July 5, 2014

21 Kontroversi Hina Islam Dan Nabi Muhammad SAW - David Orok Minta Maaf


Berikutan komen yang dibuat Ketua Bahagian STAR Tuaran / Calon STAR N 10 Sulaman di laman sosial Facebook yang amat tidak bersesuaian dan menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW, David Orok sebentar tadi telah membuat permohonan maaf di laman Facebook beliau. Mungkin beliau sudah kecut perut dengan beberapa laporan polis yang dilakukan terhadap beliau kesan daripada penghinaan tersebut. 

Saudara David Orok, kamu bebas memperjuangkan, menganuti dan mempraktikkan Agama yang kamu percayai. Tiada siapa yang melarang. Tapi jikalau kamu ingin membuat perbandingan Agama, silalah belajar Agama lain secukupnya dahulu sebelum keluar dengan kenyataan yang salah. Kamu mendakwa semuanya ada dalam Al Quran dan Hadis, terangkan surah mana dan siapa perawi hadisnya. Perwatakan kamu sendiri secara tidak langsung mencerminkan Agama kamu.

Mungkin ini boleh dijadikan pengajaran buat beliau dan orang lain. Ini bukanlah cara kita dalam bermasyarakat. Kita harus saling menghormati Agama antara satu sama lain. Jangan mudah terlajak kata dan tidak sensitif dengan Anutan beragama di Malaysia terutama Agama Islam sebagai Agama Rasmi Malaysia.

 

4 PR Mula Ambil Kesempatan Isu Geladangan - Opportunist Communist Betul

Setelah isu gelandangan dan Rakyat miskin menjadi topik panas di media sosial, seperti kelaziman pemimpin-pemimpin PR akan muncul sebagai opportunist, kononnya mereka dewa dari langit untuk membantu Rakyat. Bijak sungguh pemimpin-pemimpin bermuka tebal ini memanipulasi sesuatu isu.

Semalam beberapa pemimpin pembangkang seperti YB Teressa Kok, YB Nurul Izzah Anwar, YB Ong Ka Ming turun ke Jalan Tunku Abdul Rahman berdekatan Tune Hotel untuk mengedarkan makanan kepada golongan geladangan dan golongan miskin, kononnya. Kononnya untuk mendengar denyut nadi Rakyat.

Persoalannya, ke manakah mereka selama ini? Kenapa selama ini mereka tidak turun padang bersama NGO 'Soup Kitchen' untuk membantu? Kenapa baru sekarang? Ong Ka Ming dan Teresa Kok seperti biasa bermain wayang opera Cina manakala Nurul Izzah, rumah tangga sendiri tunggang langgang samapai kena bawa ke mahkamah, ada hati hendak jaga gelandangan. Jaga rumah tangga sendiri dulu la.

Barisan Nasional selama ini tidak pernah lepas tangan isu gelandangan dan golongan miskin. SHEB di bawah Pemuda UMNO Malaysia secara konsisten dan istiqamah turun memberikan bantuan makanan dan pakaian kepada golongan ini. DS Tengku Adnan Mansor yang dikatakan zalim dan tidak berhati perut sentiasa memberikan bantuan dan derma kepada golongan ini secara senyap-senyap. Bukan macam pemimpin PR ... munafik tahap dewa!

July 4, 2014

0 Nando Hendak Berniaga Atau Bermain Politik - Bagi Ayam Peri-Peri Percumalah ... Ada Berani?


Tidak ada satu postingpun daripada CTS semenjak kontroversi di antara Menteri Wilayah Dan Pembangunan Bandar, DS Tengku Adnan Tengku Mansor dengan NGO 'Soup Kichen'. Ini kerana bagi CTS, kedua-dua belah pihak ada alasan tersendiri, ada pro dan kontra dalam penyelesaian isu tersebut. Kedua-dua pihak harus duduk berbincang menyelesaikan kemelut tersebut secara baik.

Namun CTS menjadi marah apabila sebuah restoren makanan segera berasaskan ayam, Nando's telah menghasut orang ramai di laman media sosial melalui iklan terbarunya seperti di atas dengan dakwaan yang berat bahawa DS Tengku Adnan tidak berhati perut dan menghalau beliau keluar dari Ibu Kota! Kita mahu tahu apakah tindakan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap iklan dalam media sosial yang dibuat oleh Nando's ini memfitnah dan menyebarkan maklumat tidak benar kepada masyarakat.

Keduanya, apakah restoren Nando's ini benar-benar prihatin dengan nasib geladangan atau orang miskin yang kelaparan? Kalau benar seperti yang diiklankan, apa kata kita cadangkan kepada Nando's agar memberi makanan percuma setiap hari kepada golongan miskin dan tidak berumah ini. Marilah kita bersama-sama membawa golongan miskin dan geladangan ini menjamu selera secara percuma di restoren yang terkenal dengan ayam peri-peri ini setiap hari. Amacam Nando's ... Ada berani?

1 Dengan Berhijab, Diharap Neelofa Tidak Muncul Sebagai Ustazah Segera PAS

Alhamdulillah, seorang lagi artis terbuka hati untuk berhijab, bertudung labuh. Artis popular tanahair, Neelofa hari ini muncul buat pertama kalinya selepas berhijab melalui siaran radio IKIM bertajuk Usrah Nurani yang dikelolakan oleh Ustaz Zul Ramli. Dengan minda dan berfikiran terbuka, kita harapkan Neelofa akan mencari sinar Islam dan belajar selok belok Agama dengan sebaik-baiknya.

Semoga beliau tidak berubah menjadi Ustazah Segera yang dipergunakan oleh pembangkang untuk tujuan politik kepartian bertopengkan Agama seperti Ustazah Aishah, Ustazah Wardina, Ustazah Arbaiyah aka Abby Abadi dan lain-lain. Seperti nasihat daripada Ustaz Kazim Elias, selebriti wanita yang baru berhijrah, elok penuhkan ilmu di dada sebelum jadi Ustazah.

7 Demo UMcedel Di Universiti Malaya - Bukti Pelajar Melayu Kaki Demo Bukan Kaki Belajar





Pelajar-pelajar Melayu memang terkenal dengan sifat buang masa dan membuat perkara yang tidak bermanafaat. Hari ini, sebilangan kecil pelajar-pelajar Melayu berkumpul di perkarangan Universiti Malaya, hari ini, untuk membuat demo kononnya untuk solidariti seorang Vice Chancellor yang juga Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel), Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, yang telah tamat tempoh kontrak dan tidak disambung. Inilah pelajar-pelajar Melayu yng kita ada. Bab demo nombor satu. Bab belajar tidak ramai yang berlumba-lumba untuk mengatasi kaum-kaum lain terutama kaum Cina. 

Buktinya, dari tahun 2003 sehingga suku ketiga tahun 2012, daripada 13,192 pelajar telah mendapat manfaat daripada pengecualian membayar balik pinjaman PTPTN kerana prestasi mereka yang cemerlang dalam pelajaran yang berjumlah RM375 juta, 72.8 peratus pelajar adalah Cina, diikuti oleh orang Melayu 22.2 peratus, India pada 3.2 peratus, dan selebihnya adalah kaum-kaum lain. Pelajar-pelajar Melayu memang masih tidak sedar diri. Demo lagi. Teruskan berdemo.

July 3, 2014

2 Kenderaan Tentera Kemalangan, Dua Anggota Terkorban

Sebuah kenderaan perisai tentera 'Sibmas' bernombor pendaftaran ZA 9876 telah mengalami kemalangan di KM 232.6 Lebuhraya Kuala Kangsar ke arah selatan kira-kira pukul 6.45 petang tadi. Konvoi berkenaan sedang bergerak ke tempat latihan menembak dikatakan hilang kawalan dan melanggar penghadang jalan dan terbalik. Dua anggota 'armor' meninggal dunia manakala pemandu kenderaan dan seorang lagi anggota mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Kuala Kangsar. Takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat. Al Fatihah.






1 Felixia Yeap Masuk Islam Pun @LatheefaKoya Meroyan Salahkan UMNO, Err ... Bukankah Syaitan Telah Diikat?


Kalau sudah namaya pemimpin pro pembangkang semua perkara hendak dipolitikkan. Semua perkara yang berlaku di Malaysia ini hendak disalahkan kepada UMNO. Entah apa meroyannya peguam wanita pro PKR seorang ini sehinggakan kenyataan yang dibuat oleh Felixia Yeap, model yang memeluk Islam hari inipun turut dijadikan bahan untuk menghentam UMNO. CTS ingatkan dalam bulan Ramadhan ini semua syaitan telah diikat. Lupa pulak Latheefa Koya masih terlepas bebas.

Ibarat meludah ke langit lendr yang hanyir jatuh ke muka sendiri, Latheefa Koya agaknya lupa bahawa parti PKR ke, parti PAS ke atau parti DAP ke tidak pernah satu haripun pemimpinnya zuhud, tidak mengejar harta dan pangkat serta kedudukan duniawi. Tidak perlulah meroyan sehingga menyalahkan UMNO dalam segala perkara. Agaknya Latheefa Koya sudah nak menopause kot? Merepek sahaja kerjanya?

0 Felda Buys Controlling Stake In Encorp Bhd To Acquire Investment Properties


Felda Investment Corp (FIC), the investment arm of the Federal Land Development Authority (Felda), has bought out all the shares in Encorp Bhd held by two major shareholders for RM239.72 million, intended to take Encorp Bhd private through a mandatory general offer of RM1.55 per share. Financially, Encorp Bhd saw a big jump in its earnings for the financial year ended Dec 31, 2013 (FY13). Its net profit surged to RM61.13 million in FY13 from RM12.08 million the year before. Revenue grew to RM538.7 million from 396.5 million previously.

Encorp Bhd, which has very little land left for development, could enter into joint ventures or see a major asset injection from its landrich new major shareholder FIC, which has at least 3,000 acres spread over the country, including sizeable parcels in Kuala Lumpur. For FIC, the deals are in line with its strategy to build its capabilities in property development and will serve as a platform for it to undertake the development of its landbank.

The proposed acquisitions of Encorp Bhd are in line with Felda Investment’s strategy to build its capabilities in property development and to acquire investment properties. In the longer term, this is expected to serve as a platform for Felda Investment to successfully undertake the development of the Felda’s landbank which includes those located in prime areas in the Klang Valley and other urban centres across Malaysia. Felda Investment is responsible to undertake business activities which are non-plantation-related and at present, it is principally involved in the areas of property development, hospitality, operation and maintenance, energy and utilities, and other strategic investments.

7 Menteri MOT Baru @liowtionglai Tak Tahu Bidang Tugas Kementerian Sendiri cc. DS @NajibRazak


Menteri baru dilantik dari MCA, DS Liow Tiong Lai, yang mengetuai Kementerian Pengangkutan, semalam telah mengeluarkan taringnya di laman sosial Twitter menghentam SPAD di atas kejadian tanah mendap di persimpangan Jalan Pudu / Jalan Imbi / Jalan Hang Tuah semalam. Sayangnya, taring beliau bukanlah taring singa garang, sebaliknya taring anak kucing yang baru sudah menyusu.

Sebagai seorang Menteri baru, Liow Tiong Lai seharusnya membuat kerja rumah sebelum beliau mengeluarkan kenyataan bodoh. Tidakkah beliau tahu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bukan terletak di bawah kementerian beliau? Tidakkah Liow Tiong Lai tahu bahawa SPAD terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) di bawah selian Menteri YB Hajah Nancy Shukri? Kesian SPAD, umpama orang makan nangka, orang lain yang kenyang, orang lain yang dapat getahnya.

Liow Tiong Lai seharusnya mentelaah dan menghafal 'handbook' kementeriannya sendiri, ambil tahu tugas-tugas sebagai Menteri Pengangkutan. Janganlah hendak berlagak, mentang-mentanglah Menteri baru, tidak perlulah sehingga hendak membelasah hal ehwal kementerian lain yang tidak ada kena mengena dengan kementeriannya. Betulkanlah kemennterian sendiri dulu. Jangan sibuk menjaga tepi kain orang.

Keduanya, tidakkah Liow Tiong Lai membaca kenyataan media daripada Menteri Wilayah Dan Kesejahteraan Bandar, DS Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa projek bawah tanah yang menyebabkan tanah mendap adalah di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Bukankah DBKL sudah mengakui akan mengambil langkah berjaga-jaga dan membaikpulih kawasan berkenaan? Apa lagi Liow Tiong Lai mahu?

DS Tengku Adnan berjiwa besar dengan mengakui kesilapan pihaknya, sedangkan Liow Tiong Lai seperti telur mengata timun tidak pandai duduk, maksudnya mengata orang lain salah sedangkan diri sendiripun bodoh! Sebagai seorang Menteri, Liow Tiong Lai sendiri tidak faham / tidak tahu / tidak mahu ambil tahu bahawa SPAD di bawah JPM, bawah Hajah Nancy Shukri yang mana Hajah Nancy Shukri tidak pernah sekalipun membelasah SPAD secara terbuka.


DS Hishammuddin Tun Hussein, pemangku Menteri Pengangkutan yang terdahulu, mengendalikan isu pesawat yang hilang, MH370 dengan begitu baik sekali. Kita harapkan pengganti beliau, Menteri berstatus Penuh ini tidak membuat kesilapan dengan perkara-perkara kecil yang boleh memalukan kementerian.

17 Surat Saman Ditandatangani 'Pukimak' - Kurang Ajar Betul Cina DAP!

Lihatlah bagaimana kurang ajarnya Cina DAP bernama Lim Pey Jie ini apabila menandatangani surat saman yang dikeluarkan oleh anggota Polis Trafik PDRM dengan perkataan 'Pukimak'. Inilah contoh bagaimana penjawat awam dilayan dengan buruk oleh pengikut-pengikut cauvinist ini. Kesalahan yang dilakukan bukan kecil iaitu melanggar lampu merah yang boleh mengakibatkan kemalangan dan kehilangan nyawa.

Kejadian berlaku di Batu Feringgi semalam. Seorang anggota Polis Trafik menahan kenderaan seorang lelaki yang melanggar lampu isyarat. Selepas cubaan menyogok wang suapan gagal, lelaki tersebut berang dan menurunkan tandatangan dengan perkataan berbaur lucah. Salahkah anggota Polis Trafik yang menjalankan tugas secara telus?

Tindakbalas dengan menandatangani surat saman dengan maki hamun, amat tidak beradap sama sekali. Bayangkan apa akan berlaku sekiranya DAP dan sekutu mereka memegang tampuk pemerintahan Negara. Baru memegang kuasa di Pulau Pinang, undang-undang seperti sudah berada di dalam tangan mereka. Diharap pihak PDRM akan bertindak tegas terhadap pelaku kesalahan jalanraya dan orang yang kurang ajar sebegini.

July 2, 2014

3 Kreativiti Pengguna Media Sosial Terserlah Dalam Kejadian Tanah Mendap Di Jalan Imbi



Kreativiti penggua-pengguna media sosial jelas terserlah dengan bakat dan imaginasi masing-masing. Dalam kejadian kawasan terowong bawah tanah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang runtuh di simpang empat Jalan Imbi, jam 9.30 pagi tadi, sebahagian struktur terowong sepanjang 35 meter itu yang dalam pembinaan bagi mewujudkan empat laluan kenderaan untuk mengurangkan kesesakan di simpang empat Jalan Imbi runtuh sedalam lima meter berikutan mendapan tanah. Berikutan dari itu, pengguna-pengguna media sosial mengambarkan sebab musabab kenapa kejadian berkenaan berlaku. Hebat bakat Rakyat Malaysia.






14 Adengan YB DAP Bersahur, Berbuka Puasa Dan ... Berjogging

Menjelangnya Ramadhan, kita akan disajikan dengan adengan-adengan Islamik daripada pemimpin-pemimpin DAP. Ada yang telah mula memakai jubah dan ketayap, ada yang telah mula mengedarkan buah kurma, ada yang mula memijak kaki ke Masjid untuk berbuka. Tidak kurang ada di antara YB-YB DAP yang 'berpuasa' dan 'bersahur'. Dua diantaranya adalah ADUN Mengkibol, YB Tan Hong Pin dan Ahli Parlimen Serdang, YB Ong Ka Ming. 

Kelihatan mereka mengemaskinikan status laman sosial Twitter mereka dengan adengan-adengan bersahur dan berbuka puasa. Kadang-kadang peminpin-pemimpin DAP ini lebih Melayu dari orang Melayu sendiri. CTS pun kekadang kekok untuk sebut iftar, malah lebih selesa menyebut berbuka puasa. Baguslah kalau YB-YB berkenaan berpuasa untuk mengenali keindahan Islam. Celakalah mereka kalau niat mereka sekadar untuk memancing undi dan mempermainkan sensitiviti Masyarakat Islam.




Apapun CTS tabik dekat YB Ong Ka Ming. Kalau CTS sebelah petang sudah tidak berupaya lagi untuk membuat kerja-kerja berat di bulan Ramadhan, YB Serdang seorang ini boleh siap berjogging lagi sebelum berbuka! Mungkin boleh dapatkan rahsia dan petua daripadanya kot?

July 1, 2014

2 @cmlimguaneng Hantar Bunga Kepada Mangsa JE - Rasa Bersalah Ker?



Adik Muhammad Ammar Murqish Bin Zulkifli, pelajar tahun 6 Sekolah Rendah Kampung Selamat yang disahkan menghidap virus JE, hari ini mendapat sebakul bunga daripada Ketua Menteri Lim Guan Eng dan isterinya Betty Chan. Apakah kalungan bunga yang dihantar ke Hospital Pantai Pulau Pinang ini atas dasar simpati atau rasa bersalah Ketua Menteri berkenaan yang bertanggungjawab secara tidak langsung ke atas sengsara dan keperitan yang ditanggung oleh Adik Ammar.

Kenapa tidak, di bawah pentadbiran Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, kandang-kandang babi dibiarkan diternak secara tidak terurus. Lihatlah sahaja bagaimana sistem perparitan dicemari dengan najis dan bahan buangan daripada kandang-kadang babi terbabit? Bagaimana kandang babi boleh diusahakan di depan rumah dan berdekatan jalan? Malah yang lebih penting bagaimana ianya boleh diteruskan dalam keadaan jarak diantara sekolah dan penduduk kampung lain tidak sampai satu atau dua kilometer daripada tempat penternakan?


June 29, 2014

0 Gambar-Gambar Bermakna 1 Ramadhan - DS @NajibRazak Melawat DS Haji Hadi Awang Di IJN (6 Gambar)







Tiada gambar lain yang lebih istemewa hari ini melainkan gambar-gambar Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melawat Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang di Institut Jantung Negara tengahari tadi. Alhamdulillah, kesihatan beliau bertambah baik. Marilah kita doakan agar Dato' Seri Hadi segera sembuh agar dapat beliau menyambut Ramadan bersama keluarga. Buat Perdana Menteri apa jua kutukan yang anda terima, anda sebenarnya mempunyai hati yang cukup besar dan murni.

Semoga semangat yang ditunjuk oleh kedua-dua pemimpin hebat ini menjadi peringatan kepada kita bahawa disebalik politik, hubungan antara Rakyat mestilah sentiasa mesra. Jangan sampai perbezaan politik menyebabkan kita hilang segala kasih sayang, kebertanggungjawaban dan ketamadunan sesama kita.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates