June 21, 2014

5 Pemilihan PKR Kuala Langat Hari Ini - Bergaduh Ala Filem Tamil Lagi

Asal ada pemilihan PKR, adalah pergaduhan. Ada baling kerusi dan adalah kepala yang berdarah. Jangan terkejut, inilah yang terjadi di Pemilihan PKR Kuala Langat hari ini. Kejadian berlaku di Warung Makan Retro. 

Insiden berlaku jam 7.10 malam apabila salah seorang daripada JPP yang dikenali sebagai Zainal, Petugas JPP/ PKR Shah Alam, telah dipukul oleh sekumpulan 25 orang penyokong Abdullah Sani. Mangsa telah mengalami kecederaan dan telah di bawa ke hospital.

June 20, 2014

12 Sesuaikah Mrs Universe 2014 Diadakan Di Malaysia?


Tarikh dan masa melihat anak bulan Ramadan untuk menetapkan permulaan puasa ialah pada petang Jumaat, 27 Jun bersamaan 29 Syaaban. Sama ada 28 Jun atau 29 Jun Umat Islam akan mula berpuasa. Dalam persiapan menyambut Ramadhan, terasa agak ralat sedikit apabila membaca laporan Sinar Harian semalam (baca di sini) bahawa Pertandingan Mrs Universe akan diadakan pada 29 Ogos ini, anjuran SOGO (KL) Department Store Sdn Bhd yang akan berlangsung di Sunway Resort Hotel & Spa, Petaling Jaya, Selangor.

Kononnya, pertandingan ini juga bersesuaian untuk mempromosikan Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. Apakah ini idea daripada Menteri Perlancongan, DS Nazri Aziz? Adakah Malaysia sesuai dijadikan tempat acara atau pertandingan sebegini? Baru sahaja rasanya Wakil-Wakil Rakyat kita di Parlimen bertekak bertegang leher sama ada Malaysia adalah negara sekular atau negara Islam. Tup tup timbul pula pertandingan Ratu Cantik untuk kaum Ibu (Mrs Universe). Apa hendak jadi ni?

Miss World pernah diadakan di Bali, Indonesia pada tahun 2013. Namun, kategori bikini telah ditiadakan. Sebaliknya, peserta hanya akan mengenakan sut mandi beserta kain dalam pertandingan berkenaan. Kategori bikini tidak dimasukkan kerana mahu menghormati adat, budaya dan nilai tradisi Indonesia. Bagaimana pula dengan Malaysia? Sudahlah dibuat pada bulan baik dan mulia, adakah kita akan disajikan dengan badan-badan montok berpakaian bikini seperti di bawah?



1 Saman Salah Parking Di Bandar Raya Islam RM300!!! Ni Baru Betul Berkebajikang


Terkejut membaca posting seorang sahabat di laman sosial Facebook semalam, bahawa beliau telah dikenakan saman oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu untuk kesalahan meletakkan kenderaan di bukan kawasan yang dibenarkan parking sebanyak RM300!!! Mahal gila. Jumlah denda RM300 sudah seperti kadar saman melanggar had laju yang dikenakan oleh pihak Polis Di Raja Malaysia. CTS pernah juga kena saman salah parking di Shah Alam, negeri yang juga diterajui oleh Kerajaan PR, saman yang dikenakan hanyalah RM20 sahaja. Kenapa di Kota Bharu sampai RM300? 

Sepatutnya pihak Kerajaan Negeri dan Majlis Perbandaran perlu memikirkan untuk menyediakan tempat meletakkan parking yang mencukupi di bandar Kota Bharu, bukan sahaja untuk kemudahan penduduk tempatan malah untuk pelancong dari negeri luar. Barulah dinamakan mesra Rakyat. Ini tidak, parking yang disediakan tidak pernah bertambah, hanya jumlah denda yang dikenakan langsung tidak munasabah, malah tayar kereta turut dikunci sehingga menyusahkan pemilik kereta. Bukankah manifesto PAS Kelantan sejak 1990 kalau tak silap Rakyat Kelantan dapat parking percuma?

June 19, 2014

5 Comel Sungguh MP Temerloh @Tantawi100 Naik Kenderaan Jimat Minyak


Tidaklah dapat dipastikan sama ada YB Temerloh, Nasrudin Hassan Tantawi cuba melepaskan tension akibat bebanan sebagai Wakil Rakyat atau beliau sekadar ingin mempraktikkan sebuah kenderaan yang tidak mencemarkan alam. Namun gaya santai beliau sudah semacam rancangan kanak-kanak Telletubbies pulak. Namun CTS mengakui sepanjang CTS menulis tentang politik santai, inilah kali pertama melihat satu gelagat yang pelik. Adakah anda pernah nampak mana-mana pemimpin PAS, ada tabiat pelik macam ni? Suka hati YBlah. Jangan buat perkara yang berdosa cukup. Tapi YB memang cool dalam gambar tersebut.

6 JAKIM Jawab Isu Kiub Pati Babi Keluaran Knorr - Lain Kali Jangan Suka-Suka Sebar Fitnah Kak Ton Ooi!!!


Memamng tidak dapat dinafikan pengguna-pengguna media sosil di Malaysia amat terlalu prihatin dan berlumba-lumba untuk menyebarkan sesuatu berita. Kononnya untuk menjadi pemecah berita. Lazimnya, berita, berita berkenaan akan berkahir dengan maklumat separuh masak, tidak benar dan berunsur fitnah. Sejak dua tiga hari lepas, ramai pengguna media sosial telah menyebarkan gambar kiub pati babi keluaran Knorr. Ada yang sanggup membuat cerita bahawa mereka telah membelinya di pasaraya Tesco, kononnya. Kenapa tidak kalau ada sesuatu perkara berbangkit, kita rujuk kepada pihak yang bertanggungjawab? JAKIM ada fanpafe mereka sendiri. Begitu juga Polis Di Raja Malaysia yang sentiasa aktif di fanpage mereka. Kenapa tidak dirujuk? Baca sendiri penafian JAKIM untuk isu berkenaan di bawah:


Dalam pada masa yang sama juga ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah mengedarkan berita di sosial media bahawa berlaku penculikan kanak-kanak la, van putih la, apa la, mak nenek mereka la, sedangkan berita itu adalah berita fitnah yang sengaja untuk menakut-nakutkan orang ramai. Baca juga penafian Polis Di Raja Malaysia seperti di bawah:

June 18, 2014

0 Media Statement - SPAD Needs Time To Response To Audit Report

Land Public Transport Commission (SPAD) Chief Executive Officer, Encik Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal, who was referring to the Auditor-General's Report Series 2, said that SPAD did not complete its safety compliance auditing of land public transport and commercial vehicles in 2011 and 2012. He later explained that when SPAD was audited by the Auditor-General in 2011, the commission only had 62 enforcement agents on staff, adding that it came into being on Jan 31 2011. A young age and lack of manpower were some of the reasons that the Land Public Transport Commission (SPAD) believed led to the Auditor-General's criticism that it only focused on express buses. 

Mohd Nur said the commission focused on these buses soon after it was formed in 2011 as they posed the highest risk to public transport users. He said SPAD had yet to set up safety audits at the time, and those was pushed through via its Industry Code of Practice Safety Health and Environment (ICOP SHE) in Aug 2013. This form of auditing started with express buses that month and moved on to freight vehicles in Oct 2013. It was added that the ICOP SHE will soon become license conditions for school bus operators in H2 2014. 

The Auditor-General also pointed out that SPAD failed to collect RM868,798 or 31% of the total compounds issued in 2011. To this, Mohd Nur said all outstanding compounds from cases not settled within 90 days are registered for court action. He said that the problem is misclassified as uncollected due to SPAD’s outdated legacy IT system. He added that SPAD embarked on the development of a new system called SPAD Operator Licensing System (SPOLS) which would allow the status of compounds to be tracked better. 

In a response to the Auditor-General’s recommendation that SPAD work with other agencies, Mohd Nur said it already did so, and carried out joint operations with them. Below is the media statement issued by SPAD later this evening:



13 Alhamdulillah ... Berpusu-Pusu Ahli UMNO Dan PAS Hadir Untuk Melawat Mantan Timbalan Menteri Di Rumah Orang Tua



Alhamdulillah. Pendedahan yang dibuat CTS semalam memberi sedikit impak walaupun tidak banyak. Artikel yang memuatkan kisah sedih seorang Mantan Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia yang juga bekas Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datin Paduka Hajjah Rahmah Othman, yang dilaporkan kini telah ditempatkan di rumah orang-orang tua, mendapat hits yang begitu tinggi daripada pembaca. Ini ditambah lagi apabila seorang blogger pembangkang, Omakkau telah membuat saduran artikel berkenaan di sini, sehingga menjadikan berita itu tersebar luas.

Pagi tadi diberitakan Ahli Lajnah Kebajikan PAS Selangor yang diketuai oleh Mariam A Rashid tidak dibenarkan masuk untuk menziarah bekas pemimpin Wanita UMNO berkenaan oleh pengendali rumah orang-orang tua, Dementia Homecare Centre Sdn Bhd di Teluk Panglima Garang. Lebih ironinya, ketika kunjungan, ahli-ahli PAS berkenaan terserempak dengan sekumpulan Wanita UMNO Kuala Langat di luar pagar Dementia Homecare. Kita berharap kunjungan kedua-dua belah pihak tidak bermotifkan keuntungan politik, sebaliknya sebagai melahirkan rasa ingatan dan penghargaan kepada seseorang yang pernah berjasa kepada Negara.

0 Kenapalah MP PAS Rantau Panjang Busuk Hati Sangat Dengan Program Permata Negara? @NajibRazak @Shahidan_Kassim


Pemimpin pembangkang tidak habis-habis dengan sifat dengki dan busuk hati dengan program yang dijalankan oleh Kerajaan. Hari ini pula, program Permata Negara pula menjadi sasaran kritikan mereka. Ahli Parlimen Rantau Panjang daripada PAS, Siti Zailah Mohd Yusoff, dalam soalannya kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, di Parlimen, membangkitkan kenapa kerajaan tidak mengukuh dan memperkasakan agensi seperti Kemas dan Tadika, sebaliknya memilih untuk membangunkan Permata yang dinaungi isteri Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor. Siti Zailah juga bertanya adakah ini agenda untuk menaikkan nama isteri Perdana Menteri.

Jawapan DS Shahidan cukup tepat dan mudah difahami. Program Permata Negara bukan bertujuan untuk menaikkan nama DS Rosmah, sebaliknya program Permata Negara menaikkan nama Malaysia. Menurut DS Shahidan, Program Permata cukup mulia, isteri perdana menteri tidak menerima gaji untuk mengabdikan diri kepada negara. Mengapa mesti kita buruk sangka kepada orang yang mengabdikan diri kepada negara. DS Shahidan juga turut menyeru PAS dan PKR untuk menggunapakai kurikulum Permata Negara dalam pendidikan kanak-kanak kerana kurikulum berkenaan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Mungkin Ahli Parlimen Rantau Panjang tidak banyak membaca. Mungkin beliau hanya membaca Harakahdaily, setiap hari dan pemikirannya hanya jumud dengan maklumat yang dikeluarkan oleh akhbar berkenaan sahaja. Adalah diharapkan beliau dapat membaca tujuan penubuhan Permata Negara seperti yang dilaporkan oleh Bernama bertarikh 17/12/2009, di bawah:
Idea penubuhan Permata Negara dicetuskan DS Rosmah kira-kira tiga tahun lepas setelah beliau melihat peningkatan kes jenayah dan masalah sosial dalam negara yang dipercayai berpunca daripada corak didikan semasa kanak-kanak. Untuk merealisasikan idea itu, sekumpulan individu profesional termasuk pakar kanak-kanak, ahli akademik, aktivis wanita dan aktivis masyarakat berganding bahu melaksanakan pelbagai kajian dan penyelidikan.
Permata Negara dilaksanakan sejak 1 Mac 2007 dengan menawarkan perkhidmatan pengasuhan dan didikan awal untuk kanak-kanak di bawah umur lima tahun, dan keutamaan diberikan kepada ibu bapa yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan.
Pengasuhan yang dilaksanakan berbeza dengan taska biasa kerana ibu bapa perlu memperuntukkan sekurang-kurangya sejam setiap minggu untuk bersama dengan anak mereka di pusat itu selain melawat pada waktu makan tengah hari untuk mewujudkan hubungan yang lebih erat antara ibu bapa dan anak.
Kurikulumnya juga digubal berbeza daripada kurikulum asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang lain kerana ia memberi penekanan kepada pembangunan kanak-kanak secara holistik dalam aspek kemahiran kognitif, sosio-emosi, komunikasi dan fizikal.
Ahli Parlimen Rantau Panjang juga terlepas pandang dan jahil mengenai suatu perkara. Beliau tidak tahu bahawa Kemas dan Permata Negara itu saling berhubung kait dan wujud program yang merupakan integrasi Kemas dan Permata Negara. Diharap juga beliau dapat membaca artikel yang dikeluarkan Sinar Harian pada 4 Oktober 2012, seperti di bawah:
Sebanyak 28 lagi taska Permata Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan dibuka secara berperingkat di seluruh negara menjelang 2013, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
 
Beliau berkata pembukaan taska Permata Kemas itu bertujuan untuk memberi peluang kepada anak-anak luar bandar serta daripada keluarga berpendapatan rendah untuk mengikuti program pendidikan awal.
 
"Pencapaian ini adalah selaras dengan matlamat penubuhan Permata iaitu memberi peluang kepada semua kanak-kanak mengikuti program pendidikan awal yang berkualiti selari dengan prinsipnya 'no child is left behind' (tiada kanak-kanak yang diabaikan)," katanya ketika berucap pada majlis Ramah Mesra Kanak-kanak Tabika dan Taska Permata Kemas di sini, hari ini.
 
Rosmah, yang juga Penaung Permata Negara berkata sehingga kini terdapat 665 pusat asuhan di seluruh Malaysia dan 345 daripadanya merupakan Taska Permata Kemas.
Kita faham kenapa Ahli Parlimen Rantau Panjang sakit hati sangat dengan program Permata Negara. Mungkin salah satu faktor adalah  kerana program asuhan kanak-kanak yang dibina oleh PAS iaitu tadika PASTI gagal mendapat perhatian ibu bapa berbanding dengan program Permata Negara.

4 @RafiziRamli Pertikai Projek UiTM Johor Oleh Syarikat UMNO, Masa Syarikat DAP Dan Kroni Anwar Dapat Projek Senyap Pula


Sistem konsesi yang diberikan kepada syarikat swasta untuk membina enam kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menguntungkan kroni Barisan Nasional (BN), kata Ahli Parlimen Pondan ... maaf, Pandan daripada PKR, Rafizi Ramli. (Rujuk The Malaysian Insiders, di sini) Hari ini pula, beliau mendakwa pula konsesi penswastaan UiTM Puncak Alam dianugerahkan kepada syarikat milik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail. (Rujuk The Malaysian Insiders, di sini)

Walau bagaimanapun, sama ada beliau terlupa atau buat-buat lupa, beliau tidak pernah mempertikaikan dan membuat sidang akhbar untuk membantah apabila Kerajaan dan agensinya membuat hubungan perniagaan dengan syarikat yang dimiliki oleh DAP dan juga kroni Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Rafizi Ramli mungkin terlupa bahawa syarikat GLC Kerajaan, Kumpulan FELDA telah mengambilalih pegangan syarikat Pontian United Plantations Bhd, yang membabitkan nilai RM1.204 bilion, yang mana 65.6 peratus saham syarikat berkenaan dimiliki oleh Penasihat DAP, Dr Chen Man Hin dan anak-anaknya. (Rujuk myMetro, di sini)

Rafizi Ramli juga tidak pernah mempersoalkan tindakan Kerajaan Negeri Selangor yang menawarkan RM1.83 billion untuk membeli Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (SPLASH), sebuah syarikat konsesi air yang 20% ekuitinya dimiliki oleh The Sweet Water Alliance Sdn Bhd. Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah merupakan pengerusi syarikat persendirian berkenaan dan juga sahabat baik Anwar Ibrahim. (Rujuk Free Malaysia Today, di sini dan The Star, di sini)

Jelas di sini, Rafizi Ramli bersikap berat sebelah dan pilih bulu di dalam menghentam syarikat kroni. Apabila Kerajaan menjalankan perniagaan dengan syarikat-syarikat yang melibatkan ahli-ahli UMNO dan BN dikatakan salah dan tidak telus dan sebaliknya apabila melibatkan kepentingan kroni-kroni parti pembangkang tidak pula dianggap satu kesalahan. Mengapa tidak anda Rafizi Ramli  meminta larangan menjalankan perniagaan untuk semua ahli-ahli politik, kaum keluarga mereka dan juga kepada rakan-rakan kroni semua ahli politik. Rasanya realistik atau tidak?

2 Gerakan Dan MCA Sudah Menjadi Wadah Suara DAP - Orang Melayu Masih Bertelagah! @NajibRazak @MuhyiddinYassin



Menarik untuk meneliti dan menghalusi dua berita di atas yang disiarkan oleh akhbar dan portal tempatan. Kebelakangan ini kita boleh lihat tindakan dua parti komponen Barisan Nasional, iaitu Gerakan dan MCA yang dilihat menjadi api dalam sekam dan telunjuk lurus kelingking berkait. Suara-suara dari kedua-dua parti kebelakangan ini menjadi seperti wadah penyambung suara parti cauvinist Cina DAP. 

Ya, dalam diam kaum Cina sudah mula bersatu. Ini bukan penyataan rasis. Ini adalah satu kenyataan. Kaum Cina waima dari parti mana sekalipun baik dalam Kerajaan atau pembangkang mula menunjukkan belang mereka apabila kaum Melayu berpecah belah dan tidak bersatu. Gerakan di Pulau Pinang mula mempertikaikan cadangan Kerajaan Kedah untuk membina sebuah lagi lapangan antarabangsa di Kulim yang bakal dikenali sebagai Lapangan Antarabangsa Kulim? Sebab apa. bukan sebab tersurat seperti kesesakan ruang udara atau tidak strategik. Sebaliknya, sebab tersirat kaum Cina di dalam Gerakan bimbang wujudnya lapangan terbang antarabangsa baru ini, industri di Pulau Pinang akan goyah. Kerajaan Cina DAP di Pulau Pinang akan menjadi tidak stabil. Itu sebabnya. 

Manakala MCA pula secara lancang dan kurang ajar cuba untuk campurtangan di dalam hal ehwal Islam di Malaysia. Mereka mempertikaikan hak-hak orang Islam. Mereka mempertikaikan Menteri yang menjaga hal ehwal Islam sehingga membuat sidang akhbar untuk mendesak DS Jamil Khir Baharom untuk meletak jawatan. Sungguh amat kurang ajar. Mereka tidak sedar parti mereka hanyalah seperti anjing kurap di dalam PRU13 berbanding parti Cina cauvinist DAP. Selesaikan dahulu masalah dalaman di dalam parti sendiri sebelum cuba untuk campurtangan di dalam parti komponen lain di dalam BN seperti UMNO. 

Adalah diharapkan Perdana Menteri DS Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin bertindak tegas memberi ingatan kepada parti melukut di tepi gantang ini supaya cepar sedar diri dan tidak terlalu angkuh tidak bertempat. Diam orang-orang Melayu bukan diam pengecut dan jangan terlalu mencabar kesabaran mereka.

June 17, 2014

26 Apa Hebatnya Pokok Kurma Berbuah Di Kota Bharu? Di Melaka Sudah Berbuah Tahun 2011 Lagi!!!



Tidak faham apakah motif media sosial PR memperbesar-besarkan kewujudan beberapa pokok kurma yang kini lebat berbuah di Bulatan Jam Besar, Kota Bharu, Kelantan. Kononnya, pokok kurma tersebut berbuah disebabkan oleh kezuhudan pemerintahan PAS Kelantan ke atas negeri yang dipanggil Serambi Mekah. Ada komen yang mengatakan inilah keistimewaan negeri Kelantan yang memiliki ulama seperti Dato Nik Aziz Nik Mat. Taksub tahap gaban puak-puak ni!

Untuk pengetahuan semua, pokok kurma berbuah di Malaysia bukanlah kali pertama. Tahun 2011 lagi, sebuah akhbar tempatan telah menyiarkan berita pokok kurma yang berbuah lebat di Jasin dan Alor Gajah, Melaka. Kenapa pada masa itu tidak ada macai-macai PR yang ingin berkata zuhudnya Kerajaan BN Melaka? Puak-puak ni semua anugerah Allah nak dijadikan modal politik sempit


Ini pula sahabat saya dari Perlis yang membuat pengakuan di laman Facebook beliau:

9 Hebat!!! 4 MP PAS Selangor Mahu Hapus Kuasa Eksekutif MAIS

Empat MP PAS dari Selangor, YB Khalid Samad (PAS-Shah Alam),  Hanipa Maidin (PAS-Sepang), Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja), dan Che Rosli Che Mat (PAS-Hulu Langat) menggesa Kerajaan PR Negeri agar meminda undang-undang untuk menghapus kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), agar Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak menerima arahan daripada majlis itu lagi. Dalam sidang media bersama di lobi parlimen hari ini, mereka berkata MAIS adalah institusi yang dilihat rapat dengan Sultan Selangor. 

"Institusi yang rapat dengan Sultan tidak boleh dilihat mempunyai kuasa eksekutif. Ia akan mencemarkan institusi itu sendiri," kata ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad. Kenapa MP Islam sendiri mahu kuasa eksekutif MAIS dihapuskan? Kenapa mereka takut institusi ini rapat dengan Baginda Sultan? Apakah ini secara tidak langsung MP-MP berkenaan cuba menidakkan kuasa Baginda Sultan sebagai Ketua Agama Islam di Selangor? Bolehkah Kerajaan Negeri menyentuh soal Agama Islam? British dulupun tak berani. Kalau rasa nak hapuskan kuasa eksekutif MAIS, lebih baik pinda Perlembagaan Negeri hapuskan kuasa Raja dalam soal Agama, bukankah lebih mudah?

7 Tindakan Jeffrey Kitinggan Mengugut Sabah Keluar Dari Malaysia Adalah Bersifat Pengkianat!


Di dalam sebuah forum bertajuk 'Perjanjian Malaysia 1963' di Kuala Lumpur, semalam, ADUN Sabah Datuk Jeffrey Kitingan menggesa kerajaan melantik dua orang Timbalan Perdana Menteri untuk mewakili wilayah Sabah dan Sarawak. Tujuannya untuk membendung perasaan tidak puas hati rakyat di dua negeri berkenaan. 

Katanya lagi yang dipetik oleh Malaysiakini, di sini, "Kita perlu struktur semula, kita tak boleh biarkan begitu saja kerana ia sekarang berat sebelah. Kita perlu selesaikan masalah ini, jika tidak kita harus berpisah dari Malaysia."

Kita memahami perasaan tidak puas hati tersebut, tetapi mengangggap Sabah dan Sarawak sebagai sebuah wilayah dan mengugut untuk keluar dari Persekutuan Malaysia adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Ia bukan sahaja bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia, tetapi menunjukkan betapa tidak kuatnya semangat patriotisme kita pada negara. Ianya boleh dianggap tindakan pengkianat dari seorang warganegara.

Walau apaun permintaan daripada Rakyat Sabah dan Sarawak kepada Kerajaan Pusat sama ada ianya berbentuk 20% bayaran royalti minyak ataupun jawatan dua Timbalan Perdana Menteri, gesaan untuk keluar dari Malaysia adalah amat keterlaluan dan tidak patriotik. Ini adalah negara kita bersama yang kita perlu jaga keutuhannya.

6 Cerita Sadis Mantan Timbalan Menteri UMNO Menghuni Di Rumah Orang Tua




Siapa kata Menteri/Timbalan Menteri serta mantan-mantan hidup mewah seumur hidup mereka? Ada yang tidak bernasib baik kehidupan mereka berakhir menghuni di rumah kebajikan atau rumah orang-orang tua. Rasa terkejut apabila hal ini berlaku ke atas bekas anggota kabinet Malaysia, mantan Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia serta bekas Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datin Paduka Hajjah Rahmah Othman. Beliau yang dilaporkan kini telah ditempatkan di rumah orang-orang tua. 

Lebih menyayat hati pusat jagaan milik bukan orang Melayu/Islam. Betullah pendapat yang mengatakan bahawa seorang Ibu boleh melahirkan dan membesarkan 10 orang anak dengan sempurna, sebaliknya 10 orang anak belum tentu memelihara seorang Ibu. CTS hanya dapat bersimpati dengan nasib Datin Paduka. Kepada orang-orang UMNO, lapangkanlah masa anda untuk melawat tokoh parti ini. Tanpa beliau dan rakan-rakan seangkatannya, belum tentu parti sekukuh yang ada sekarang.

June 16, 2014

8 Apabila Blogger Picisan Cuba Mengherdik The Unspinners Untuk Menjilat Boss


Seboleh-bolehnya CTS tidak mahu menggunakan medium blog untuk menunjuk hebat dan membelasah blogger-blogger lain yang tidak sealiran atau sependapat. Apatah lagi blogger-blogger yang berada di dalam senarai gaji pihak tertentu kerana blogger ini dibayar untuk pertahankan 'paymaster' mereka. Agak jangkal membaca sebuah blog suam-suam kuku yang merasakan dirinya bagus, membelasah sebuah blog yang sentiasa mendapat tempat di hati pembaca, mengulas isu-isu politik dengan baik serta dikendalikan oleh beberapa Admin daripada orang lama dan mempunyai nama.

Dengan berbekalkan tajuk "Sah Blogger Bangang Cuba Nak Dapatkan Hit", blogger ini menemplak bloggers The Unspinners mengenai isu ADUN-ADUN UMNO Selangor yang bermain tarik tali, kejap nak kemuka usul di DUN, kejap nak tarik balik, seolah-olah tiada telor. Memandangkan blogger suam-suam kuku ini yang merasakan dirinya bagus, bercakap mengenai 'hit' atau kedudukan blog, mari sama-sama kita melihat di mana blog ini berada.

Berdasarkan kedudukan blog semasa bertarikh 10/06/2014 yang disediakan oleh Suara Generasi Baru, blog berkenaan berada pada ranking ke 41 dengan kedudukan di Malaysia pada tangga 3,665 manakala blog The Unspinners yang dicemuhnya pula di mana? No 3 Beb dengan kedudukan ranking di Malaysia pada kedudukan 756. Lagi rasa diri hebatkah hendak menghina dan mengutuk orang?



Berbalik kepada isu pokok yang dibawa oleh blog The Unspinners, di sini, blog berkenaan hanya menghubungkan dan mempromosikan posting asal yang dibuat oleh Selangor Chronicle, di sini, Tiada ayat baru yang ditulis, sebaliknya diambil bulat-bulat daripada blog Selangor Chronicle. Penulis blog yang rasa diri hebat ini tahu baca atau tidak? 

Blog suam-suam kuku ini gagal menjawab persoalan yang dikemukakan. Sebaliknya, blog suam-suam kuku yang rasa diri bagus ini, membebel dengan cuba mengaitkan PAS dalam isu yang ingin dibawa oleh ADUN UMNO Selangor. Apa kena mengena dengan PAS kalau Ketua ADUN UMNO Selangor tidak mahu meneruskan usul serta menarik balik usul berkenaan apabila Speaker Hannah Yeoh meluluskan usul tersebut dan Hudud akan dibahaskan di DUN Selangor. ADUN-ADUN UMNO Selangor ada telor atau tidak?
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates