August 2, 2014

1 Tindakan Pemandu Bas Kilang Mogok Di CIQ Menyusahkan Rakyat - Pengerusi SPAD


Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar berkata, tindakan pemandu bas kilang mengadakan mogok di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar di sini pagi Jumaat berikutan perlaksanaan kadar tol baharu, dianggap tindakan yang tidak munasabah dan hanya menyusahkan rakyat. 

Tan Sri Syed Hamid menambah, operator bas kilang perlu berbincang dengan syarikat yang menggunakan perkhidmatan mereka sekiranya didapati kos meningkat. Beliau berkata kos kenaikan bukan ditentukan oleh kerajaan semata-mata dan seharusnya pihak pengusaha perlu berbincang dengan syarikat berkenaan memandangkan mereka di bawah kontrak syarikat itu.

Mogok yang bermula 4 pagi itu melibatkan 200 pemandu bas kilang yang enggan memasuki Singapura dan menyebabkan laluan trafik sesak di CIQ selain ribuan pekerja terpaksa berjalan kaki menyeberang Tambak Johor sebelum menaiki bas penumpang di Woodlands untuk ke tempat kerja masing-masing.

Kesesakan itu menyebabkan beberapa bas perkhidmatan awam Singapura ke Johor Baharu ditangguhkan perkhidmatan pada 8.05 pagi dan hanya menyambung perkhidmatan pada 10.11 pagi. Adalah dipercayai protes pengusaha bas kilang tersebut dipercayai berpunca tidak puas hati dengan kenaikan kadar tol.

Kadar tol baharu arah masuk Malaysia, kenderaan kelas-kelas tersebut ialah masing-masing RM9.70 (kereta); RM14.70; RM19.70, RM4.80 (teksi) dan RM7.80 (bas) manakala kadar tol arah keluar pula RM6.80 (kereta); RM10.20; RM13.60; RM3.40 (teksi) dan RM5.50 (bas). Singapura juga menaikkan kadar bayaran Permit Masuk Kenderaan (VEP) bagi kenderaan berdaftar di luar negara yang mahu memasuki Singapura dinaikkan daripada S$20 (RM51.44) kepada S$35 (RM90) sehari mulai Jumaat. Pada masa sama, bayaran Permit Kenderaan Barangan (GVP) berdaftar di negara luar pula dinaikkan daripada S$10 (RM25.72) kepada S$40 atau RM102.88.

Tan Sri Syed Hamid berkata berikutan tindakan pengusaha bas kilang itu, SPAD akan menyiasat sama ada pemandu-pemandu bas kilang ini melanggar peraturan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat. Menurut beliau lagi, pemandu-pemandu bas adalah tertakluk kepada undang-undang iaitu membawa penumpang dan tidak boleh menyusahkan orang ramai atau mendatangkan kesulitan kepada mereka.

30 Tak Tahu Pulak Nazri Aziz Ni Saudara Sesusu Lim Guang Eng?

"Saya akan memberi sokongan sepenuhnya kepada Lim Guan Eng untuk membangunkan industri perlancongan di Pulau pinang. Ini kerana saya nampak dibawah pimpinan beliau, industri perlancongan di Pulau Pinang berkembang pesat!! Kalau Lim telefon saya, saya akan sampai pada masa yang terpantas untuk menolong dia."
Begitulah kata-kata DS Nazri Aziz mengambarkan betapa sayangnya beliau kepada Ketua Menteri Republik Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Cara berpelukan kedua-dua mereka mengalahkan kemesraan saudara susuan dan sahabat se'gay'. CTS cemburu? Tidak sama sekali. Cuma CTS teringatkan peribahasa English, 'birds of a feather flock together."


August 1, 2014

13 ADUN DAP Johor Jaya Dalang Mogok Bas Pekerja Hari Ini?






Nampaknya mogok yang berlaku di Sempadan Johor-Singapura disokong dengan kuat oleh ADUN DAP Johor Jaya, Liow Cai Tung. Disebabkan mogok yang dilakukan oleh beberapa orang pemandu bas yang didalangi oleh YB DAP, ramai rakyat Malaysia yang tidak dapat memasuki Singapura hari ini. Sampai bila DAP mahu menyusahkan rakyat Malaysia? Gambar-gambar di atas diambil dari 'Page' rasmi ADUN DAP tersebut, di sini.

YB Bangang ini mengajurkan mogok apabila Kerajaan Malaysia menaikkan tol hanya sekadar RM16.50 sebaliknya membisu apabila Kerajaan PAP (bapa tiri DAP) mengenakan VEP sebanyak SGD20!!! YB ini memang pentingkan periuk nasi Kerajaan PAP Singapura dan tidak langsung menyokong hasil mahsul Kerajaan Negeri di mana beliau menjadi Wakil Rakyatnya.

Kalau di Singapura, pemandu-pemandu bas yang mogok akan dihukum penjara. Kita sarankan Kerajaan bertindak tegas dengan menghukum pemandu-pemandu bas yang membuat kacau hari ini. Tarik balik permit bas yang diberikan kepada syarikat-syarikat bas pekerja ini yang melanggar polisi dan syarat perlesenan kenderaan.


0 YB Pimpin Warga Emas Lintas Jalan? Bravo! Ini Perubahan Perilaku Yang Rakyat Mahukan




Bagi sesetengah orang, kelakuan di atas mungkin agak biasa. Bagi CTS, apabila seorang YB Wakil Rakyat memimpin seorang Warga Emas untuk melintas jalan, itu adalah perkara yang wajib mendapat tempat di dalam posting blog ini. Ini perubahan mentaliti daripada Wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) yang Rakyat mahukan. Mesra Rakyat. Tidak Sombong. Merendah diri. Bukan setakat balik kawasan sekali sekala dan menghamburkan wang ringgit, beras, kopi, gula dan sebagainya. 

Pembentukan persepsi sebenarnya lahir dari perilaku yang baik. Ini yang perlu dilakukan BN dalam mengurus persepsi negatif yang dihadapi kini. Syabas kepada ADUN Jabi, YB Mohd Iskandar Jaafar yang berjaya memperlihatkan transformasi bukan hanya pada tulisan, kata-kata dan retorika semata-mata. Terima kasih kepada rakan Facebook Erwin Khairul Ahmad dan  di atas gambar-gambar yang CTS ambil.

7 Siapa Dalang Di Sebalik 2 Bas Mogok Di CIQ Johor Bharu Pagi Tadi? DAP?

Kemaskini 10.30 p.m.:

Berikut adalah Kenyataan Media daripada Kementerian Kerja Raya mengenai isu berkenaan:


Posting Asal:

Beberapa blog hari ini terutama blog pembangkang memainkan isu kononnya beberapa bas mogok kerana kenaikan harga tol di CIQ Johor Bharu. Ini sememangnya tidak benar. Hanya 2 buah bas sahaja yang terlibat menghalang lalulintas dan kita pasti kita tahu siapa dalang di sebalik kejadian ini. Hanya dua orang pemandu bas mengadakan mogok pada hari ini di Johor bagi membantah kenaikkan harga tol, telah mengakibatkan ramai rakyat Malaysia mengalami kesusahan untuk memasuki Singapura. Apakah mungkin DAP yang menjadi dalangnya, kerana DAP sebelum ini beria-ria membantah kenaikan harga tol di CIQ Johor Bharu kerana kepentingan Rakyat Singapura?

Berikut adalah kronologi kejadian:

1. Perkhidmaan tol bermula jam 12.01 a.m.
2. Dua bas mula menghalang laluan bas sekitar pukul 4.00 a.m.
3. Sebelum kejadian, laluan trafik adalah lancar untuk semua laluan baik kereta, lori dan bas.
4. Dari jam 12.01 a.m. sehingga 4.00 a.m., jumlah kenderaan terlibat (number of traffic outbound) adalah 2,771 (termasuk 148 buah bas).
5. Polis Bantuan tiba di tempat kejadian jam sebaik sahaja mendapat maklumat.
6. Pegawai Polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) tiba kira-kira jan 4.30 a.m.
7. Perbincangan di antara pihak PDRM, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dn syarikat pengendali EDL berakhir jam 7.30 a.m.
8. Bas-bas bergerak semula jam 7.30 a.m.
9. Trafik di laluan bas lancar jam 8.45 am.

DAP dan pembangkang jangan jadi bodoh dan barua Singapura. Di Malaysia, tol keluar dan masuk Malaysia di naikkan kepada RM16.50 dari RM2.90. Nampak bagus dan mendatangkan pendapatan kepada negara. Setimpal dengan apa yang Singapura kenakan. Bila dilaksanakan, rupanya rakyat Malaysia pun kena bayar tol yang sama jumlahnya. 

Tapi tak mengapa. Rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura mempunyai gaji yang lumayan untuk nenampung kenaikan ini. Di Singapura, menyedari Malaysia naikkan tol, LTA atau Land Transport Authority naikkan VEP dari SGD20 kepada SGD35 KHUSUS ISTIMEWA buat kenderaan rakyat Malaysia, manakala caj tol biasa SGD1.20 kekal buat kenderaan rakyat mereka.





4 Kenaikan Kadar Tol di CIQ, Johor Bharu - Tahniah DAP Kerana Menjadi Pembela Rakyat Singapura


Parti DAP selaku pewaris PAP Singapura akan menyalak di Century Hotel, Johor Bahru pada hari ini, 2 Ogos jam 2.00 petang berkaitan isu kenaikan tol di CIQ Johor Bahru. Nampak gayanya, DAP menjadi juara baru pembela Rakyat Singapura. Sebelum ini Wakil Rakyat DAP lantang menentang perlaksanaan levi ke atas kereta Singapura yang masuk ke Malaysia. 

Dalam isu caj kemasukan kereta ke Malaysia, DAP gayanya hanya mempertahankan hak Rakyat Singapura dan tidak kisah mengenai caj mahal yang dikenakan oleh Singapura terhadap kenderaan Malaysia yang masuk ke Singapura. DAP adalah anak cucu cicit kepada PAP. Kepada rakyat Malaysia yang mengundi DAP, tahniah CTS ucapkan kerana kebajikan rakyat Singapura dijaga dengan ikhlas oleh DAP. 



Lihatlah perbezaan caj yang dikenakan. Apabila kerajaan Malaysia menaikkan caj kemasukan kenderaan ke Malaysia, DAP terus ingin membuat demo untuk membantah kenaikkan harga. Tidak sebaliknya apabila Singapura mengenakan caj kemasukan yang jauh lebih tinggi. Adakah agenda utama DAP adalah untuk mempertahankan agenda Singapura?


Dalam kes kenaikan tol di CIQ ini, impaknya tidak seberapa kepada majoriti Rakyat Malaysia. Yang rasa terbeban cumalah rakyat Singapura yang kerjanya cuma menyesakkan jalanraya di Johor, menjadikan jalan dan lebuhraya Malaysia sebagai tempat melepaskan gian memandu laju dan tempat mereka menyakau dan menyamun subsidi minyak dan subsidi bahan makanan yang sepatutnya hanya dinikmati oleh rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia yang terkesan dengan kenaikan ini hanyalah untuk mereka yang bekerja di Singapura. Itupun tak perlu kita kesiankan kepada mereka. Mereka telah menikmati gaji di Singapura yang tinggi dan kadar tukaran wang Malaysia-Singapura yang lumayan,

July 31, 2014

3 Bila DS Rosmah Ikut PM @NajibRazak Macai PR Mengutuk, Bila Betty Chew Ikut @cmlimguaneng Ke Jepun Kenapa Membisu?




Apabila Datin Seri Rosmah Mansor mengikuti suaminya, seorang Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak ke luar negara untuk urusan rasmi Kerajaan, maka menyalaklah penyokong-penyokong ... opps, macai-macai PR mnenyalahkan DS Rosmah atas alasan, membazir wang Rakyat, "queen control" dan sebagainya. Alasan yang sama tidak digunakan oleh macai-macai PR apabila Ketua Menteri Republik Pulau Pinang, Lim Guang Eng, membawa isterinya, Betty Chew untuk menemani beliau ke Jepun untuk urusan rasmi Kerajaan  Negeri. Sekiranya isteri Perdana Menteri mengikut beliau ke majlis rasmi, PR akan menghina dan mempersendakan beliau, tetapi apabila isteri Lim Guan Eng mengikutnya ke Jepun, PR akan kata bagus, terpuji dan patut menjadi contoh..

Siapa Betty Chew? Beliau adalah Wakil Rakyat atau ADUN Melaka, bukan Pulau Pinang. Tidak ada pulakah istilah membazir duit Rakyat Pulau Pinang atau "queen control" keluar dari mulut macai-macai PR? Kenapakah Betty Chew termasuk di dalam senarai 'Delegasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang' semasa delegasi berkenaan mengadakan upacara rasmi bersama Gabenor Kanagawa? Rakyat Melaka terutama DUN Kota Laksamana tentu tidak kisah apabila Wakil Rakyat mereka meninggalkan tanggungjawab beliau untuk menjadi delgasi di Pulau Pinang bukan?

July 28, 2014

28 Cara Pemimpin DAP Ucap Selamat Hari Raya - Lambang Roket Mesti Ada!

Perlukan pemimpin-pemimpin parti pembangkang untuk berpolitik 24 jam sehari, 365 hari setahun? Sehinggakan hendak membuat poster untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri perlu diletakkan lambang atau logo parti politik? YB-YB ini ikhlas atau tidak untuk mengucapkan ucapan Raya atau sekadar untuk mempublisiti lambang dan logo parti?

Sementelah itu, CTS mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin kepada semua pembaca-pembaca budiman CTS yang tidak pernah jemu untuk kembali membaca dan membuat komen ke atas posting blog yang tidak sepertinya ini. Semoga Allah merahmati anda semua dan semoga Aidil Fitri menjadi Hari Raya yang berkat dan penuh bermakna.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates