July 11, 2014

4 Penutupan Separa Landasan Rel Sektor Gemas-Gua Musang Dilaksanakan Serta Merta


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini telah mengarahkan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) agar penutupan landasan secara separa di sektor Gemas–Gua Musang dilaksanakan dengan serta merta selepas insiden kegelinciran tren berhampiran Stesen Kemayan, Pahang pada 8 Julai 2014. Tindakan ini akan membolehkan KTMB menjalankan kerja-kerja memeriksa serta menyelenggara landasan secara komprehensif di sektor berkenaan pada waktu siang sebelum membenarkan tren beroperasi semula pada waktu malam.

Sebelum ini, SPAD telah bersetuju pada 26 Jun 2014 untuk KTMB menutup secara spara landasan KTM sektor Gemas-Gua Musang mulai 15 Ogos 2014. Keputusan ini dibuat selepas mempertimbangkan rayuan yang dikemukakan oleh KTMB serta komitmen pengendali rel ini untuk mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengurangkan risiko kemalangan dan menjamin keselamatan penumpang di sepanjang sektor berkenaan. 

Arahan SPAD ini akan mengurangkan risiko terhadap aspek keselamatan penumpang dan operasi tren. Susulan daripada arahan ini, KTMB juga dikehendaki untuk melaksanakan dengan segera plan komunikasi menyeluruh serta penjadualan semula perkhidmatan mereka. Walaupun keputusan ini akan memberi kesan terhadap perjalanan perkhidmatan tren yang disediakan, SPAD selaku pengawal selia pengangkutan awam darat   sentiasa meletakkan aspek keselamatan penumpang sebagai asas utama dalam membuat apa-apa keputusan.

8 Julai yang lepas, Perkhidmatan KTM Intercity di Pantai Timur mengalami gangguan selepas Tren No 28 Ekspres Wau dari Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan mengalami kegelinciran pada 1.50 pagi. KTMB dalam satu kenyataan berkata kejadian berlaku di KM 80.0 di antara Kemayan-Triang, membabitkan satu daripada lapan gerabak tren yang membawa 200 penumpang. Kenyataan penuh media dari SPAD boleh dibaca di bawah.

8 Asal Gaza Kena Serang, Boikot Mc Donalds Dan Nestle ... Google, Facebook, Samsung Tak Mahu Boikot Sama Ka?

Tabiat orang Malaysia ni, bila saja Gaza diserang masa tulah kempen boikot barang bermula. Boikotlah dalam seminggu dua. Lepas tu senyap balik. Balik semula ke asal balik. Bukan niat CTS untuk merendah-rendahkan atau mempertikaikan kempen memboikot barangan atau produk yang ada kaitan dengan Israel. Cumanya, janganlah disasarkan kepada produk yang terpilih sahaja seperti Mc Donalds, Starbucks dan Nestle. Kalau hendak boikot, boikot kesemuanya.

Kenapa tidak boikot produk Samsung yang majoriti masyarakat Malaysia memiliki telefon bimbitnya. Bukankah Samsung melabur USD100 juta dalam syarikat Israel? Baca di sini.


Kenapa tidak boikot laman sosial Facebook. Segala macam Ustaz menggunakan laman sosial berkenaan untuk berdakwah. Facebook juga telah membeli syarikat Israel, Onavo sebanyak USD150 juta. Baca di sini.


Mc Donalds Malaysia dalam satu kenyataan media mereka telah memberitahu mereka tiada kaitan dengan Israel, malah Pengarah Urusannya dan majoriti pekerjanya adalah Melayu Islam.


Tambahan pulak boikot produk yang kurang berkepentingan atau berkeperluan tidak memungkinkan keberkesanannya. Kenapa tidak boikot produk yang mana syarikat pengeluarnya punya pelaburan langsung dengan Israel seperti Samsung, Sony, Honda, Facebook, Twitter dan Google? Nilai barangan mereka dan kebergantungan pengguna menggunakan barangan tersebut pun jauh lebih tinggi. Soalan terakhir, mana lebih berkesan, boikot Mc Donalds Malaysia dan Nestle atau boikot Google dan Facebook?

July 10, 2014

10 Chiffon Keluaran Massiomo Boleh Bertahan 2 Bulan? Berapa Banyak Bahan Pengawet Yang Digunakan?




Setakat ini, CTS masih belum membeli sebarang produk keluaran Massimo. Selain daripada membantu syarikat Bumiputera seperti Gardenia, produk keluaran Gardenia juga sememangnya dijamin bebas dari bahan pengawet tiruan, sintetik atau bahan bukan semulajadi. Agak terkejut juga apabila CTS melihat satu produk keluaran Massimo sewaktu membeli barang di pasaraya petang tadi. Produk diberi nama 'Chiffon in a cup' ini mempunyai tempoh boleh guna selama 2 bulan. Produk berkenaan dikeluarkan pada Jun 2014 dan hanya tamat tempoh pada Ogos 2014. 

Walaupun CTS bukan seorang pakar pastry atau kek, namun tempoh 3 bulan bukankah terlalu lama untuk produk berasaskan kek mahupun roti? Selalunya muffin dan waffle keluaran Gardenia yang CTS beli, tempoh luputnya adalah sekitar 2 minggu. Persoalannya, berapa banyakkah kandungan bahan pengawet yang digunakan sehingga membolehkan kek chiffon berkenaan bertahan selama 3 bulan? Selalunya di dalam industri 'bakery' kalsium propionat merupakan pengawet kimia yang biasanya digunakan oleh bakeri-bakeri sedunia untuk roti yang dijual secara 'wholesale'. Adakah penggunaan pengawet yang berlebihan tidak memberi masalah kepada kesihatan pengguna?

21 Lionel Messi & Barcelona Penyokong Kuat Zionist Israel - Boikot!!!

Bumi Gaza dihujani lagi dengan bom-bom daripada penjenayah perang Zionist Israel. Mayat-mayat bergelimpangan di sana sini. Sekurang-kurangnya 14 terbunuh apabila satu lagi siri serangan udara Israel terjadi di bahagian tengah dan selatan Gaza, hari ini. Menurut pasukan perubatan, antara yang terbunuh termasuklah tujuh wanita dan kanak-kanak. Semalam, seramai 29 rakyat Palestin lagi terbunuh melalui siri serangan laknatullah Israel, sekaligus membawa jumlah kematian kepada 64 orang.

Anda mungkin peminat penyerang utama Argentina dan Barcelona, Lional Messi. Anda mungkin peminat setian pasukan Barcelona. Anda mungkin tidak tahu bahawa individu inilah dan pasukan bolasepak inilah yang merupakan penyokong kuat Kerajaan Haram Zionist Israel. Tidak percaya? Biarlah gambar-gambar di bawah berbicara. Masih lagi minat dengan Lionel Messi dan Barcelona? Adolf Hitler pernah berkata, "I could have killed all the jews, but I have left few for you to know why I had to kill them."








2 DS @NajibRazak Turun Padang Sendiri Mendengar Keluhan Gelandangan Dan Pengusaha 'Soup Kitchen'





Perdana Menteri semalam turun padang sendiri untuk meninjau permasalahan gelandangan dan orang miskin serta pengusaha 'soup kitchen' yang hampir seminggu menjadi isu panas di dalam negara. Langkah Perdana Menteri ini mendapat kritikan daripada beberapa pihak termasuk penyokong Kerajaan di laman media sosial kononnya kenapa baru sekarang hendak turun dan sebagainya. Tidak kurang ramai yang menyokong langkah Perdana Menteri ini.

Namun CTS memandang dari sudut yang positif. Lawatan mengejut ini membuka mata terutama kepada penasihat-penasihat Perdana Menteri, supaya tidak mengambil sambil lewa dalam memberi laporan kepada Perdana Menteri. Lagipun, apa salahnya kalau Perdana Menteri hendak melawat golongan gelandangan? Bukankah lebih elok kalau Perdana Menteri sendiri dekat dengan Rakyat, waima dari golongan mana sekalipun?

Walaupun kenyataan Ku Nan berkenaan gelandangan telah diputarbelit oleh pihak pembangkang sehingga menimbulkan kontroversi dan kemarahan sesetengah pihak, sekurang-kurangnya ia telah membuka mata banyak pihak mengenai isu gelandangan. Sehinggakan pembangkang yang tidak pernah turun padang lewat malam dan awal pagi untuk melihat gelandangan, tidak putus-putus memberikan bantuan. Itupun sehari dua sahajalah. lepas ni hilanglah balik.

Apapun tabik kepada Perdana Menteri di atas keberanian beliau turun padang semalam, melawat golongan gelandangan dan sekaligus memberi ucapan terima kasih kepada pengusaha 'soup kitchen' yang selama ini secara sukarela membantu golongan berkenaan. Usaha terpuji Perdana Menteri turun sendiri ke padang meninjau keadaan dan masalah sebenar yang dihadapi oleh DBKL dan gelandangan sekitar kawasan Kotaraya dan Pasaraya Mydin. Dengan memahami nadi rakyat diharapkan keputusan yang terbaik akan dapat dibuat untuk kebaikan semua pihak.






July 9, 2014

22 Kalau Sudah TS Zaman Khan Sendiri Buat Laporan @PDRMsia - Bayangkan Betapa Merbahaya Sekali Kenyataan Dr Ramasamy



Bukan calang-calang laporan Polis yang dibuat sekiranya laporan berkenaan dibuat oleh Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan. Beliau mengesa pihak berkuasa memulakan siasatan dan tindakan sewajarnya di bawah Akta Hasutan terhadap Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy atas kenyataan beliau yang bersifat menghasut dan boleh mencetuskan keresahan dan huru hara di kalangan Rakyat berbilang bangsa dan Agama di Malaysia. 

Dr P Ramasamy pada 07/07/2014 dipetik berkata, "MIC mungkin takut, Gerakan mungkin takut, MCA mungkin takut. Tapi biar saya katakan sekiranya kamu mahu kembalikan insiden 13 Mei bawalah. Jangan cakap sahaja. Setiap masa cakap pasal 13 Mei. 13 Mei. Cetuskanlah 13 Mei. Kamu mulakan 13 Mei, maka ini merupakan kali pertama Kerajaan memulakan 13 Mei". Sudah terang lagi bersuluh. Dr P Ramasamy kata beliau tidak takut. Sudah sampai masanya beliau diangkut ke balai untuk siasatan. Ada berani?

5 Pejabat Menteri @KPDNKK Menjawab 'Warkah Terbuka Buat Dato Seri Hassan Malek'


CTS ada menyiarkan satu posting bertajuk 'Warkah Terbuka Buat Hassan Malek' pada 26/6/2014, baca di sini. Hari ini, CTS telah menerima e-mail jawapan balas dari Pejabat Menteri mengulas mengenai isu-isu yang dibangkitkan di dalam warkah terbuka tersebut seperti di bawah:
Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Pertamanya terima kasih atas surat terbuka saudara kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengenai isu ketirisan subsidi minyak. Berdasarkan pemahaman kami saudara ada memberikan beberapa cadangan dan kami akan menjawab persoalan dan cadangan berkenaan sebaik mungkin. 
Masalah penyeludupan dan penyelewengan subsidi minyak dapat di atasi dengan kaedah penguatkuasaan yang berterusan dan bukan bermusim.
Kami bersetuju dengan cadangan ini dan untuk pengetahuan saudara sememangnya penguatkuasaan di jalankan sepanjang tahun. Namun perkara yang perlu kita ketahui ialah skala penyeludupan minyak ini berbentuk bermusim. Untuk pengetahuan saudara antara isu yang dihadapi KPDNKK dalam isu ketirisan subsidi minyak ini ialah masalah yang dipanggil ‘Stock Out’ iaitu jumlah stesen minyak yang kehabisan simpanan minyak lebih awal dari anggaran atau jangkaan dan jumlah stesen minyak yang akan mengalami stock out akan meningkat mendadak apabila harga minyak pasaran terbuka meningkat dengan tinggi. Maka aktiviti penyeludupan biasanya akan berkurangan apabila harga minyak dunia adalah rendah dan meningkat dengan mendadak apabila harga pasaran dunia naik. Sebelum ini perbezaan harga minyak dalam pasaran walaupun lebih tinggi dari subsidi jurangnya tidaklah begitu besar maka insentif untuk menyeludup adalah kurang terutama apabila perlu dikira untuk kos pengangkutan, upah, risiko dan laba keuntungan haram. Namun sejak kebelakangan ini (sejak awal tahun) apabila harga minyak dunia naik mendadak maka aktiviti penyeludupan dan jumlah stesen yang mengalami stock out menjadi-jadi maka sebab itu kementerian melancarkan Ops Titik.
Perbezaan Ops Titik berbanding dengan penguatkuasaan hari biasa ialah penumpuan jumlah penguatkuasa dan tenaga kerja adalah jauh lebih tinggi. Untuk pengetahuan penulis, selain dari mengawal dan menjaga ketirisan subsidi penguatkuasa KPDNKK juga bertanggungjawab ke atas beberapa tugas lain seperti melaksana undang-undang penandaan harga di pasar, premis perniagaan dan gedung beli belah, membanteras penjualan cetak rompak, menguatkuasa skim kawalan harga barang, menguatkuasa skim kawalan harga musim perayaan, menyiasat laporan serta aduan pengguna, menguatkuasa keputusan tribunal tuntutan pengguna dan pelbagai perkara lagi. Jadi operasi seperti Ops Titik ini yang memakan tumpuan yang lebih serta memerlukan kerjasama dengan agensi kerajaan lain (Kastam, APMM, PDRM, ATM dan lain-lain) yang memakan kos yang tinggi hanya dijalankan apabila KPDNKK mendapati keadaan memerlukan untuk tindakan sedemikian.
Membezakan minyak bersubsidi dan minyak tanpa subsidi. Ianya dilakukan di depoh dibezakan melalui tagging.
Cadangan yang sangat baik dan untuk pengetahuan penulis sebelum ini sememangnya KPDNKK ada menggunakan sistem Nano-Tagging yang dapat membantu penguatkuasa untuk membezakan minyak subsidi dan bukan subsidi. Malah sebelum ini juga agak mudah untuk kita membezakan diesel subsidi yang digunakan untuk kenderaan akan mempunyai 5% campuran minyak sawit (Biodiesel).
Sistem Tagging telah pun dihentikan kerana kos untuk ujian memakan belanja yang tinggi dan kini KPDNKK bersama MOF sedang meneliti beberapa cadangan syarikat untuk melaksanakan sistem tagging ini kembali dan pada masa yang sama kini minyak Biodiesel sudah mula digunakan dalam industri juga.
Walaupun membantu dari segi penguatkuasaan perlu difahami bahawa tagging tidak akan dapat mengurangkan ketirisan diesel/petrol dengan banyak kerana bahan bakar tidak disimpan lama. Ini bererti apabila sesuatu bahan bakar itu diseludup ianya akan digunakan (dibakar) dengan serta-merta, kilang-kilang dan industri yang membeli bahan bakar dari pasaran gelap jarang sekali dibeli untuk simpanan. Bahan bakar yang disimpan di dalam depoh atau tangki dengan jumlah yang banyak biasanya adalah untuk diseludup ke luar Negara dan penguatkuasa boleh menjalankan tindakan tanpa memerlukan nano tagging untuk kes seperti ini.
Wujudkan pam-pam khas untuk kenderaan mewah dan kenderaan asing serta naikkan komisyen jualan operator minyak.
Untuk pengetahuan penulis ketirisan Petrol (RON 95) tidak ketara, ianya biasanya dilakukan dalam bentuk kecil-kecilan, ketirisan diesel merupakan isu yang serius. Diesel tidak diseludup menggunakan kenderaan mewah ataupun kenderaan asing akan tetapi kami mendapati punca ketirisan adalah melalui kenderaan tempatan seperti lori-lori yang diubahsuai, para nelayan yang menyalah gunakan pemberian subsidi kepada mereka (untuk pengetahuan diesel nelayan adalah jauh lebih murah dari diesel di pam), depoh-depoh minyak dan beberapa tempat yang lain.
Jumlah ketirisan terbesar dalam isu subsidi bahan bakar ini ialah Diesel malah yang kita baca kes-kes kapal tangki dan depoh yang diserbu KPDNKK kebanyakannya adalah sindiket menyeludup diesel ke luar negara. Industri tempatan juga banyak membeli diesel yang diambil dari pam-pam minyak yang dikhususkan kepada pengguna jalanraya kerana harga pasaran tanpa subsidi adalah jauh lebih tinggi berbanding harga di pam.
Maka sebab itu sebelum Ops Titik dijalankan banyak stesen minyak kehabisan simpanan diesel sebelum penghujung bulan dan kebanyakan kenderaan yang membeli diesel untuk diseludup adalah lori-lori dan kenderaan besar yang telah diubahsuai. Kenderaan asing dan kenderaan mewah tidak banyak menyumbang kepada ketirisan diesel.
Untuk kes komisyen jualan operator minyak KPDNKK berpendapat ianya tidak akan memberi kesan yang ketara sangat kerana perbezaan harga pasaran (seludup) serta kesan kenaikkan kos komisyen terhadap harga minyak. Untuk pengetahuan komisyen pengusaha pam hanya sekadar beberapa sen sahaja seliter (tidak sampai 10 sen) manakala sekiranya diseludup ke industri perbezaan harga boleh mencecah sampai 90 sen seliter ke luar negara boleh cecah hampir RM2 seliter. Perbezaan harga pam dan harga pasaran sehingga 10 ke 20 kali ganda menyebabkan amat sukar perbezaan komisyen untuk memberi kesan melainkan komisyen ditingkatkan dengan gandaan sama, namun itu akan meningkatkan harga minyak di pam.
Bagi kereta mewah yang sudah berusia belasan tahun, boleh memohon kad subsidi khas. 
Cadangan ini boleh dipertimbangkan, malah kalau ditanya KPDNKK sebenarnya sistem pemberian subsidi perlu diubah secara menyeluruh dan bukan untuk sesetengah kenderaan sahaja.
Perlu ada perbezaan cukai jalan antara kenderaan yang layak dapat subsidi atau tidak. 
Cadangan ini juga boleh dipertimbangkan malah pernah dilakukan sebelum ini, namun keputusan ini bukan di tangan KPDNKK akan tetapi dasar ditentukan oleh Kementerian Kewangan namun YB Menteri boleh menyuarakan cadangan melalui mesyuarat kabinet.
Kempen kesedaran subsidi minyak yang kreatif perlu diadakan secara berterusan. 
Akan diambil perhatian, anda boleh melayari lama facebook KPDNKK di https://www.facebook.com/myKPDNKK yang mana kami sentiasa menjalankan kempen melalui media sosial dan info grafik yang menarik. Sebarang maklumat dan aduan juga boleh dibuat di sana.

Kesimpulan.
KPDNKK bersetuju dengan pandangan penulis mengenai penguatkuasaan bermusim namun seperti yang telah dinyatakan selain dari jumlah tenaga kakitangan yang terhad isu ketirisan subsidi ini juga adalah sesuatu yang bermusim.
Pertamanya kita perlu faham mengapa perkara ini berlaku, ianya boleh jadi pada kelemahan sistem, kurangnya penguatkuasaan berkala namun perkara yang paling asas dan menjadi sebab utama kepada isu ketirisan ini ialah perbezaan harga subsidi dan pasaran yang terlalu ketara yang menyebabkan laba keuntungan tinggi seterusnya menarik golongan penjenayah untuk melakukan penyeludupan.
Antara cadangan yang dilihat dapat memberi kesan terhadap pengurangan ketirisan ini selain dari penguatkuasaan ialah dengan melaksanakan sistem subsidi terapung yang mana kerajaan hanya akan memberi jumlah subsidi tetap bergantung kepada harga pasaran (contoh kerajaan hanya menanggung subsidi 30 sen seliter sahaja) da nada pula yang mencadangkan sistem subsidi yang lebih tertumpu melalui kad pintar dan sebagainya, apa pun ini semua bergantung kepada keputusan kabinet dan hasil kajian dari EPU dan Kementerian Kewangan dan KPDNKK sedia melaksanakan dasar dan sistem yang telah dipersetujui.
Apa pun selain dari penguatkuasaan, penambahbaikan sistem namun yang lebih penting adalah sikap pengguna dan rakyat Malaysia itu sendiri. Kerana dalam hampir kesemua kes penyeludupan dan penyalahgunaan subsidi semuanya dilakukan oleh rakyat Malaysia sendiri. Mungkin dalam jangka masa panjang perlunya kita tanam sikap lebih bertanggungjawab dan menghargai kekayaan hasil negara dan tidak hanya memikirkan keuntungan peribadi semata-mata.

Pejabat Menteri
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

0 Joint Venture MSM Malaysia Holdings Berhad With Al-Khaleej International Ltd Major Boost In Sugar Production Capacity


MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) announced in May this year that it has signed a non-binding Memorandum of Understanding (MOU) with Al-Khaleej International Ltd (AKI) with the objective of collaborating with each other to establish a joint venture company (JV Company). 

The Dubai based AKI is part of Al-Ghurair conglomerate which also includes the world’s largest stand-alone sugar refinery Al-Khaleej Sugar LLC. The JV Company will undertake the construction of a new state-of-the-art sugar refinery complete with logistic complex and vessel terminal in Tanjung Pelepas Johor with a joint investment cost of USD250m to USD270m. 

MSM will hold 51% equity stake in the JV company. Upon the expected completion in 2016, it will boost MSM’s current production capacity of 1.25m metric tonnes (MT) by 160% to 3.25m MT per annum. The Group is still on the lookout for another JV & M&A deal this year. 

This exercise definitely will boost in capacity to expand its export market. MSM will focus more on exports with India and China being the new targeted countries. Current sugar consumption by the two large population countries is around 26m MT and 15m MT respectively. This blog gather that India and China’s sugar consumption will likely increase to 40m MT and 15m MT respectively by 2020. 

This blog is positive on this announcement as the new scale of production from the new refinery will help MSM to achieve a higher cost savings as well as greater efficiency. This will help MSM to compete with international rivals such as Singapore and Thailand to capture higher market shares in the two large markets. 

Domestic market share likely to be higher moving forward. MSM’s domestic market market share currently stands at 57%. The company expects to could garner more market share through the production of cheaper sugar which could be achieved with AKI’s technology. On this note, this blog believe that collaboration will be beneficial on the longer term as MSM will acquire knowledge of the technology from its partner to meet is objective of becoming Asia Pacific’s largest sugar hub. 

Also, this blog also believe that another JV or M&A deal this year will further enable MSM to grow its earnings base moving forward. On this note, this blog opine that market sentiment on the stock will be positive on the announcements in view of the potential stronger growth in the Group’s earnings. 

July 8, 2014

9 Isu Gelandangan - Tiba-Tiba @cmlimguaneng Jadi Pelakon Opera Cina ... Menangis Teresak-Esak!




Begitu hebat sekali lakonan opera Cina yang dimainkan oleh Ketua menteri Pulau Pinang, lim Guan Eng. Berbekalkan wartawan-wartawan yang mengikutnya melawat individu-individu gelandagan, apa yang perlu dilakukan oleh beliau hanyalah mainan air mata agar portal Oriental Daily dapat memberikan publisiti murahan. Benarkan begitu prihatin sekali Ketua Menteri Pulau Pinang ini dengan isu gelandangan? 

Berita di atas adalah lawatan Lim Guan Eng, ke sebuah penempatan 'soup kitchen' yang dikenali sebagai 'The Lighthouse' berhampiran Penang Road. Beliau beraksi menghidangkan makanan sambil menangis teresak-esak. Beliau juga mengumumkan akan menyalurkan RM20,000 duit Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada 'The Lighthouse', yang dijalankan oleh organisasi Christian.

Kenapakah sebelum isu Ku Nan menjadi besar, kenapakah tiada berita, gambar dan sebagainya yang menunjukkan Ketua Menteri melawat individu-individu gelandangan, pengusaha 'soup kichen' dan menangis teresak-esak ketika itu? Mengapakah sekarang baru berlumba-lumba menunjukkan prihatin setelah Ku Nan membawa isu ini. Berlumba-lumba nampaknya pemimpin DAP hendak mendapat publisiti murahan.

Disebalik lakonan ini, ramai yang sudah terlupa, tahun lepas, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sudah mengumumkan TIADA LAGI MISKIN TEGAR DI PULAU PINANG. Sila baca Buletin Mutiara, portal rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang, di sini. Gambar di atas termasuk beritanya apa pula. Wayang Cina apakah yang cuba dimainkan oleh Lim Guan Eng?

July 7, 2014

0 Foto Pesawat Air Asia Terbabas Di Bandar Seri Begawan Petang Tadi (14 Gambar)

Seramai 102 penumpang dan anak kapalterbng Air Asia AK278 dari Kuala Lumpur terselamat apabila kapalterbang berkenaan tergelincir dari landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pukul 4.00 petang tadi. 












12 Info Pengguna Islam - Tulang Babi Dalam Kolam Ikan Patin Di Perak





Berita panas untuk peminat ikan patin di sekitar Batu Gajah, Ipoh, Perak. Gambar-gambar di atas dikirimkan oleh rakan CTS mengambarkan kolam penternakan ikan patin telah dipenuhi dengan tulang dan kepala babi. Kolam penternakan yang telah pecah itu telah menyebabkan kolam berkenaan menjadi kering sehingga menampakkan timbunan kepala dan tulang babi. 

Adalah dipercayai penguasaha kolam ikan atin milik bukan Islam telah memberi makan ikan-ikan patin belaan berkenaan dengan bangkai-bangkai babi. Berwaspadalah dengan apa yang kita makan kerana ianya akan menjadi darah daging.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates