Dulu 'Economy Class', Sekarang 'Business Class', Tak Ada Beza Ketua Menteri DAP Dengan Yang Lain



Teringat CTS sewaktu mula-mula Ketua Menteri DAP berkenaan mengambil alih Kerjaan Pulau Pinang, beliau menyatakan hasrat untuk hanya menggunakan kelas ekonomi sebagai mod penerbangan beliau. Ini adalah kerana beliau mahu menjimatkan wang Rakyat. Maka tersebarlah gambar beliau menaiki kelas ekonomi (gambar bawah) dengan pujian-pujian melangit sehingga ada yang memanggilnya sebagai 'Khalifah'. 

6 tahun sudah berlalu, walaupun pelbagai gelaran diberikan termasuk 'Tokong' kepadanya, beliau tidak lagi mahu hidup dalam kepura-puraan. Tiada lagi mod penerbangan kelas ekonomi. Yang ada hanyalah mod kelas perniagaan atau 'Business Class'. CTS tidak kata beliau tidak layak menggunakan mod kelas perniagaan dengan tarafnya sebagai Ketua Menteri, cumanya tersenyum sinis kerana ramai yang terpengaruh dengan lakonannya suatu waktu dahulu.


 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates